CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Mungkin nama kumpulan Vertical Horizon tidak begitu menyerlah di Malaysia, namun itu bukanlah halangan untuk peminat muzik tempatan untuk tidak menghadirkan diri bagi menyaksikan persembahan bertenaga dari mereka .
Kumpulan yang bergenrekan alternative rock ini dibarisi oleh Matt Scannell – vokalis/gitaris, Ron La Vella- drum, Donovan White- gitaris dan Jeffrey Jarvis -bassis cukup diminati ramai sekitar tahun 90an. Mereka telah memenangi pelbagai anugerah serta mendapat beberapa pengiktirafan.
'Everything You Want' dan 'Best I Ever Had (Grey Sky Morning)' adalah merupakan antara lagu yang telah menaikkan nama Vertical Horizon. Kedatangan mereka ke Malaysia adalah bagi mempromosikan album terbaru yang berjudul “Echoes From The Underground”.
“Vertical Horizon Live In Malaysia” adalah sebuah konsert anjuran bersama diantara Teark Records dan Yayasan Kanser Malaysia. Konsert ini akan berlangsung di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 3 Jun nanti. Konsert yang bakal bermula sekitar jam 8.30 malam turut diserikan dengan kehadiran kumpulan OAG yang akan menjadi ‘opening act’.
Bagi anda yang ingin menyaksikan “Vertical Horizon Live In Malaysia” bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM128, RM178 danRM238 menerusi laman web www.ticketpro.com.my atau boleh didapati di kedai muzik Rock Corner yang berdekatan.Diskaun sebanyak 20 peratus turut diberikan kepada pembeli-pembeli awal sehingga 19 Mei ini. Untuk maklumat lanjut mengenai konsert, layari www.vhliveinkl.com
Pemain drum kumpulan Motley Crue , Tommy Lee telah direkrut untuk bermain dalam album terbaru Smashing Pumpkins oleh Billy Corgan . Kesemua 9 lagu daripada album baru “Monuments To An Elegy” akan dimainkan oleh Tommy Lee.
Sepertimana yang telah diberitahu beliau dilaman web rasmi mereka . Tulis Billy Corgan “Baru sahaja habis round pertama ‘tracking’ drums bersama Tommy Lee untuk album terbaru. Shockla-locka-boom”
Smashing Pumpkin mengumumkan akan mengeluarkan 2 buah album pada tahun 2015 nanti , satu yang sedang dirakam bertajuk “Monuments To An Elegy” dan sebuah lagi belum dirakam bertajuk “Day For Night” . Single mereka dijangka akan keluar pada hujung tahun ini .
“May Death Never Stop You” merupakan album kompilasi yang menghimpunkan karyaan terbaik dari band yang menggelarkan diri mereka sebagai My Chemical Romance. Penghujung tahun 2013 mereka telah mengumumkan untuk mengundurkan diri dari persada muzik, ini bermakna mereka hanya teguh berdiri selama lebih kurang 12 tahun sahaja. Sungguhpun telah ‘berundur’ namun mereka meninggalkan buah tangan yang boleh diklasifikasikan cukup bagus khas buat peminat setia mereka.
Nama My Chemical Romance juga boleh dimasukkan di dalam lipatan sejarah antara band terbaik yang memperjudikan muzik emo. Mereka juga telah membuktikan bahawa genre sedemikian mampu menawan dan meruntuhkan benteng ‘mainstream’ yang selama ini di dominasi oleh genre-genre yang mampu ‘menawan’ hati para produser mahupun pemilik syarikat rakaman yang gilakan keuntungan semata-mata. Nama My Chemical Romance terus dicanang hingga mampu menawan seantaro buana.
“Fake Your Death”, sebuah single yang belum pernah diriliskan sebelum ini menjadi ‘killer’ untuk album kompilasi ‘May Death Never Stop You’. Lagu ini terlebih dahulu membuka tirai kompilasi yang menghimpunkan karyaan terbaik mereka, biarpun kadangkala terdengar melodinya yang diselimuti rasa sedih dan seolah-olah mengiringi ‘kematian’ yang menjangkau My Chemical Romance itu sendiri.
