Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

14 Jan 2024 12:17

UKs & SLAM

Konsert "CONCERT UK’SLAM MUSICAL" menjanjikan sebagai sebuah pengalaman tak terlupakan, menampilkan kolaborasi yang hebat antara dua legenda muzik Malaysia, UK's dan Slam. Dalam sesi wawancara eksklusif bersama UK's dan Slam sempena “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” , En Bombay sebagai Pengarah konsert ini dijelaskan bahwa keistimewaan utama Konsert harmoni muzikal yang dihasilkan dari kolaborasi ini, ia adalah gabungan 2 kumpulan hebat tahun 90an untuk pentas muzik Malaysia.
 
Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIRUKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di
STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024.
 
Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.
 
Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum). Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).
 
Menurut En Bombay, perjuangan untuk mendapatkan kedua kumpulan ini berkolaborasi tidaklah mudah, namun hasilnya nampak positif kerana kedua kumpulan ini memiliki kesamaan dalam genre musik mereka. Kolaborasi ini tidak hanya tentang menyatukan lagu-lagu, tetapi juga tentang menciptakan sesuatu yang belum pernah dilihat sebelumnya.
 
"Keistimewaan konsert “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ni ialah kolaborasi antara UK dan Slam,itu yang highlight untuk konsert ni,
gabungan, muzik dan nyanyian mereka dalam lagu kita satukan, dan benda ni memang belum pernah dapat dilihat lagi di, mana mana konsert mereka,
dan juga kalau nak dikirakan di tanah air ni. kolaborasi yang lain dari segi aa konsepnya, bukan senang nak gabungkan 2 legenda, yang tersohor tanah air kita, UK's dan Slam, pastinya ada kata cabaran" Jelas En Bombay selaku Pengarah Konsert
 
 
"Dia tak susah , cuma nak mendapatkan mereka bergabung yang susah, tapi bila mereka, di berkolaborasi, benda tu tak jadi susah, sebab mereka ni jenis muzik lebih kurang sama,  dan lagu lagu dia orang ni pun kebanyakannya pun daripada Syaari Amri, jadi feel dia sama,  benda tu yang nampak kesesuaian untuk Konsert ini" sambung beliau lagi
 
Rozdenil, pemain gitar dari UK's, memberikan tentang proses pemilihan lagu untuk konsert ini. Daripada pilihan dari sekitar 30 lagu, fokus pada "killer songs" dari berbagai album, mereka berusaha memberikan pengalaman yang memuaskan bagi penonton, memilih lagu-lagu yang tidak hanya memiliki populariti tinggi tetapi juga nilai yang tinggi buat peminat
 
"Okey untuk untuk konsert kali ni kalau bagi, pada UK's, kita sebelum ni kita dah, settle lebih kurang 30 buah lagu, yang di mana kita ambil rating daripada, contoh daripada YouTube, Spotify ke apa, yang mana lagu yang rating tinggi tu, itu yang kita akan perkecilkan, jadi kat situ pula. datang satu masalah, pemilihan untuk untuk 15 lagu, itu untuk  kita nak persembahkan , itu yang menjadi masalahnya kita nak susun, lagu yang tidak dipilih bukan takde peminat tapi kita kena ambil betul betul dia punya killer song, daripada first album, second album third album, jadi pemilihan itulah yang kita rasa akan memuaskan hati" -Jelas Rozdenil 
 
Shah, pemain gitar Slam, mengungkapkan gimik unik yang akan dihadirkan di malam konsert, di mana keduanya akan menyanyikan lagu-lagu hit masing-masing, menciptakan harmoni yang menarik antara dua gaya berbeza. Pemilihan ini, menurutnya, memberikan warna yang berbeda pada lagu-lagu yang sudah akrab di telinga penggemar.
 
"Akan jadi macam lain sikit sebab kita, dapat tengok Amir nyanyi lagu (Kembali Terjalin) dan Slam pun perform  lagu-lagu UK's" jelas Shah
 
"Seperti Encik Bombay cakap tadi bila kita combinekan, Slam dengan UK's sekali, macam menyanyikan lagu lagu hit kita.
gabungkan sekali dua penyanyi, nyanyi sama sama, kita perform sama sama , saya pun dah tengok juga masa rehearsel tu,
dia punya progress macam mana, tapi alhamdulillah kita dah nampak dah dia punya warna tu lah, sebab bila kita dah campur sama dan dah bergabung, kita akan nampak warna masing masing , gitariz dia punya lain colour dia jadi, kita akan cuba mencari benda itu (kelainan)" Sambung Shah
 
Rozdenil terus menyambung, "Saya berharap sangat kedua dua peminat  akan datang ke Konsert ini dan turun ramai ramai pasal kita akan menyanyi bersama-sama, mengingatkan nostalgia dengan lagu-lagu lama, bukan setakat peminat pun terhibur malah kami pun sama"
 
Amir sebagai vokalis UK's , menekankan pentingnya persiapan sebelum konsert, termasuk cukup tidur untuk menjaga kualiti vokal. Ia adalah lebih dari sekadar pertunjukan, ia menyatakan bahwa konsert ini adalah tentang kolaborasi dan bukan persaingan, membawa dua kumpulan bersama-sama dengan arah tujuan yang sama.
 
