Antara kumpulan daripada Indonesia yang pernah menjadi fenomena di Malaysia adalah kumpulan Peterpan , dengan deretan lagu-lagu popular mereka pernah menggegarkan stadium Merdeka dengan kehadiran lebih 30 000 peminat . Namun perubahan nama kepada NOAH adalah sesuatu yang janggal buat peminat di sini namun realitinya di Indonesia nama NOAH terus kukuh dan terus menjadi kumpulan paling popular disana .
Album sulung diatas nama NOAH yang dikeluarkan pada tahun 2012 iaitu “Seperti Seharusnya” terus menjadi hit dan jualan yang tersangat laris ditanahair mereka dengan melebihi 1 juta unit walaupun pada waktu itu cetak rompak sangat berleluasa .
Pada 16 september yang lalu di Bandung yang juga tempat kelahiran kumpulan NOAH . Mereka telah membuat konsert besar di Lapangan Udara (Lanud) Sulaiman . 16 September juga bukan dipilih secara rambang , ia juga adalah tarikh lahir buat penyanyi utama kumpulan NOAH , Ariel .
Konsert yang digelar “Road To New Album” adalah konsert yang mana merencanakan album terbaru NOAH yang bakal di keluarkan nanti .Ia telah dihadiri lebih 7000 peminat yang telah membanjiri kawasan konsert sejak awal petang lagi .
Konsert yang bermula sekitar jam 8.30 malam dimulakan oleh NOAH dengan lagu “Para Penerka” daripada Iwan Falls , dan terus dihangatkan lagi dengan lagu “Topeng” , “Dara” , “Langit Tak Mendengar” dan “Tak Bisakah” .
Melihatkan satu aspek yang cukup terpesona dengan konsert ini ialah pentas yang sangat besar , dihidupkan dengan mainan lampu yang tersusun yang menyerlah pada setiap sudut , video latar yang penuh warna warni , mainan bunga api pada beberapa buah lagu , cukup memberikan persona buat konsert ini .
Ariel juga diiringi oleh kumpulan Nev Plus yang mana ia terdiri juga beberapa ahli kumpulan Nidji dalam mempersembahkan beberapa buah lagu-lagu lama daripada Peterpan dengan penambahan elemen muzik elektronik .
Secara keseluruhan ia adalah persembahan yang energetic , peminat atau lebih digelar sahabat Noah jelas tidak kaku dan terus memberikan sokongan padu yang nyata dengan nyanyian bersama-sama yang tiada henti .
NOAH teruskan lagi dengan lagu “Situation” , “Wanitaku” , “Jalani Mimpi” , “Separuh Aku” , “Seperti Kemarin”
Selain Nev Plus, penampilan bersama konsert ini turut menampilkan Sheryl Sheinafia , suara halus tapi jelas oleh beliau telah menyampaikan beberapa buah lagu dan turut berduet bersama Ariel melalui lagu “Menunggumu” .
NOAH yang terdiri daripada Ariel (vokal), Lukman (gitar), Uki (gitar), David (keyboard) juga turut membuat kejutan buat penyanyi utama mereka dengan menghadiahkan kek harijadi sempena hari lahir yang ke 36 beliau .
Sebanyak 20 buah lagu telah dimainkan oleh NOAH . Ia adalah konsert yang tidak terasa , terbuai dalam melayan deretan lagu-lagu popular mereka dan menghayati vocal Ariel yang cukup sempurna walaupun dlam persembahan secara langsung .
Beberapa buah lagu menamatkan konsert yang penuh gemilang ini antaranya “Cobalah” , “Andaikan” , “Walau Habis Terang” dan “Sendiri Lagi” .
PENCERAMAH BEBAS LEPAS TUDUHAN PELABURAN TIDAK WUJUD DAN CEK TENDANG
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.