CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Karnival Evolusi 2014 yang telah berlangsung selama 3 hari iaitu 20 , 21 dan 22 Jun lalu seolah-olah merungkai segala persoalan yang terbenam di dalam minda peminat muzik rock mahupun penyokong industri muzik di Malaysia. Karnival yang telah diadakan di Dewan Jubli Perak ,Kuala Lipis , Pahang ini turut mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Majlis Daerah Lipis, namun apa yang di war warkan tidak se’gah’ namanya.
Kehadiran jentera hebat rock sekitar tahun 80an dan 90an seperti Bloodshed, Handy Black, Sejati, Ayie Leon, Blank Gamma, Masa Scarecrow, Gravity, Satira, Lan Gamma, Poey Sting, Junction, Putra, Lela, Afie Utopia dan Dwan Olan seakan dipandang sepi oleh peminat rock yang satu ketika dahulu pernah memenuhi ruang dewan tersebut sewaktu siri pertandingan Battle Of The Bands, Juara Kugiran dan sebagainya telah diadakan disitu.
Mus yang juga pemain gitar kumpulan Satira dan selaku penganjur melahirkan rasa kesal melihat kehadiran penonton yang boleh dikira dengan jari namun segalanya dianggap sebagai lumrah sebagai penganjur. Beliau tidak sedikit pun merasa kecewa malah menganggap ianya sebagai satu cabaran untuk memberikan sesuatu yang lebih baik serta fokus di siri jelajah “Karnival Evolusi 2014” di lokasi yang lain.
Biarpun harga tiket yang dikenakan untuk menyaksikan ‘otai’ rock membuat persembahan hanyalah RM35 sahaja namun segalanya seakan dipandang sepi oleh penonton, biarpun peralatan dan sistem bunyi yang ditaja oleh Heaven Studio adalah cukup terbaik.
Biarpun kehadiran penonton yang boleh dibilang dengan jari namun sedikit pun tidak mematahkan semangat Hexa Band yang telah bertindak selaku ‘opening’ pada malam kedua. Mereka telah menyampaikan 3 buah lagu yang dipetik dari EP pertama yang berjudul “Bunga Menikam” antaranya ialah Bunga Menikam, Akan Aku dan Umpama Begitu.
Pastinya kehadiran Satira sudah dinantikan oleh sebahagian peminat setia mereka yang terdiri daripada kalangan rockers kental yang berasal dari Sabah. Hentakan drum daripada Zul ternyata sedikit sebanyak memberikan impak kepada jantung setiap penonton yang hadir apatah lagi bagi peminat yang sudah berusia. Gentelan jemari Mus selaku gitaris sentiasa menjadi tumpuan apatah lagi Satira yang kini tampil dengan album terbaru “Paradocks” dimana genre yang diinspirasikan melalui album tersebut diterjemahkan sepenuhnya pada malam itu. Limpahan cahaya lampu turut memberikan signifikasi kepada muzik Satira.
Jelas sekali kemampuan Aub selaku bassis yang berpengalaman mewarnakan irama yang dipersembahkan. Doran masih mampu mengalunkan tona vokal yang keras biarpun usia dan tenaga muda seakan cemburu meninggalkan tahun. Satira ternyata cukup bijak bermain dengan perasaan apatah lagi menyaksikan sokongan penonton yang sanggup datang dari jauh semata-mata mahu melihat mereka beraksi. Pastinya rangkaian lagu-lagu daripada album Paradock menjadi taruhan antaranya ialah Paradock, Inikah Cinta, Sabar Aje lah dan yang pasti lagu yang membawa nama Satira ke mata peminat rock, Kau Masih Ku Cinta dan Surat Dari Hiroshima.
Berlalunya Satira sedikit sebanyak memberi ruang kepada penonton untuk merehatkan diri, Yazed vokalis kumpulan Sejati yang bertindak selaku emcee cukup bijak berinteraksi dengan penonton yang hadir. Jenaka spotannya cukup mencuit hati namun pentas tidak dibiarkan terlalu lama. Tanpa ahli kumpulan Sting, Poey selaku vokalis tetap hadir untuk memberikan persembahan khas buat peminat di Kuala Lipis. Biarpun tampil solo Poey terus hadir dengan lagu mendayunya Dalam Diam Aku Mencintaimu. Cahaya lilin seakan terbias bersama cahaya lampu yang menghiasi pentas disamping alunan vokal yang bertali arus dari peminat. Beliau mengakhiri persembahan dengan lagu terbaru yang berjudul Ali Baba.
KehadiranMasa Scarecrow seakan sudah tiba waktunya, muzik yang didambakan mereka ternyata berbeza dari apa yang telah mereka lakukan pada 3 buah album mereka dahulu. Usia bukanlah halangan buat mereka untuk berkarya dan kreativiti tanpa sepadan dianugerahkan digunakan sebaik mungkin. Biarpun hanya seorang anggota asal yang tinggal namun ‘orang orang’ ini tidak pernah putus asa. Panji-panji Masa Scarerow terus berkibar buktinya Raja Bersiong, UFO, Persandingan Abadi dan Patahnya Sayap Malam telah dipersembahkan di Dewan Jubli Perak, Majlis Daerah Kuala Lipis. Pelbagai aksi ‘maut’ telah dipertontonkan.
Gravity tampil bergaya dengan anggota asal biarpun berada jauh di Kluang, Johor, mereka akhirnya berada di Kuala Lipis. Tampil dengan lagu-lagu yang sudah pasti mengembalikan nostalgia peminat muzik rock seterusnya melekapkan halwa telinga dengan untaian melodi ‘lenggok’ Gravity. Rock, Kau Salju Cintaku, Kehancuran dan Kesinambungan Cinta telah menjadi sandaran mereka. Apa yang pasti kehadiran Gravity sememangnya tidak menghampakan.
