Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

30 Jan 2024 10:43

Konsert Semalam Di Malaya Sweet CharityKonsert Semalam Di Malaya Sweet Charity

Photo by Kamarul & MEM
 
Konsert Sweet Charity yang bertajuk 'Semalam Di Malaya' pada malam terakhir mewujudkan kenangan yang tidak dilupan bukan sahaja bagi band itu sendiri, tetapi juga bagi peminat yang menyaksikan kembali penyatuan mereka di atas pentas bersama Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar, Rahman Sarbani, dan tentunya, Ramli Sarip. ia adalah satu nostalgia yang pasti tidak dapat dilupakan.
 
Pada jam 8.10 malam, Sweet Charity membuka tirai konsert di Zepp Kuala Lumpur dengan kehadiran lebih daripada 2000 peminat yang setia. Mereka memulakan persembahan dengan lagu-lagu popular seperti "Hilang Gelap Terbitlah Terang", "Tahun 2000", "Pelarian", "Sejuta Wajah", dan "Dekatlah Padaku".
 
Sweet Charity dengan jelas membuktikan bahawa semangat dan kebolehan mereka dalam memberikan hiburan tetap tidak pudar. Penghargaan daripada ribuan peminat setia adalah bukti yang kukuh tentang kekuatan mereka. Konsert daripada kumpulan yang berusia 5 dekad ini menjadi satu tonggak bersejarah yang menegaskan Sweet Charity sebagai band legenda yang tetap relevan dan mendalam dalam industri muzik Malaysia. Meskipun sebagai kumpulan rock terawal, Sweet Charity tidak melupakan asal-usul mereka dengan menyelitkan elemen Melayu dalam setiap lagu.
 
Antara lagu-lagu lain yang dimainkan pada malam itu termasuk "Kawan Menangis Kawan Ketawa", "Dunia Perlumbaan", "Hidup", "Musibah", "Bagaikan Bermimpi", "Terharu", "Zakiah", "Jangan Tunggu Lama-Lama", "Jalan Malam", dan tentu saja, lagu utama malam itu, "Semalam Di Malaya".
 
Ahmad Jaafar turut menyumbang suara pada dua buah lagu, iaitu "Bagaikan Mimpi" dan "Terharu". Kedua-dua lagu ini membawa kembali kenangan manis bagi peminat, dan walaupun suara Ahmad Jaafar mungkin tidak sama seperti dahulu, penghayatan dalam persembahan kedua-dua lagu ini tetap memberi kesan emosional kepada peminat yang hadir, lagu yang sangat pop;au kepada mereka yang melalui era tersebut, yang mana lagu-lagu tersebut masih sering diputarkan di radio Klasik Nasional hingga kini.
 
Dato Ramli Sarip turut berkongsi kenangan sebelum perpisahan Singapura daripada Malaysia. Beliau berkata, "Kenapa kami begitu terkesan dengan lagu ini, mungkin tuan-tuan pernah mendengar di radio, televisyen, atau akhbar mengenai perjalanan kami hampir 53 tahun. Lagu ini pada tahun 60an, saya dan rakan-rakan di Singapura masih boleh bergerak melintasi Causeway tanpa menggunakan pasport. Kita masih mendengar lagu-lagu yang memuji kehebatan Malaya di sekolah, dan kita pernah menyanyikan lagu ini di pelbagai temasya. Sebahagian dari kami berasal dari Pontian dan Muar, jadi benda ini mempunyai pertalian darah. Kita serumpun di mana bumi kita di pijak, di situ langit kita di junjung, dan hidup kita perlu bersyukur dan berterima kasih. Jadi kita ingin berkongsi lagu ini dengan pencinta seni Malaya."
 
Sweet Charity meneruskan persembahan mereka dengan lagu klasik yang turut menjadi tajuk konsert, iaitu "Semalam di Malaya". Lagu asalnya adalah nyanyian dari kumpulan D'lloyd dari Indonesia.
 
Konsert Sweet Charity 'Semalam Di Malaya' mencipta pengalaman yang luar biasa bagi peminat. Dengan semangat dan tenaga yang dipamerkan di atas pentas selama hampir dua jam, vokal Dato Ramli Sarip tetap memukau. Rosli Mohalim juga menjadi fokus dengan setiap solo gitar yang memukau, sementara elemen muzik tradisional Melayu tetap dikekalkan dalam persembahan mereka.
 
Sweet Charity bersama Rosli Mohalim, Ahmad Jaafar, Rahman Sarbani, dan Ramli Sarip telah membuktikan bahawa usia bukanlah penghalang. Semangat rock dan gabungan elemen muzik tradisional Melayu terus menjadi perjuangan mereka dalam era moden ini. Konsert ditutup dengan penuh semangat melalui lagu-lagu seperti "Batu", "Lahirmu Bukan Untuk Dunia", "Ribut 10.59 Pagi", "Kamelia", dan "Teratai".
 

Konsert Semalam Di Malaya Sweet CharityKonsert Semalam Di Malaya Sweet Charity




TERBARU

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.