Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

05 Feb 2024 23:27

Konsert UKs SLAM

Konsert UKs SLAM

Konsert UK's SLAM tamat dengan penuh gemilang, ia bukan sahaja kejayaan buat kedua dua kumpulan ini tapi buat penganjur iaitu Bombay Legend Worldwide dan Amiruks Entertainment yang membawakan konsert ini ke Stadium Malawati. Dari masuk sahaja ke Stadium Malawati pada malam itu, pasti para peminat kagum dengan usaha dengan lampu, set pentas dengan LED besar dan tentunya 'sound system' yang gah berdiri, dikiri dan kanan pentas. Pandangan pertama yang memberikan gambaran positif untuk konsert malam itu.
 
Konsert ini dibuka dengan bergaya oleh kumpulan UK's, walaupun ada ura-ura mengatakan Amir tidak dapat menyanyikan seperti dahulu, namun sebagai seorang yang pernah memiliki CD asli UK's akan berasa cukup puas. 
 
Kumpulan UK's berada diatas pentas bersama Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar)
 
Konsert ini benar-benar membuka mata dengan gaya dan mutu permainan serta yang utama adalah vokal Amir, terus membawa kita ke era kegemilangan mereka terutama album "Tajam Menikam" dan "Bisa Berbisa". Sesungguhnya UK's adalah kumpulan yang sangat unik, yang dibentuk khusus oleh Saari Amri, sebagai komposer yang telah banyak menaikkan artis solo dan juga kumpulan dengan lagu-lagu ciptaan beliau. Tapi buat kumpulan UK's ia bagaikan hadir pada tepat pada waktunya dengan muzik yang segar dan kelainan serta experimen yang ditampilkan cukup membuka mata dan tentunya ramuan komersil telah meletupkan album "Bisa Berbisa" pada tahun 1994!
 
Membuka dengan lagu "Rhytm Si Jantung Hati" ,"Untuk Apa" ,"Cintaku" ,"Kekasihku Di Menara" ,"Rondo Si Cinta Buta" ,"Kau Satu Satunya" , "Pahit Akan Manis Akhirnya", "Diluar Kemampuanku" dan "Kembali Mencari"
 
Seleksi lagu yang cemerlang daripada UK's, terus mendendangkan lagu-lagu popular tanpa berlengah, lagu-lagu yang tidak asing buat peminat mereka, setiap melodi menggambarkan setiap kenangan. Peminat yang hadir tampak cukup gembira untuk turut menyanyi bersama-sama tanpa henti. Amir mengawal pentas tanpa sebarang celoteh tapi mengambil hati dengan suara beliau yang begitu meninggalkan kesan yang mendalam.
 
Walaupun telah lebih 30 tahun lamanya lagu-lagu UKs menghiburkan kita, tapi pada malam itu masih terasa segar setiap lirik dan melodinya. Set ini UKs telah membuktikan kemampuan mereka, walaupun dengan segala masalah dan isu yang timbul, kita semua pasti setuju keunikan suara Amir yang telah tersemat kedalam sanubari.
 
Disisi kumpulan SLAM pula dilihat dengan penuh romantik, susunan Saari Amri dalam setiap lagu-lagu popular SLAM untuk album ke 2 mereka iaitu "Kesan Terbukti" pada tahun 1995 terus menjadi kegilaan pada waktu itu. Kita dapat lihat sentuhan magis Saari Amri untuk SLAM lebih lembut dan mendayu.
 
Stadium Malawati terus bergema dengan sorakkan peminat, apabila petikan melodi membuka dengan lagu "Kembali Merindu". Zamani yang sebelum ini sering digosipkan dengan keadaan kesihatan beliau yang menurun tampak lebih bertenaga, malah dalam temuramah beliau sebelum ini juga meyakinkan para peminat untuk tidak melayan segala gosip tersebut kerana beliau selalu berjumpa dan mendengar nasihat doktor 
 
SLAM pada malam itu dibarisi oleh Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum).
 
SLAM meneruskan dengan lagu "Kita Terppaksa Bermusuhan", "Mentari Muncul Lagi", "Tak Mungkin Berpaling", "Kurnia" dan "Tiada Aku Jemu", Zamani seperti biasa kekal bersemangat malah vokal beliau kekal hebat, buat ahli SLAM yang lain pastinya tidak boleh disangkal kehebatan mereka, permainan padat dan kemas, Shah iaitu gitaris bukanlah nama baru sering muncul sebagai gitaris undangan terutama untuk konsert besar artis Hong Kong.
 
SLAM turut membawakan lagu nyanyian oleh kumpulan Alleycats iaitu "Rayuan Di Puncak Genting" yang mana SLAM turut merakamkan lagu ini dalam album mereka "Menggapai Langit" pada tahun 2007
 
Tidak dapat dinafikan kehebatan SLAM terutama sorakkan peminat yang bergema di Stadium Malawati, peminat yang hadir juga turut menyanyi tanpa henti , SLAM menamatkan sesi pada malam itu dengan lagu "Maria Mariana" dinyanyikan bersama peminat bertuah diatas pentas.
 
Apa yang dapat kita lihat pada malam itu ialah gabungan UKs dan SLAM pada malam itu bukanlah untuk melihat siapa yang hebat tapi bagaimana kerjasama kedua-dua kumpulan ini untuk menghiburkan para peminat mereka dan yang utamanya kedua-kedua mereka berjaya dan popular di Malaysia, Singapura dan Indonesia kerana sentuhan Saari Amri
 
Segmen seterusnya ialah gabungan dua kumpulan yang mana Amir akan menyanyikan lagu SLAM dan Zamani akan menyanyikan lagu UK's, sebagaimana kita boleh lihat kedua-dua mereka mempunyai vokal yang cukup berlainan, pastinya penganjur menggabungkan mereka sebagai hadiah buat peminat, bagaimana 'sporting'nya mereka dan juga ahli-ahli kumpulan yang turut bersama diatas pentas
 
Lagu "Seksa" dan "Nur Kasih" membuka segmen gabungan 2 penyanyi ini, ia seperti kita lihat ketika latihan mereka, kedua-kedua mereka yang berseloroh kerana sukar untuk menyanyikan lagu antara mereka, ia seronook dan kita boleh lihat usaha antara mereka yang bersungguh-sungguh untuk menghiburkan peminat. Mereka meneruskan dengan lagu "Sebak" dan "Manisnya Rindu", apa yang pasti 5000 peminat pada malam itu masih tidak letih, semangat untuk menyanyi bersama-sama dan walaupun telah lebih 2 jam dan diteruskan lagi dengan "Siapa Yang Rampas Cintamu" dan "Kembali Terjalin"
 
Komposer Saari Amri yang sentiasa bersahaja dan turut di tempat duduk seawal konsert turut dijemput ke pentas, sebagai penghargaan daripada SLAM dan UK's kerana lagu-lagu beliau yang telah menaikkan nama mereka
 
Konsert ditamatkan dengan lagu "Gerimis Mengundang" dan "Disana Menanti Disini Menunggu", kepuasan jelas buat peminat yang hadir, hampir 3 jam lamanya konsert berjalan, para peminat turut menyanyi bersama-sama sebagai satu kenangan dan nostalgia bersama-sama dengan SLAM dan UK's

Konsert UK's SLAM

Konsert UK's SLAM

Konsert UKs SLAM




TERBARU

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.