Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

12 Feb 2017 21:06

Journey Live In Malaysia

Journey Live In Malaysia

Journey Live In Malaysia

Pada Sabtu lepas , kumpulan Journey telah melalui perjalanan hampir setengah abad sebelum buat pertama kalinya menjejakkan kaki mereka ke Malaysia , kumpulan rock dari California yang telah hidup dengan pelbagai zaman muzik moden masih kekal dan kukuh dengan barisan lagu-lagu hits nya , dengan keluar dan masuknya setiap ahli kumpulan , Journey masih utuh untuk terus rock . Stadium Malawati bergema dengan pelbagai lagu-lagu klasik daripada mereka .

Pemain drum Steve Smith , gitaris Neal Schon , pemain bass Ross Valory , keyboardist Jonathan Cain dan vokalis Arnel Pineda , memulakan set dengan penuh tenaga  melalui lagu “Separated Ways” , ia adalah permainan yang kemas dan penuh semangat , diteruskan lagi dengan lagu “Be Good To Yourself” lagu daripada album 1986 mereka , “Raised On Radio”, Journey bagaikan tidak peduli langsung dengan masalah teknikal yang berlaku , ia adalah persembahan untuk peminat setia mereka .

Meneruskan lagi dengan dengan lagu “Only The Young” , “Stoned In Love” dan “Anyway You Want It” sudah tentunya setiap peminat mereka akan turut bersama untuk sing-a-long . Kelima-lima mereka kelihatan begitu ‘enjoy’ sekali diatas pentas , kehadiran peminat yang kurang bukanlah satu masalah untuk mereka terus bersama peminat setia mereka pada malam itu .

Journey Live In Malaysia

Journey Live In Malaysia

Gitaris Neal Schon begitu kusyuk dengan setiap solonya , malah tidak lepas untuk menunjukkan pengalaman beliau sebagai guitarist . Beliau begitu yakin sebagaimana keseluruhan setiap ahli Journey , itulah yang membuatkan peminat setia mereka yang hadir begitu gembira sekali . Di mainkan pula dengan lagu “Lights” , Stadium bergema dengan setiap kenangan . Set list Journey tidak menghampakan dengan sambungan terus ke lagu-lagu yang harus dimainkan mereka seperti “Who’s Cryin Now” , “Chain Reaction” , “La Do Da” dan “Wheel In The Sky”

2017 telah menunjukkan hampir 10 tahun vokalis Arnel Pinada telah bersama Journey , pelbagai kritikan terus dilemparkan dengan membandingkan vokalis Steve Perry . Tapi sebagaimana pendapat majority , Arnel cemerlang dalam mempersembahkan setiap note lagu-lagu lama Journey , beliau telah membuktikannya di Malaysia . Sebagai ahli yang termuda , beliau penuh dengan semangat , Jika ahli lain sibuk menggayakan dengan alatan muzik , Arnel melompat disana sini , ia adalah trademark beliau , sentiasa membuatkan para peminat untuk terus bersemangat .

Tak lupa juga buat drummer mereka , Steve Smith yang telah membuat drum solo lebih 5 minit , dalam usia yang hampir mencecah 63 tahun ia adalah persembahan dengan sentuhan Jazz yang cemerlang .

Lagu yang takkan terlepas dalam setiap konsert mereka , “Faithfully” dan “Don’t Stop Believin” terus menyerlahkan lagi vocal Arnel , Dan mainan bass Ross Valory dan guitarist Neal Schon membuktikan lagi kemahiran mereka yang takkan hilang dengan lagu yang amat jarang dimainkan mereka iaitu “La Raza Del Sol” yang pernah menampilkan Santana dalam konsert sebelum ini .

Journey menutup dengan lagu “Lovin Touching Squezing” , lagu yang diambil daripada album tahun 1979 dan juga merupakan lagu pertama mereka memasuki carta Top 20 Billboard . Ia adalah persembahan yang ‘solid’ daripada mereka dan kedatangan buat julung kali ini pasti memberikan satu kenangan buat peminat yang hadir kerana agak sukar untuk membawakan mereka kesini , Apapun tahniah kepada penganjur IMC Live Group kerana usaha mereka .




TERBARU

Keagungan Ramadan Keindahan Syawal Majesticraya Plaza Shah Alam

Konsert Pelarian Oleh DATUK RAMLI SARIP Demi Rohingya

NIDJI Tampil Dengan Album Ke 5 Dan Bakal Beraksi Di KIlang Bateri Pada 11 Mei

PENCARIAN WANITA MELAYU 2017 Di Nobatkan Kepada NURUL AIN

SITI NURHALIZA Kembali Dengan Album Terbaru SIMETRISITI

FAZURA Melancarkan Muzik Video Karaoke Bersama Penyanyi R&B Filipina JASON DY

Album Fenomena Kumpulan SEARCH Di Keluarkan Semula Di Dalam Bentuk Piring Hitam

Pelakon DIANA DANIELLE Menceburi Bidang Nyanyian

Pencarian Wanita Melayu 2017 Kini Bermula

Inspirasi MALIQUE Melalui Album "TKO:Pejamkan Mata"

RUN I AMSTERDAM 2017 Acara Mengumpul Dana Untuk Pelajar Orkestra Membawa Nama Malaysia

SALMAN KHAN Bersama Artis Ternama Bollywood Bakal Membuat Persembahan Besar Di Malaysia

Bekas Gitaris WINGS , JOE Meneruskan Legasi Beliau Bersama Kumpulan PRIME DOMESTIC

FASHIONVALET Melancarkan Koleksi Penyanyi Indonesia, AFGAN, AREZ. CO.

AIZAT AMDAN Muncul Dengan Single "Jangan Menangis"

ZULIN AZIZ Rampil Dengan Single "Terbiar"

JOE Berundur Daripada Kumpulan WINGS

Single Terbaru SHIHA ZIKIR Dengan Lagu "Seperti Novel Cinta"

Menyelami Pelbagai Emosi Melalui Debut EP BUNYI SEMBUNYI

Lagu Klasik Rock JOURNEY Bergema Di Stadium Malawati

KONSERT/TEATER/GIG

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WINGS Merubah Atmosfera Stadium Merdeka

Sokongan Tiada Berbelah Bagi Bukti Irama Rock Terus Bergema

EMMET BUTTERFINGGERS Beraksi di Konsert Kesedaran Kanser (Cancer Awareness Concert)

Konsert WINGS Yang Membongkar Semangat Dan Jati Diri Mereka

Konsert Rockestra XPDC Gagal Dengan Pelbagai Masalah

Damasutra Masih Berbisa

"Matah Ati" Martabatkan Nilai Estetika Masyarakat Jawa

Pementasan "Baik Punya Cilok" Penuh Dengan Gelak Ketawa

Lawak Ke Der 2015 Terus Memberikan Lawak Terbaik

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.