Selepas itu kedengaran lagu yang berjudul, ‘Honey, This Mirror Isn’t Big Enough For The Two Of Us’, dan ‘Vampires Will Never Hurt You’ yang dipetik dari album sulung MCR yang berjudul “I Brought You My Bullets, You Brought Me Your Love” (2002) pastinya usia remaja ketika itu dipenuhi dengan lirikal yang berfantasikan rasa marah disamping melemparkan ketidakpuasan jiwa ketika itu. ‘Helena’, ‘You Know What They Do To Guys Like Us In Prison’, ‘I’m Not Okay (I Promise)’, dan ‘The Ghost Of You’, dari album “Three Cheers for Sweet Revenge” (2004) merupakan rangkaian lagu yang dilihat cuba memikat pendengar dan menampakkan kematangan kesemua anggota MCR, malahan lagu-lagu ini telah berjaya melonjakkan nama MCR ke seluruh dunia.
Lagu-lagu yang berada di dalam album “The Black Parade” (2006) juga turut dimuatkan dalam album ini, antaranya ialah ‘Welcome To The Black Parade’, ‘Cancer’, ‘Mama’, ‘Teenagers’, dan ‘Famous Last Words’. Album studio terakhir mereka “Danger Days: The True Lives of the Fabulous Killjoys” (2010) pernah mendapat ulasan positif dikalangan para penggemar muzik antarabangsa juga tidak ketinggalan turut di muatkan dalam album ini, ‘Na Na Na (Na Na Na Na Na Na Na Na Na)’, ‘SING’, ‘Planetary (GO!)’ dan ‘The Kids From Yesterday’.
Gerard Way, Ray Toro, Mikey Way dan Frank Iero merupakan pendukung yang menjulang panji-panji My Chemical Romance, biarpun kata putus telah diambil mereka, namun masih tersimpan sejuta pengharapan agar mereka kembali bersatu satu hari nanti. “May Death Never Stop You” himpunan yang wajar dimiliki dan harus diletakkan bersama album-album MCR yang terdahulu. Ianya adalah sesuatu yang cukup berharga untuk dilepaskan begitu sahaja. Album ini telah berada di pasaran dan ianya dalah keluaran Warner Music Malaysia
Kumpulan Linkin Park telah berkongsi sebuah lagu terbaru mereka yang bertajuk “Until Its Gone” . Ia merupakan lagu yang akan dimuatkan kedalam album mereka nanti yang bertajuk “The Hunting Party”.
“The Hunting Party” merupakan album ke-6 mereka dan akan berada di pasaran pada 16 Jun nanti , album sebelum ini yang dikeluarkan pada tahun 2013 dan bertajuk “Living Thing”.
Menurut Mike Shinoda , album ini dikatakan agak berat , beliau yang telah membaca artikel yang mengatakan arah tuju muzik sekarang yang agak ‘depressive’ dan beliau setuju dengannya dan hasilnya ialah album ini . Album “The Hunting Party” akan memuatkan 12 buah lagu .
Malaysian Rock Café bakal menjadi saksi kehebatan duo lagenda rock yang cukup disegani dan di kinati oleh para penggemar muzik rock di Malaysia. Joe Burnmark yang dikenali melalui riff dan skill gitarnya manakala Rahim Maarof dikenali melalui kekuatan vokal dan lagu-lagu popularnya.
“Joe Burnmark Feat Rahim Maarof” adalah sebuah showcase eksklusif yang bakal dirialisasikan pada 9 Mei ini. Showcase ini bakal bermula sekitar jam 8.30 malam. Bagi peminat yang ingin menyaksikan kehebatan mereka bolehlah mendapatkan tiket yang berharga Rm35.00 sahaja.
Mungkin rami dikalangan penggemar muzik di Malaysiayang tidak begitu mengenali kedua-dua ‘otai’ yang boleh diklasifikasikan sebagai ikon rock tempatan. Joe Burnmark merupakan gitaris era 80an, beliau memulakan karier melalui album juara-juara rock pada tahun 1988, bersama kumpulan Burnmark. Selepas itu Burnmark muncul dengan 3 buah album iaitu 'Burnmarks' (1988) sebelum menukar nama kepada Naja dengan line-up sama dan mengeluarkan 'Opera Sang Bara' (1989). Kemudian menukar semula kepada Burnmark dan menghasilkan album terakhir 'Asmara' (1990).
