Meskipun pertembungan dengan pelbagai aktiviti hiburan yang di adakan di sekitar ibu kota pada 12 Disember lalu seraya di hangatkan dengan perlawanan akhir bola sepak, ianya sedikitpun tidak menjadi halangan kepada peminat yang dahagakan persembahan daripada artis kesayangan mereka.
Konsert “Retrofest Asia2015” masih lagi menjadi igauan kepada fanatika yang membesar dengan irama 80an dan 90an yang membariskan artis terkenal antarabangsa seperti Tommy Page, Diana King dan All-4-One. Lebih 2000 peminat yang rata-ratanya adalah peminat tegar telah memenuhi ruang pentas terbuka di Surf Beach, Sunway Lagoon sekitar jam 8.00 malam.
Pentas ‘Retrofest Asia 2015’ di buka dengan penampilan Tommy Page yang ternyata masih lagi mampu memukau pesona khalayak yang hadir. Hampir 6 buah lagu telah beliau dendangkan untuk santapan peminat yang rata-ratanya adalah remaja. Bijak berinteraksi dengan peminat yang mula kebasahan apabila hujan mulai turun sewaktu persembahannya.
Beliau turut menyatakan ucapan terima kasih kerana masih lagi menyokong perjuangan seninya setelah sekian lama tidak beraksi di pentas serta setia berada di hadapan pentas biarpun di basahi hujan. Sudah pasti Tommy tidak menghampakan peminat yang hadir untuk mendengar lagu-lagu popularnya seperti A Shoulder To Cry dan I’ll Be Your Everything.
Ini bukanlah kunjungan pertamanya ke Malaysia, ketika kehadirannya dahulu Tommy pernah membuat persembahan duet bersama Amy Mastura. Jadi tidak hairanlah mengapa ‘Retrofest Asia 2015’ beliau masih lagi bergandingan dengan penyanyi yang cukup ayu dengan penampilannya bertudungnya. Kolaborasi hebat ini pastinya mengimbau nostalgia dimana mereka mendendangkan lagu yang berjudul The Best Part.
Pentas kembali diserahkan kepada penganjur untuk memberi ruang kepada Diana King. Pujian harus diberikan kepada pihak pengurusan pentas yang cukup peka dengan kerja-kerja di atas pentas. Mereka membuka dan memasang peralatan muzik dengan begitu pantas bagi memberi ruang kepada pemuzik yang mengiringi Diana King.
Era kegemilangan Diana King, masih tampil dengan imej berambut tetapi kini beliau tampil dengan imej botak yang menampakkan ke’egoan’nya namun masih bertenaga dalam menyampaikan setiap lagu yang di bawa pada malam tersebut. 6 buah lagu menjadi taruhan Diana termasuk sebuah lagu baru. Apa yang pasti lagu Shy Guy, Say A Little Prayer for You dan Ain’t Nobody tetap menjadi tarikan kepada khalayak yang turut bernyanyi bersamanya. Penyanyi yang memilih irama R&B dan reggae ini tampak cukup bertenaga lantas menghilangkan dirinya daripada usia sebenar.
Menutup tirai konsert ‘Retrofest Asia 2015’ adalah kumpulan All-4-One yang tidak kurang hebat juga persembahan mereka pada malam itu. Meskipun ada di antara mereka yang memiliki susuk tubuh yang besar ianya sedikit pun menghalang persembahan. Malah mereka kelihatan cukup gah dan mampu menari dengan tarian yang pastinya mengembalikan nostalgia kepada kumpulan vokal berhamoni itu. Turut mempersembahkan 6 buah lagu serta ‘killing songs’ yang menaikkan nama All-4-One, I Swear dan I Can Love You Like That.
Tanpa bayangan MC Hammer di Retrofest Asia 2015 sudah pasti menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan peminat yang hadir. Namun pihak penganjur sudah memaklumkan kepada khalayak seminggu sebelum berlangsungnya konsert. Andaikata MC Hammer hadir pastinya akan kembalinya nostalgia kemeriahan era irama hip hop di Malaysia.
Retrofest Asia 2015 adalah hasil usaha JS Concert Productions dengan kerjasama Malaysia Major Events, biarpun hujan melanda ianya sedikit tidak pengubah perancangan asal malah waktu persembahan tetap bermula seperti di rancang. Dentuman wirama malar segar 80an dan 90an yang menerjah Surf Beach, Sunway Lagoon akan terus terpahat dalam jiwa setiap hadirin yang telah hadir.
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.