Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

11 May 2023 00:49

lefthanded-40 years

Apabila bercerita mengenai muzik rock tanah air, nama Lefthanded pasti akan disebut. 
 
Mereka diletakkan antara ‘ranking’ paling atas dalam senarai kumpulan rock tanah air selain Search, Wings, May, Bloodshed dan banyak lagi.
 
Sejak dikenali selepas menyertai pertandingan Juara Rock pada 1983, Lefthanded terus mengorak langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. 
 
Kini, bersama dua anggota yang cukup sinonim dengan Lefthanded iaitu Man Kidal (gitar) dan Datuk Nash (penyanyi), mereka disertai oleh Hafiz Dayak (dram), yang juga anak bekas pemain dram Lefthanded, Allahyarham Man Dayak, Ritz (gitar), Rio Rasul (keyboard) dan Fly (bass). 
 
Mereka bersama kumpulan orkestra yang bakal diumumkan nanti akan menggegar dengan Konsert Lefthanded  40 Tahun Rockestra di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre pada 3 Jun ini jam 8.30 malam.
 
Ia dianjurkan Menara Network Sdn Bhd sempena 40 tahun penubuhan Lefthanded.
 
Pemilik Menara Network Sdn Bhd, Datuk Abdul Razif Asmuni berkata, idea mengadakan konsert ini tercetus apabila dia berjumpa dengan Man Kidal.
 
Katanya, kebetulan Man Kidal juga memang merancang untuk mengadakan konsert Lefthanded sempena 40 tahun penubuhan mereka. 
 
“Selepas beberapa perbincangan, akhirnya impian ini menjadi kenyataan,” katanya.
 
Abdul Razif berkata, Lefthanded menjadi pilihan mereka kerana ia adalah ‘top 3’ kumpulan rock legenda di Malaysia.
 
“Ada banyak kumpulan rock di Malaysia, tetapi mereka adalah ‘top 3’ seiring dengan Search dan Wings. Mereka ada banyak lagu popular dan diingati kebanyakan peminat muzik tanah air.
 
“Konsert ini diadakan bersama orkestra kerana mahukan muzik yang lebih rileks. Mereka tetap rock, tetapi dengan orkestra, muziknya akan menjadi lebih lunak. Tidaklah terlalu bingit dan sedap didengar. Sesuailah dengan kebanyakan peminat Lefthanded yang kini sudah berusia 40 tahun ke atas. Mereka mahu lebih rileks dan berada dalam keadaan duduk jika menonton konsert,” katanya. 
 
Abdul Razif berkata, konsert berdurasi di antara dua setengah jam ke tiga jam itu juga akan menceritakan mengenai perjalanan muzik Lefthanded selama 40 tahun dari awal hinggalah yang terkini.
 
Menurut Abdul Razif yang juga penerbit konsert, Lefthanded akan membawa 15 ke 20 lagu dan Rio Rasul sebagai Penggubah Muzik. 
 
Tiket-tiket berharga RM99, RM158, RM238, RM288, RM328, RM488 dan RM588 (Meet & Greet) boleh dibeli di www.ticket2u.com.my.
 
Lefthanded memiliki enam album studio iaitu Keadilan pada 1986, Seruan (1987), Qabul (1988), Evolusi (1989), Fanatisme (1991) dan Syurga & Neraka (1999).
 
Sebelum itu, mereka pernah tampil dalam dua album kompilasi iaitu Battle Of The Bands I dan II pada 1985 dan 1986 bersama Bloodshed, Rahim Maarof & Whitesteel, Ella & The Boys dan SYJ.
 
Selain Man Kidal dan Nash, Lefthanded pernah dianggotai Yan (bass), Allahyarham Samad (gitar), Allahyarham Man Dayak (dram) dan Isa (keyboard).  
 
Selain itu, Datuk Ramli Sarip, Allahyarham Arab, Roy, Rahim Maarof dan Hamid pernah menjadi penyanyi Lefthanded.




TERBARU

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.