Sebelum ini kumpulan Estranged yang di anggotai oleh vokalis Richael L Gimbang (Rich), pemain dramnya, Azwin Andy (Andy) serta pemain gitarnya, Solihuddin Hormatov (Din) dan Nor Hanafi Noor Hadi (Hanafi), cukup gah melayari bahtera sebagai kumpulan yang cukup popular apatah lagi setelah menggenggam pengiktirafan tertinggi di Anugerah Juara Lagu ke-22 menerusi lagu Itu Kamu, namun secara tiba-tiba mereka ‘hilang’.
Kehebatan album ‘Remain Unknown’ terus menjadi bualan dan peminat meletakkan Estranged di aras paling tinggi kerana berani tampil dengan muzik moden rock. Kehilangan mereka kini mula terjawab apabila muncul dengan album terbaru yang berjudul “Anugerah Hidup”. Secara keseluruhannya masih mengekalkan genre yang sama namun terdapat beberapa lagu yang di suntik dengan elemen progresif
pada susunan melodi dan eksperimen di beberapa plot muzik disuntik bagi memberikan kesegaran keseluruhan muzik.Paling menarik perhatian, Borneo yang diinspirasikan daripada muzik tradisional kadazan. Ianya dapat dirasakan di awal lagu tersebut. Kesebatian jiwa kesemua anggota Estranged dalam lagu tersebut di terjemahkan dalam bentuk melodi, ternyata ianya sesuatu yang cukup berani apatah lagi jika mereka berfikir untuk mensasarkan jualan album di luar negara.
“Anugerah Hidup” seakan mendewasakan Estranged, hal ini dapat dihidu dalam corak permainan instrumen. Mereka tampak lebih yakin dengan melodi yang nyata cukup energatik disamping lirikal yang bermesej. 10 buah lagu dipertaruhkan antaranya ialah Strangers, Nyata, Anugerah Hidup, Bebas, Pengganti, Reach, Borneo, Linger, Ruang Udara dan Bara.Sebarang maklumat mengenai mereka boleh di dapati dengan melayari www.estranged.info serta laman sesawang sosial, www.facebook.com/estrangedband.
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.