Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Oleh : nazghoul
07 Dec 2015 02:55

Meskipun menderita akibat kompilikasi penyakit buah pinggang yang dialaminya Yazit Ahmad atau lebih sinonim dengan Yazit Search di kalangan para peminat irama rock ini sedikit pun tidak pernah merasakan bahawa kesakitan yang di alaminya sebagai penghalang buatnya.

Bak kata pepatah lama ‘Berat Mata Memandang Berat Lagi Bahu yang Memikulnya’, namun penderitaannya dihembus oleh para peminat dan sahabat yang sentiasa mendoakan kesihatannya.  Lantaran itu baru-baru ini telah berlangsung sebuah showcase hasil Neustrokes Communication dengan Hard Rock Cafe Melaka yang telah di adakan pada 5 Disember lalu.

“Tribute To Legend-Yazit Search”berjaya menghimpunkan lebih 200 peminat yang rata-ratanya hadir dengan satu tujuan, untuk membantu seikhlas mungkin bagi meringankan penderitaan yang di tanggung oleh pemain drum lagenda negara.

Persembahan Search Tribute Band yang dibarisi oleh 5 orang anak muda yang cukup meminati lagu-lagu Search.  Ternyata apa yang mereka persembahkan mirip kepada muzik asli dendangan kumpulan rock tersohor itu.  Mereka adalah penyampung legasi Search.

Memulakan persembahan dengan lagu-lagu keras milik Search seperti Bencana, Isi atau Kulit dan Langit dan Bumi. Kehebatan vokal Merah selaku vokalis utamanya ternyata mengingatkan hadirin kepada Amy Search.  Apatah lagi gaya persembahannya menjadikan ikon rock itu seakan hadir sama menghangatkan suasana pada hari itu.

“Kami terlebih dahulu dikenali sebagai Retrospektif Band, namun atas rasa fanatiknya kami dengan kumpulan Search serta dorongan serta tunjuk ajar daripada abang Yazit serta lain-lain anggota Search maka lahirlah kami sebagai Search Tribute Band”, ujar Merah selaku vokalis.

Meneruskan persembahan dengan rangkaian lagu-lagu ‘slow’, Rozana, Setelah Hujan dan Meniti Titian Usang yang disampaikan secara medley menjadikan suasana di Hard Rock Cafe Melaka cukup meriah dengan sahutan vokalis-vokalis latar.  Mereka turut menyampaikan lagu-lagu hits Search seperti Gadisku dan Isabella sebelum menutup tirai persembahan dengan lagu-lagu rancak, Pawana dan Pelesit Kota.

Berlalunya Search Tribute Band bagi memberi ruang kepada kumpulan yang telah menjadi viral di laman-laman sosial, Kelembai Band.  Sungguhpun cukup jauh jarak yang terpaksa mereka lalui iaitu dari Kedah namun demi Yazit Search jarak bukanlah penghalangnya.

Masih lagi malu untuk menunjukkan identiti sebenar, Kelembai Band telah menyampaikan 4 buah lagu antaranya Sirih Gambir, Mata Kucing (album solo Amy Search), Mat Rock dan Nombor.  Biar apa orang nak kata inilah Kelembai Band yang cukup meriah dengan aksesori peribadi yang menjadikan mereka cukup di kenali di kalangan pelayar-pelayar laman sosial.

Hazurinjuga merupakan salah seorang insan yang berbakat yang lahir daripada laman sosial, biarpun baru berusia 9 tahun Hazurin telah membuktikan bahawa dia juga mampu untuk bernyanyi dengan baik.  Kebolehannya bermain gitar dalam usia sebegitu muda menjadikan dirinya menjadi santapan mata hadirin yang seolah-olah terpaku dengan kewibawaannya.

Knocking On Heaven Doorlagu saduran daripada Guns N Roses menjadi santapan hadirin daripada Hazurin.  Ramai di kalangan hadirin yang kelihatan mengeluarkan talifon bimbit bagi merakam kehebatan Hazurin. Dia yang turut terpana dengan kesihatan Yazit Search telah melahirkan rasa simpati dan hanya mampu berbakti melalui penganjuran acara sebegini.  Hazurin turut membawakan   lagu Meniti Titian Usang dan Kejoraku Bersatu sebelum menutup persembahan.

Kehadiran beberapa artis rockers sedikit sebanyak menyuntik semangat Yazit Search yang kelihatan cukup tenang.  Omma Akira, Boy Raven, Moq, Yan Lefthanded dan Lan.  Kehadiran mereka di atas pentas membuatkan hadirin yang berada di belakang mula memenuhi ruang di hadapan pentas.

Kolaborasi yang sudah tidak perlu dipertikaikan kehebatannya mereka turut mempersembahkan 4 buah lagu, antaranya Kejoraku Bersatu, Fantasia Bulan Madu dan sebuah lagu saduran daripada kumpulan Whitesnake iaitu Is This Love.

“Tribute To Legend – Yazit Search” pasti tidak akan meriah tanpa ketukan dan hentakan daripada Yazit sendiri.  Tanpa di duga dan di rencanakan, Yazit meminta untuk berada di posisi drum.  Tanpa kata bicara wirama Isi atau Kulit dipersembahkan.

 Hadirin yang hadir ternyata terpaku dengan strokes yang dihamburkan oleh sang gendang, beliau seakan lupa pada kesakitan yang di alaminya.  Inilah sang gendang yang tiada tolok bandingnya.  Semangatnya cukup tinggi untuk terus melawan penyakitnya.

Beberapa rakan artis juga kelihatan bagi memeriahkan persembahan pada petang itu antaranya Black Wings, Tom Anuar (Soul Journey), Man Lekir dan Din Omar.  Tidak ketinggalan beberapa VIP turut memberikan sokongan kepada Yazit Search.




TERBARU

PENCERAMAH BEBAS LEPAS TUDUHAN PELABURAN TIDAK WUJUD DAN CEK TENDANG

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.