Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

23 Sep 2016 04:40

Konsert 3 Suara

Walaupun antara mereka telah lama tidak membuat persembahan pentas , namun Konsert 3 Suara benar-benar menyerlah dengan vocal masing-masing . Gabungan 3 penyanyi tanahair iaitu Jamal Abdilah , Zamani dan Ameng sememangnya memberikan satu kepuasan . Ketiga-tiga mereka jelas memberikan suasana muzik sepanjang zaman , daripada Jamal Abdillah yang mencipta nama pada tahun 80an hinggalah ke suasana muzik tahun 90an dengan Ameng dan Zamani .

Dengan set pentas yang menyerlah dengan kilauan lampu , Pentas Istana Budaya dibuka tepat pada jam 9 malam dengan lagu pembukaan lagu-lagu instrumental setiap artis , Ameng yang boleh dikatakan antara persembahan beliau julung kali setelah sekian lama telah memulakan dengan lagu Jamal Abdillah iaitu “Mati Hidup Semula” , ia sebenarnya sebuah lagu yang cukup simbolik yang menandakan kembalinya beliau kedalam hidup masyarakat , beliau meneruskan dengan lagu yang cukup tidak asing lagi iaitu “Sejiwa” .

Zamani juga muncul dengan lagu “Syair Si Pari-Pari” dan “Maria Mariana” , permulaan awal konsert sudah memberikan satu kenangan yang cukup meruntun jiwa , Zamani sebelum ini bersama SLAM telah 2 kali membuat konsert besar di Kuala Lumpur dan Johor Bahru , kemampuan beliau jelas dengan persembahan yang meyakinkan .

Jamal Abdillah muncul dalam menceriakan suasana selepas lagu-lagu ballad yang membuaikan penonton dengan pelbagai kenangan silam , dengan lagu “Aku Penghiburmu” dan “Kau Lupa Pada Janji” , Jamal seperti biasa tampil dengan gaya yang cukup meyakinkan .

Kemunculan adik beliau setelah sekian lama , Jamilul Hayat juga memberikan kesan yang begitu mendalam , membuai dengan lagu-lagu lama yang penuh perasaan , yang pernah juga menguasai radio pada tahun 80an dengan lagu “Gelora Cintaku”.

Suasana di Istana Budaya sebenarnya cukup menghiburkan , dengan 7 buah lagu yang telah diperdengarkan tidak begitu terasa masa yang berlalu , pelbagai lagi lagu-lagu merdu bakal lagi menjadi nyanyian bersama . Konsert 3 Suara telah memancarkan aura yang sebenar , membuktikan sebuah gabungan yang cukup mantap . Sebelum ini Jamal Abdillah sentiasa menegaskan masyarakat tidak perlu memandang serong buat orang seperti mereka , konsert ini juga tegas beliau dibuat bukan sahaja untuk membantu artis dalam menjalankan kehidupan tapi membuktikan kepada masyarakat orang seperti mereka juga boleh berjaya dengan sokongan dan tanpa memandang serong terhadap mereka .

Zamani menonjolkan lagi vocal beliau dan penguasaan pentas dengan penuh yakin dengan menyampaikan lagu “Kembali Terjalin” dan “Kembali Merindu” , sokongan para peminat sebenarnya cukup padu , ia adalah persembahan yang akan sentiasa di kenang .

Konsert ini sebenarnya adalam kemunculan pertama kali Ameng diatas pentas , dengan setiap artis tampil bergaya dengan kot , begitu juga Ameng , beliau kelihatan penuh keyakinan . Setelah beberapa lama tidak menyanyi di hadapan peminat tiada siapa sangka vocal beliau masih lagi menyerlah , dan pastinya apabila beliau menyanyikan lagu “Bourgenvilla” dan “Sepi Tanpa Cinta” ia adalah satu perasaan  yang tidak dapat digambarkan buat peminat setia beliau , ia mengubat kerinduan , setiap lirik begitu menghayati dan penyampaian beliau penuh cemerlang .

Jamal Abdillah meneruskan lagi dengan barisan lagu beliau yang begitu ‘berhantu’ iaitu “Ghazal Untuk Rabiah” , “Samrah Mentari” dan “Ghazal Asmara” .

Belum lagi mencapai kemuncak , ketiga-ketiga penyanyi muncul untuk menyanyikan lagu “Isabella” , ia sebenarnya adalah untuk menunjuk vokal ketiga-tiga mereka yang begitu persona , walaupun Zamani dan Ameng tidak mempunyai vocal setinggi Jamal , tapi mereka telah menunjukkan kekuatan masing-masing tanpa terikut-ikut dengan nada penyanyi asal , ia adalah sesuatu yang cukup menghiburkan .

Jamilul Hayat kembali kembali berduet bersama Jamal dengan lagu “Saat Terpisah” , Begitu juga Ameng yang muncul dengan lagu “Romantis” serta Zamani dengan lagu “Nur Kasih” dan “Manisnya Rindu” . Senarai lagu yang tidak sempat untuk kita terus mengenangkan sebuah memori , kerana antara terus muncul dengan lagu-lagu yang cukup meninggalkan kesan . Senarai lagu yang bukanlah asing buat semua penonton , ia memancarkan seribu satu kenangan . Tidak terkata apabila giliran Jamal Abdillah tampil dengan lagu “Azura” dan “Bicara Cinta” .

Meneruskan lagi segmen dengan kemunculan Zamani dalam membawakan lagu Jamal iaitu “Derita Cinta” , begitu juga Ameng menyanyikan lagu Zamani iaitu “Jika Kau Rasa Getarnya” , tidak kekok membawakannya malah mereka menyerlahkan lagi lagu tersebut apabila menyanyikan dengan gaya sendiri , Jamal Abdillah memilih lagu Ziana Zain dengan lagu “Joget Mencari Teman” , lagu tersebut memancarkan lagi aura Jamal menjadikan ianya unik dan begitu menghiburkan .

Konsert 3 Suara telah hampir menemui penghujungnya , mereka telah memberikan persembahan yang begitu berkesan , vocal yang tiada cacat celanya , malah gubahan muzik yang begitu menyerlah bukan sahaja dengan penampilan band tapi mainan violin oleh Orkestra Seni Kebangsaan .

Konsert 3 Suara telah menampakkan kekuatan yang jitu , gabungan yang begitu menyerlah , mereka telah menyanyikan lagu popular masing-masing , mereka juga telah menyanyikan lagu antara satu sama lain , kini masa untuk mereka telah bergabung tenaga dalam nyanyian , dengan lagu “Sampai Hati” , “Tak Mungkin Berpaling” dan “Kekasih Awal Dan Akhir” .

Bersama Jamilul Hayat keempat-empat mereka mengakhiri konsert dengan lagu-lagu “Perjalananku” , “Terharu” dan “Gadis Melayu” . Apa yang boleh dikatakan , Konsert 3 Suara adalah gabungan suara yang begitu menonjol dengan senarai lagu-lagu yang terbaik .

Konsert 3 Suara akan berlangsung selama 4 hari di Istana Budaya bermula 22 September hingga 25 September dibawakan oleh produksi Binjamal event Sdn Bhd , Tiket-tiket akan dijual dengan harga RM108, RM158, RM258, RM358 dan RM458 atau boleh didapati secara online di www.ilassotickets.com atau hubungi 03 21706333 .




TERBARU

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.