Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

01 Jun 2023 14:53
Konsert Kasih Pengasih 2023
Persembahan Malam Amal Pengasih anjuran Pengasih di Hotel Istana, Kuala Lumpur pada 17 November 2019  mendapat sambutan hebat.
 
Dua penyanyi terkenal yang ditampilkan iaitu Datuk Jamal Abdillah dan penyanyi kumpulan Gersang iaitu Man Bai berjaya menarik kehadiran ramai peminat yang menonton. 
 
Persembahan itu diadakan bertujuan mengumpul dana untuk menyiapkan fasiliti Rawatan & Pemulihan Dadah Pengasih di Cinta Manis, Bentong, Pahang.
 
Kini, pendekatan serupa turut diambil Pengasih apabila menganjurkan Konsert Kasih Pengasih 2023 yang akan berlangsung di Auditorium RTM Kuantan pada 1 Julai 2023, jam 8.30 malam hingga 11 malam. .
 
Idea untuk mengadakan konsert ini dicetuskan oleh pihak pengurusan Pengasih yang ingin mempromosikan Pengasih Cawangan Pahang. 
 
Konsert yang dikendalikan oleh Pengasih Asia Sdn Bhd ini menampilkan barisan artis hebat iaitu kumpulan Iklim, Ameng Spring, Zamani Slam dan Amir Ukays. 
 
Hafizi Harun, Pemangku Presiden Persatuan Pengasih Malaysia berkata, nama Kasih menjadi pilihan kerana Pengasih menggunakan pendekatan 'Kasih' kepada klien-klien mereka. 
 
Perkataan kasih yang digunakan adalah bersesuaian dengan budaya dalam komuniti Pengasih yang mengamalkan konsep kasih sayang serta bertanggungjawab dalam membantu orang lain dan membantu diri.
 
"Objektif konsert ini diadakan adalah bertujuan mencari dana bagi membiayai peralatan dapur, landskap dan kelengkapan rehabs baru Rumah Damai yang akan mula beroperasi dalam masa terdekat. 
 
"Konsert ini juga dianggap sebagai 'kick starter' bagi perniagaan sosial Enterprise kami (Pengasih Asia Sdn Bhd) milik Persatuan Pengasih Malaysia. 
 
"Konsert ini diadakan di Kuantan bagi 
mempromosikan Kompleks Pengasih Cinta Manis di Bentong, Pahang," katanya. 
 
Auditorium RTM Kuantan, Pahang menjadi pilihan untuk mempromosikan Pengasih Cawangan Pahang yang akan melaksanakan pelbagai program kemasyarakatan dan pencegahan khususnya untuk masyarakat Negeri Pahang.
 
Dalam masa sama, Pengasih mahu membantu rakan artis terutama Iklim yang kurang menerima undangan show
selain mengekalkan hubungan akrab mereka dengan Zamani dan Ameng. 
 
"Hubungan kami sememangnya rapat, jadi kami lebih suka mengamalkan konsep menang-menang kerjasama dengan mereka. 
 
"Durasi konsert ini ialah dua jam setengah dan barisan artis terbabit akan menyampaikan rangkaian lagu-lagu popular mereka buat peminat," katanya. 
 
Konsert Kasih Pengasih 2023 turut mendapat kerjasama Kerajaan Negeri Pahang, RTM Pahang, Pengasih Cawangan Pahang dan Restoren Baina Nasi Kerabu. 
 
Harga tiket untuk menyaksikan Konsert 
Kasih Pengasih 2023 bermula dari RM58 sehingga RM3,500.
 
Tiket-tiket boleh didapati menerusi https://ilassotickets.com/. 




TERBARU

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda

Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye

Kumpulan Nasyid Zawfan Yang Mirip Raihan

25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad

Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian

Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis

Konsert Nasyid Lagenda Berakhir Dengan Cemerlang Kini Boleh Ditonton Secara Online Di peduliinsan.com atau Mypentas.com

Konsert Sulung 25 Tahun Lah Ahmad Di PJPAC 1 Utama

KONSERT/TEATER/GIG

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.