UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

15 Dec 2023 00:09

DIN_6097

Melangkaui tiga dekad pembabitan mereka dalam dunia muzik di negara ini, dua kumpulan muzik pop rock lagenda, UK’s dan Slam buat pertama kalinya dalam sejarah bakal digabungkan di atas satu pentas, dalam satu persembahan yang sama (gabungan), akan membawa peminat-peminat mereka khayal dan menghayati alunan lagu dan muzik sambil mengimbau kembali nostalgia bersama dalam “CONCERT UK’SLAM MUSICAL”.
 
Dianjurkan oleh BOMBBAY LEGEND WORLDWIDE bersama AMIRUKS ENTERTAINMENT, “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” yang berdurasi hampir tiga jam itu akan berlangsung di
STADIUM MALAWATI SHAH ALAM pada 3 FEBRUARI 2024.
 
Kumpulan UK’s yang diterajui Mohd Azmir Bin Muhammad Yusuf @ Amir sebagai vokalis bersama Rozdenil Bin Toni (gitar), dan turut dianggotai Mohamad Saleh Bin Mohd Alias (bass), Amiruddin Bin Shariff (drum) dan turut menampilkan Mustafa Kamal Bin Ahmad @ Mus Satira (gitar), pemain sessionis asal dalam rakaman album kumpulan Uk’s.
 
Manakala kumpulan Slam diterajui Shah Nizam Bin Abdul Halim @ Shah (gitar) bersama Zamani Bin Ibrahin sebagai vokalis, Eddie Bin Ahmad (keyboard), Nor Azli Bin Masrani (bass) dan Othman Bin Khalid (drum). Konsert ini juga bakal disertai oleh pemuzik-pemuzik undangan seperti Raja Mohd Sham (gitar akustik), Mirzan (keyboard), Mohar (seruling bambu), Pa’ang (perkusi) dan Shafiq (gitar).
 
UK’s dan Slam menyifatkan, lamaran untuk mereka bergabung dalam satu persembahan di satu pentas yang sama merupakan satu kelainan dalam sejarah penglibatan karier mereka dalam mengadakan konsert. Peluang yang diberikan ini dianggap sesuatu yang penting
 
Konsep persembahan ini akan dibahagikan kepada beberapa segmen yang mempunyai nilai sentimental dari segi garapan, susunan dan sentuhan penceritaan melaui elemen visual dan muzikal yang akan digabungkan bersama-sama di dalam persembahan oleh kedua-dua kumpulan. “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” kali ini, akan menyajikan kelainan rasa dalam persembahan di mana ia akan dibahagikan kepada beberapa segmen.
 
Kedua-dua kumpulan bakal mempertaruhkan gaya persembahan masing-masing, tentunya akan memberikan kelainan kepada peminat kerana masing-masing ada aura dan kekuatan tersendiri daripada pelbagai aspek dalam persembahan segmen solo.
 
Antara elemen yang akan diketengahkan di antara persembahan daripada setiap segmen ke segmen yang lain akan disulami dengan susunan gabungan audio visual secara muzikal.
 
‘Magis’ yang akan ditonjolkan bagi persembahan kali ini adalah ‘gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini melalui lagu dan muzik yang akan dimulai dengan susunan irama akustik. ‘Gabungan duet’ antara kedua-dua kumpulan ini seterusnya akan membawa kepada persembahan yang lebih bertenaga dan energatik menerusi segmen yang akan membawa para peminat UK’SLAM bergabung menjadi satu untuk bersama-sama menyanyikan keseluruhan irama lagu hingga ke akhir persembahan.
 
Kumpulan UK’s dan Slam dikenali dengan alunan lagu-lagu yang membelai jiwa yang bertenaga dengan alunan vokal yang lunak, merdu dan mendayu-dayu, disamping pemilihan lagu yang tepat antara himpunan lagu-lagu mereka yang menjadi siulan dan kegilaan para peminat mereka adalah sangat penting bagi persembahan ini. Selain bernostalgia, konsert ini dijangkakan akan menjadi sebuah persembahan yang penuh malar segar dengan memori dan kenangan buat peminat mereka.
 