Biarpun “Karnival Evolusi 2014” telah menemui pengakhirannya di Kuala Lipis tanpa sambutan yang menggalakkan, ini bukanlah bermakna ianya turut menemui pengakhirannya disitu. Semangat penganjur masih bernyala dan sejuta pujian harus diberikan kerana tanpa sokongan sebarang ‘sponser’, penganjur masih mampu melakukan yang terbaik dan sudah pasti ianya bakal membakar sekelumit semangat yang masih tersisa.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Nidji sudah cukup terkenal di Indonesia dan namanya mula terukir di Malaysia sewaktu mereka tampil dengan album sulung yang berjudul “Breakthru”, ternyata kumpulan yang dibarisi oleh 6 orang pemuda ini telah membuktikan bahawa kehadiran mereka bukanlah sebarangan. Berlandaskan muzik pop alternatif yang diperjuangkan, ternyata Nidji berjaya mencuri perhatian para peminat mereka.
Mula ditubuhkan pada tahun 2002, Nidji atau dalam bahasa Jepun yang membawa maksud pelangi itu tampil dengan album sulung berjudul Breakthru' pada tahun 2006 yang telah meletakkan nama mereka sebagai antara kumpulan yang mempunyai keunikan tersendiri.
Apatah lagi, dengan personaliti unik penyanyi utamanya, Giring telah menjadikan Nidji sebagai kumpulan yang mempunyai kelompok peminatnya yang tersendiri.
Kejayaan demi kejayaan terus digenggam oleh kumpulan yang dianggotai oleh Giring selaku vokalis, Andro selaku pemain bass, Run-D (keyboard), Rama (gitar), Ariel (gitar) dan Adri (drum). Kehadiran mereka tidaklah berpaksikan kepada muzik semata-mata tetapi anugerah yang dimiliki di rungkaikan kepada dunia sinematografi.
Nidji telah dipilih untuk memberikan idea dalam bentuk lagu kemudiannya diterjemahkan untuk mewarnai filem-filem yang diterbitkan oleh produksi filem di Indonesia. Laskar pelangi, Sang Pencerah, 5 CM, Tenggelamnya Kapal Van Der Wijack adalah antara filem yang mendapat sumbangan lagu daripada Nidji. Malah hampir kesemua lagu yang menjadi runut bunyi filem-filem tersebut telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan para peminat.
Kerjasama erat dengan Soraya Intercine Films menerusi filem Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck, telah membuahkan 4 buah lagu yang telah menghiasi filem yang diangkat dari novel legendaris karya Buya Hamka. Seterusnya mereka hadir dengan sebuah lagu yang menjadi lagu tema kepada filem Laskar Pelangi. Filem ini juga telah diadaptasi daripada sebuah novel karangan Andrea Hirata.
Nidji “King Of Soundtrack” membariskan 12 buah lagu antaranya ialah Sumpah dan Cinta Matiku, Teroesir, Diatas Awan, Rahasia Hati, Hidup Tanpa Cintamu, Heaven, Nelangsa, Tuhan Maha Cinta, 5 cm, Shadow, Takkan Pernah Mati dan Laskar Pelangi. Peminat boleh mendapatkan album terbitan dan edaran Warner Music Malaysia ini di kedai-kedai muzik di seluruh Malaysia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerjasama Inteam Records bersama penyanyi lagu ketuhanan Opick terus berkembang , Jika pada tahun lepas album beliau yang bertajuk “Ya Maulana” terus mendapat tempat , kini tanpa berlengah Opick terus mengeluarkan album kesepuluh beliau yang bertajuk “Sahabat Sejati” .
Kunikkan Opick terus terpampang dengan keluarnya album terbaru ini . Album “Sahabat Sejati” pada beliau ia bukan semata-mata lirik ketuhanan , tapi mesej yang jelas kepada kearah kebaikkan dalam apa jua cara sekalipun dan kesaksian dalam hidup seperti yang dinyatakan oleh beliau . “Muzik dalam album ini kali ini agak moden , untuk saya ‘pakaian’ yang penting iaitu isunya tentang kebaikkan” Opick menjelaskan
Beliau yang akui dipengaruhi oleh muzik moden dalam album ini , memberitahu “Untuk album ini saya buat untuk anak muda, muziknya juga sesuai untuk yang minat band” .
“Sahabat Sejati” sebenarnya sangat dekat dengan hati Opick , apatah lagi liriknya telah ditulis oleh anak perempuannya sendiri iaitu Ghaniya , malah paduan suara antara mereka dalam lagu ini cukup melengkapkan album ini . “Sahabat Sejati” kepada Opick dan Ghaniya secara dasarnya sahabat yang akan sentiasa berada disisi pada saat susah atau senang dan Ghaniya menjelaskan lirik ini juga meletakkan ayah beliau sebagai sahabat sejati yang sentiasa berada disisi beliau .
Album yang memuatkan 10 buah lagu ini adalah terbitan Tombo Ati Production dan diedarkan oleh Inteam Records dengan kerjasama Sony Music dan boleh didapati dikedai-kedai muzik sekitar anda atau membelinya secara online di www.inteammobile.com
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Lanai, Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur bakal menjadi saksi kehebatan jentera-jentera rock yang kini bertaraf ‘lagenda’. “Festival Empire Rock 2014” bakal menjadi penanda aras kepada band-band rock tempatan yang pernah mewarnai industri muzik tempatan satu ketika dahulu.
Nama-nama kumpulan rock seperti Samudera, Junction, Sofea, Putra dan Sejati sudah pasti ‘lekat’ dalam minda setiap peminat muzik rock tempatan malah lagu-lagu ‘berhantu’ mereka sentiasa menerjah ruang pusat-pusat karaoke apatah lagi seringkali menembusi corong-corong radio apabila ianya kembali menjadi halwa telinga samada peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka mahupun generasi Y ketika ini.