Selepas berpecah, Joe bergerak secara solo selain menjadi pemuzik undangan untuk artis-artis tempatan mahupun kerja-kerja di belakang tabir. Beliau juga merupakan gitaris Malaysiayang pertama merakamkan album secara solo instrumental gitar (Joe Jasad Liar) 1990. Bertitik tolak dari situlah beliau meneruskan karier sebagai solo gitaris dan pernah menghasilkan beberapa buah album solo dan kumpulan sehingga hari ini.
Rahim Maarof pula cukup dikenali ketika beliau bersama-sama dengan Whitesteel, dimana ketika itu demam ‘Battle Of The Bands’ melanda arena muzik Malaysia. Namun karier beliau terlebih dahulu bermula dengan album-album yang bergenrekan pop balada yang telah diriliskan sekitar tahun 80an. Antara album yang pernah beliau hasilkan adalah “Kini Aku Sendiri”, “Jangan Marah-Marah”, “Tetap Menanti” dan “Aku Masih Setia Padamu”. Kesemua album ini telah dikeluarkan oleh syarikat rakaman Life Records.
Setelah kariernya berakhir bersama kumpulan Whitesteel, Rahim Maarof bergerak secara solo dan mendapat kontrak dibawah syarikat rakaman yang baru iaitu BMG/PMC. Beliau tampil dengan album solo dengan genre muzik yang baru sesuai dengan imej rockersnya, “Kristal” yang telah diriliskan pada tahun 1988. Selepas itu beliau muncul dengan beberapa buah album antaranya “Sensitif”, “Rahim Maarof”, “Cermin” dan “Generasi” merupakan album terakhir yang telah beliau rakamkan.
Kepada pemuzik, peminat serta pencinta wirama rock pastikan temu janji anda di Malaysian Rock Café pada 9 Mei ini. Sebarang pertanyaan mengenai showcase ini bolehlah diajukan kepada 012-944 2492 (Bain) atau 016-257 1198 (Sabri)
Kumpulan Nidji yang berasal daripada Jakartadan telah ditubuhkan pada tahun 2002 , merupakan sebuah kumpulan yang tidak asing lagi di rantau Asiaini apatah lagi di Malaysia. Dengan deretan lagu-lagu hit mereka seperti ”Sudah", "Hapus Aku", "Laskar Pelangi" dan ”Biarlah”
Nidjiterdiri daripada 6 pemuda iaitu Giring Ganesha (vokalis), Andro (pemain bass), Run-D (pemain keyboard), Rama (pemain gitar), Ariel (pemain gitar), dan Adri (pemain dram). Populariti Nidji di Malaysia tidak dapat disangkal lagi dimana mereka pernah menjadi wajah MTV Asia pada tahun 2007 dan juga telah menghasilkan sebuah lagu runut bunyi untuk drama bersini “Heroes” yang bertajuk “Shadow”. “Heroes” merupakan sebuah siri televisyen yang berasal daripada Amerika Syarikat, hasil ciptaan Tim Kring yang telah ke udara pada 25 September 2006.
Selain dari itu, pada tahun ini, Nidji juga telah diberi kepercayaan untuk membuat lagu runut bunyi yang bertajuk ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ bagi filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” iaitu satu produksi filem terbesar dalam sejarah Indonesia. Filem “Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck” ini juga telah mendapat kutipan box office. Lagu ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ juga telah mengangkat Nidji ke satu era yang lain dan mengukuhkan lagi empayar mereka.
Dan kini, Nidji hadir pula dengan album terbaru yang berjudul "King of Soundtrack". Lagu ‘Sumpah Dan Cinta Matiku’ juga telah dimuatkan di dalam album tersebut. Album “King of Soundtrack” ini merupakan himpunan-himpunan lagu runut bunyi yang telah hasilkan oleh Nidji untuk beberapa buah filem di Indonesia seperti ‘Tenggelamnya Kapal Van Der Wijck’, ‘5cm’, ‘Laskar Pelangi’ dan ‘Sang Pencerah’.
