CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Christina Perri sebelum ini pernah dikenali melalui lagu ‘A Thousand Year’, baru-baru ini beliau muncul dengan album baru yang berjudul “Head or Heart”. Judul album ini dipilih kerana ianya mempunyai ertikata tersendiri buat dirinya, apatah lagi ianya lebih menyentuh kepada perasaan peribadinya terhadap hubungan cintanya yang lalu dan beberapa perkara yang bersangkut paut dengan dirinya. “Head or Heart” diceritakan oleh beliau dalam satu klip video khas yang kini boleh dimuat turun di YouTube.
“Head or Heart” juga turut menyaksikan perubahan drastik terhadap dirinya kerana buat pertama kalinya Perri menulis lagu berkenaan diri dan kehidupan peribadinya. Selain itu dia juga turut mencipta lagu yang berjudul ‘Burning Gold’ yang berkisarkan kepada keputusan untuk berpindah dari Philadelphiake Los Angeles.
Perri juga turut menyatakan bagaimana dia boleh berduet dengan Ed Sheeren di dalam lagu yang berjudul ‘Be My Forever’. Beliau juga mengakui bahawa lagu ini cukup istimewa kerana ianya ditulis melalui hati dan perasaan yang ikhlas, sewaktu menulis lagu ini beliau lantas teringat kepada Ed Sheeren yang merupakan sahabat baik beliau. Malah ketika diajukan lagu ini kepada Sheeren beliau ternyata cukup teruja dengan melodi yang indah serta lirik yang puitis.
Selain itu Perri juga mengaku bahawa perhubungannya dengan Ed Sheeren terlalu akrab seperti sebuah keluarga. Hubungan ‘baik’ ini mula terjalin sewaktu kali pertama mereka bersua di BRIT Awards tahun lalu.
Setelah mengumumkan untuk ‘berehat’ dari arena muzik, Lovehunters kini kembali mewarnai pentas muzik rock khasnya. Band yang berasal dari Singapura ini terlebih dahulu meninggalkan nostalgia manis buat para peminat. Mereka telah mengadakan konsert di Esplanade Hall, Singapura pada tahun 2011, setelah itu ‘Lovehunters’ terus menjadi pemburu cinta.
Lovehunters yang diterajui oleh Yazid Abu Bakar- Bassis dan vokalis, Moliano Rosmadi –gitaris dan Saharudin Abdul Jalil selaku pemain drum membuat ‘comeback’ serta melakukan konsert khas untuk para peminat dan penyokong setianya. Konsert yang dikenali sebagai “Lovehunters Absolute Rock” bakal di adakan di Ground Theatre @Scape Orchard pada 3 Mei ini, konsert bakal bermula pada jam 8.00 malam.
“Lovehunters Absolute Rock” bakal dipersembahkan dalam sisi muzik yang berbeza daripada konsert sebelum ini, malah ianya adalah merupakan sebuah konsert tribute dimana Lovehunters bakal mempersembahkan lagu-lagu yang pernah di popularkan oleh kumpulan rock antarabangsa seperti Metallica, Deep Purple, Whitesnake, Grandfunk, Rainbow, Black Sabbath, Led Zeppelin, Dio dan sebagainya.
Bagi peminat setia Lovehunters di Malaysia dan Singapura anda bolehlah mendapatkan tiket yang berharga$78.00 sekiranya anda membeli di pintu masuk. Jika anda membuat tempahan mulai sekarang anda boleh mendapatkan pre-sale tiket yang berharga $58.00 . Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi hotline: 98711091 (east) atau 91528056 (west).
Kumpulan Soundgarden adalah antara kumpulan yang terawal dalam memainkan muzik grunge dan meledaknya muzik tersebut di arena komersil serba sedikit memberi impak kepada banyak kumpulan yang memainkan muzik tersebut , Soundgarden juga tidak ketinggalan . Malah mereka antara pemuzik grunge pertama yang bernaung dibawah label besar yangmana sebelum itu pemuzik grunge lebih gemar bergerak secara independent .