Pastinya “Festival Empire Rock 2014” bakal menjadi satu platform buat penggiat dan pemuzik rock 80an dan 90an untuk kembali membuktikan kemampuan mereka. Tanpa usaha gigih Empire Rock Kapak Malaysia yang diterajui oleh Mohd Faiz Mat Tap dan Langkah Karya Production Sdn Bhd yang dirialisasikan oleh Tuan Hazmimi Johar pastinya festival ini tidak akan dapat dilaksanakan.
“Ianya hasil idea spontan yang lahir ketika kami bertemu dan berbincang arah tuju Kelab Penggiat Kumpulan Rock Malaysia, tanpa diduga idea saya itu mendapat sokongan daripada Hazmimi lantas beliau bersetuju dengan apa yang ingin saya lakukan”, ujar Mohd Faiz selaku Presiden Kelab dalam satu sidang media yang telah di adakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Hazmimi kemudiannya meminta saya untuk mendapatkan kelima-lima kumpulan ini iaitu Sofea, Junction, Putra, Samudera dan Sejati kerana beliau merupakan peminat tegar kepada kumpulan tersebut”, ujarnya lagi
“Mungkin kedengaran agak pelik apabila sebuah produksi yang seringkali menerbitkan drama secara tiba-tiba beralih arah untuk menganjurkan sebuah konsert rock, namun apa yang ingin saya kongsikan disini adalah mengenai minat selain membuat sedikit kelainan dalam bidang yang saya ceburi. Tidak salah rasanya kerana keduanya adalah lahir dari cabang seni”, ujar Hazmimi Johar selaku Pengerusi Langkah Karya Sdn Bhd.
“InsyaALLAH jika semuanya berada dilandasan yang betul, pasti ada kesinambungan untuk kami bekerjasama dimasa akan datang dan sudah pasti ianya akan menjadi acara tahunan cuma bezanya adalah lokasi dan kumpulan yang berlainan”, tambah beliau
Selain daripada pertunjukan pentas, “Festival Empire Rock 2014” akan diserikan dengan pertandingan, aktiviti artis bertemu para peminat, jualan dan lelongan dan aktiviti kerohanian. “Festival Empire Rock 2014” bakal berlangsung pada 23 Ogos ini dan ianya akan diadakan di Lanai, Matic Jalan Ampang Kuala Lumpur.
Bagi peminat muzik rock anda boleh mendapatkan tiket berharga RM45.00 yang boleh didapati dengan menghubungi 011 15315831 (Faiz), 014 2034750 (Haz) dan 017 6415291 (Aqip). Sebarang pertanyaan serta informasi terkini bolehlah di buat dengan melayari www.facebook.com/RockKapakMalaysia atau empirefmradio.blogspot.com dimana Empire FM merupakan radio rasmi untuk festival ini.
![]() |
![]() |
Karnival Evolusi 2014 yang akan berlangsung selama 3 hari iaitu 20 , 21 dan 22 haribulan Jun nanti sebenarnya menyimpan seribu impian , Karnival yang alam diadakan di Dewan Jubli Perak ,Kuala Lipis , Pahang ini yang mendapat kerjasama sepenuhnya oleh Majlis Daerah Lipis sebenarnya akan menampilkan lebih 15 buah kumpulan-kumpulan rock 80 dan 90an .
Ia pastinya adalah sebuah revolusi , terang gitaris Mus Satira yang juga merupakan penganjur bersama Majlis Daerah Lipis dalam menganjurkan Konsert Evolusi 2014 , “Kami inginkan kumpulan-kumpulan rock yang taknak mengharapkan sebarang offer semata daripada orang lain , kami nak kumpulan rock buat semuanya , seperti menjual CD dan produk mereka seperti baju . Konsert Evolusi 2014 sebenarnya ‘evolve’ daripada seorang artis yang mengharapkan orang lain kepada seseorang yang berani buat sendiri” jelas Mus Satira
Karnival Evolusi 2014 sebenarnya memberikan makna yang cukup mendalam buat penganjur bersama , Mus Satira . Kerana pada beliau peluang untuk pemuzik rock berkembang memang ada , malahan permintaan pendengar kepada muzik rock lama cukup popular dan tidak pernah berhenti , apatah lagi kumpulan rock lama ini masih lagi digilai oleh para peminat . Mus satira menerangkan lagi “Industri muzik rock ni memang ada , apa yang perlu kita lakukan ialah kembangkannya lagi dan kembalikan industri ini , macam audition rancangan Kilauan Emas , kita boleh lihat muzik rock sememangnya satu dominasi .”
Konsep Karnival Evolusi 2014 ini cukup menarik , para peminat boleh memasuki ruang konsert dengan membayar RM35 dan para peminat juga akan mendapat sekeping CD daripada mana-mana kumpulan yang terlibat dalam penjualan CD , “Peminat perlu beli mana-mana CD dari mana-mana band untuk masuk , semua CD akan dijual dengan harga RM35 , pada masa itu nanti ada banyak CD yang mereka boleh pilih . Ini membolehkan juga band untuk berniaga dan menjual CD mereka sendiri” sambung beliau .
Tambah Mus Satira lagi “Biar musician nampak mereka juga boleh berniaga , kami amat berharap pada masa akan datang akan ada lagi Majlis Daerah ataupun kerajaan dapat membantu kami , seperti penghapusan cukai . Kami nak bina semula industri . Kami selepas ini bukan hanya tertumpu kepada band rock tapi kepada band independent yang lain , yang penting mereka ada CD , Cuma buat permulaan kami ajak band rock dulu , malah buat pertama kali ini juga kami terpaksa menolak banyak band rock yang lain untuk bersama , tapi mereka tak perlu risau kerana kami ada rancangan untuk membuat ditempat lain pula”
“Kami cukup gembira kerana kumpulan-kumpulan rock ini memberikan kerjasama yang baik , walaupun ada yang tak cukup ahli tapi mereka akan tampil juga dengan bantuan kawan-kawan , apa yang penting majority penyanyi asal rock lama ini masih ada lagi untuk memberikan persembahan mereka .” Mus Satira cukup optimistic dengan penganjuran Karnival Evolusi ini
Karnival Evolusi 2014 yang berlangsung selama 3 hari ini sebenarnya sesuai riadah bersama keluarga yang mana pada waktu siang akan menampilkan juga Forum Perdana Ehwal Islam , Sukaneka , Pertandingan Karaoke dewasa dan kanak-kanak , Battle of the band . Konsert Evolusi pula akan berlangsung pada pukul 8.45 malam , yang mana setiap kumpulan akan membawakan lagu-lagu popular mereka .