Album “King of Soundtrack” akan dilancarkan pada 7 Mei 2014 dan Nidji sendiri akan mengadakan konsert bagi meraikan pelancaran album tersebut. Kepada semua peminat Nidji, anda semua boleh menyaksikan konsert ini melalui YouTube live-streaming pada jam 8.30 malam di hari pelancaran tersebut
Nampaknya rezeki kumpulan Wings semakin bertambah malah sayap mereka juga semakin besar. Jika sebelum ini Wings telah ‘singgah’ di pentas yang cukup berprestij iaitu di Istana Budaya, kini pentas Planeri Putrajaya bakal menjadi saksi kewujudan mereka.
“Menakluk Kosmos”seakan menjadi satu revolusi baru buat Wings khususnya dan para peminat kumpulan rock tersebut. Judul album terbaru mereka ini umpama rezeki yang terus ‘singgah’ menjengah setiap ahli kumpulan Wings yang terdiri daripada Awie, Joe, Black dan juga Eddie. Putrajaya bakal bergema dengan genre rock dan pastinya “Wings Versi Tanpa Distortion” akan menjadi lambang kemegahan para fanatika kumpulan itu.
“Wings Versi Tanpa Distortion” bakal di adakan pada 8 Jun ini, konsert dijangka akan bermula sekitar jam 8.45 malam. Ianya adalah hasil usaha pihak penganjur iaitu Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd, dan lokasinya adalah di Dewan Plenari Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Kepada peminat yang ingin menyaksikan konsert “Wings Versi Tanpa Distortion” bolehlah mendapatkan tiket mulai 6 Mei nanti. Harga tiket bermula dari RM 99.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00 dan RM 299.00. selain itu anda juga boleh membeli secara online di www.ezitix.net. Untuk tempahan melalui telefon : 03-8887 6000 , 011-2945 6365 (Anez) atau 012-716 8213 (Zuera).Sebarang pertanyaan menghubungi pihak PICC : event.booking@picc.com.my
Nama Christina Perri mula terukir setelah beliau muncul dengan album pertama yang berjudul “Lovestrung”, album penuh yang berpaksikan balada ini telah berjaya terjual berjuta-juta keping di seluruh dunia. Album ‘Lovestrunk’ telah diriliskan oleh syarikat rakaman Atlantic Records, selepas itu Christina seakan hilang daripada arena seni suara antarabangsa.
“Head or Heart”muncul pada tahun 2014, album yang masih mengekalkan ‘tradisi’ Christina Perri iaitu balada dilihat seakan cuba untuk merungkai apa yang tersirat di dalam hati beliau sendiri namun ianya diterjemahkan dalam melodi serta bait-bait lirik yang indah. Hal ini dapat dirangkumkan melalui lagu yang berjudul ‘Burning Gold’. Lagu ini ternyata cukup sesuai untuk diputarkan di radio kerana dilihat mampu untuk memikat pendengar lama dan mereka yang baru mengetahui kewujudan Perri.
‘Be My Forever’ pula menyaksikan gandingan hebat Perri bersama Ed Sheeran. Lagu yang cukup ‘mesra’ radio kerana menampilkan melodi yang cukup catchy, selain itu ianya digabungkan dengan peralatan seperti gitar akustik, tamborin dan piano yang menjadikan ianya adalah rangkuman melodi yang cukup menarik. Gaya santai vokal Ed Sheeran bersama Perri juga menjadikan lagu ini seakan ceria.
Kekuatan vokal Perri di uji melalui lagu yang berjudul ‘Human’, lagu yang cukup menyentuh perasaan ini seakan punyai kuasa magis yang boleh membuatkan anda menitiskan air mata. ‘Human’ dilengkapi dengan pakej melodi dan lirik yang cukup artistik, ianya diterjemahkan melalui lagu berdasarkan kepada kisah benar yang telah berlaku.
“Head or Heart” tidak hanya bersandarkan kepada lagu-lagu yang ‘mesra radio’, ada beberapa buah lagu lagi yang boleh menjadi ikonik anda sekiranya anda menghayati setiap melodi dan lagu yang terdapat dalam album ini. Trust, One Night, I Don’t Wanna Break, Sea Of Lovers, The Words, Lonely Child dan beberapa lagu lagi harus di berikan perhatian. Walau apa pun ‘Head or Heart’ adalah sebuah album yang tidak mengecewakan. Seandainya anda adalah peminat setia Perri, anda harus memiliki album ini kerana ianya punyai nilai komersil yang tersendiri.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Konsert“Blues Buat Teman 2014” yang ditunda pada 28 Mac lalu kerana kejadian yang menggemparkan negara iaitu MH370 kini di aspirasikan kembali. Semangat juang jentera yang mengemudi ‘Blues Buat Teman Tour 2014’ tidak pernah padam malah terus membara, apinya terus marak membakar segenap ruang dewan Persada Johor pada 2 Mei yang lalu.