Kumpulan Soundgarden kini telah memyambut ulangtahun ke-20 untuk album ketiga mereka iaitu “Superunknown” yang dikeluarkan pada tahun 1994 .Album ini adalah album yang paling berjaya buat mereka diarena komersil , apatah lagi lebih manis mereka merangkul anugerah Grammy untuk single daripada album tersebut iaitu “Black Hole Sun” dan “Spoonman”.
Dengan ulangtahun ke-20 untuk album ini , album ini akan dikeluarkan semula dengan 2 edisi deluxe oleh syarikat rakaman A&M/UME pada 3 Jun nanti . Edisi Deluxe biasa hanya mengandungi lagu daripada demo , , B-side dan rehearsel . Untuk Edisi Super Deluxe pula ia akan dating dengan cover jenis ‘lenticular’ , buku , liner note oleh David Fricke dan banyak gambar yang tidak pernah dilihat .
Malah mereka telah meletakkan lagu popular mereka iaitu “Black Hole Sun” versi demo oleh Chris Cornell pada tahun diinternet untuk tatapan semua peminat mereka sempena ulangtahun ke-20 album “Superunknown”
Persatuan Ibu bapa dan Guru (PIBG) Sekolah Menengah (P) Bandaraya dan PIBG Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Peel akan menganjurkan “Fiesta Kesihatan” yang akan di adakan di Pusat Belia Antarabangsa Cheras pada 26 April ini bermula jam 7.30 pagi dan bakal berakhir pada jam 6 petang.
Antara objektif “Fiesta Kesihatan” ini diadakan adalah sebagai menyahut matlamat dan objektif Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 yang dipertengahkan oleh Kementerian Pendidikan Malaysia selain itu ianya adalah merupakan satu program santai untuk member pengisian dalam menggalakkan murid membudayakan gaya hidup sihat.
Program ini menggalakkan penglibatan pihak PIBG, kerjasamaantara PIBG dalammenganjurkan program, sekolah, korporat dan agensi kerajaan disamping dapat meningkatkan kesedaran tentang kesihatan diri.
Menerapkan semangat kesukarelawan bekerjasama untuk menangani isu-isu kesihatan masyarakat dan menggalakkan aktiviti riadah di kalangan murid dan dapat mengekang gejala tidak sihat seperti ketagihan merokok, daha, jenayah dan isu-isu sosial.
Mengekalkan dan membudayakan program-program kesihatan di sekolah-sekolah menengah di wilayah Persekutuan contohnya program COMBI serta dapat memperkenalkan Sekolah Menengah kebangsaan perempuan Bandaraya sebeagai Sekolah Kawalan Penuh Perempuan dan Sekolah Menengah Kebangsaan Convent Jalan Peel sebagai sekolah-sekolah komuniti di Wilayah Persekutuan.
“Fiesta Kesihatan Amal” bukan hanya sekadar fiesta tetapi ianya merangkumi pelbagai aktiviti yang diberikan secara percuma, antaranya ialah pemeriksaan kesihatan, gigi, pap smear, mata, BMI dan sebagainya.
Selain pemeriksaan kesihatan, fiesta tersebut akan menampilkan ceramah kesihatan, Pertandingan rock climbing dan pertandingan futsal serta konsert “Fiesta Kesihatan Amal dengan kerjasama Lets Rock Cancer Malaysia” yang menampilkan OAG, Pesawat, Al Farabi Band, Abstrak Hingga KeBulan, Tonawarna, Azroy The Dashingmen dan Yuka Kharisma.
Program “Fiesta Kesihatan” ini turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur,Pusat Belia Antarabangsa,Yayasan Kanser Malaysia, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Hospital Universiti Kebangsaan Malaysiadan Let’s Rock Cancer Malaysia. Sebarang maklumat lanjut mengenai “Fiesta Kesihatan Amal” bolehlah menghubungi 03-91719204/05 (Sekretariat)
Bekas guitarist Gun N Roses , Slash , menceritakan mengenai lagu yang tidak dijangka akan meletup dan bagaimana beliau cukup tidak menggemari lagu popular mereka itu iaitu “Sweet Child O’ Mine” ketika bercakap kepada host radio WEBN Kidd Chris
Jelas gitaris yang dipuja ramai itu "Saya tidak membencinya, tetapi saya tidak gemar 'Sweet Child O' Mine ' . Dan yang memberikan anda satu idea yang baik bagaimana pendapat saya boleh dipercayai adalah ... riffing gitar tu itu sendiri yang saya suka, tetapi bukan lagu itu sendiri ..."
