Siapa masih ingat lagi dengan kumpulan daripada Sabah , Demizer . Pada tahun 2003 mereka pernah mengeluarkan EP yang bertajuk “Hand Of Hate” dibawah Nebiula Production . Mereka memaparkan permainan yang padat dengan riffing yang begitu menarik , EP mereka kekal sesuatu yang sangat meninggalkan kesan .
Ia bagaikan perjalanan yang panjang buat kumpulan Melodik Death Metal daripada Sabah ini . Lebih 10 tahun yang diambil untuk mengutip segala sisa-sisa semangat yang ada . Pada 2013 , Demizer kembali dengan penuh solid dengan album terbaru yang bertajuk “Carnage Masterminds” .
Dengan 8 buah lagu ia bagaikan amarah yang terpendam . Membuka lagu pertama ialah “Carnage Masterminds” , sebuah lagu yang penuh kualiti . Dari segi sound ia tidak mengecewakan ia adalah pembuka yang sangat ‘berselera’ , dengan ketukan drum dan mainan double paddle yang berbunyi sangat balance di adun dengan kekemasan bunyi gitar , sebuah lagu yang membuka mata dihasilkan penuh dengan riffing dan solo-solo yang menarik .
Lagu selepasnya ialah “Book Of Death” , sebuah lagu yang dimasukkan kedalam kompilasi “Tribute To Silent Dead” , berbanding lagu sebelum ini , bunyi gitar kali ini agak ‘mentah’ . Malah jika kita meneruskan kepada lagu-lagu mereka yang lain , sound yang ditampilkan mereka tidak konsisten ,mungkin kita boleh agak daripada jarak dan masa sesuatu rakaman sesebuah lagu .
Tapi daripada segi muzikal kita tidak boleh sanggah , Demizer kembali dengan penuh yakin , secara muzikal mereka memang hebat , dari segi timing yang tepat dan kelajuan yang konsisten , ia adalah penting untuk bermain dalam sound yang ‘raw’ kerana kesilapan dengan mudahnya dikesan untuk muzik begini , Demizer membawa album “Carnage Masterminds” dengan cemerlang .
Ini adalah sebuah album Melodic Death Metal yang berkesan , kita boleh menutup mata dengan kekurangan sound yang tidak mungkin dapat yang ‘sesedap lemak berkrim’ seperti di Eropah . Tapi ia masih bingit , masih balance , riffing yang cukup jelas dan solo-solo yang akan menusuk telinga dengan pantasnya .
Album Demizer “Carnage Masterminds” berharga : RM20 / RM25 (Registered Parcel)
Address :
Metal Blitz Entertainment
Rajoly Asmari , P.O. Box 14682
88853 Kota Kinabalu
Sabah
Email: cozenn666@yahoo.com
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp
Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini
3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL
Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp
Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos
Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih
Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda
Lefthanded 40 Tahun Rockestra Konsert Bersama Kumpulan Rock Legenda
Bantuan Kemanusian Daripada Pertubuhan Peduli Insan Malaysia Ke Turkiye
25 Years Lah Ahmad Live In Concert Kisah Perjalanan Seni Lah Ahmad
Lagu Terbaru INTEAM Selimut Kasih Papar Keperitan Hidup Pelarian
Gabungan Joe Branko Dan Muss Dalam Konsert BARBARIK PENTAS KERAS Pada 24 Dis
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.