Sekitar jam 9.20 malam Ayai vokalis kumpulan Illusi telah tampil diatas pentas yang dilimpahi dengan pancaran lampu yang cukup untuk membangitkan semangat apatah lagi diiriingi oleh pemuzik hebat yang tidak perlu di pertikaikan kewibawaan mereka. Beliau telah menyampaikan 3 buah lagu yang telah membariskan nama Illusi di persada seni tanahair, antara lagu yang dipersembahkan adalah Inang Bujang dan Dara, Segalanya Ku Terima dan Puisi Cinta. Biarpun peminat hanya duduk santai, namun rata-rata yang hadir cukup menghayati serta memberikan reaksi positif dengan persembahan Ayai yang ternyata cukup menghiburkan.
Warna suram dengan limpahan cahaya merah mula menghiasi pentas, kelihatan susuk tubuh yang sudah cukup untuk membuat fanatika Datuk Ramli Sarip histeria. Beliau tampil dengan rangkaian 3 buah lagu yang mempunyai maksud tersirat iaitu Tersendiri, Doa dan Fantasi. Seleksi lagu yang ternyata membuat para peminat seakan kaku dengan melodi harmoni yang mendambakan kedamaian serta ketenangan. Suasana yang tenang tiba-tiba berubah menjadi ‘panas’, penonton kini bangkit dari duduk, mereka berdiri dan agresif ketika lagu Tahun 2000 dan Dunia Perlumbaan dipersembahkan.
“Doa saya dan anda kepada MH370 sentiasa di panjatkan kepada yang maha berkuasa, malah berharap agar kesemua mangsa dan ahli keluarga sentiasa berada dalam situasi yang selamat”, ujar Datuk Ramli Sarip
“Blues Buat Teman Tour adalah dedikasi khas buat insan yang pernah terlibat di dalam album Live 2000 yang kini berada dalam situasi yang tidak berapa sihat dan ada yang telah pergi buat selama-lamanya, mereka yang saya maksudkan adalah Hamid Black Dog Bone, Yazid Search dan Allahyarham Samad Mian Lefthanded”, tambah beliau
Istilah Bercinta, Panah Beracun dan Adam Hawa pastinya memberi pengertian yang cukup bermakna kepada hadiran, biarpun ianya di susun dengan melodi indah namun terselit bait-bait puitis yang mempunyai maksud tersirat.
Suasana dingin kini dihangatkan dengan rangkaian lagu-lagu yang pastinya meningkatkan sistem adrenalin tubuh. Sejuta Wajah, Musibah dan Keliru membuatkan para penonton histeria dengan riff gitar yang dialunkan, ketukan drum yang dilemparkan, mainan jemari perkusi serta kibod yang dipersembahkan. Lontaran vokal serak-serak basah yang sinonim dengan genre rock pastinya memberi impak kepada persembahan. Persada Johor menjadi medan ‘amarah’ serta kerakusan peminat yang dahagakan sebuah persembahan yang didalangi jentera hebat.
Datuk Ramli Sarip cukup terkenal dengan identiti rock yang sudah sebati dengan dirinya, namun disebalik ‘kekerasan’ terselit kerohanian, etnik serta kelembutan jiwa yang di terjemahkan dalam lagu Bukan Kerana Nama, Batu danBlues Felda Blues.
“Apa sahaja yang berlaku di atas pentas pada malam ini, ianya adalah sebahagian daripada kreativiti yang datang secara tiba-tiba, ianya akan menjadi nostalgia kepada kepada anda, saya dan kepada pemuzik yang berada di sini satu hari nanti”
The Soul Journey yang membariskan pemuzik handalan seperti Man Kidal Lefthanded (gitar), Ritz Metalasia (gitar), Fauzie Zain (bass), Tom Anuar (dram), Paang Zaman (perkusi) dan Roza Rasul (kibod) sudah pasti memberikan momentum yang cukup terkesan kepada hadirin umumnya dan “Blues Buat Teman Tour” khasnya.