Terus beliau menyambung , "Anda tahu, Guns N 'Roses sentiasa tegar , seperti kumpulan hardrock AC /DC yang penuh dengan attitude . Jika kita lakukan apa-apa jenis balada, ia sepatutnya agak blues . Ia merupakan balad yang uptempo. Itulah salah satu perkara yang paling ‘gay’ anda boleh menulis. Tetapi pada masa yang sama, ia adalah sebuah lagu yang hebat - saya tidak mengutuknya - tetapi pada masa yang sama, ia hanya tidak sesuai dengan kami yang lain , ia seperti , gimik . Dan sudah tentu ia telah menjadi hit terbesar yang kami pernah tulis "
Lagu daripada album “Appetite for Destruction” , “Sweet Child O’ Mine” mendapat tempat pertama di carta Billboard pada tahun 1988 dan ia dengan pantas menempatkan Gun N Roses di dunia muzik , dan sehingga ke hari ini ia telah pengaruh banyak pemuzik dunia , malah pelbagai majalah meletakkan solo gitar Slash didalam lagu ini antara yang terbaik sepanjang zaman . Lagu ini juga telah mempengaruhi semua orang hingga ke hari ini .
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Setelah lebih 15 tahun menantikan impian untuk mengadakan konsert solo di kampung halaman, akhirnya impian tersebut terlaksana. Ziana Zain bukanlah asing di kalangan peminat seni suara, beliau akan muncul dalam sebuah konsert eksklusif di Melaka pada September nanti.
“I Am Ziana Zain”bakal dianjurkan oleh Gold Earth Pictures Sdn Bhd untuk menaja konsert solo, yang dijadualkan berlangsung pada 27 September ini.
Ziana ternyata cukup teruja apabila mendapat tawaran daripada Gold Earth Pictures Sdn Bhd dan akan bekerjasama dengan Ziana Zain Ventures bagi menjayakan I Am Ziana Zain yang bakal diadakan di Melaka International Trade Centre (MITC) Melaka.
Selain daripada impiannya untuk mengadakan konsert kini sudah tercapai, satu lagi impiannya selama bergelar penyanyi ini turut ditunaikan iaitu untuk bekerjasama dengan pengarah muzik terkenal Aubrey Suwito.
Ziana dijangka akan menyanyikan 22 buah lagu popular diiringi 22 orang pemuzik orkestra yang akan dipimpin oleh Aubrey Suwito selaku pengarah muzik. Seperti konsert-konsert yang pernah dijayakan oleh mana-mana artis dan Ziana sendiri, Konsert “I Am Ziana Zain” juga dirancangkan penuh dramatik termasuklah beberapa kejutan untuk memberikan hiburan maksimum kepada pembeli tiket.
Tiket untuk menyaksikan konsert “I Am Ziana Zain” dijual pada harga RM325 (Platinum), RM255 (Diamond), RM155 (Gold) dan RM95 (Silver).
Seramai 100 orang pertama pembeli tiket Platinum akan berpeluang untuk beramah-mesra dengan Ziana pada sebuah majlis selepas konsert diadakan.
Sebarang pertanyaan dan pembelian tiket boleh melayari laman web www.TicketPro.com.my atau menghubungi Vee di talian 012-203 2508 atau Hilmi 012-688 4434. Selain itu peminat boleh juga mendapatkan tiket di pejabat urusan Gold Earth Pictures Main di 30-1, Jalan Teknologi 3/6D, The Core Seksyen 3, Kota Damansara, 47810 Petaling Jaya, Selangor.
