CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Pentas ‘Indonesian Idol’ telah membuka lembaran karier seni buat insan yang bernama Firman Siagian, selepas setahun meninggalkan pentas rancangan rialiti tersebut, beliau telah tampil bersama bandnya The Fly dan hadir dengan album sulung yang telah diriliskan pada tahun 2006 (If Loving You Is Wrong, I Don’t Want To Be A Right).
Pertama kali Firman Siagian menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mempromosikan lagu ‘Jangan Pikirin Abang’ dan ‘Hatimu Batu’ adalah pada tahun 2013. Ternyata kehadirannya ke Malaysiaketika itu mendapat reaksi positif di kalangan peminat muzik disini.
Mei ini pula bakal melakar satu lagi sejarah buat Firman, apabila beliau telah di undang untuk membuat persembahan solo ulungnya. Showcase istimewa yang dikenali sebagai Exclusive A Night With Firman In Kuala Lumpur-Rindu Serindu Rindunya” adalah di bawah kelolaan One Stage Sdn Bhd dan persembahan istimewa ini turut mendapat persetujuan pihak Life Records selaku syarikat rakaman yang bertanggungjawab mempromosikan Firman di Malaysia.
“Sebelum ini saya cukup meminati lagu ‘Rindu Serindu-Rindunya’, dimana ketika itu saya masih berada di bangku sekolah. Ketika lagu ini ‘meletup’ di Indonesiasaya sudah simpan hasrat andaikata satu hari nanti saya ditakdirkan menjadi penyanyi, saya akan membawakan lagu ini”, ujar Firman ketika sidang media yang telah diadakan di Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur.
“Memang saya akui, untuk membawakan lagu ini dalam lenggok bahasa melayu yang sebenar ianya cukup sukar, namun kesukaran itulah yang saya minat sebenarnya. Lantaran ‘benteng’ kesukaran yang telah saya runtuhkan jadi ianya menjadi sesuatu yang mudah kerana saya begitu ikhlas dan saya sampaikan lagu ini dengan ‘mood’ saya sendiri,” ujarnya lagi.
“Melodi asal masih lagi dikekalkan, namun sedikit arrangement telah saya lakukan agarnya ianya bersesuaian dengan konsep serta kehendak pasaran masakini, jika dahulu lagu ‘Rindu Serindu Rindunya’ di bawa dalam genre rock ballads tetapi kini saya sampaikan dalam genre orchestra rock,” tambahnya
“Lagu Rindu Serindu Rindunya adalah hak milik syarikat rakaman Universal Music dan telah dipopularkan oleh kumpulan Spoon. Pihak kami iaitu Life Records telah meminta kebenaran daripada Universal Music untuk diriliskan kembali dalam bentuk digital dan di nyanyikan oleh Firman. Ternyata lagu yang telah diberikan nafas baru oleh Pay (Komposer Indonesia) telah mendapat sambutan lebih daripada 600 buah stesen radio di Indonesia, ianya juga turut mendapat reaksi positif dikalangan peminat di Malaysia dan juga Singapura”ujar Osman Ariffin selaku Pengurus Life Records.
“Exclusive A Night With Firman In Kuala Lumpur-Rindu Serindu Rindunya ini akan berlangsung pada 31 Mei 2014 di Pacific Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis akan bermula dengan makan malam pada jam 7.30 malam dan diikuti showcase Firman Siagian pada jam 9:30malam.
Selain One Stage Sdn Bhd, Seri Pacific Hotel Kuala Lumpur, Malindo Air dan Stylo turut berkoraborasi untuk menjayakan persembahan itu nanti. Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif ini bolehlah mendapatkan tiket berharga RM98, RM168 dan RM268 yang boleh didapati di booth yang terletak di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur atau hotline tickets dengan menghubungi 014-9994476 ( Ms. June Leez). Seandainya anda adalah pembeli tiket yang berharga RM268, anda bakal menikmati makan malam bersama Firman manakala tiket berharga RM168 dan RM98 hanya untuk menonton persembahan dan menikmati minuman percuma.
