SHILA AMZAH Jalin Kerjasama Dengan Warner Music Malaysia

Oleh : nazghoul
07 Nov 2013 02:39

shilaamzah2

shilaamzahPada hari Rabu tanggal 30hb Oktober yang lalu adalah merupakan detik yang amat bermakna terutamanya bagi Warner Music Malaysia untuk bekerjasama buat julung kalinya dengan Shila Amzah Entertainment Berhad yang bukan sahaja berpangkalan di Malaysia malah di Shanghai juga. Detik bersejarah ini dilakarkan  setelah beliau dinobatkan sebagai JUARA ASIAN WAVE2012 melalui sebuah program realiti popular di rantau Asia yang diadakan di Shanghai, China.

BUKAN sekadar pencapaian itu sahaja malah beliau juga telah dinominasi di dalam 3 (tiga) kategori World Music Award 2013 iaitu World’s Best Female Artist, World’s Best Entertainer of the Year 2013 & World’s Best LIVE Act 2013.

Album yang berjudul “Shila Amzah” merupakan album kelima yang telah dihasilkan oleh Shila Amzah sepanjang kerjaya beliau sebagai seorang artis rakaman dan merupakan album pertama yang diterbitkan di bawah syarikat Shila Amzah Entertainment Berhad. Yang amat  membanggakan adalah semua lagu-lagu dan lirik yang terdapat dalamnaskah ini adalah hasil nukilan dan ciptaan Shila Amzah sepenuhnya dengan bimbingan pemuzik, penerbit dan pencipta terkenal tanahair iaitu Helen Yap. Shila Amzah begitu sinonim dengan Helen Yap kerana Helen Yap merupakan pemuzik professional pertama yang telah menghidu bakat insan seni ini ketika beliau masih beumur 8 tahun dalam sebuah pertandingan anjuran Radio & Televisyen Malaysia. Semenjak dari itu Helen Yap sentiasa mengikuti arus perjalanan seni Shila Amzah sehingga kini.

Dalam album “Shila Amzah” terdapat 5 (lima) buah lagu baru dan diterbitkan oleh 2 (dua) orang penerbit dan pemuzik professional yang amat disegani di Malaysia mahupun di rantau Asia iaitu Helen Yap dan Aubrey Suwito. 4 buah lagu yang diterbitkan oleh Helen Yap adalah ‘Maaf’, ‘Cinta Hati’, ‘Tulus’ dan ‘Masih Aku Cinta’. Manakala Aubrey Suwito bertanggungjawab menerbitkan lagu yang berjudul ‘Sedar’.

Kehebatan penulisan lagu dan lirik oleh Shila Amzah tidak dapat dinafikan lagi kerana hasilnya turut diiktiraf dan diangkat sebagai antara ciptaan terbaik tanahair bermula dari ‘Patah Seribu’ yang diterbitkan oleh Aubrey Suwito serta ciptaan sepenuhnya oleh Shila Amzah telah dinobatkan sebagai Lagu Pop Terbaik dan Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik ke 19 serta Shila Amzah turut dicalonkan sebagai di antara Vokalis wanita terbaik di dalam kategori Persembahan Vokal Terbaik Wanita. Pada 19hb Oktober yang lalu di Anugerah Planet Muzik 2013, salah sebuah lagu yang dimuatkan dalam album “Shila Amzah” ini iaitu ‘Masih Aku Cinta’ telah diangkat dan dinobatkan sebagai Lagu Terbaik Malaysia. Sebuah kejayaan yang gemilang bagi pengiktirafan sesebuah karya di dalam pentas berprestij di rantau ini yang telah diraih oleh seorang anak seni tempatan yang berbakat besar serta bertaraf antarabangsa yang membanggakan seluruh warga Malaysia iaitu Shila Amzah.

Album “Shila Amzah”adalah himpunan perjalanan seni Shila sendiri dengan penuh ketulusan dan digarap dalam melodi dan susunan lirik yang terindah dan teristimewa untuk Shila berkongsi dengan para peminat mahupun pencinta muzik tanahair. Sebagai hadiah bonus Shila turut memuatkan lagu ‘Patah Seribu’ yang tidak pernah terdapat di dalam album sebelumnya dan bagi memenuhi permintaan ramai dari kalangan peminat setianya. Bagi menghargai peminat-peminat berbangsa Cina pula Shila telah merakam semula lagu Patah Seribu dalam bahasa Mandarin yang diberi tajuk Xia Yi Bu agar mereka lebih menghayati dan menikmati lagu tersebut.

Shila Amzah juga mengambil kesempatan untuk mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada semua yang turut terlibat secara langsung mahupun tidak langsung disepanjang kerjayanya sebagai seorang insan seni yang bernama penyanyi.. jelas kedengaran dalam lagu yang berjudul “Tulus”.

Warner Music Malaysia mengucapkan Selamat Datang kepada Shila Amzah dan mengalu-alukan kesemua warga Shila Amzah Entertainment Berhad sebagai rakan niaga dan bekerjasama di dalam mempromosi dan memasarkan album “Shila Amzah”.




TERBARU

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.