ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

mixology

This Is Mixology Music Volume One (Warner Music)

10 Oct 2014 03:15

Oleh : nazghoul

Nama-nama seperti W.A.R.I.S, DJ Fuzz, Juzzthin, Karmal dan Mark Adam adalah antara bakat-bakat baru dalam muzik hip hop dan R & B di negara kitaNamun begitu usahlah kita lupa pada mereka yang telah memberi ruang dan peluang kepada genre sebegini bertapak di negara kita.

 4U2C, KRU dan Nico dalam mengembangkan muzik rap dan hip hop. Ia kemudian diteruskan dengan kemunculan Too Phat dan Poetic Ammo serta Ruffedge dan VE.

Biarpun kelahiran album “This Is Mixology Music Volume One” sudah lama dan ianya kini masih lagi berada di pasaran, pastinya ada sesuatu yang menarik agar album ini terus menarik perhatian pendengar kepada peminat muzik hip hop dan rap khususnya.

“This Is Mixology music Volume One” telah mempertaruhkan W.A.R.I.S yang sebelum ini terkenal dengan Rembau Most Wanted dan Botingkek kini tampil dengan lagu Satu Hari Di Rembau, dimana beliau telah bergandingan dengan Juzzthin, Mark Adam dan Adeep Nahar.

W.A.R.I.S sememangnya seorang rapper berbakat dengan kemampuannya melakukan rap ala penyanyi rap kulit hitam, malah dia tampil unik dengan rap dalam loghat Negeri Sembilan.

Juzzthin pula yang sebelum ini kerap muncul dalam klip video W.A.R.I.S tampil dengan lagunya sendiri seperti Isi Puisi (bersama Nabil dan G), Off The Hook (bersama Mark Adam), Sunset Boulevard dan Drive (bersama AMPG).

Apa yang menarik mengenai album ini ialah ia menggabungkan stail hip hop berbeza dengan muzik R & B dan elemen DJ. Hampir semua lagu dihasilkan oleh DJ Fuzz yang turut tampil dengan lagu Most Wanted Scratch di mana dia memperdengarkan kehebatannya melakukan ‘scratching’.

Selain lagu yang sudah popular seperti Rembau Most Wanted (W.A.R.I.S), Botingkek (W.A.R.I.S & Juzzthin) dan Pencuri Hati (Mark Adam), ia turut memuatkan lagu-lagu menarik yang wajib didengar seperti Parti Sampai Pagi (Karmal), Sampai Nanti (Mark Adam), Ritma Merdeka (DJ Fuzz, W.A.R.I.S, Juzzthin, Nawi, WoShiJay, Aathitiyanz & Stylomannavan) dan Whoa (Karmal).

“This Is Mixology Music Volume One” adalah hasil garapan idea Mixology Publishing dan ianya diedarkan oleh Warner Music Malaysia.

TERBARU

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.