Dalam dunia muzik yang sentiasa berkembang, penampilan konsert yang memukau dan inovatif adalah perkara yang dinantikan oleh peminat-peminat muzik. Salah seorang tokoh utama dalam industri muzik Malaysia, Joe Branko, telah mengejutkan dengan idea beraninya. Joe Branko, yang dikenali dengan semangat rock 'n rollnya, akan membawa perubahan besar dengan menghadirkan konsert "Tujuh Vibrato Gitar"
Idea cemerlang ini mengusung konsep eksperimen yang belum pernah terjadi sebelum ini. Joe Branko akan menghadirkan tujuh pemain gitar handalan di atas satu pentas besar, sesuatu yang belum pernah dilihat dalam industri muzik Malaysia. Konsert ini akan diadakan di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023, dan menjadi salah satu acara yang sangat dinantikan.
Joe Branko, yang telah berkecimpung dalam industri muzik selama lebih dari 35 tahun, tidak pernah berhenti berinovasi. Sebagai seorang pemain gitar handalan, beliau sentiasa mencari cara untuk membawa pengalaman muzik yang baru kepada peminat-peminatnya. Idea untuk mengumpulkan tujuh pemain gitar ulung ini adalah sesuatu yang benar-benar unik.
“Bila mana banyak konsert samaada rock, pop atau sebagainya semuanya itu hanya sebuah konsert yang kadar biasa sahaja, semua lebih kurang sama, jadi daripada situ timbul idea untuk buat suatu benda yang lain supaya dapat membantu industri untuk bercerita satu perkara yang baharu.
“Sebenarnya idea yang ‘gila-gila’ ni macam-macam dah ada dalam kepala, bila aku didatangi oleh penganjur untuk adakan konsert, dari situ aku terus bincang dengan team produksi dan akhirnya lahirlah idea untuk tampilkan 7 pemain gitar,” kata Jo Branko.
Joe Branko, adalah seorang tokoh yang sentiasa mencari cara untuk memberikan yang terbaik kepada peminat-peminatnya. Dalam konsert ""Tujuh Vibrato Gitar" ini, beliau tidak hanya ingin memberikan pengalaman muzik yang luar biasa, tetapi juga ingin menghargai peranan penting pemain gitar dalam muzik rock.
Konsert ini akan menjadi satu tanda sejarah dalam industri muzik Malaysia, diharapkan akan membuka jalan bagi persembahan-persembahan berani dan inovatif pada masa depan. Joe Branko membuktikan bahawa semangat rock 'n roll tidak hanya berkisar tentang muzik, tetapi juga tentang membawa perubahan dan menyegarkan dunia muzik.
Dalam dunia muzik yang penuh dengan kejutan dan inovasi, Salah satu contohnya adalah Joe Branko, seorang legenda dalam dunia gitaris Malaysia yang telah mengumpulkan banyak pengalaman dan pengikut selama lebih dari tiga dekad dalam industri muzik. Bagi Muss yang sering bersama dengan Joe dan kini bersama dalam Barbarik, pengalaman bersama Joe adalah suatu keajaiban.
Kreativiti Joe Branko telah mengejutkan banyak orang, termasuk Muss sendiri. Inovasi Joe yang penuh semangat telah membawanya kepada konsep konsert yang belum pernah dilihat sebelumnya, "Tujuh Vibrato Gitar." adalah sebuah konsep yang sangat unik.
Dalam dunia muzik, persembahan yang memukau adalah kunci untuk menarik penonton ke dalam pengalaman yang luar biasa. Joe Branko, sebagai pengarah muzik untuk konsert "Tujuh Vibrato Gitar," memahami betapa pentingnya memberikan "colour" atau warna kepada penontonnya, sebagaimana menghias sekeping kek dengan indah.
Joe Branko menjelaskan konsepnya dengan gaya yang mudah difahami, "Bercerita tentang konsert ni, takkan sepanjang konsert tersebut kita nak hidangkan penonton dengan muzik sahaja, dia kena ada colour di situ. Pada aku, ketujuh-tujuh pemain gitar ini ibarat kek, kita kena hias kek itu secantik mungkin supaya orang nampak pun lebih selera itulah peranan tiga penyanyi ini." Perbandingan ini menggambarkan bagaimana konsert ini akan menjadi lebih daripada sekadar persembahan muzik biasa.
