CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
![]() |
Kewujudan semula kumpulan-kumpulan rock yang pernah mewarnai industri hiburan tempatan pastinya menjadi igauan buat semua penggemar wirama tersebut, apatah lagi generasi yang membesar dengan lagu-lagu mendayu karyaan mereka. Saban hari lagu-lagu ‘berhantu’ mereka mula menjajah minda peminat-peminat baru yang sudah pasti tidak mengenali apatah lagi menyaksikan kehebatan mereka beraksi dipentas. Berinspirasikan semangat serta iltizam yang jitu maka terlalu ramai promoter yang ingin merialisasikan impian peminat generasi baru dan lama demi memastikan ‘kembalinya’ aura rock yang sekian lama menjajah minda.
![]() |
Informasi mengenai penggabungan semula anggota-angota kumpulan rock sudah lama kedengaran, namun untuk menyaksikannya dalam sebuah konsert yang berskala besar belum pernah direalisasikan. Salah sebuah syarikat iaitu G&G Prima Internation bakal mengadakan sebuah konsert yang menampilkan kumpulan GERSANG,
Gersang merupakan salah sebuah kumpulan yang diasaskan di Johor, ianya telah ditubuhkan pada tahun 1981. Nama Gersang mula meniti bibir penggemar muzik rock setelah mereka tampil dengan album pertama yang menggunakan nama “Gersang” sebagai judul album. Album yang telah diriliskan pada tahun 1988 itu telah mempertaruhkan lagu ‘Masih Aku Terasa’ yang terus menjadi hits sehingga kini. Kumpulan Gersang dianggotai oleh Man Bai – Vokalis, Man Greng - Bass Gitar, Jojet –Dram, Acis – Keyboard, Kid – Gitar dan Ajib – Gitar terus menjadi sebutan para penggemar muzik rock ketika itu. Setelah kejayaan album pertama, mereka terus tampil dengan album kedua yang berjudul “Takdir” yang telah diriliskan pada tahun 1988. Album “B29” adalah album terakhir dari Gersang, album ini diriliskan pada tahun 1989.
![]() |
Kumpulan Gersang kemudiannya memasuki Juara Lagu '89dan diurus oleh komposer Rahim Othman di bawah syarikat Rahim Othman Production (
Kumpulan Slam juga telah ditubuhkan di negeri Johor pada tahun 1993,ianya dibarisi oleh Shah Nizam Abd Halim - Gitar elektrik & Gitar Akoustik , Zamani Ibrahim – Vokalis, Nor Azli Masrani - Bass , Eddie Ahmad - Keyboard , Programmer & percussion , Abd Razak Bajuri - Second Gitar dan Osman Khalid – Drummer. Slam tampil dengan 4 buah album iaitu “Slam” (1993), “Kesan Terbukti” (1995), “Kembali Merindu” (1996) dan “Dalam Harapan” (1998). Terlalu banyak pencapaian yang telah dikecapi oleh Slam disepanjang mereka bergelar artis rakaman.
![]() |
Kumpulan Exists juga merupakan salah sebuah kumpulan yang telah ditubuhkan di negeri Johor, Kumpulan yang dianggotai oleh 4 orang anggota ini telah ditubuhkan sekitar tahun 1991 telah dianggotai olehMamat (vokalis,), Shah (guitar), Along (guitar ke-2), Musa (bass), Ajai (keyboard) dan Ujang (drum).
Album pertama mereka yang berjudul “Exists” telah diriliskan pada tahun 1991 di bawah Syarikat rakaman JOJO's Production yang berpusat di Johor Bahru. Album mereka yang pertama ini telah melonjakkan nama mereka di persada muzik tanah air apabila lagu 'Untukmu Ibu' berjaya mencuri hati peminat. Album ini juga telah mencatatkan jualan yang membanggakan dengan 250,000 unit.
Exists kemudiannya muncul dengan album kedua yang berjudul “Anugerah”, album ini telah diriliskan pada tahun 1993. Keluar masuk anggota adalah lumrah bagi
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23665
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.