Mungkin ramai yang telah mengetahui perkhabaran band yang cukup popular dengan lagu ‘Sweet Child O Mine’, ‘November Rain’ dan sebagainya ini telah menemui titik noktahnya. Malah desas desus mengenainya telah pun di muat turun melalui RadarOnline pada 21 Mei yang lalu, dimana portal tersebut menyatakan bahawa setelah berakhirnya konsert Guns N Roses di Las Vegas pada 7 Jun nanti. Kumpulan glam rock itu akan menemui pengakhirannya.
Axl Rose selaku vokalis utama telah memberikan reaksi lain berkenaan pernyataan tersebut, malah beliau menyatakan bahawa Guns N Roses tidak akan berpecah malah akan terus berkarya selagi mampu. Portal tersebut hanya menyiarkan berita palsu mengenai Guns N Roses, saya masih menyanyangi anda semua.
Guns N Roses kini dibarisi oleh Axl Rose merupakan satu-satunya anggota asal yang masih menaungi dan membawa jenama Guns N Roses sehingga kini. Selain Axl, Band ini turut dibarisi oleh Dizzy Reed- percussion, Tommy Stinson – bassis, Frank Ferrer – drum, Chris Pittman – kibordis, Richard Fortus – gitaris dan gitaris Ron “Bumblefoot” Thal serta DJ Ashba.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kerjaya beliau bermula dengan cemerlang selepas memenangi Akademi Fantasia Musim Ke-7 , Lagu-lagu nyanyian beliau tidak mengambil masa yang lama untuk mendapat perhatian peminat . Apatah lagi dengan setiap anugerah yang pernah dimenanginya , Hafiz telah membina kerjayanya dengan begitu tersusun .
Malah terbaru Hafiz bersama rakan-rakannya iaitu Akim dan Hazama akan membuat persembahan di Hard Rock Café , Melaka pada 22 Jun nanti . Menurut Hafiz yang ditemui beliau sememangnya selalu ingin membuat persembahan di Hard Rock Cafe. Hard Rock Café , Melaka dikatakan mampu memuatkan 1000 ke 2000 pengunjung menurut Pengurus nya yang turut hadir dalam siding media di KL .
Akim yang ditemui bagaimanapun tidak berkecil hati kerana walaupun show tersebut jelas lebih memaaparkan nama Hafiz , kerana menurut beliau kejayaan yang dicapai oleh Hafiz adalah bagaikan satu perintis untuk rakan-rakan lain bergerak.
Ini turut di setujui oleh Hafiz , yang mana konsert ini adalah konsert antara sahabat . Dalam show tersebut , Mereka bertiga akan menyampaikan lebih 12 buah lagu , selain lagu popular masing-masing , lagu cover akan turut dinyanyikan menurut beliau .
Konsert Hafiz & Frineds , akan bermula pada jam 9 malam di Hard Rock Café dengan harga tiket pre sales ialah RM60 dan RM70 untuk harga dipintu .
Kisah beliau dengan ukulele nya tentunya telah diketahui ramai , penyanyi cilik Indonesia yang terpaksa berhenti di Sekolah rendah semata-mata untuk bersama mencari nafkah keluarga cukup menimbulkan kekuatan dalam diri anak muda ini , Tegar Septian telah kelilingi kota menyanyi bersama ukulele nya untuk mencari rezeki semenjak umur 7 tahun lagi .
Beliau berjaya merintis kerjaya sebagai penyanyi yang cukup dikenali apabila terus popular dengan lagu yang menjadi siulan ramai iaitu “Aku Yang Dahulu Bukanlah Sekarang” melalui album sulung beliau yang bertajuk “Tegar Dan Sahabat” .
Pastinya kita akan gembira dengan kejayaan beliau hingga cukup dikenali malah mendapat deretan jemputan untuk persembahan di Malaysia dan juga Indonesia , namun semua itu bagaikan tidak nyata apabila menurut Tegar beliau sebenarnya telah ditipu oleh pengurus beliau sendiri .
