ULASAN ALBUM / CD / EP / SINGLE / LP / DEMO

Tom Petty

Tom Petty & The Heartbreakers - "Hypnotic Eye"

03 Nov 2014 20:44

Oleh : pikofairuz

Nama Tom Petty & The Heartbreakers mungkin tidak sehebat Deep Purple, Led Zeppelin, ACDC dan artis yang sezaman dengannya, apatah lagi mencipta revolusi yang hebat khasnya bagi peminat muzik di Malaysia.  Namun saya percaya pasti sebahagian pioneer di sini yang cukup mengenali mereka.

Setelah lebih 25 tahun berada dalam industri, akhirnya Tom Petty & The Heartbreakers tampil dengan album studio ke 13 yang pastinya dinanti oleh peminat setia merekaApakah mereka masih kekal dengan genre hard rock yang menjadi paksi utama kewujudan mereka. “Hypnotic Eye” ternyata masih mencakupi rencah genre hard rock yang mereka tunjangi.

Apakah yang ingin mereka terjemahkan melalui hiasan kulit hadapan album iniJudul album lebih ditekankan berbanding nama empunya album iniMungkin ramai yang perasan dan mungkin ada yang ingin diterjemahkan oleh Tom Petty & The Heartbreakers. 

Pasti ramai fanatika yang masih ingat kepada lagu-lagu klasik dambaan Tom Petty & The Heartbreakers seperti ‘Baby’s a Rock n Roll, I Need To Know, Refugee’ dan sebagainya. “Hypnotic Eye” masih lagi mempertaruhkan konsep yang sedemikian namun ianya dipelbagaikan bersesuaian dengan trend muzik masakini tetapi masih lagi mengekalkan imej garaj rock yang seakan sudah sebati dengan imej mereka.

Hal ini jelas diperdengarkan oleh mereka melalui lagu yang menjadi pembuka tirai album ini, ‘American Dream Plan B’.  Melodi dan lirik diterjemahkan dalam nuansa tersendiri namun gabungan gitar dan vokal yang sedikit raw menjadikan lagu ini cukup menarikBegitu juga dengan lagu ‘All You Can Carry’ dan ‘Forgotten Man’ yang jelas direncahkan dengan elemen indie rock yang dirasakan untuk memancing peminat baru Tom Petty & The Heartbreakers, walaupun hakikatnya usia Petty sudah menjangkau ke 64 tahun tetapi semangat dan melodi rock yang cukup santai dan tidak keterlaluan pasti usaha Petty bakal berhasil.

Berlainan pula dengan lagu ‘Power Drunk’ yang lebih berpaksikan elemen blues rock yang tidak terlalu menekankan bluesnya tetapi ianya cukup lancar untuk diterima oleh halwa telinga. ‘Fault Lines’ dan ‘Red River’ lebih menyerlahkan lagi kompisisi kibord yang dimainkan oleh Benmont Tench namun keupayaan ‘sang pemukul’ Steve Ferrone tidak perlu dipersoalkanPendekata setiap ahli memberikan vibe yang tersendiri kepada setiap lagu yang dipersembahkanUsia dan pengalaman mungkin menjadi salah satu faktor mengapa “Hypnotic Eye” tidak harus diperlekehkan.

Biarpun hadir dengan konsep CD yang terlalu tipikal dan ringkas, keupayaan Tom Petty & The Heartbreakers melalui album ini sudah diterjemahkan melalui persembahanMasih lagi berkarya walaupun banyak artis-artis baru yang lahir dan tampil dengan pelbagai konsep.  Rock n roll masih menebal dijiwa gitaris dan vokalis yang cukup berwibawa ini.

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.