"Untuk konsert ya memang persediaan kena ada, antaranya cukupkan tidur, yang paling penting adalah cukupkan tidur, kalau suara kita kurang tidur dia akan jadi tak tak power,dah tak power garau, jadi tidur pun mustahak, kena rehat dengan cukup untuk persediaan"
 
Sambung beliau lagi
 
"Okey pendapat saya , Zamani dan saya memang ada kerisauan masing masing, terutama dari segi lagu yang jarang saya nyanyikan, dan Zamani pun jarang nyanyikan lagu UK's, jadi kali ni saya kena hafal lagu Slam, tetapi bila kita dah bergabung, benda tu akan saling bantu membantu, dia tidak akan jadi kerisauan, ya cumanya, bezanya dari segi feel masing masing"
 
Amir menceritakan lagi kisah menarik tentang lagu "Buat Seorang Kekasih", menyoroti sejarah dibalik pembuatan lagu yang kemudian menjadi salah satu lagu terbaik Slam. Selain itu, dia menegaskan kesamaan antara Slam dan UK's, terutama dalam komposisi lagu, yang menjadi asas untuk konsert ini.
 
"Eemm sebagai contohlah saya, sebenarnya saya ada cerita cerita lama, dengan lagu "Buat Seorang Kekasih" ni sebenarnya , anda nak tahu, sebelum dirakamkan lagu "Buat Seorang Kekasih" ni oleh pencipta lagu tersebut iaitu Allahyarham Rahim Osman, dan ketika itu saya diberi dengar lagu, buat "Buat Seorang Kekasih" di di pejabat BMG , dan ketika itu Slam belum rakam lagi. kebetulan album UK's baru siap ya, bila arwah abang Rahim dengarkan dekat saya, dia kata lagu ni okey tak ? masa tu dia takde lirik , hanya nyanyi ikut melodi mulut sahaja, Saya cakap bang lagu ni sedap, saya cakap bagi kat sayalah, tak bolehlah kata arwah , Saya cakap awak nak bagi kat siapa, saya nak bagi kat Slam, dia cakap . Lagu ni keluar zaman tu , Zamani rekod lagu tu, saya teringat oh ni lah lagu yang Arwah rahim Osman, dengarkan kepada saya ni, dan terus mendapat tempat, alhamdulillah"
 
Zamani yang berada disebelah Amir menjelaskan lagi  "Sebenarnya saya juga berharap lah ya, agar peminat peminat Slam ataupun zamani, datang bergabung dengan peminat UK's, bergabung kerana kami di bawah 1 komposer yang sama iaitu Syaari Amri, jadi lagu, Slam dan UK's ni tidak jauh beza kan, dan memang  pair yang kuat, yang match sebenar benarnya, ya memang UK's Slam ni,  kalau disatukan memang dia akan jadi yang terbaik, insyaAllah"
 
Sambung Zamani "ha ha yalah, sebab kita tahu lagu UK's ni walaupun kita ni, takde yang boleh nyanyi macam Amir, cara nyanyian Amir tu agak sikit berbeza dengan saya, dan dia punya nada pun agak sendiri, jadi range lagu dia lebih besar daripada range lagu 9 tahun dulu, jadi dekat situ ada kesukaran sikit, tapi kalau kata orang praktislah, kita kena banyak adakan latihan, insyaAllah mudah mudahan okey" 
 
Zamani kecewa apabila ada media mengatakan kesihatan beliau terus merosok, Zamani menjelaskan sentiasa mendapatkan ansihat doktor agar konsert ini berakhir dengan jayanya 
 
"Saya dalam banyak banyak lagu UK's , saya suka lagu "Pahit Akan Manis Akhirnya" kenapa ? sebab lagu tu pada saya Amir, nyanyi dengan penuh perasaan,
dia meruntun meruntun, lepas tu lirik dia, dengan dia punya melodi tu yang kata memang blend, perjalanan jalan cerita dia pun, sebenarnya biasalah,
ditinggalkan kekasih kan pasal kesempitan tetapi cara Amir nyanyi tu lah tu dia, bagus betul lah saya rasa kalau saya berjaya(menyanyikan lagu tersebut) cuma saya terasalah, baru-baru ni ada 1 cerita dalam media yang mengatakan, kesihatan zamani mula merosot sedikit, okey adakah mengganggu konsert ni ? saya  harap tak mengganggu, tapi bukan sekadar harapan saja, saya ada lakukan juga usaha, usaha untuk pastikan kesihatan saya tak terjejas pada malam tu kan,
jadi kita pun dah pergi jumpa doktor, dan minta nasihat pada dia, jadi alhamdulillahlah, setakat ni tak ada apa yang serius" 
 