Kini bersama pengurus baru , Arif Dollah dan sekaligus dengan pelancaran album kedua beliau yang bertajuk “Kemana Kasih Sayang” , Tegar kembali dengan satu semangat malah album kedua ini masih berkisar rapat dengan kisah hidup beliau sendiri , memuatkan 7 buah lagu dan diedarkan oleh Asia Media Production Sdn Bhd .
Kali pertama Firman Siagian menjejakkan kaki ke Malaysia untuk mempromosikan lagu ‘Jangan Pikirin Abang’ dan ‘Hatimu Batu’ adalah pada tahun 2013. Ternyata kehadirannya ke Malaysia ketika itu mendapat reaksi positif di kalangan peminat muzik disini.
Mei ini pula bakal melakar satu lagi sejarah buat Firman, apabila beliau telah di undang untuk membuat persembahan solo ulungnya. Showcase istimewa yang dikenali sebagai Exclusive A Night With Firman In Kuala Lumpur-Rindu Serindu Rindunya” adalah di bawah kelolaan One Stage Sdn Bhd dan persembahan istimewa ini turut mendapat persetujuan pihak Life Records selaku syarikat rakaman yang bertanggungjawab mempromosikan Firman di Malaysia.
Sebelum mengadakan persembahan isitimewa tersebut, Firman di jadualkan akan melancarkan single terbaru beliau yang berjudul ‘Rindu Serindu Rindunya’. “Exclusive A Night With Firman In Kuala Lumpur-Rindu Serindu Rindunya ini akan berlangsung pada 31 Mei 2014 diPacific Ballroom, Hotel Seri Pacific Kuala Lumpur. Majlis akan bermula dengan makan malam pada jam 7.30 malam dan diikuti showcase Firman Siagian pada jam 9:30 malam.
Peminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif ini bolehlah mendapatkan tiket berharga RM98, RM168 dan RM268 yang boleh didapati di booth yang terletak di Hotel Seri Pasific Kuala Lumpur atau hotline tickets dengan menghubungi 014-9994476 ( Ms. June Leez). Seandainya anda adalah pembeli tiket yang berharga RM268, anda bakal menikmati makan malam bersama Firman manakala tiket berharga RM168 dan RM98 hanya untuk menonton persembahan dan menikmati minuman percuma.
![]() |
![]() |
Dominasi kumpulan Wings keatas industri muzik Malaysia sememangnya tak perlu disangkal. Daripada album sulung yang telah dikeluarkan pada tahun 1987 , mereka terus berjaya mencengkam setiap hati peminat bukan sahaja di Malaysia tapi Indonesia , Singapura dan Brunei .Wings secara sendirinya telah berjaya meletakkan mereka sebagai gergasi rock Malaysia .
Walaupun sebelum ini ahli kumpulan Wings silih berganti tapi nampaknya kumpulan Wings terus kekal bersatu , malah dengan vokalis yang berlainan juga sebelum ini , Wings terus mampu melebarkan sayapnya dan memberikan lagu-lagu yang terbaik buat peminat .
Album terakhir mereka adalah “Naga K’ramat” yang dikeluarkan pada tahun 2002 , yang mana album ini merupakan kembalinya vokalis asal mereka iaitu Awie , sebelum ini Wings muncul dengan vokalis Mus May yang mana mereka telah merakamkan 6 buah album bersama termasuk kompilasi dan juga sebuah album bersama Mel .