Tajam-Tajam, Orang Kota, Doa Buat Kekasih dan Jikalau Berkasih turut menjadi seleksi untuk peminat Johor. Datuk Ramli Sarip kemudiannya telah melelong barangan peribadi miliknya malah ada diantaranya merupakan barangan yang cukup beliau sayang. Potret wajah beliau, poster edisi terhad John Lennon serta tambourine adalah antara barangan yang di lelong pada malam itu.
Akhirnya, sebagai tanda terima kasih Ramli Sarip kepada semua, beliau telah menyampaikan persembahan encore yang dinanti-nantikan hadirin di Johor iaitu lagu Teratai dan Kamelia. Lagu terakhir ini telah membuatkan semua hadirin yang ada di dalam dewan menyanyi bersama-sama beliau. Episod “Blues Buat Teman Tour” pastinya tidak akan ternoktah tetapi hanya berlabuh dan pastinya akan berlayar kembali.
Killer Be killed pastinya sebuah kumpulan yang agak asing buat peminat muzik ekstrim yang baru berjinak-jinak dengan muzik sedemikian namun bagi peminat tegar ianya adalah sesuatu yang luar biasa. Kumpulan yang di ilhamkan oleh Max Cavalera(Soulfly, ex-Sepultura) Greg Puciato (The Dillinger Escape Plan), Troy Sanders (Mastodon) dan Dave Elitch (ex-The Mars Volta).
Killer Be Killed diberitakan bakal tampil dengan album studio pada 13 Mei ini, album ini akan diriliskan oleh Nuclear Blast Entertainment. Josh Wilbur telah bertindak sebagai Penerbit album manakala hiasan kulit album telah diilhamkan oleh Ryan Clark.
Berikut adalah senarai lagu yang bakal dimuatkan dalam album “Killer Be Killed”.
Fireborn merupakan band baru ciptaan Lars Göran Petrov dan Victor Brandt, duo ini merupakan anggota tetap kumpulan Entombed. Kehadiran Alex Friberg (bassis Necrophopic) serta Fredrik Folkare (gitaris Unleashed/Necrophopic) melengkapkan jentera Fireborn.
“Fireborn mengamalkan konsep muzik yang lebih laju dan ekstrim berbeza dengan apa yang di persembahkan oleh band yang kami anggotai sebelum ini. Fireborn hanyalah band projek dan pastinya ia tidak menganggu komitmen kami kepada band tersebut”,ujar Fireborn
Fireborn kini sudah bersiap sedia untuk menggempur kubu muzik ekstrim antarabangsa, mereka bakal tampil dengan album studio sebelum akhir tahun ini. Sehingga kini mereka masih mencari pemain drum yang boleh memberikan tumpuan penuh kepada Fireborn.
Bagi membuktikan Fireborn bukanlah band angan-angan mereka telah menyiapkan beberapa buah lagu yang dirilis dalam bentuk demo. ‘The Emperor’, ‘Shadow Realms’ dan ‘Lucifer Has Spoken’ kini boleh di dengar melalui streaming.
Diva pop Indonesia, Krisdayanti kembali memeriahkan industri seni Indonesia dan Malaysia setelah sekian lama menyepikan diri dari sebarang aktiviti seni. “Persembahan Ratu Cinta” adalah merupakan album ke sebelas beliau setelah hadir sebagai insan seni sejak tahun 1987.
“Persembahan Ratu Cinta” adalah himpunan lagu-lagu terbaik dan mewakili perjalanan seni Krisdayanti selama 17 tahun. Album ini mengandungi 16 buah lagu termasuk 2 lagu gubahan baru iaitu ‘Rasa Cinta’ dan ‘Bertubi-Tubi’. Lagu “Ratu Cinta” ciptaan Melly Goeslaw ini terlebih dahulu diperkenalkan kepada umum sebelum lagu ‘Bertubi-Tubi’.
Krisdayanti juga turut tampil bersama anak-anaknya dalam video klip ‘Bertubi-tubi‘ telah digarap menjadi sebuah muzik ballad yang mana secara keseluruhannya menceritakan tentang perjalanan hidup KD dari awal bergelar anak seni hingga kini.