Tiket-tiket juga boleh dibeli di Melaka International Bowling Centre (MIBC), Jalan Konvensyen Ayer Keroh, Melaka. Peminat atau pembeli tiket yang membuat pembelian terus dari pejabat urusan Gold Earth Pictures bermula 14 hingga 31 Mei akan mendapat potongan harga sebanyak 10 peratus.
![]() |
![]() |
Konsert Blues Buat Teman 2014 kini akan menerjah semula ke Johor selepas ditundakan pada 28 Mac lalu kerana kejadian yang menggemparkan negara iaitu MH370 . Datuk Ramli Sarip yang ditemui berkata “ia adalah tindakan yang bagus , kerana ada beberapa negeri ambil tindakan untuk kibarkan bendera setengah tiang dan saya pun angkat topilah dan tangguhkannya”
Ketika berbicara mengenai konsert beliau Datuk Ramli Sarip memberitahu kesemua konsert beliau telah dirancang berbulan lamanya jadi tidak timbul mengenai isu beliau tidak sensitive . Konsert Blues Buat Teman bakal diadakan pada 2 Mei ini dan dilokasi yang sama iaitu di Persada Johor . Sepertimana konsert beliau di Miri , Datuk Ramli berkata selepas berlakunya tragedi MH370 beliau akan adakan segmen untuk doa dan kepasrahan buat MH370 , ia bukanlah hiburan membabi buta semata-mata . Malah antara lagu yang akan dibawakan dan memberikan kesan ialah “Perjalanan Hidup” , “Kau Yang Satu” dan “Hilang Gelap Terbit Terang”.
Walaupun Konsert Blues Buat Teman 2014 akan melabuhkan tirainya di Persada Johor , Datuk Ramli menjelaskan beliau masih membuka segala tawaran untuk meneruskan konsert ini ditempat lain juga , kerana konsert ini bukan sahaja dapat meneruskan niat murni untuk membantu Yazit Search , Hamid BDB dan keluarga Allahyarham Samad Mian tapi dijadikan serampang tiga mata untuk penganjur menyalurkan segala bantuan kepada badan yang memerlukan , sepertimana di Johor , pihak penganjur juga akan menyumbang dari hasil tiket untuk mengisi tabung Yayasan Bandaraya Johor Bahru .
Ketika menceritakan pengalaman beliau yang telah menjelajah beberapa negeri untuk konsert ini , beliau menjelaskan setiap tempat memberikan kenangan dan keistimewaan yang tersendiri . Seperti yang berlangsung sebelum ini iaitu di Miri , Datuk Ramli mencertakan betapa kenangan yang cukup manis , “Apabila ketika konsert berlangsung anak yatim yang dijemput kelihatan bergembira sekali , kebanyakkannya perempuan yang berusia belasan tahu telah meminta beberapa lagu yang amat mereka minat dan mereka sing-along bersama saya , selepas show saya beritahu kepada penganjur – tahniah kerana menghiburkan anak-anak yatim “
Buat peminat-peminat yang terlepas konsert ini , pengurusan Datuk Ramli iaitu Rasamusic telah memberitahu , konsert jelajah ini telah dirakamkan dan akan dibuat satu program seperti travel log untuk stesen TV , ia akan menjelaskan segala-galanya daripada belakang tabir dan kesemua perjalanan konsert ini telah dirakamkan untuk tontonan anda semua .
Buat peminat-peminat yang terlepas konsert sebelum ini , anda masih berpeluang untuk terus menderma dan berhibur . Konsert Blues Buat Teman 2014 bakal diadakan di lokasi Persada Johor pada 2 Mei ini dengan tiket yang hanya berharga RM65 . Malah pembeli yang telah membeli tiket untuk persembahan yang ditunda pada 28 Mei boleh juga menggunakan tiket tersebut . Pembelian secara online sila layari www.ilassotickets.com
Setelah hampir 3 tahun gig “Total War” berlalu malah lokasi dimana ianya di anjurkan kini hanya disimpan dalam lipatan kenangan. Biarpun telah 3 tahun namun nostalgia, kemeriahan, keakraban dan penyatuan di antara peminat mahupun pendukung scene terus terjalin sehingga kini.