12 tahun Wings tanpa album baru , kini Wings benar-benar menunjukkan bahwa mereka tidak ingin ketinggalan muzik arus Perdana , album terbaru mereka “Menakluk Kosmos” sememangnya telag diwar-warkan semenjak tahun 2012 lagi . Tapi ia senyap sepi tanpa berita lebih 2 tahun , Awie menjelaskan keadaan masa itu “Sebenarnya saya dah lama tak merakamkan lagu-lagu Wings , pernah satu hari tu saya masuk studio untuk rakam suara , saya tak buat apa-apa , tak boleh nyanyi , tangguh besok pulak , benda sama berlaku , masuk hari ketiga pun sama , akhirnya terus saya tak masuk studio dekat 1 tahun . Susahsaya nak nyanyi lagu Wings . Saya tak boleh nyanyi suka-suka sebab nama Wings ni yang berat ni ”
Sambung beliau lagi “Memang saya ada show bersama Wings , tapi teknik studio dan live ni lain sikit . Suara kita kena dalam keadaan yang perfect , sebab tu saya kena dengar dulu lagu Wings , ambik feel dia dan juga penjagaan suara”
Awie terus menjelaskan sebab ia tertangguh dengan lamanya “Kiranya dalam 1 tahun tu saya mengkaji semula . Dan lagi satu saya tak boleh nak buat kat studio area KL , saya kalau boleh nak relax taknak jam dan masalah cari parking . Saya nak tenang 100%, sebab tu rakaman vocal saya dibuat di Langkawi selama 2 minggu . Kami buat recording dalam bilik hotel , buat partition sikit , barang pun taklah banyak yang kami bawak , masa recording tu kami guna pro tools”
Malah sebelum ini juga pihak KRU Music telah mengeluarkan 3 lagu single mereka yang mana telah dimainkan dicorong-corong radio . Lagu-lagu perlahan tersebut dijelaskan supaya muzik kumpulan Wings dapat merangkumi segala lapis peminat , muzik yang agak perlahan sememangnya penuh komersil , namun dalam sesi pra dengar album Wings di Hard Rock Café pada 19 May lalu , lagu-lagu keras Wings lebih menonjol sebenarnya , yang mana memperlihatkan gaya permainan Joe dan Black yang lebih agresif , dan masih terdapat solo dan mainan melodic yang cukup menarik , mainan bass Eddie membantu dalam memberatkan lagi struktur lagu .
Album “Menakluk Kosmos” bakal berada dipasaran dalam bentuk digipack pada 22 May ini
Pasti para peminat kumpulan Coldplay ternanti-nanti kehadiran tarikh keramat yang membawa kepada kemunculan album “Ghost Stories”, setelah hampir 2 bulan mempromosikan single yang dimuatkan dalam album ini akhirnya 19 Mei lalu ianya di inspirasikan di seluruh dunia.
“Ghost Stories” merupakan album keenam dari Coldplay, album ini memuatkan 9 buah lagu iaitu Always In My Head, Magic, Ink, True, Love, Midnight, Another’s Arms, Ocean, A Sky Full of Stars dan O. Mungkin ramai di kalangan peminat yang merasakan kelahiran album ini sedikit sebanyak ‘memperjudikan’ kisah yang melanda Chris Martin dan Gwyneth Paltrow.
Selain Coldplay yang bertindak selaku pelakon utama, “Ghost Stories” turut mendapat sentuhan daripada Avicii, Timbaland dan Madeon. Hiasan kulit hadapan album ini telah di adaptasikan daripada hasil karya pelukis yang ingin karyanya di paparkan oleh Coldplay iaitu Mila Fürstova. Manakala Paul Epworth (pernah menerbitkan album Adele, Bruno Mars, Paul McCartney, John legend, Kate Nash dan Foster The People) telah bertindak sebagai penerbit album.
Sejak diriliskan pada 19 Mei lalu, “Ghost Stories” telah memberikan reaksi maksima lebih daripada 72 buah Negara di seluruh dunia, malah telah berjaya mendominasi carta jualan di iTunes.
Kepada peminat yang ingin menyaksikan kehebatan Coldplay secara live di Royal Albert Hall London pada 1 Julai nanti bolehlah menyertai peraduan “Coldplay’s ghost Stories Lyrics hidden In Libraries Worldwide”. Peraduan ini memerlukan peminat untuk mencari lirik yang dihasilkan melalui tulisan tangan yang telah hilang.