Oleh itu, persembahan ini akan menghidangkan himpunan seleksi 30 lagu terbaik dalam senarai all-time favourite bagi kedua-dua kumpulan seperti Rytham Si Jantung Hati, Untuk Apa, Di Luar Kemampuanku, Cintaku, Pahit Akan Manis Akhirnya , Kembali Mencari, Kekasihku Di Menara, Seksa, Kau Satu Satunya, Rondo Cinta Buta, Minda Dan Jiwa, Siapa Yang Rampas Cintaku, Nafas Orang Kota, Bila Diri DiSayangi, Di Sana Menanti Di Sini Menuggu, Prosarasa dan Tergamak Kau bagi seleksi lagu kumpulan UK’s dan antara seleksi lagu-lagu kumpulan Slam adalah seperti Buat Seorang Kekasih, Gerimis Mengundang, Nurkasih,
Kembali Merindu, Kembali Terjalin, Jika Kau Rasa Getarnya, Rindiani, Tak Mungkin Berpaling, Mentari Muncul Lagi, Kita Terpaksa Bermusuhan, Maria Mariana, Manisnya Rindu, Falsafah Cinta, Satukan Hati Kita, Janji Di Pateri, Kurnia dan Bukan Niat Membalas Derita.
 
Konsert ini bakal diadakan di Stadium Malawati Shah Alam dengan kapasiti 7,000 orang itu akan menghimpunkan para peminat UK’s dan Slam dari seluruh pelusuk negara untuk menikmati persembahan mereka yang berskala besar di mana vanue ini telah terbukti berjaya dalam penganjuran konsert berskala besar bagi artis-artis di negara ini. 
 
“CONCERT UK’SLAM MUSICAL” ini merupakan sebuah produksi Bombbay Legend Worlwide bersama AMIRUKS Entertainment dengan sokongan Johan Enterprise, Mewah Event
Management, Mr Helibro, dan JBR Bundle sebagai rakan strategik, manakala ilassotickets bagi pengurusan jualan tiket. Diharap kepada rakan-rakan media yang hadir pada hari ini akan dapat memberi sokongan penuh kepada “CONCERT UK’SLAM MUSICAL” melalui apa jua liputan dan saluran media kepada para peminat di seluruh pelusuk Negara untuk hadir dan menyaksikan konsert ini, segala kerjasama dan bantuan daripada pihak rakan-rakan media amatlah kami hargai
dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih, hanya Allah swt sahaja yang dapat membalas segala jasa baik rakan-rakan media semua.
 
Tiket-tiket boleh didapati dengan melayari laman sesawang:
www.ilassotickets.com
atau hubungi:
Tiket hotline: +60 11-1329 7822 (Whatsapp)
 
Tiket berharga:
GOLD – RM588 (Numbered Seating), SILVER – RM308 (Numbered Seating),
BRONZE – RM248 (Numbered Seating), YELLOW – RM408 (Numbered Seating).
RED – RM248 (Free Seating), BLUE – RM188 (Free Seating),
GREEN – RM108 (Free Seating), ORANGE – RM208 (Free Seating),
PURPLE – RM148 (Free Seating)
 




TERBARU

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp

Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini

3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL

Repvblik Band Ingin Cipta Kenangan Sempena Ulangtahun Ke-19 Di Kuala Lumpur Pada 11 Ogos Di Zepp

Konsert Double Trouble 2 Membawa Gelombang Rock Ke Stadium Malawati Pada 5 Ogos

Kumpulan SLAM Meraikan Ulang Tahun Ke-30 dengan Konsert NurKasih

Konsert Amal Pengasih Tampilkan Artis Hebat

Konsert Lefhanded 40 Tahun Rockestra Mendapat Sambutan

Konsert Rockestra Lefthanded 40 Tahun: Menghidupkan Semula Rock Legenda

Konsert Kumpulan SLAM NURKASIH Di Zepp Kuala Lumpur 6 Ogos

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.