Bulan Jun ini bakal melakar sebuah lagi sejarah gigs dan konsert dalam industri muzik ekstrim tempatan. “Total War II” bakal menghimpunkan karyawan dan pemuzik scene bawah tanah. Ianya masih mengekalkan tradisi dengan membariskan kumpulan ‘pahlawan underground’ yang cukup disegani dan punya identiti tersendiri.
“Total War II’ yang di anjurkan oleh Nebiula Production bakal menampilkan Defiled, Humiliation, Koffin Kanser, Mistik, The Pilgrims, Tools Of The Trade, Sil Khannaz dan Psychopathy. Pelbagai genre muzik di satukan di atas sebuah pentas, pelbagai generasi pendukung arus underground di tampilkan. “Total War II” akan diadakan di Black Box, Publika, Solaris, Kuala Lumpurpada 1 Jun 2014.
Bagi yang ingin menyaksikan “Total War II”, anda hanya perlu membayar RM40 sahaja (jika anda membeli tiket pra-jualan yang akan mula dijual pada 20 April), anda bukan sahaja dapat memiliki sekeping tiket malah anda juga akan mendapat sehelai t-shirt “Total War II” (Terhad 50 helai sahaja) secara percuma . Tiket pra jualan boleh di dapati di Nebiula Heavy Metal Shop, CampbellComplex, Kuala Lumpur.
Jika anda tidak berkesempatan untuk berbuat demikian, boleh juga mendapatkan tiket-tiket di pintu masuk yang dijual dengan harga RM45.00 sahaja.
Sebelum ini mereka cukup dikenali dengan lagu yang berjudul 'Terima Kasih' dan ‘Tuhan Tolong Aku’, nama IamNeeta sedikit demi sedikit mula berputik di hati peminat muzik tempatan. Mereka kini mengorak langkah serius dalam industri seni lantaran itu hadirlah single terbaru yang berjudul “Jatuh Cinta”.
Muzik video yang berdurasi selama 4:40 saat ini ternyata mempunyai cerita yang tersendiri. Sering kali dihidangkan dengan penampilan bersahaja, mereka lebih bersedia dan mempunyai maksud yang mendalam. Neeta sendiri telah menjadi seorang wanita yang dilamun cinta dengan seseorang jejaka yang tidak pernah diduga.
‘Jatuh Cinta’ diarahkan oleh Khairi Shahri, tema percintaan yang digarapkan dilihat amat mendalam dan romantis sekaligus memberikan emosi kepada penonton. Ianya sekaligus memberikan nafas baru kepada band ini yang dikenali dengan muzik rancak dan bertenaga.
Digarap sepenuhnya oleh Patrick Anohada, keindahan melodinya dan susunan lirik lagu ini mampu memikat pendengar yang baru mengenali IamNeeta.
Syarikat rakaman Seventeen Eleven Sdn Bhd , yang sebelum ini telah berjaya mengetengahkan bakat Najwa Latiff yang ketika itu popular melalui youtube serta beberapa artis lain lagi seperti Iamneeta . Kini mengorak langkah lagi dengan mengetengahkan bakat daripada youtube iaitu kumpulan MyOwnStory .
MyOwnStory yang berasal daripada Sungai Petani , Kedah dianggotai oleh 3 anak muda iaitu Own (Vokalis) Kim(Gitar Pertama ) Dan Remy (Gitar Kedua) . Mereka yang sebelum ini telah memuat naikkan lagu-lagu cover kini bertuah untuk bernaung dibawah pengurusan yang lebih professional , Malah Remy pula merupakan anak kepada komposer terkenal negara iaitu S.Atan.
