Konsert M. Nasir… Kembara , akhirnya telah tamat setelah beraksi didepan ribuan penonton di Stadium Malawati pada Sabtu lalu , sebelum ini beliau telah mengembara ke Pahang , Johor dan Pulau Pinang . Peminat di ketiga-tiga tempat tersebut telah memberikan ‘thumbs up’ kepada setiap konsert beliau , ini pastinya satu penantian buat peminat di ibukota dan sekitarnya .
Konsert yang dibuka oleh kumpulan Pita Hati dan Fynn Jamal benar-benar membangkitkan perasaan , kredit kepada Fynn Jamal kerana benar-benar menunjukkan kemampuan beliau dalam persembahan live , penyampaian yang penuh perasaan dan muzik yang diubah lebih dramatik daripada yang asal .
Sebuah monolog oleh Sabri Yunus yang berselubung putih dalam bercerita mengenai M. Nasir , memulakan konsert ini pada jam 9.30 , sedang Sabri Yunus masih bermonolog diatas pentas , M. Nasir muncul dan melukis secara abstrak diatas pentas , setelah Sabri Yunus habis dengan monolog dialek Kelantan . Terus sahaja M. Nasir menyanyikan lagu “Rajawali” , “Apokalips” dan “Bukalah Hatimu” secara berterusan .
Penonton yang telah tunggu lama semakin teruja dengan persembahan M. Nasir pada malam itu , semakin panas apabila M. Nasir terus membawakan lagu “Mustika” , “Phoenix Bangkit” , “Raikan Cinta” dan “Andalusia” .
Satu perubahan yang sangat besar dapat diihat dalam diri M. Nasir pada malam itu , interaksi beliau kepada penonton memang begitu meyakinkan , menyuruh peminat menyanyi bersama-sama dan bangun untuk menghayati lagu-lagu rentak rancak beliau . Beliau yang sebelum ini amat terkenal untuk jarang bercakap bersama penonton , kini tampil dengan amat ceria dan lebih menarik lagi beliau dilihat begitu ‘enjoy’ ketika konsert ini , dan buat peminat pula tidak perlu berkata apa , mereka sentiasa bersemangat untuk terus menyanyikan bersama-sama lagu M. Nasir .
M. Nasir meneruskan lagi lagu-lagu popular beliau “Keroncong Untuk Ana” , “Hijab Kekasih” , “Bonda” , “Juwita” , “Berikan Nurbisa” , “Hati Emas” , “Gerhana” dan “Sahabat Gua” . Walaupun ada ketika beliau lupa lirik dan masuk bukan waktunya , beliau sempat berlawak lagi mengenai keadaan itu . M. Nasir yang kelihatan mengah tapi sedikit pun tidak mencacatkan persembahan beliau , suara beliau tidak berubah apapun , beliau sentiasa bertenaga dan peminat juga begitu , sentiasa bersemangat untuk menyanyi dan bersama beliau .
Dengan penyampaian akutik melalui lagu-lagu “Di Sebalik Cermin Mimpi” , “Keroncong Nostradamus” dan “Sesat Di Kuala Lumpur” , terus diraikan peminat untuk menyanyi bersama-sama .
M. Nasir dilihat penuh bersemangat dalam persembahan malam konsert , setiap inci pentas dikuasai oleh beliau dengan berlari kesana sini . Apa yang sangat menonjol pada konsert ini ialah muzik M. Nasir dibawa dengan lebih padu , ia bukanlah dengan gitar distortion kerana itu bukan M. Nasir , tapi dengan pukul drum dan mainan double paddle yang membuat muzik beliau lebih bertenaga , sesuai untuk persembahan ‘live’ . Benarlah kata-kata peminat ketika persembahan beliau dalam konsert jelajah ini di negeri-negeri lain , muzik beliau bagaikan dilajukan tanpa membunuh ‘karakter’ muzik beliau .
Persembahan seni 40 tahun M. Nasir melaburkan tirainya dengan lagu-lagu , “Malam” , “Kepadamu Kekasih” , “Tanya Sama Itu Hud Hud” , “Ada” dan “Mentera Semerah Padi” .
Peminat yang datang ke konsert jelajah ini sebenarnya bukan sahaja melihat perjalanan seni 4 dekad M. Nasir , tapi juga buat diri beliau secara peribadi .
The Real Cromok: Konsert yang Menghidupkan Jiwa dan Nostalgia
Paling Hangat, 3 Band Rock Dari 2 Negara Di 1 Pentas, ROXtheNATION
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.