Joe Branko telah dengan teliti memilih tiga penyanyi utama untuk konsert ini. Bagi Joe, mereka merupakan elemen penting untuk menjadikan konsert lebih hidup dan memberikan warna yang diperlukan. Pemilihan penyanyi adalah langkah penting dalam penyediaan keseluruhan persembahan, dan Joe Branko telah melihat potensi luar biasa dalam tiga penyanyi yang dipilihnya.
"Tujuh Vibrato Gitar" akan menampilkan 3 orang penyanyi berkarisma sebagai vokalis utama iaitu penyanyi bersuara lantang, Dato’ Hattan, vokalis rock legenda Muss dan vokalis kumpulan rock Kristal, Lan Solo. Mereka akan mempersembahkan lagu lagu rock klasik dan kontemporari dari himpunan karya hebat muzik rock tempatan.
"Tujuh Vibrato Gitar" akan menjanjikan kepuasan deria para penonton dengan alunan bunyi petikan gitar solo mahupun harmoni dari para gitaris selain dari
lontaran vokal dari barisan penyanyi rock terbaik. Ketika ini, mereka sedang menjalankan latihan secara intensif untuk memberikan persembahan yang ‘all out’. Para penonton juga akan berpeluang mendengar beberapa ‘masterpiece’ dari gitaris yang akan memainkan petikan gitar solo mereka yang ikonik.
TUJUH VIBRATO GITAR pasti akan menghidangkan kelainan kepada para pendengar terutamanya para peminat instrumen gitar dan para peminat tujuh orang gitaris
tersebut, juga tiga orang vokalis utama yang ditampilkan. Ia akan menjadi sebuah persembahan yang padat, dinamik, unik dan memberi kepuasan yang tidak dapat
diperolehi dari mana mana persembahan sebelum ini.
Dengan konsert "Tujuh Vibrato Gitar" Joe Branko telah mengambil risiko besar, tetapi dengan keyakinan dan semangatnya yang luar biasa, beliau bersedia untuk menggegarkan pentas muzik pada 3 November 2023. Bagi peminat-peminat muzik dan pencinta seni, ini adalah satu acara yang tidak boleh dilepaskan. Joe Branko akan membuktikan sekali lagi bahawa semangat rock 'n rollnya tidak pernah pudar
TUJUH VIBRATO GITAR dibawakan kepada anda oleh Big Stage Entertainment Channel sebagai Penganjur dan Anggerik Event Sdn Bhd sebagai Penganjur Bersama.
Untuk maklumat lanjut dan pembelian tiket, sila layari www.tix-box.com
Cat 1 Rock Zone (berdiri) RM 188.00
Cat 2 Normal Seats (bernombor) RM 278.00
Cat 3 Premium Seats (bernombor) RM 338.00
Cat 4 VIP Box (8 pax/box) RM 5,000.00
“Bagi pihak penganjur, Big Stage Entertainment Channel, kami rasa terpanggil untuk menyajikan sebuah persembahan hebat khas untuk para peminat muzik rock khususnya gitar, kerana belum ada lagi mana mana persembahan yang mengumpulkan barisan tujuh orang pemain gitar handalan negara di atas satu pentas. Diharapkan para peminat muzik rock dapat hadir beramai ramai menyaksikan Konsert TUJUH VIBRATO GITAR yang julung kali akan diadakan. Nantikan
dan rasailah sendiri pengalaman menonton Konsert TUJUH VIBRATO GITAR di Zepp Kuala Lumpur pada 3 November 2023, jam 8.30 malam.”
Pesona TUJUH VIBRATO GITAR
1 JO BRANKO
Gitaris kidal ini punya jenama tersendiri, iaitu dirinya. Lebih 35 tahun dalam industri muzik rock arus perdana, kehadiran Jo Branko dalam Konsert TUJUH VIBRATO GITAR tidak dapat disangkal lagi. Pernah bersama kumpulan Scandals, Wings, Prime Domestic dan kini Barbarik. Kehebatan beliau di pentas bersama ‘The Black Beauty’ sentiasa dinantikan oleh para peminat. Jo turut dikenali sebagai penyanyi, pelakon, komposer, penulis lirik, pengarah muzik, penerbit
konsert dan penerbit album yang menghasilkan lebih 20 buah album rock serta memenangi beberapa anugerah dalam industri muzik Malaysia.