Sebagai permulaan mereka telah melancarkan single terbaru pada bulan Mac lalu dengan lagu yang bertajuk “Akui Cinta” . Tuah mereka berterusan yang mana lagu single ini telah dijadikan runut bunyi untuk drama “Romi Cinta Julia” . Untuk maklumat lanjut sila ke laman web mereka seperti tertera
Facebook.com/Myownstoryband
Twiiter:MyOwnStoryMOS
Instagram:MyOwnStoryMOS
Coldplay telah meluncurkan video klip terbaru untuk singlenya yang berjudul Magic. Mengambil konsep filem bisu, video klip berdurasi 5 minit itu diarahkan oleh Jonas Akerlund. Manakala pelakon filem yang cukup di kenali di Malaysia, Zhang Ziyi telah dipilih untuk turut beraksi di dalam klip video tersebut. Zhang Ziyi adalah actress dalam filem Crouching Tiger Hidden Dragon,.
Magic turut menampilkan vokalis utama Coldplay, Chris Martin yang memegang watak sebagai seorang lelaki yang bengis iaitu Claude.
Magictelah diperkenalkan buat pertama kali oleh Coldplay sewaktu beraksi di pentas SXSW yang telah diadakan pada bulan Mac yang lalu. Lagu ini kemudian secara rasmi dirilis sebagai single pertama dari album Ghost Stories, dan akan mula dipasarkan pada 19 Mei. “Ghost Stories” akan diriliskan oleh Parlophone/Atlantic Records.
Sejak tampil dengan album 'Living Things (2012)', Mike Shinoda Cs akhirnya telah membuat pengumuman mengenai album terbaru LinkinPark yang berjudul ‘The Hunting Party’.
'The Hunting Party' sepertinya akan menjurus pada karya-karya awal band pelantun hits 'Burn It Down' itu. Bahkan, dari single pertama yang sudah dirilis dari album keenam itu, 'Guilty All The Same', terdengar LinkinParklebih garang.
'Guilty All The Same',menyaksikan LinkinParkmemilih untuk berkolaborasi di bagian rap bersama rapper Amerika Serikat bernama Rakim. Bunyi distorsi gitar Mike Shinoda dan Brad Delson mendominasi, begitu pula dengan pola ketukan drum dari Rob Bourdon, harus diakui, lagu tersebut kedengaran cukup bertenaga.
Somewhere Only We Know lagu milik band Keane yang di-cover oleh Lily Allen telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan peminat malah dilihat telah mampu berada di beberapa buah carta ‘hit songs’ sekitar Eropah.
Sebelum ini Lily Allen telah tampil dengan single pertamanya yang berjudul Hard Out There juga cukup sukses. Setelah itu beliau tampilkan pula single berjudulL8 CMMRyang diberitakan akan menjadi soundtrack dalam salah satu episode,Girls.
Album terbaru dan merupakan album studio ketiga milik Lily Allen dijangka akan mula dipasarkan sekitar 26 Mei ini. Dia dilihat cukup aktif semenjak mengumumkan kembalinya ke dunia muzik, Lily Allen terus merilis single baru. Terkini adalah Air Balloon yang telah pun boleh di tonton klip videonya.
‘Air Ballon’ telah menjalani pengambaran di sekitar Cape Town, Afrika Selatan, klip video Air Balloon telah diarahkan oleh That Go. Sama-samalah kita nantikan kemunculan album “Sheezus”.
Shae atau nama sebenarnya Sheryl Gething yang memiliki aura tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’ dan ‘Cintaku Tlah Mati Untukmu’. Lagu ‘Sayang’ juga tidak perlu diperkenalkan lagi kerana kita tahu lagu tersebut telah menjadi siulan orang ramai semenjak ia berkumandang di stesen-stesen radio di Malaysia.
‘Sayang’ telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan daripada peminat Shae di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat video ‘parody’ untuk lagu tersebut. Kini, gadis cilik yang mempunyai suara yang lunak dan lantang ini baru sahaja melancarkan laman web beliau sendiri yang boleh dilayari di http://www.shaeofficial.com
Kepada peminat-peminat Shae dan juga SobatShae, anda kini boleh mengetahui segala informasi terkini mengenai Shae dengan hanya melayari laman web beliau. Segala muzik video, lagu, gambar & berita terkini mengenai Shae akan dikongsi di laman web tersebut.