Konsert Evolusi yang bermula jam 8.45 malam
20 Jun akan menampilkan artis seperti
Selepas kejayaan lagu “Kalau Aku Kaya” bersama Altimet, Awi Rafael kini muncul dengan single terbaru yang bertajuk “Takdir Cinta” yang juga merupakan lagu runut bunyi untuk sebuah drama bersiri yang bertajuk “Kusinero Cinta” yang sedang hangat diperkatakan oleh orang ramai sejak ia ditayangkan bermula 26 Mei 2014 yang lalu. Lagu ini merupakan hasil ciptaan sepenuhnya oleh Adi Sixthsense.
Muzik video “Takdir Cinta” ini diarahkan oleh pengarah muda yang bernama Esham Shahlin dan berkonsepkan vintaj di dalam sebuah bilik yang penuh dengan bingkai-bingkai gambar yang memenuhi ruang dinding yang juga menggambarkan sedikit tentang jalan cerita untuk drama “Kusinero Cinta”. Untuk penggambaran muzik video ini, ia hanya mengambil masa selama satu hari sahaja di dalam sebuah gudang di Damansara Jaya.
Drama terbaru ini turut menampilkan pelakon terkenal dari Filipina iaitu Jericho Rosales bergandingan bersama Aaron Aziz dan Tiz Zaqyah. Drama ini diarahkah oleh Feroz Kadir dan hasil terbitan Global Station. Saksikan drama “Kusinero Cinta” pada setiap hari Isnin hingga Rabu pada pukul 10 malam di saluran Astro Mustika HD (saluran 134) tayangan serentak di Astro Bella (saluran 133).
Kepada peminat Awi Rafaeldan juga peminat drama “Kusinero Cinta”, anda kini boleh menyaksikan sendiri muzik video “Takdir Cinta” nyanyian Awi Rafael di YouTube.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Nampaknya kumpulan rock terus menerobos setiap tempat yang penuh eksklusif dan prestij . Dulu Istana Budaya , kini tiba pula ke mercu pentadbiran di Putrajaya ,Planeri Putrajaya. Kumpulan Wings tanpa segan silu terus melebarkan sayap rock mereka disana , Ia sebenarnya adalah mesej yang jelas , tidak timbul isu kumpulan rock dan muzik rock yang ditindas dan dianggap sebagai kelas ke-2 , kejayaan muzik rock mampu membawa kita ke mana sahaja asalkan dengan penuh dedikasi . Inilah yang tekah dibuktikan oleh kumpulan Wings , kumpulan rock yang telah terbina hampir 30 tahun lamanya , kumpulan yang telah membina memori buat peminat dengan lagu-lagu mereka yang kini kekal klasik . Buat segala peminat muzik diluar sana , setuju atau tidak , Wings sememangnya telah membina legasi rock yang tersendiri dan akan terus kekal dalam sejarah muzik rock di Malaysia .
Tepat jam 9.30 malam , Satu persatu jentera Wings masuk ke pentas dengan diiringi oleh petikan gitar oleh Joe , lengkap setiap satunya muzik terus bergema , Wings memulakan langkah dengan lagu seperti “Dalam Kehadiran Sofea” dan “Bujang Senang” , Lagu rancak yang sememangnya amat digemari oleh peminat Wings . Mereka menenangkan keadaan dengan lagu yang cukup klasik iaitu “Perhentian” , meneruskan lagi dengan lagu balad mereka “Sayap Ilusi” . Sebuah lagi lagu kenangan yang cukup menjadi siulan dipilih Wings iaitu “Hikayat Penuh Ranjau” , sebuah lagu yang sering dimainkan oleh anak muda dikampung bersama gitar kapok mereka .
Wings muncul dengan set pentas yang cukup gah , apatah lagi dengan set sound system yang terbaik ditempat yang sememangnya penuh prestij dan khas untuk membuat persembahan sebegini , ia sememangnya berbaloi untuk peminat yang hadir . Awie yang sentiasa berinteraksi diatas pentas , meluahkan dengan penuh rasa kecewa mengenai album terbaru kumpulan Wings yang telah dicetak rompak , jika kita sering melihat Awie marah didalam TV , keluhan amarah beliau juga diluahkan didalam konsert ini . Sememangnya kata-kata beliau amat betul , gejala ini bagaikan tiada noktahnya .
Sebagaimana kenyataan beliau yang penuh harapan agar gejala cetak rompak ditangani oleh pihak berkuasa dengan tegas , Wings meneruskan dengan lagu “Harapan” . Dalam memberi pembaharuan Wings telah menampilkan set tribute untuk kumpulan lama dengan menyanyikan lagu-lagu daripada kumpulan Lefthanded , Blues Gang dan Kembara dengan lagu-lagu “Ku Di Halaman Rindu” ,”Ibu” dan “Hati Emas” , memperlihatkan juga struktur lagu yang diubah sesuai dengan konsep accoustik yang ditampilkan tapi keaslian irama tetap kekal , hinggakan Awie menangis ketika menyanyikan lagu “Ibu” daripada Blues Gang .
Awie terus berehat dengan Joe , Hillary Ang , Edrie Hashim dan Ujang yang setiap mereka mengendali gitar acoustic , memainkan lagu instrumental sambil di skrin besar memaparkan sejarah dan setiap kejayaan album kumpulan Wings . Tanpa berlengah Awie meneruskan dengan lagu yang cukup popular iaitu “Biarkan Berlalu” serta menyampaikan dua lagu daripada album terbaru “Menakluk Kosmos” , dengan lagu “Peti Pandora” dan “Ingatkan Dia” .