Menerusi MV yang berdurasi 4:49saat tersebut, ia jelas menggambarkan kehidupan baru wanita ini yang kini lebih baik setelah melalui pelbagai episod duka. Berlatar belakangkan Eiffel Tower, peminat pasti teruja melihat wajah dua kanak-kanak comel yang merupakan anak KD dan suaminya, Raul Lemos selain turut menyelitkan koleksi foto dua lagi anaknya ketika bersama dengan bekas suami.
Malah, melalui MV ini juga terpancar nilai kekeluargaan yang amat erat dan jelas terpancar kegembiraan dihati wanita ini apabila dikelilingi anak-anaknya.
Selain Ratu Cinta dan Bertubi-Tubi, “Persembahan Ratu Cinta” turut memuatkan lagu Perasaan, Mahadaya Cinta, Pilihlah Aku, Mencintaimu, Pengabdian Cinta, Menghitung Hari, Penasaran dan sebagainya. Album ini telah berada di pasaran dan ianya adalah keluaran Warner Music Malaysia.
Setelah sekian lama tidak tampil tanpa sebarang album studio, kini Maya Karin boleh menarik nafas lega kerana “Teka Teki”nya selama ini sudah terjawab. Album ini dilihat cukup santai kerana mempertaruhkan lagu-lagu yang berentak pop dance serta balada Melodi yang catchy disamping bait lirik yang cukup romantic.
“Teka-Teki” diambil sebagai judul album kerana ianya dilihat sebagai cukup akronim dengan diri Maya yang suka berteka teki dengan peminat namun semuanya di rencahkan dengan resepi yang cukup. Susunan muzik yang ditampilkan sangat menarik dan membuatkan para pendengar juga berteka-teki akan gerangan penyanyi tatkala kali pertama mendengarnya.
Biarpun jangkamasa untuk menyiapkan album ini hanya mengambil masa selama 3 bulan namun hasilnya cukup memuaskan. Maya dan Warner Music Malaysia telah memberi kepercayaan sepenuhnya kepada gandingan yang mantap oleh Audi Mok dan Omar K. dalam menyiapkan kesemua lagu yang terkandung di dalam album ‘Teka-Teki’ ini.
Konsep bagi album ini juga kelihatan lebih ceria dan berwarna-warni dan pakej kulit album ‘Teka-Teki’ ini juga sedikit istimewa kerana ia lain dari yang lain. Album ini juga mengandungi peraduan ‘Cover Album’ di mana anda perlu berkongsi idea menarik dengan menghantar ‘Cover Album’ versi anda sendiri.
Pemenang bertuah akan dipilih dan hadiah menarik menanti anda! Kalau nak tahu cara-cara untuk menyertai peraduan ini dengan lebih lanjut, ada perlu mendapatkan album ini di pasaran kerana album ini telah mula dipasarkan pada 4 Mac 2014.
Album ‘Teka-Teki’ ini memuatkan sebanyak 7 buah lagu seperti ‘Bintang Syurga’, ‘ Logika’, ‘Tersenyum’, ‘Teka-Teki’, ‘Titi Rahsia’, Selamat Tinggal Cinta’ dan juga ‘Hanya Sebentar’.
Muzik video ‘Teka-Teki’ juga telah disiapkan 2 bulan yang lalu, penceritaan menerusi muzik video ini juga dapat menggambarkan tentang sebuah kisah cinta yang penuh dengan tanda tanya dan siapakah jejaka yang diimpikan Maya. Dan pada penghujung muzik video ini juga akan meninggalkan satu tanda tanya tentang jejaka mana yang akan dipilih oleh Maya sendiri.
Untuk menghidupkan kembali lagenda lama - BADANG, pihak Visit Malaysia Year dengan kerjasama Persatuan Pelancongan Padang Rengas dan pakar sukan luar RAT Adventure Consultant akan menganjurkan pencarian BADANG MALAYSIA 2014 pada 17hb Mei hingga 18hb Mei 2014 ini.
Pertandingan yang dibahagikan kepada 2 kategori – 75kg ke bawah dan 76kg ke atas akan diadakan di Kampung Labu Kubong, Lubuk Merbau berhampiran Kuala Kangsar, Perak. Pertandingan tersebut bukan sahaja mempromosikan gaya hidup sihat tetapi turut mengetengahkan keindahan kawasan sawah padi di Lubuk Merbau.
