31 Oktober lalu, Wings sekali lagi berjaya mencatat sejarah peribadi apabila lebih 20,000 fanatika kumpulan yang dibarisi oleh Awie, Joe, Eddie dan Black sekaligus merubah ruang litup Stadium Merdeka yang rata-ratanya adalah peminat setia kumpulan rock tersebut.
Kesinambungan aura mania rock itu terus bergema di Padang B Plaza Angsana Johor yang telah berlangsung pada 25 Disember lalu. Biarpun mereka baru sahaja mengadakan persembahan di Stadium merdeka sebelum ini, ternyata bahang kehangatan konsert itu tidak pernah terpadam, buktinya lebih 8000 peminat terus setia bersama Wings menggegar ruang udara Plaza Angsana.
Bahang kemeriahan “Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s” mula di rasai sekitar jam 8 malam apabila Ucop n Friends, Ito (Blues Gang), Aweera, Mael (XPDC), Azlan dan Ronnie Hussin terlebih dahulu membuka tirai persembahan pada malam itu. Tidak ketinggalan penampilan bersahaja daripada Saiful Apek, Yasin, Pak Lah dan adik Amira sedikit sebanyak menghilangkan sedikit keresahan peminat yang cukup setia menanti ikon rock dambaan mereka.
Deruman enjin jentera berkuasa tinggi mula kedengaran memecah kesunyian di dalam lokasi berlangsungnya konsert. Kedatangan Wings diiringi sekumpulan penunggang motosikal berkuasa tinggi menandakan bahawa Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s akan bermula pada bila-bila masa.
Tepat jam 9.30 malam lampu di atas pentas mula terpadam, intro daripada kumpulan Scorpions mula berkumandang, peminat yang sudah terpaku seakan histeria apabila kelibat Joe, Black, Awie dan Eddie mula kelihatan di atas pentas.”Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s” terpateri dengan istrumental ‘Sejati’ sebagai tanda kukuhnya mereka di pentas konsert.
Wings menyampaikan lebih 22 lagu dalam konsert mereka yang berlangsung selama tiga jam itu. Peminat juga turut sama menyanyi mengiringi persembahan Awie. Wings membuka tirai persembahan dengan lagu Taman Rasyidah Utama, Opera Hidup danHukum Karma.
"Alhamdulillah, saya mewakili Wings mengucapkan jutaan terima kasih buat anda. Kami takkan lupa setianya anda semua terhadap perjuangan 30 tahun Wings dalam industri. Terima kasih atas sokongan anda”, ujar Awie
Wings meneruskan persembahan dengan menyampaikan lagu-lagu seperti Orang Kita, Gemala Saktiku, Bazooka Penaka, Kau Masih Berdegil dan Aku Pun Tahu. Penampilan Awie beraksi bersama gitar mungkin agak janggal kerana beliau lebih agresif jika hadir sebagai vokalis namun kredibiliti Awie harus diberikan pujian kerana mampu membuktikan kehebatan beliau sebagai gitaris. Satelit Puaka menyaksikan kewibawaannya.
Wings turut menyelitkan segmen istimewa apabila menjemput bekas pemain gitar asal Wings, Sham serta penyanyi Mel. Jika di Stadium Merdeka Mus Maymenghiasi segmen ini namun atas ketiadaan Mus maka Azlanmenggalas tanggungjawab ini di Johor Bahru.
Jam sudah menunjukkan angka 11.30 malam namun Wings seolah-olah tidak mahu meninggalkan pentas, begitu juga para peminat yang sedari awal ‘terpaku’ dihadapan pentas seakan tidak mahu berganjak malah terus memberikan lontaran vokal selari dengan rangkaian lagu-lagu yang Wings persembahkan. Antaranya ialah RNR Lu Punya Suka, Jerangkung Dalam Almari, Blues Ular Sawa, Nasib Kita dan Tanjung Puteri.
Joe tampil solo dengan lagu instumentalnya yang berjudul Samar Nan Terang. Karismatik, energatik itulah yang mampu diungkapkan apabila menyaksikan kehebatan Joe yang sudah lama berada di platform sebagai gitaris.
Wings kembali bernadi dengan lagu-lagu hit mereka seperti Kota Kemusnahan, Awang Thrasher, Ingatkan Dia dan Sejati. Lagu Peronda Jaket Biru yang menjadi ‘encore’ kepada “Konsert 30 Tahun Wings: Back To 80’s” memecah kesunyian malam yang semakin dinihari apabila jarum jam menunjukkan ke angka 1 pagi. Inilah rock n roll yang tidak boleh di ungkapkan dengan perkataan.
Biarpun rata-rata kesemua anggota Wings sudah berusia melebihi angka 40 an namun kemantapan vokal Awie pada malam tersebut luar biasa, begitu juga dengan Joe yang sentiasa ‘selamba’ memetik gitar kesayangannya. Eddie seakan melepaskan segala amarah yang terpaku di sanubari dengan lentikan bassnya apatah lagi Black yang cukup setia memukul dan menghentak selari dengan melodi yang di lontarkan. Ini lah keistimewaan dan nostalgia yang bakal bersemadi dalam jiwa seluruh peminat yang hadir menyaksikan persembahan bersejarah ini.
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
Gabungan Rockers Daripada 3 Negara Dalam Konsert Kolaboraci - Three To Rock
Pelancaran Single Sentuhan Man Kidal & Geseken Violin Rania Imtiaz
Konsert Jelajah DATO RAMLI SARIP Bersama LEFTHANDED Di Zepp 29 Oktober Kuala Lumpur
Nostalgia Lagu Nasyid Tahun 70an hingga 90an Di Dalam Konsert Nasyid Lagenda Pada 29 Oktober
Konsert Jelajah Ramli Sarip 2022 Cinta Di Sebalik Musim Di 6 Buah Negeri dan Singapura
Kemeriahan Makanan Food Truck ‘Sembang@PJ Art Lane’ Di Dataran Boulevard MBPJ
Konsert Eksklusif DATO RAMLI Merasmikan Pembukaan Malacca Music Hall
Konsert Eksklusif Datuk Ramli Sarip Sempena Pembukaan Rasmi Malacca Music Hall
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.