Awie sebenarnya tidak lepas untuk berceloteh dengan tamat setiap lagu , mengakui beliau sendiri agak semput untuk menyanyikan semula lagu-lagu lama Wings atas faktor usia dan aentiasa mengusik dan berjenaka dengan setiap rakan Wings . sentiasa juga bermain dibibir beliau untuk berterima kasih kepada peminat yang telah memberikan sokongan tak berbelah bagi kepada Wings .
Lagu rancak “Midnight Blues” dan “Ameringo” diteruskan , sebelum Wings menutup dengan lagu wajib iaitu “Sejati” dan “Taman Rashidah Utama” antara lagu yang telah menaikkan lagu Wings , Lagu “Rantai” mengakhiri persembahan Wings Versi Tanpa Distortion .
Ia adalah sebuah persembahan yang hebat , cukup puas hati . Walaupun Wings hadir tanpa distortion sememang boleh dikatakan persembahan ini agak berat jugak , Ketukkan drum Black sebenarnya tetap padu , dengan dentuman double paddle memenuhi ruang dan terus kejantung , Ia adalah mainan drum yang bertenaga tidak seperti kebiasaan persembahan akoustik , Joe yang dibantu 3 lagi pemain gitar juga telah memberikan sound yang ‘penuh’ walaupun dengan hanya strumming ia tiada ruang kosong sebenarnya , apatah lagi Joe bagaikan tidak berhenti solo dengan gaya fingerpicking mahupun flatpicking menggunakan gitar ‘kapoknya’ , kepantasan tangan beliau boleh dilihat , begitu asyik menekan dan focus kepada setiap note kerana menggunakan gitar acoustic dan terlepas satu note memang sumbang jadinya , tapi Joe kekal kemas , dibantu dengan Hillary Ang , Edrie Hashim dan Ujang dan ditambah dengan mainan bass Eddie juga meletup-letup , ia sememangnya satu persembahan yang boleh dikatakan ‘berat’ walaupun tanpa gitar distortion . Kalau sesiapa perasan flying speaker dekat Planeri Putrajaya pun habis pecah soundnya dikerjakan Wings .
Foo Fighters diberitakan bakal meriliskan album terbarunya yang berjudul “Sonic Highways” pada bulan November ini. Ianya adalah kesinambungan daripada album terdahulu yang telah mencatat sejarah peribadi setiap anggotanya, “Wasting Light” telah menjalani proses rakaman di 8 buah studio di 8 buah wilayah yang terdapat diseluruh US.
Foo fighters juga akan meriliskan mini siri “Sonic Highways” yang memaparkan perjalanan proses pembikinan album tersebut, gitaris merangkap vokalis Dave Grohl turut beraksi dalam mini siri ini.
Selain Dave Grohl, Foo Fighters kini dibarisi Nate Mendel – bass, Pat Smear –gitar, Taylor Hawkins –drum dan Chris Shiflett – gitar. “Sonic Highways” adalah merupakan album studio mereka selepas “Wasting Light” yang telah diriliskan pada tahun 2011.
“Jimmy Page” bakal diterbitkan pada Oktober ini, ianya adalah kisah suka duka dan mencatatkan perjalanan lengkap mengenai karier gitaris lagenda rock dari kumpulan Led Zeppelin. “Jimmy page” juga turut memaparkan lebih 600 keping foto yang pastinya mengundang nostalgia peminat.
Buku otobiografi ini akan diterbitkan oleh Genesis Publications, salah sebuah penerbit yang pernah menerbitkan buku biografi mengenai Ringo Starr, Eric Clapton dan David Bowie. Biarpun sebelum ini “Jimmy Page” pernah diterbitkan, namun buku yang dikeluarkan pada tahun 2010 itu hanya dicetak sebanyak 2500 naskah sahaja berbanding edisi terbaru ini.
Apa yang menarik mengenai buku ini, ianya turut mendapat sentuhan gitaris lagenda itu sendiri selain memberikan pendapat daripada perspektif Jimmy mengenai karier beliau bersama Led Zeppelin. “Jimmy Page” adalah sebuah rentetan perjalanan yang lengkap mengenai dirinya.
![]() |
![]() |
Sebelum ini Mohamad Nazrin Sinaya atau lebih mesra dengan panggilan Normen Rein sering dikaitkan dengan Datuk M.Nasir, ianya adalah kerana Normen yang lebih terkenal kerana meyampaikan lagu yang diilhamkan oleh M.Nasir dan Ad Samad. Lagu ‘Bagai Mula Dulu’ adalah merupakan single yang telah membuka ruang buat Normen untuk melangkah lebih jauh.
Namun segalanya bagai ‘terkunci’, tanpa mengenal pasrah Normen Rein seakan bangit daripada lamunan selama 3 tahun. “Colors” membuktikan bahawa aspirasinya bukan sekadar melepaskan batuk ditangga malah dia melihat ianya sebagai batu loncatan untuk menjadi pembantu kepada khalayak. Lantaran itulah ‘Colors’ diilhamkan disamping menjalinkan kolaborasi bersama Yayasan Kanser Malaysia.
Walaupun sudah bergelar penyanyi, Normen Rein kekal merendah diri. Lagunya juga sudah mula mendapat tempat terutamanya dalam kalangan pendengar di utara tanah air.
"Single pertamanya yang berjudul Bagai Mula Dulu, terlebih dahulu disiarkan oleh radio-radio di utara. Menariknya apabila sudah ada pendengar yang mula meminta lagu itu untuk diputarkan di radio.
