Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

23 Aug 2016 01:41

14068411_1785369105034037_5409706311814632881_o

Pix Credit : Nadira Adnan Facebook

Nama Nadira Adnan sebenarnya masih baru buat peminat di Malaysia , tapi usaha beliau telah lama , mulakan langkah untuk menembusi pasaran Indonesia dengan kelahiran single bersama anak Ahmad Dhani iaitu Al Ghazali . Kini penyanyi yang berusia 19 tahun ini yang baru sahaja melahirkan album sulung beliau yang bertajuk “Isi Hati” , akan memulakan persona buat peminat melalui Konsert Cinta beliau .

Konsert Cinta yang berlangsung selama 2 hari pada 19 dan 20 Ogos lalu benar-benar menunjukkan bakat beliau , beliau tidak berseorangan , bersama beliau ialah artis-artis yang sebenarnya adalah idola dan inspirasi beliau .

13987630_1785369061700708_5039055962308714267_o

Pix Credit : Nadira Adnan Facebook

Konsert bermula tepat pada jam 9 malam , dengan penampilan pentas yang penuh gaya dan mainan lampu yang memancar dipentas , muncul Nadira Adnan yang penuh anggun dan dimulakan dengan lagu “Ini Tuh Tak Baik” dan “I’m In Love” yang juga adalah lagu daripada album sulung beliau .

Penampilan Joe Flizow sebenarnya adalah salah seorang yang menjadi inspirasi Nadira , menjelaskan minat muzik beliau pada usia remaja , Joe tampil dengan lagu “Evo” , “Baek” dan juga duet bersama Nadira dengan lagu “Apa Khabar”

Nadira yang terus anggun dengan pakaian dan persalinan beliau tampil lagi dengan lagu “Cinta Apa Begini” dan lagu duet bersama Al Ghazali yang juga adalah single beliau di Indonesia yang bertajuk “Cinta Datang Dan Pergi” yang mana lagu ini mendapat tempat 5 terbaik dicarta-carta radio Indonesia .

Kemunculan Noh Salleh dengan lagu “Sang Penikam” yang juga berduet bersama Nadira ditampilkan pentas yang penuh klasik  , Noh meneruskan dengan lagu-lagu “Bunga Di Telinga” dan “Angin Kencang”

Konsert Cinta Nadira Adnan ini sebenarnya sangat simbolik , ditambah dengan diadakan pada bulan kemerdekaan ia boleh diterjemahkan cinta kepada Negara tapi secara peribadi ia juga adalah cinta kepada kerjaya beliau , dan cinta dalam melakukan apa yang diinginkan , penampilan artis yang turut dijemput juga adalah cinta beliau kepada idola .

Meneruskan segmen ialah medley lagu-lagu lama yang dipilih khusus bukan sahaja menjangkau kemampuan vocal beliau tapi penghargaan beliau antaranya lagu “I Have Nothing” , “Best Mistake” , “Dia” dan “Sinaran” .

Tiada yang lama maka tiadalah yang baru itulah perumpamaan buat penyanyi yang muncul kali ini , Amy Search , beliau yang timpal penuh lincah , membuatkan Istana Budaya penuh gemuruh , menyanyikan lagu “Saat Ku Idamkan” , “Kerja Gila” dan juga duet bersama Nadira dengan lagu “Fantasia Bulan Madu” .

Yuna yang tampil selepas Amy meneruskan lagi gemuruh pada malam itu , kontroversi beliau tidak menjejaskan langsung , sebaliknya keyakinan peminat beliau terus bertambah , beliau menyanyikan lagu “Terukir Di Bintang” duet bersama Nadira , dan lagu terbaru beliau “Crush” .

Ia sememangnya konsert yang hebat , dari segi mainan lampu dan susunan pentas yang berkualiti , begitu juga dengan sistem bunyi . Walaupun dengan usia yang muda dan baru dalam bidang muzik , Nadira menunjukkan juga kemampuan beliau dari segi vocal , dengan perjalanan yang masih jauh pastinya jika dengan usaha yang betul beliau akan terus mencipta nama di industri muzik Malaysia .

Malam itu Nadira Adnan menutup Konsert Cinta dengan lagu “Sayang” , “Januari Yang Terindah” dan juga lagu “Isi Hati”




TERBARU

PENCERAMAH BEBAS LEPAS TUDUHAN PELABURAN TIDAK WUJUD DAN CEK TENDANG

The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia

Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.