Pembayang untuk mencari jawapannya boleh dilungsuri melalui akaun twitter coldplay di
twitter.com/coldplay - hashtag #lyricshunt. Mungkin anda adalah pemegang ‘golden ticket’ yang berhak untuk menyaksikan persembahan mereka.
Mohd Faizal Maas atau lebih dikenali dengan panggilan Ajai bukanlah asing lagi dikalangan peminat industri hiburan tempatan. Karier seninya mula dikenali melalui kumpulan Exist, selepas itu beliau mula berjinak-jinak sebagai penyanyi seterusnya menjadi komposer yang cukup dikenali dan disegani.
Ajai kini boleh menarik nafas ‘lega’ kerana syarikat rakaman Warner Music Malaysia telah menerbitkan sebuah album kompilasi yang menghimpunkan hasil karyanya. Album kompilasi yang berjudul “Republik Ajai” ini telah memuatkan 50 buah lagu dan sebuah lagu baru yang berjudul ‘Aduh’. Selain ‘Aduh’ kompilasi hebat ini juga dihiasi dengan lagu-lagu yang telah menjadi ‘killer’ kepada artis-artis yang mendapat karyaannya, antara lagu-lagu tersebut adalah Seandainya Masih Ada Cinta (Dayang Nurfaizah), Kesetiaan (Siti Sarah), Selagi Ada Cinta (Ning Baizura), Pulangkan (Misha Omar) dan Hati Ini Telah Dilukai (duet bersama Kris Dayanti).
Sentuhan emas Ajai, turut memberi beliau peluang menghasilkan lagu-lagu untuk nama-nama besar dalam industri seperti Dato' Siti Nurhaliza, Ella, Kris Dayanti,Saleem dan Dato Sheila Majid.
Ajai juga pemilik syarikat produksi Wake The Baby Records Sdn Bhd sebelum ini pernah berkolaborasi bersama-sama beberapa penyanyi wanita antaranya ialah Kris Dayanti, Nurul dan Marsha. Pertaruhan ‘Aduh’ didalam album ini telah membuahkan hasil dan mendapat reaksi positif dikalangan para peminat seni hiburan malah ianya turut mendapat sambutan baik daripada stesen -stesen radio seberang Tambak dan di YouTube.
“This Is Your Life”,adalah sebuah album penghormatan untuk mendiang Ronnie James Dio. Album yang bakal diriliskan oleh Rhino Records pada 8 Julai ini akan di keluarkan dalam format piring hitam (LP) berwarna. Ianya adala h edisi istimewa yang didatangkan dengan 2 keping LP.
Sebelum ini pihak Rhino Records telah mengeluarkannya dalam bentuk CD dan ianya telah terjual melebihi 15,000 keping di seluruh USsetelah seminggu diriliskan. Selain itu “This Is Your Life” turut berada di kedudukan ke 20 dalam carta billboard 200.
Berikut adalah senarai lagu yang dimuatkan dalam vinlyl versi edisi istimewa ini.
Para peminat genre hardcore punk pastinya cukup mengenali band yang menggelarkan diri mereka sebagai Every Time I Die. Diinformasikan mereka bakal tampil dengan album terbaru yang berjudul “From Parts Unknown”. Album ini bakal berada dipasaran pada 1 Julai ini dan ianya akan diriliskan oleh Epitah Records.
"From Parts Unknown" telah dipilih sebagai judul album kerana ianya diinspirasikan oleh sebahagian besar pendukung sukan gusti yang mempercayai ianya mempunyai nilai-nilai spiritual yang mempengaruhi setiap ahli sukan gusti. Lantaran semangat yang sentiasa membara itu dijadikan judul oleh Every Time I Die.
Bagi yang baru mengenali band Every Time I Die, mereka adalah pejuang genre hardcore punk dan ditubuhkan pada tahun 1998 di New York. Di barisi oleh Keith Buckley – vokal, Jordan Buckley- gitar, Andy Williams –gitar, Stephen Micciche –bass dan Ryan ‘Legs’ Leger –drum. “From Parts Unknown” merupakan album studio ke tujuh daripada mereka selepas “Ex Live” yang telah diriliskan pada tahun 2012.