"Sebenarnya, masih ramai yang tidak mengenali saya. Mereka gemar mendengar lagu itu berbanding mengenali saya kerana ia merupakan ciptaan seorang komposer hebat," ujar Normen sewaktu majlis pelancaran albumnya yang telah di adakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
Lagu Bagai Mula Dulu merupakan ciptaan komposer Datuk M. Nasir dan lirik oleh Ad Samad. Rein terpilih menyanyikan lagu tersebut setelah melepasi uji bakat yang dibuat oleh M. Nasir tiga tahun lalu.
"Sebenarnya, saya tidak menyangka M. Nasir memberi peluang itu walaupun saya tiada pengalaman dalam dunia ini. Apatah lagi saya juga tidak pernah mengikuti kelas vokal. Selepas diterima, saya terus menetap di Pulau Pinang kerana sedang menamatkan pengajian. Justeru, saya berulang-alik ke Kuala Lumpur untuk merakamkan beberapa buah lagu di beberapa buah studio untuk mendapatkan sound bersesuaian dengan konsep lagu yang saya persembahkan”.
"Selepas tamat pengajian, kini saya mahu memberi perhatian kepada bidang nyanyian apatah lagi saya menganggap ianya adalah sebuah terapi yang mampu untuk menyembuhkan sesuatu penyakit. Ianya adalah fakta berdasarkan kepada apa yang saya pelajari sebelum ini”
“Saya berhasrat untuk menyumbangkan 10 peratus hasil daripada jualan album ini kepada Yayasan Kanser Malaysia, ianya adalah bertepatan dengan etika perubatan yang saya pelajari. Inilah sumbangan saya untuk mereka-mereka yang menghidap penyakit kanser”.
“Color” dilengkapi dengan 7 buah lagu yang memiliki jalur muzik yang tersendiri, antara lagu yang dimuatkan adalah seperti ‘Tak Lagi’, ‘Bagai Mula Dulu’, ‘Sejenak’, ‘Luntur’, ‘Derita’, ‘Macam Selalu’ dan sebuah lagu saduran daripada Ben Nathan iaitu ‘Stanza Sepi Sekeping Hati’.
Selain memasang impian bergelar penyanyi, Rein yang bercita-cita untuk bergelar doktor juga bakal melanjutkan pelajarannya ke peringkat lebih tinggi dalam bidang perubatan tidak lama lagi.
Ne-Yo bakal tampil dengan album terbaru tidak lama lagi, album yang berjudul “Non-Fiction” ini adalah merupakan album kelima dari penyanyi yang membawa jalur muzik RnB.
Sebagai mempromosikan dan membuktikan kehadiran album tersebut, beliau telah merilis single ‘Money Can’t Buy’. Ne-Yo turut berkolaborasi bersama Young Jeezy (penyanyi hip hop) di dalam lagu tersebut.
“Non-Fiction” diberitakan bakal berada di pasaran pada bulan September nanti, album ini bakal di pasarkan di pasaran Malaysia oleh Universal Music. Sebelum ini Ne-Yo telah berjaya menawan jutaan peminat RnB melalui lagu ‘Closer’ yang berjaya melonjakkan namanya sebaris penyanyi RnB dunia.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Walaupun lebih 2 dekad kumpulan rock tanahair Satira tanpa album baru , tapi semangat dan jiwa rock yang mereka ada terus membara , ia bukanlah satu penamat . Kumpulan Satira telah menghasilkan 2 buah album iaitu “Surat Dari Hiroshima” yang telah diriliskan pada tahun 1989 dan “Desiderata” pula telah menemui peminatnya pada tahun 1991 . Antara lagu popular mereka ialah “Kau Masihku Cinta” dan “Surat Dari Horishima” .
Gitaris mereka , Mus tampak semangat apabila menceritakan kisah-kisah mereka sebagai sebuah band “Kumpulan Satira tak pernah berpecah ! sejak ada studio ni saya terus ajak rakan-rakan lain dan kami buat sikit-sikit , Mungkin ada yang keluar tapi itu bukan penamat , adapun sebab komitmen kerja” jelas beliau
Lalu tambah beliau “Asal kami mula serius untuk rakam semula album ialah lepas dapat tawaran untuk opening kumpulan Loudness pada tahun 2011”
Kumpulan rock Jepun terkenal Loudness sememangnya adalah idola mereka , bukan sahaja kekuatan lagu-lagu mereka tapi kehebatan guitarist mereka yang cukup dikenali dunia iaitu Akira , Satira mula membuka mengenai semangat yang dikumpul mereka untuk membuat album baru walaupun dekat 23 tahun mereka tiada album baru .
“Mula dari situlaa kami serius , kami pun jumpa Burn Crossfire dan kami ambil 6 bulan lagi untuk berlatih dan tajamkan lagi kemhairan kami untuk bermain bersama” sambung Mus
Tujuan mereka berjumpa Burn Crossfire adalah untuk menyatakan niat merakamkan album mereka di Studio milik Burn iaitu Quantize Studio .
