Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

19 Jan 2024 23:31
UKs SLAM
Melangkaui tiga dekad pembabitan mereka  dalam dunia muzik di negara ini, dua kumpulan muzik pop rock lagenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”. 
 
Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIR UKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024. Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad SalehBin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s. 
 
Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum). Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi). UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatau yang tidak terduga dan sukar untuk dilepaskan sebagai pemuzik dan anak seni.
 
Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melalui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan. “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” kali ini, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan di mana ia akan dibahagikan kepada beberapa segmen.
 
Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masingmasing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masingmasing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo. Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.
 
‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai
dengan susunan irama akustik seperti yang ditonjolkan pada persembahan Sidang PraTonton pada hari ini.
 
Persembahan akustik ini menunjukkan keserasian dalam muzik antara lagu-lagu Uk’s dan Slam serta gabugan persembahan mereka yang bakal dipersembahkan
pada Konsert UK’SLAM Musical nanti. ‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.
 
Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwa yang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemilihan lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan kegilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini. Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka. 
 
Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s dan antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih, Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita.




TERBARU

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.