Sepertimana yang anda semua sedia maklum, Judas Priest bakal mengeluarkan album terbaru tidak berapa lama lagi. Album yang berjudul “Redeemer Of Souls” ini diberitakan bakal berada di pasaran pada 17 Julai nanti. Sehubungan dengan itu, Judas Priest telah memperdengarkan single yang dipetik dari album tersebut, ‘March of the Damned’.
‘March of the Damned’ternyata masih lagi di resepikan mengikut tema Judas Priest sepertimana album-album terdahulu. Apa yang pasti kehadiran “Redeemer Of Souls” bakal mengubat kerinduan buat peminat setia Judas Priest.
“Redeemer of Souls” adalah album studio ke 17 daripada Judas Priest yang terdiri daripada Ian Hill –bassis, Rob Halford – vokalis, Glenn Tipton –gitaris/kibordis, Scott Travis – drum dan Richie Faulkner –gitaris.
Kumpulan Aerosmith terpaksa membatalkan konsert mereka di Istanbul , Turki kerana kemalangan lombong di Bandar berdekatan iaitu Soma yang telah mengorbankan lebih 200 orang dan beratus lagi telah terperangkap akibat letupan yang berlaku .
Persembahan yang sepatutnya diadakan di Universiti Teknikal Istanbul , adalah persembahan berkumpulan pertama yang membuat persembahan di Negara tersebut.
Dalam kenyataan rasmi oleh Aerosmith daripada penyanyi utama mereka , Steven Tyler “Doa sepenuh hati saya kepada mereka yang telah meninggal dunia, mereka yang masih terperangkap dan keluarga mereka. Hati kami terasa dekat dengan rakyat Turki dan menghormati tiga hari berkabung untuk negara yang sedih. ”
Malah guitarist mereka Joe Perry turut meluahkan perasaannya “Saya rasa kesedihan yang mendalam untuk pekerja-pekerja dan keluarga mereka yang terbunuh atau cedera dalam bencana yang amat dahsyat ini," sambung beliau "Sebaik sahaja saya mendengar berita tersebut, saya menghubungi isteri saya di Amerika . Doa saya dan keluarga kepada keluarga dan pekerja yang terbunuh atau cedera. Kata-kata tidak dapat meluahkan kesedihan yang kita rasa.”
Terlebih dahulu mereka dikenali sebagai Messiah dan Anesthesia tetapi tidak kekal dan kerap bertukar-tukar nama sehingga mendengarkan sebuah lagu klasik Blackfire, lantas mengabdikan kumpulan mereka sebagai Sil Khannas. Pengasas kumpulan ini iaitu Jaei (vokal), Shidee (gitar), Din (bass) dan Che Mat (dram) memulakan dunia mereka yang tersendiri pada 1987 di Kangar, Perlis. Inspirasi awal emnjadi detik penubuhan kumpulan Sil khannas adalah seperti Blackfire, SYJ, Motorhead, Deep Purple dan kemudiannya dipengaruhi rentak muzik yang lebih keras iaitu Metallica, Megadeth, Metal Church, Slayer, Celtic Frost dan Death.
Rentetan karier mereka melibatkan fasa yang berperingkat-peringkat bermula dengam 'pembentukan konsepsi' yang kukuh dah seni death metal yang intelektual dalam “Conception Of Madness”. Sebelum itu mereka pernah meriliskan 2 buah demo untuk membuktikan kesungguhan mereka dalam mendifinasikan muzik Sil Khannas itu sendiri. “Doctrine To Hell” telah diriliskan pada tahun 1990, selepas itu muncul pula demo kedua yang berjudul “Assassin Led By Blasphemy' yang diriliskan pada tahun 1992. Diberi 'pembaharuan injeksi' yang lebih berat dan teknikal dalam 'Pendita Gila' sebagai proses ejakulasi daripada segi idealisma untuk pembawaan death metal mereka yang berat.