Mus terus menjelaskan mengenai album terbaru ini “Kami terus rearrange lagu lepas main dengan Loudness , konsep kami tetap 70’s . Cuma sound sahaja yang moden , kita tak boleh lari dengan band luar macam Deep Purple , Black Sabbath , Iron Maiden dan lain-lain .Tapi kami tak ambik laa sebijik dari band luar , kami ambik dengan cara kami yang sendiri . Macam guitarist hanadalan Indonesia bila mendengar lagu kami , Ian Antono , dia sendiri terperanjat , mula-mula di ingat ni luar , dia tak sangka rupanya band Malaysiayang main”
Satira yang baru sahaja mengeluarkan album terbaru bertajuk “Paradoks” dan mempunyai 5 buah lagu sememangnya sangat berpuas hati dengan hasil album ini , dari segi sound dan juga susunan muzik
Vokalis mereka iaitu Doran , cubamenjelaskannya makna “Paradoks” yang bagaikan menyongsang , satu bentuk sindiran tentang kehidupan . “Ia seperti kita sangka kita semakin pandai tapi sebenarnya bodoh , kita sangka kita hebat tapi sebenarnya ada yang lebih hebat , maknanya dalam apa-apa bentuk pun kita jangan lupa yang satu iaitu Allah, sesuai dengan nama Satira , kami menyindir secara halus”
Album “Paradoks” ini sebenarnya mengambil masa yang lama untuk dihasilkan oleh kumpulan Satira , menjelaskan perkara tersebut mereka mempunyai pandangan sendiri “Masa kami dengan syarikat rakaman dulu kami ada dateline , kita kena habiskan pada masa yang ditetapkan , tapi bila kami hasilkan sendiri , kami rasa lebih bebas , maknanya kalau kami rasa tak puas hati dengan lagu kami masa nak rakam , kami akan betulkan dulu dan letak idea-idea baru dan kami pun bila buat sendiri ni kami tak laa terkejar-kejar masa . Sebenarnya rakaman ambik masa yang pendek je tapi mixing yang lama , sebab kini kami yang main muzik dan kami juga yang jadi producer . Maka kami terpaksa belajar balik selok belok system dan experiment untuk menghasilkan sound yang terbaik , tu yang ambik masa yang lama” Ra-ob , bassist Satira memberi penerangan .
Dengan keadaan dunia muzik yang berkembang dan lebih mudah , Mus memberi penjelasan ketika ditanya mengenai album yang dihasilkan sendiri oleh mereka ini “Dulu kami dah buat album pakai syarikat rakaman , boleh dikatakan masa tu kami memang desperate , kalau kami buat lagu pun belum tentu diterima oleh producer . Dulu pun royalti berapa jee , kami dapat satu album 60 sen kongsi 5 orang . Sekarang dah lain , pemuzik independent dah meningkat dan boleh maju , contoh macam kumpulan Hujan . Dulu kami tak nampak , sekarang kami dah tahu semua , macam dulu pun kami taktahu tentang hak-hak untuk lagu dan lirik , dengan adanya MACP baru kami nampak . Bagi kami lebih baik jual sendiri , buat sendiri , kami nak cuba cara ni ”
Bassist Satira pula terus menjelaskan mengenai muzik Satira , yang dilihat lebih progresif “Konsep kami bukan komersil , walaupun ingustri muzik teruk dan kami tak tahu kenapa dan taktahu kehendak pendengar , tapi kami main untuk kami . Kami nak cabar diri kami , kami cubamemberi input baru . Walaupun dalam beberapa lagu kami agak progresif dan fusion tapi ada jugak lagu dengan 5-6 kod je , kiranya kami tak complicated sangat , kami pun nak rilek . Jadi kami buat macam tu agar senang sikit . sebenarya walauun dah lama tak buat album , kami tak putut asa untuk terus berkarya” . Dulu dengan syarikat muzik kami di control . Kini kami nak experiment semua dalam situasi yang terkawal , agar kami ni tak syok sendiri “
Kumpulan Satira dianggotai oleh Mus – Gitarist , Doran – Vokal , Ra-Ob – Bassist dan Zuld’jian - drummer
CD Satira yang bertajuk “Paradoks” dengan menampilkan 5 buah lagu boleh didapati dengan harga RM16.90 dengan berhubung melalui facebook mereka di www.facebook.com/mus.satira.9 . Mereka juga membuat package combo iaitu t-shirt rasmi kumpulan Satira + CD dengan harga RM40 . CD Mereka ini hanya dijual oleh mereka dan rakan-rakan sendiri sahaja . Mereka juga akan menjual CD ini di setiap persembahan yang dilakukan . Mereka akan tampil di Majlis Daerah Kuala Lipis pada 20,21 dan 22 Jun nanti . Show selama 3 hari ini akan menampilkan kumpulan-kumpulan rock lama antaranya Graviti , Handy Black , Sejati , Gamma , Putra , Lela , Babylon dan banyak lagi kumpulan yang akan ditampilkan .
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Raja pop Malaysia bagaikan tidak membuang masa untuk terus mengadakan konsert besarnya di Istana Budaya , setiap perancangan yang dibuat beliau memberikan makna yang cukup tersendiri , bagai memberikan satu legasi untuk generasi masa depan , Dato Jamal Abdillah bersama syarikat beliau Binjamal Sdn Bhd bakal mengadakan Konsert Nostalgia Kemerdekaan Dato Jamal Abdillah di Istana Budaya pada 28 hingga 31 Ogos nanti .
Jamal yang ditemui memberitahu makna Konsert Nostalgia Kemerdekaan yang digunakan beliau “Konsert ni masih komersil , bukan nyanyi lagu patriotik semata , tapi disebabkan berlaku dalam bulan kemerdekaan tanahair kita dan saya selitkan ayat kemerdekaan”
Kerjaya seni Dato Jamal Abdillah pastinya ramai yang sudah tahu , kemenangan beliau dalam Juara Bintang RTM pada tahun 1979 memberi satu kenangan yang cukup manis , apatah lagi dalam tak sedar kita semua m kemenangan Jamal sememangnya adalah kerana dipengaruhi oleh penyanyi yang cukup beliau minati dan hormati iaitu penyanyi daripada Indonesia iaitu Eddy Silitonga , yang mana ketika dalam peringkat suku dan separuh akhir , Jamal Abdillah telah membawakan lagu penyanyi pujaan beliau tersebut iaitu “Lancang Kuning” dan “Bunga Pujaan” .
Penghormatan beliau kepada penyanyi pujaan tidak terhenti disitu sahaja , apabila rakaman album pertama Jamal Abdillah pada tahun 1980 turut memuatkan 2 buah lagu daripada Eddie Silitonga yang pernah dibawa oleh Jamal iaitu “Lancang Kuning” dan juga “Cinta Dan Tangis” . Kini dalam Konsert Nostalgia Kemerdekaan , Dato Jamal .. Abdillah akan terus berganding bersama penyanyi hebat dan pujaan beliau semenjak dahulu lagi iaitu Eddie Silitonga , ia adalah satu gandingan yang amat dinantikan beliau , malah jika dilihat kehebatan 2 penyanyi ini pastinya ia memberikan impak yang tersendiri dalam menyanyikan lagu-lagu lama yang cukup memberikan nostalgia yang terindah .