![]() |
![]() |
“Matah Ati”adalah sebuah teater muzikal yang dilengkapi epik purbakala percintaan dan perjuangan yang telah terjadi di Pulau Jawa, Indonesia. Teater ini bakal di pentaskan di Panggung Sari Istana Budaya pada 22-24 Mei bermula jam 8.30 malam, disamping itu juga anda berbeluang untuk menyaksikannya pada sebelah petang (matinee) pada tarikh yang sama.
Teater muzikal jawa ini akan dipentaskan selama 90 minit, pelbagai kostum tradisional Jawa akan dipertontonkan kepada khalayak. “Matah Ati” adalah naskhah hebat garapan Atilah Soeryadjaya disamping Pengarah Artistik Jay Subyakto yang pernah dipertontonkan di Esplanade Theatre (Singapura), Teater Jakarta, Taman Ismail Marzuki, Jakarta dan Paramedan Solo.
“Teater ini merupakan yang pertama di Indonesia yang mengolaborasikan antara tarian, tembang Jawa, nyanyian dan drama. Bahasa dalam pertunjukan ini juga menggunakan bahasa Jawa”,ujar Puan Atirah Soeryadjaya
“Seramai 100 orang akan terlibat secara langsung dalam produksi Matah Ati ini. Kami juga memilih untuk mementaskan teater ini di Istana Budaya kerana hanya disinilah segala fasilitas boleh didapati selain ianya adalah sebuah tempat yang cukup eksklusif dan paling mudah untuk penonton menghayati apa yang ingin kami persembahkan”,tambah beliau
“Matah Ati merupakan sebuah teater yang bertaraf antarabangsa malah ianya merupakan teater Indonesia pertama yang berjaya menembusi halangan daripada pihak Istana Budaya, dimana sebelum ini belum ada mana-mana produksi yang berjaya ‘menawan’ Istana Budaya”, ujar Dato’ Mohamed Juhari Shaarani selaku Ketua Pengarah Istana Budaya.
“Untuk memastikan setiap penonton dapat menyaksikan apa yang ingin kami sampaikan, saya akan memastikan ruang pentas akan dicondongkan 45 darjah, ianya dilakukan agar semua penonton dapat menyaksikan daripada pelbagai sudut”ujar Jay Subiakto selaku Pengarah Artistik.
Matah Atiberkisarkan kepada cinta dan kekaguman, gejolak dalam peperangan, menjadikan Rubiyah, seorang gadis dari sebuah perkampungan yang dikenali sebagai Matah membulatkan tekad untuk menerima lamaran dari seorang pahlawan yang sangat terkenal kerana keberaniannya melawan penjajahan. Panglima dari Surakarta iaitu Raden Mas Said yang turut dikenali sebagai Pangeran Sambernyowo.
Ketangkasan Rubiyah, keindahannya dalam tarian, kelembutan seorang isteri yang begitu mulia hatinya, dengan paras yang cantik serta sangat sederhana menjadikan dia cukup sempurna, namun sisi sebenarnya Rubiyah adalah seorang wanita yang punya keazaman, keyakinan serta ketangkasan bermain senjata menjadikan beliau seorang pahlawan wanita yang digeruni oleh pihak lawan.
Apakah kesudahan teater “Matah Ati”, apakah yang terjadi kepada pasangan suami isteri yang dilengkapi darah pahlawan yang mengalir deras. Untuk mengetahui kisah yang diadaptasi dari kisah benar maka wajarlah anda untuk menonton teater yang penuh dengan konflik, warna warni kehidupan yang dilatari nuansa purbakala dan moden serta tarian tradisional kebanggaan Indonesia.
Anda yang ingin menyaksikan kehebatan teater “Matah Ati” bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM70, RM120, RM160, RM220 dan RM280. Tiket-tiket boleh didapati di www.ezitix.net sebarang informasi bolehlah melayari www.matah_ati.com atau facebook:www.facebook.com/matah.ati.theplay
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23665
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.