Teras dan asas elemen yang dipelopori dalam EP itu telah menyumbang kepada 'pembukaan eksperimentasi' dalam 'Gerbang Kayangan', seterusnya menjadi 'penyambungaan eksplorasi' dalam 'Bara Pawaka' yang dipadankan dengan sentuhan baru. Dan ia menjadi lambang 'pengembangan evolusi' dalam 'Berdiri Antara Panji-panji’ dan semuanya itu membawa kepada 'pertemuan konklusi' setiap album yang dihasilkan iaitu mempunyai perbezaan di antara satu sama lain.
Secara rasminya melalui album pertama , nama Sil Khannas diubah kepada Sil Khannaz, manakala penglipur laranya di barisi oleh Jaei Jokhannaz, CD Khanzab, Tom Decibel, Joe Slaughter dan Lan Bye. Dengan konsep teknikal dan brutal death metal yang dipengaruhi kumpulan-kumpulan death metal Amerika Syarikat dan Sweden, cetakan album pertama itu terjual sebanyak 20,000 unit dan merupakan antara karya death metal terbaik di Malaysia!
Album “Conception Of Madness” juga pernah dikeluarkan dalam format LP (piring hitam) sebuah label dari Amerika Syarikat (AS), Old Cemetery Records. Karya itu yang segar malar sehingga ke hari ini dan menjadi mercu irama death metal lokal yang tinggi pencapaiannya. 'Conception Of Madness' akan diberi wajah millenium bersesuaian dengan death metal alaf baru.
Bersempena menyambut ulang tahun ke 20 kelahiran album pertama ini, pihak Nebiula Productions akan mengeluarkannya kembali tetapi dalam format yang cukup menarik iaitu digipack. Selain menghimpunkan lagu yang terdapat dalam versi asal, album ini turut dimuatkan dengan beberapa lagu bonus sebagai tanda terima kasih kepada peminat yang selama ini menyokong karier mereka. “Conception of Madness” versi 2014 hanya tercetak sebanyak 500 keping sahaja.
Seandainya anda berminat untuk mendapatkan versi istimewa ini, bolehlah membuat tempahan awal mulai sekarang dengan mengubungi pihak Nebiula Production samada di facebook mahupun melalui email. Digipack ini dijual dengan harga RM40.00 sahaja. Sebarang pertanyaan bolehlah mengubungi email :nebiulaprod@gmail.com
Kewujudan Sil Khannaz selama dua dekad sebagai dewa metal Malaysiaadalah berasaskan kepada keyakinan trinitinya iaitu teknikal, eksperimental dan death metal! Jika para pendengar mampu menjiwai ketiga-tiga unsur tersebut yang telah mendaulatkan pendewaan muzik mereka, maka warisan karya yang dihimpunkan di sini akan terus bertahta di hati kamu seperti mana lirik mereka: "Janganlah aku dipersendakan kerana engkau tidak tahu siapa aku, akulah Sil Khannaz"
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Nampaknya rezeki kumpulan Wings semakin bertambah malah sayap mereka juga semakin besar. Jika sebelum ini Wings telah ‘singgah’ di pentas yang cukup berprestij iaitu di Istana Budaya, kini pentas Planeri Putrajaya bakal menjadi saksi kewujudan mereka.
“Menakluk Kosmos”seakan menjadi satu revolusi baru buat Wings khususnya dan para peminat kumpulan rock tersebut. Judul album terbaru mereka ini umpama rezeki yang terus ‘singgah’ menjengah setiap ahli kumpulan Wings yang terdiri daripada Awie, Joe, Black dan juga Eddie. Putrajaya bakal bergema dengan genre rock dan pastinya “Wings Versi Tanpa Distortion” akan menjadi lambang kemegahan para fanatika kumpulan itu.
“Bunyi distortion merupakan salah satu irama yang ‘wajib’ ada dalam wirama rock itu sendiri namun “Wings Versi Tanpa Distortion” seolah-olah menguji kewibawaan Wings dalam mencorakkan sesebuah lagu dari perspektif lain”,ujar Joe selaku gitaris Wings.