Eddie Silitonga yang ditemui dalam sidang media mula menceritakan “Sememangnya saya pernah mendengar nama Jamal Abdillah , ketika itu saya distudio , malah namanya seringkali muncul dalam akhbar disana , ketika itu dimana-mana saya berada walau di Riau saya sudah dengar suara dia di radio, aduh agak sedap juga suaranya . Walau dah lama begitu , tak sangka akan berjumpa dengan beliau , ini semua ketentuan Allah . Saya sebenarnya agak tersanjung bila dijemput disini untuk menyanyi bersama-sama”
Jamal turut menceritakan pengalaman beliau yang mana beliau agak menggigil apabila berjumpa buat kali pertama dengan idola beliau semenjak kecil lagi . Menurut Jamal “Konsert ini adalah gabungan 2 negara , yang satu ketika beliau (Eddie) adalah fenomena . ” .
Konsert ini akan mempunyai 4 segmen , yang mana pada segmen pertama Dato Jamal Abdillah akan membuka dengan lagu-lagu beliau , kemudian Eddie Silitonga akan menyampaikan lagu-lagu popular beliau . Gabungan duet antara Dato Jamal dan eddie Silitonga juga tidak akan ketinggalan dengan menyanyikan beberapa buah lagu bersama . Jamal juga menegaskan beliau tidak lupa juga akan membuat segmen tribute untuk penyanyi Allahyarham Ahmad Jais , yangmana menampilkan Elias Shah penyanyi yang mempunyai vocal yang sama seperti Allahyarham Ahmad Jais , malah Allahyarham hamad Jais juga pernah menyanyikan lagu Eddie Silitonga iaitu “Ambang Sore”, makanya Eddie Silitonga tidak ketinggalan akan membawakan lagu tersebut .
Secara keseluruhan konsert ini mungkin berlangsung selama 2 jam setengah dengan lebih 28 buah lagu yang akan dibawakan . Harga-harga iket untuk Konsert Nostalgia Kemerdekaan ialah RM 458, RM358, RM258, RM108 dan RM58 , Unutk tempahan sila ke laman web www.tiket2u.biz atau hubungi talian Box Office iaitu 03-21618134
Pasti ramai di kalangan peminat band Arch Enemy ingin mengetahui sejauh manakah kredibiliti vokalis baru yang menaungi band yang berjaya mencipta revolusi tersendiri sehingga mampu dikenali di seluruh dunia.
Terkini, Arch Enemy telah merilisikan klip video untuk lagu yang berjudul ‘You Will Know My Name’. klip video ini di arahkan oleh Patric Ullaeus daripada Revolver Film Company, dimana sebelum ini pernah menghasilkan klip video untuk kumpulan Dimmu Borgir, Lacuna Coil, In Flames, Sonic Syndicate dan Kamelot.
"You Will Know My Name"adalah salah sebuah lagu yang akan dimuatkan di dalam album terbaru “War Eternal”. Album ini dijangka bakal berada di pasaran pada 10 Jun ini dan ianya adalah hasil rilisan Century Media Records.
Alissa White-Gluzsebelum ini adalah vokalis kepada band The Agonist dimana beliau telah menggantikan Angela Gossow yang sebelum ini telah beraksi bersama dengan Arch Enemy sejak tahun 2000 dan merakamkan suara untuk album “Wages of Sin”. Angela kini lebih senang dengan karier barunya iaitu bertindak sebagai pengurus Arch Enemy.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Bahang konsert “Wings Versi Tanpa Distortion” kini kian terasa, malah konsert yang akan di adakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 8 Jun 2014, 8.45malam itu nanti bakal menjadi penanda aras baru buat Wings. Konsert ‘Versi Tanpa Distortion’ ini merupakan satu kelainan yang berkonsepkan retrospektif akustika tetapi masih menerapkan elemen-elemen rock.
Mereka akan membawakan 18 buah lagu popular termasuk tiga buah lagu dari album terbaru ‘Menaluk Kosmos’ yang pertama kalinya akan dipersembahkan kepada para peminat. Dalam konsert itu mereka turut membawakan lagu-lagu rock popular dalam versi mereka tersendiri yang sudah pastinya persembahan kali ini mampu memukau para peminat kerana susunan musik dan lagunya yang pelbagai.
Kejayaan tidak akan hadir tanpa usaha yang gigih, demi memberikan sesuatu yang cukup istimewa buat para peminat dan penonton yang hadir, Wings dan beberapa pemuzik yang akan mewarnai konsert itu kini giat menjalani latihan. Apa yang pasti sehingga berita ini di tulis mereka telah memberikan ‘nafas baru’ kepada beberapa buah lagu yang satu ketika dahulu cukup ‘panas’ di corong-corong radio. Apakah judul lagu-lagu tersebut? Sama-samalah kita nantikan tarikh dan waktu konsert ‘Wings Versi Tanpa Distortion’ nanti.
Susunan melodi yang pelbagai memerlukan khidmat profesional bagi mencantikkan lagi susunan muzik akustik antaranya ialah Hillary Ang (gitaris), Lee Sze Wan (pianist), Edrie Hashim (gitaris, komposer dan penerbit album), Mozihan Tukiman (gitaris), Hamzah (pemain perkusi) Izzat Izzudin dan anggota kumpulan (penyanyi latar).
Bagi mereka yang ternanti-nanti persembahan hebat yang bakal menggegarkan PICC, anda boleh dapatkan tiket yang berharga RM99, RM149, RM199, RM249 dan RM299. secara online di www.ezitix.net. Untuk tempahan melalui telefon, sila hubungi talian 03-88876000.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26192
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23662
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20378
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18259
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18252
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.