En Bombay, dengan penuh semangat, mengajak para peminat agar ambil kesempatan untuk terus membeli tiket, menurutnya, adalah saat di mana dua legenda bergabung untuk menghibur penggemar mereka dengan lagu-lagu yang sudah menjadi sebahagiann dari kenangan sepanjang era musik Malaysia 90an.
 
"Alhamdulillah, momentum pembelian tiket tu sungguh memberangsangkan, cuma 3 minggu lagi ni kita berharap, peminat cepat mendapatkan tiket, takut ada yang terlepas tapi melebihi tu tak boleh kita nak cakap lagi, sebab belum sampai tahap melebihi lagi, jadi dia punya momentum pembelian tu cukup cantik,
insyaAllah" Jelas En Bombay
 
Sambung beliau lagi "Sebab concert ni ialah concert musical, jadi kita apa yang kita gambarkan ialah the mood. mood untuk malam tu kan kita bukannya bukan muzik rock, bukan muzik apa, lagu lagu UK's dan Slam ni dia kebanyakannya, jadi mood tu yang kita akan bawa untuk membawa peminat, bila ada di dalam tu,
dia akan menyanyi bersama sama. actually pada malam konsert tu kita nak meraikan, yang macam Syah pernah cakap ya, meraikan lagu 90an pada malam tersebut dan juga kita memberi penghormatan kepada Syaari Amri.Apa yang kita nak, fans datang sing along lagu yang mempunyai kenangan bagi mereka, sampai hari ini ,
ada yang bercinta kerana lagu Slam, terus kahwin pun sama,  lagu bercinta dengan lagu UK's, terus kahwin ada, dimana lagu tu orang kata banyak nostalgia,
memang nostalgia, kan dah 30 tahun, tu lah malam tersebut kita nak meraikan, karya 90an yang hebat, yang dijual, ratusan ribu unit pada satu ketika dahulu"
 
Dalam konteks penjualan tiket yang sangat menggembirakan, En Bombay mmenyatakan semangat peminat yang semakin meningkat dan memberikan penghargaan kepada mereka yang telah membeli tiket yang mana akan cabutan bertuah untuk semua pembeli tiket, pemenang cabutan bertuah akan dapat menaiki helikopter.
 
"Okey dekat peminat di luar sana ya kita ada offer ya kita ada 12 pemenang, peminat yang bertuah yang yang membeli tiket semua kategori akan dapat
menaiki helikopter, jarang sekali peminat mendapat melihat konsert gabungan UK's dan Slam, lepas tu dia bertuah dia akan mendapat menaiki helikopter"
 
Konsert duduk kerana dijangka pada malam itu peminat yang hadir lebih berusia dan memberikan keselesaan untuk menghayatai konsert yang dijangka 3 jam!
 
"Konsert ini akan dibuat duduk kerana ialah yang kategori dia orang ni daripada apa peminat yang kebanyakannya yang dah 40 ke 50 lebih kan, jadi kalau 3 jam tu berdiri boleh dikatakan sengsara jugalah kan, jadi peminat boleh santai sambil melayan lagu lagu"
 
Dengan segala komponen yang tersusun dengan rapi, konsert "CONCERT UK’SLAM MUSICAL" menjanjikan pengalaman tak dilupakan, menghadirkan harmoni dan kenangan dari era kejayaan muzik Malaysia.
 
“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini merupakan sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUKS Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise, Mewah Event
Management, Mr Helibro, dan JBR Bundle sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan jualan tiket. Diharap kepada rakan-rakan media yang hadir pada hari ini akan dapat memberi sokongan penuh kepada “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” melalui apa jua liputan dan saluran media kepada para peminat di seluruh pelusuk Negara untuk hadir dan menyaksikan konsert ini, segala kerjasama dan bantuan daripada pihak rakan-rakan media amatlah kami hargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik rakan-rakan media semua.
 
Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang:
www.ilassotickets.com
atau hubungi:
Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp)
 
Tiket berharga:
GOLD – RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating),
BRONZE – RM248 (Numbered Seating), YELLOW – RM408 (Numbered Seating).
RED – RM248 (Free Seating), BLUE – RM188 (Free Seating),
GREEN – RM108 (Free Seating), ORANGE – RM208 (Free Seating),
PURPLE – RM148 (Free Seating)




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.