“Kami terpaksa gubah semula susunan muzik ‘rock’ yang pernah kami tampilkan sebelum ini, dalam versi ini kami berjanji akan memberikan kelainan dan pastinya kepuasan bakal dirasai oleh setiap penonton yang hadir. Biarpun apa yang kami cubalakukan di adaptasi dalam bentuk akustik dan unplugged”,ujarnya lagi.
“Transformasi muzik tanpa distortion bukanlah sesuatu yang baru, kami pernah tampilkan sebelum ini sewaktu “Konsert Wings Rockestera” yang telah diadakan di Istana Budaya pada 26-28 April 2013. Rata-rata peminat yang telah menyaksikan ternyata teruja dengan apa yang kami persembahkan”,ujar Awie selaku vokalis.
“Sebanyak 18 buah lagu akan kami persembahkan pada konsert itu nanti, selain mengubah identiti lagu-lagu yang kami hasilkan Wings juga akan membawa lagu-lagu yang pernah menjadi idola dari kumpulan-kumpulan lagenda yang pernah mewarnai industri muzik tempatan dan antarabangsa”,tambah Awie.
“Kepada peminat yang bakal hadir ke konsert ini, Wings akan persembahkan 3 buah lagu yang terdapat di dalam album terbaru kami iaitu “Menakluk Kosmos” secara live. Ini adalah hadiah istimewa kami untuk penonton yang hadir pada konsert “Wings Versi Tanpa Distortion”,ujarnya lagi.
“Wings Versi Tanpa Distortion” bakal di adakan pada 8 Jun ini, konsert dijangka akan bermula sekitar jam 8.45 malam. Ianya adalah hasil usaha pihak penganjur iaitu Putrajaya International Convention Centre Sdn Bhd, dan lokasinya adalah di Dewan Plenari Putrajaya International Convention Centre (PICC).
Wings juga turut berkolaborasi bersama beberapa pemuzik professional untuk menjayakan konsert tersebut, ianya bertujuan untuk memberikan lebih warna serta variasi kepada irama yang akan di perdengarkan kepada khalayak. Antara jenama yang bakal di tampilkan adalah Hillary Ang, Lee Sze Wan, Edrie Hashim, Ujang, Hamzah dan Izzat Izzudin yang akan bertindak sebagai penyanyi latar.
Kepada peminat yang ingin menyaksikan konsert “Wings Versi Tanpa Distortion” bolehlah mendapatkan tiket yang telah dijual mulai 6 Mei lalu. Harga tiket bermula dari RM 99.00, RM 149.00, RM 199.00, RM 249.00 dan RM 299.00. selain itu anda juga boleh membeli secara online di www.ezitix.net. Untuk tempahan melalui telefon : 03-8887 6000.Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi pihak PICC : event.booking@picc.com.my
Pastinya ramai di kalangan peminat muzik metal umumnya dan symphonic metal cukup mengenali pemilik nama Tarja Turunen. Sebelum ini beliau cukup lantang dalam mengalunkan lagu-lagu yang berkonsepkan symphonic bersama band Nightwish. Kini beliau tidak lagi bersama Nightwish sebaliknya terus berkarya dan bergerak secara solo.
“Left In The Dark”adalah album terbaru yang bakal menghimpunkan karyaan beliau yang cukup ‘fresh’ malah ada di antara lagu-lagu yang dimuatkan belum pernah diriliskan sebelum ini. “Left In The Dark” bakal rilis pada 4 Julai ini melalui syarikat earMUSIC.
Sebenarnya album ini adalah kesinambungan daripada album terdahulu iaitu “My Winterstorm” (2007) dan “What Lies Beneath” (2010). Apa yang menarik mengenai kompilasi istimewa “Left In The Dark” ini adalah terdapatnya 2 buah lagu yang di rakam secara akustik iaitu ‘500 Letters’ dan ‘Until Silence’.
Berikut adalah senarai lagu yang terdapat dalam album “Left In The Dark”.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23663
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.