CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Pic Credit : Pa Pa Din
Perjalanan seni Dato Hattan terlalu panjang , 35 tahun disimpulkan hanya pada 2 malam sahaja . Konsert solo julung kali oleh Dato Hattan selama bergelumang sebagai penyanyi, pada usia yang meningkat 57 tahun , beliau membuktikan segalanya . Pada tarikh 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre dapat kita melihat keupayaan sebenar beliau , pada usia emas , suara beliau masih berbisa . Semangat ‘rock’ beliau diluahkan segalanya . 2 malam yang hebat, bukan sahaja buat peminat beliau tapi untuk Dato Hattan sendiri.
Konsert yang bermulakan pada jam 9 malam, dimulakan intro oleh kumpulan Matra Delima , penampilan khas daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKN) . Intro yang panjang memukau dengan muzik tradisi Negeri Sembilan , Caklempong dan seterusnya alunan gitar, drum bergabung terus membuka dengan lagu hit beliau “Biso Bonar” , Dato Hattan tampak begitu bertenaga, meluahkan segalanya diatas pentas pada malam itu .
Dato Hattan yang kuat loghat Negeri Sembilan nya, bukan sahaja menghiburkan penonton dengan lagu-lagu beliau tapi dengan celotehnya , Peminat dapat melihat perjalanan seni Dato Hattan daripada seorang anak muda kampung, dengan hanya berbekalkan minat dan usaha serta bantuan ahli keluarga , terutama Ibu beliau yang banyak membantu dalam meneruskan perjalanan sebagai penyanyi sehingga berjaya ke hari ini .
Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah “Gerhana” , “Duit” , “Satu Malaya Dah Tahu” , “Samba Apa Sahaja” , “Kelentong Dol Hancing” .Ia adalah konsert yang padat , tidak semata dengan lagu balada, tapi konsert ini seharusnya diberi kredit kepada semua pemuzik di atas pentas , Aznan Alias (Guitar-I) , Ritz Metalasia (Guitar-II) , Fly Halizor (Bass) , Ujang (Drummer), Pa'ang Zaman (perkusi) Firdaus (keyboard) dan Mohar (seruling)
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23665
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.