2 KIDD SEARCH
Lahir dari keluarga pemuzik, Kid atau Hamzah Taib adalah salah seorang gitaris terkemuka dalam arena muzik rock. Popular bersama kumpulan Gersang sebelum menyertai kumpulan Search pada 1989. Beliau banyak menghasilkan solo gitar yang ‘melekat’ dan malar segar terutama ‘masterpiece’ beliau untuk lagu
‘Isabella’. Kid juga banyak menghasilkan kerja gitar untuk rakaman album artis tempatan sejak 1990an sebagai pemuzik undangan. Kemunculan beliau dalam TUJUH VIBRATO GITAR pasti memberikan impak besar dengan sentuhan klasiknya.
3 MAN KEEDAL
Apalagi yang hendak dinyatakan tentang Man Keedal, seorang instrumentalis gitar. Aktif sejak 1979 dan kehadiran beliau memberikan definasi pemain gitar kidal. Beliau bersama kumpulan Search pada 1985 dan kemudian Lefthanded tahun berikutnya. Seorang gitaris dan penerbit album yang pernah mencipta
beberapa kejayaan dalam industri muzik Malaysia. Beliau dianggap sebagai ‘maestro’ gitar dalam arena muzik rock. Setelah lebih 40 tahun dalam industri muzik, beliau masih aktif bersama kumpulan Search dan Lefthanded serta memenuhi undangan untuk rakaman dan persembahan pentas.
4 SHAH SLAM
Mula dikenali di arus perdana muzik bersama kumpulan Exist dengan album sulung berjudul ‘Exist’ pada tahun 1991 ketika berusia 17 tahun. Shah menubuhkan kumpulan Slam pada 1993 bersama beberapa rakan pemuzik setelah tidak bersama Exist. Bersama Slam, beliau merakamkan 6 album dari tahun 1994 hingga 2007. Kumpulan Slam pernah memenangi Anugerah Vokal Terbaik untuk album ‘Kembali Merindu’ dan Anugerah Kembara di Anugerah Industri Muzik Malaysia 1997. Shah kini popular sebagai gitaris undangan untuk rakaman album dan penerbitan program tv serta persembahan ‘live’.
5 MUZZA
Anak kepada pemain gitar kumpulan Heavy Machine yang pernah popular pada dekad 80an ini adalah seorang gitaris muda versatil. Menerobos dunia muzik di era media sosial menjadikan beliau punya pengikut dan pengaruh yang luas. Menghasilkan album sulung berjudul ‘My Way back Home’ pada 2014. Tidak dinafikan
Muzza adalah seorang komposer, penulis lirik, penyanyi dan pemuzik pelapis generasi baru. Sebagai pemuzik, Muzza turut bermain keyboard dan drums untuk rakaman albumnya.
6 JEMBOO DEF GAB C
Gitaris yang punya ‘attitude’ tersendiri dalam muziknya. Bersama kumpulan Def Gab C, lahir album sulung ‘Citarasa’ pada 1997 dan 6 lagi album sehingga tahun 2006. Album ‘Remifasolatido’ (2001) yang diterbitkan oleh Jo Branko telah memenangi Album Rock Terbaik di Anugerah Industri Muzik Malaysia 2002. Sentuhan gitar Jemboo banyak mempengaruhi muzik Def Gab C yang menonjolkan konsep ‘hard rock’ dengan sentuhan elemen ‘punk’ dan ‘gothic’. Jemboo juga aktif sebagai komposer dan pemuzik undangan serta pernah menerbitkan beberapa album dan single artis tempatan.
7 ANIS KALISA
Gitaris manis tapi garang di atas pentas ini adalah gitaris kumpulan Soul Statue yang ditubuhkan pada 2010. Sejak 2016, Anis turut bersama kumpulan Candy yang pernah popular pada lewat 1990an. Anis adalah wakil jenama Swee Lee Music Company dan beliau mesra dengan gitar jenama Gibson Les Paul kegemarannya. Bekas pelajar ASWARA ini mula aktif sejak berumur 17 tahun dan berkebolehan menghasilkan lagu sendiri. Anis menyertai Orkestra DBKL sejak 2018 untuk menimba lebih pengalaman dan ilmu muzik secara formal.