Pertandingan Orang Kuat Malaysia ini mirip acara “World Strongest Man” namun pertandingan kali ini dijalankan secara ala kampung. Pertandingan yang akan dijalankan di kawasan sawah padi ini ingin mengembalikan ingatan kita kepada Badang yang pernah dianggap Ikon orang kuat Melayu pada zaman dahulu yang tinggal di kampung.
Konsep pertandingan Badang Malaysia 2014 ini boleh dikatakan pertama kali diadakan di negara ini dan pihak penganjur berharap akan dapat menarik minat peserta “Strongest Man” dari dalam dan luar negara untuk menyertainya.
Dalam pada itu, ADUN Lubuk Merbau, Datuk Siti Salmah Jusak, menyambut baik penganjuran program Badang ini dan beliau turut mencadangkan satu acara khas untuk kaum wanita iaitu Pertandingan Tangan Besi Wanita yang akan mencabar kekuatan kaum Hawa di dalam kawasan DUN beliau.
Antara acara sampingan yang turut akan menarik perhatian para pelancong tempatan dan luar negara ialah Pertandingan Tarik Tali Terbuka Malaysia bagi merebut Piala YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz, Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Malaysia.
Pertandingan Tarik Tali Terbuka Malaysia ini akan disertai oleh pasukan-pasukan terbaik Malaysia seperti VAT69, Penjara Malaysia, DBKL, PDRM dan banyak lagi yang pasukan yang telah menghantar penyertaan mereka. Pertandingan Tarik Tali Tertutup DUN Lubuk Merbau juga akan diadakan untuk penduduk-penduduk tempatan bagi merebut Piala Datuk Siti Salmah.
Selain daripada itu, terdapat pelbagai acara lain yang menarik seperti Tarian 1Malaysia oleh Kementerian Pelancongan Malaysia untuk pengunjung yang hadir, persembahan mini konsert kumpulan MAY serta pemeriksaan kesihatan percuma oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Acara Badang Malaysia 2014 ini dijangka akan dimeriahkan lagi dengan kehadiran pelancong dan peserta dari negara jiran kita Thailand, Singapura dan Indonesia sebagai salah satu usaha mempromosikan Lubuk Merbau secara khususnya dan negeri Perak amnya sempena Tahun Melawat Malaysia 2014 ini.
Bagi pengunjung dari luar Perak yang ingin berkunjung dan melihat sendiri acara Pertandingan Badang Malaysia ini dijalankan, pihak Homestay Negeri Perak ada menyediakan rumah-rumah homestay untuk seisi keluarga di kawasan berhampiran tapak acara.
Penyertaan BADANG MALAYSIA 2014 dan Pertandingan Tarik Tali Terbuka Piala YB Dato’ Seri Mohamed Nazri Bin Tan Sri Abdul Aziz masih dibuka kepada semua yang berminat.
Borang rasmi penyertaan boleh didapati dari laman Facebook – Badang Malaysia 2014 dan semua borang yang telah diisi dengan penuh boleh dihantarkan kepada pihak Urus Setia penganjur melalui emel – badangmalaysiachallenge@gmail.com
Tarikh tutup penyertaan ialah pada 12hb Mei 2014.
Seventeen Eleven Music memperkenalkan seorang lagi artis wanita berbakat besar dari Kuching, Sarawak bergelar Kamelia Syermain. Gadis berusia 21 tahun ini bakal tampil dengan sebuah lagu terbaru yang diterbitkan oleh Alyph dari kumpulan duo dari Singapura iaitu Sleeq.
Lagu ini berjudul ‘Khabar Aku’ dikatakan bakal membuktikan bakat beliau di persada seni suara tanahair. Sebenarnya, judul lagu ini adalah ‘Apa Khabar’namun setelah mendapati tajuk ini telah digunakan terlebih dulu oleh Joe Flizzow, pihak produksi memilih untuk menukarkan kepada ‘Khabar Aku’.
Lagu ‘Khabar Aku’ berkisar tentang kisah seorang gadis yang dah putus cinta dan ingin memulakan kembali hidup baru. Namun jauh di sudut hatinya, masih ada secebis rindu buat bekas kekasihnya. Jadi, lagu ini ditulis dan ditujukan kepada bekas kekasihnya.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23665
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.