Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

17 Jun 2023 01:53
SLAM 2023
Kumpulan SLAM telah mencipta banyak lagu hits yang mendapat sambutan hangat daripada peminat sepanjang kariernya. Lagu-lagu seperti "Gerimis Mengundang," "Kembali Terjalin," "Kembali Merindu," "Tak Mungkin Berpaling," dan "Rindiani" hanyalah beberapa contoh daripada puluhan lagu hits yang telah dihasilkan oleh kumpulan ini.
 
Muzik dan lagu-lagu yang dihasilkan oleh Kumpulan SLAM sentiasa menarik perhatian peminat. Kemerduan vokal Zamani sebagai penyanyi utama, bersama dengan barisan pemuzik hebat yang melengkapkan kumpulan ini, menjadikan mereka unik dan memikat. Meskipun telah berusia 30 tahun, Kumpulan SLAM masih mempunyai anggota asal sejak penubuhannya hingga hari ini, iaitu Shah, Eddie, Lili, Man, dan Zamani.
 
Kehebatan Kumpulan SLAM yang disokong oleh anggota-anggota mereka memberikan satu aura yang sangat kuat. Setiap kali mereka membuat kemunculan, peminat selalu menanti-nantikan serta memberikan sambutan hangat kepada mereka.
 
Konsert SLAM Nurkasih akan diadakan pada 6 Ogos 2023 di Zepp Kuala Lumpur, bermula jam 8.30 malam. Konsert ini akan menyajikan antara 18 hingga 20 lagu hits Kumpulan SLAM, yang pastinya akan menggamit memori dan meninggalkan kenangan terindah kepada semua penonton yang hadir.
 
Konsert ini diberi judul NurKasih, mengambil nama daripada salah satu lagu hits Kumpulan SLAM. Judul ini juga membawa maksud KASIH dan SAYANG yang diungkapkan oleh SLAM kepada peminat. Konsert ini diibaratkan seperti memberikan CAHAYA (NUR) kepada Kumpulan SLAM selama ini. Konsert NurKasih juga merupakan hadiah istimewa daripada SLAM kepada peminat yang sentiasa menyokong mereka tanpa jemu.
 
Konsert ini dianjurkan oleh AV Group & WMD Event sebagai penganjur utama, dengan Belbis sebagai rakan produksi dan Mewah Event Management (MEM) sebagai rakan strategik.
 
Pembeli tiket Konsert SLAM Nurkasih berpeluang memenangi sebuah gitar sebagai hadiah nombor tiket bertuah. Empat (4) buah gitar akan ditawarkan, termasuk dua (2) gitar elektrik dan dua (2) gitar akustik, yang disponsor oleh PBH MUSIC SDN BHD.
 
SINAR FM, yang menjadi Radio Rasmi Konsert SLAM NurKasih, akan mengadakan kuiz kepada pendengar yang bertuah untuk memenangi tiket ke konsert ini.
 
Royale Chulan Hotel KL telah bermurah hati menaja lokasi sidang media ini dan juga menawarkan pakej penginapan istimewa kepada pembeli tiket Konsert SLAM NurKasih yang menginap di hotel ini.
 
Bagi mendapatkan tiket Konsert SLAM NurKasih, peminat boleh melayari laman web https://ilassotickets.com/event/konsert-slam-nurkasih/ atau menghubungi Ilasso Tickets di talian 03-21706333.
 
Berikut adalah harga tiket:
 
RM198 untuk Ketogari Festival (berdiri - bagi mereka yang ingin merasai suasana konsert dengan lebih bersemangat).
RM298 untuk Ketogari 2 (duduk - bagi penonton yang menginginkan keselesaan menonton).
RM458 untuk Ketogari VIP (duduk - setiap penonton akan menerima sebuah goodies bag cenderamata istimewa Konsert SLAM NurKasih serta peluang untuk menghadiri sesi 'meet and greet' bersama Kumpulan SLAM).
 
RM5000 untuk Kategori Royal Box (setiap box untuk 8 orang - penonton akan menikmati jamuan makanan ringan sebelum konsert, goodies bag istimewa, serta peluang untuk menghadiri sesi 'meet and greet' bersama Kumpulan SLAM).
 
Terdapat beberapa Royal Box dan tiket VIP yang telah terjual dengan pantas, dan kategori lain juga mendapat sambutan hangat. Para peminat SLAM disarankan untuk membeli tiket awal untuk mengelakkan sebarang masalah pada saat-saat akhir dalam pembelian tiket.




TERBARU

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.