CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Sepanjang 45 tahun memperjuangkan muzik, vokalis kumpulan rock legenda Sweet Charity iaitu Datuk Ramli Sarip atau lebih dikenali sebagai ‘Papa Rock’ tidak pernah terkecuali melalui episod pasang surut dalam perjuangan seninya. Sehubungan dengan itu maka aspirasi untuk mengabadikannya bakal dikongsi bersama para peminat dalam konsert “45 Tahun Seniman Ramli Sarip”.
Konsert “45 Tahun Seniman Ramli Sarip” akan di adakan selama 3 malam berturut-turut bermula pada 17-19 Oktober , di Istana Budaya. Selepas itu konsert ini akan bersambung di Esplanade, Singapura pada 21 Oktober 2014.
“Konsert ini adalah sesuatu yang bermakna buat diri saya apatah lagi usia karier saya sudah mencecah 45 tahun, ianya sebuah konsert yang cukup artistik di mana ianya bakal memperlihatkan perjalanan yang bakal diterjemahkan melalui tema-tema tertentu’,ujar Datuk Ramli Sarip sewaktu sidang media yang telah diadakan di Hotel Royale Chulan, Kuala Lumpurbaru-baru ini.
"Seni sering saya gabungkan dengan kehidupan saya. Bermakna saya berpegang teguh pada budaya dan agama saya. Saya yakin dan bersemangat dengan ketentuan Tuhan dalam berseni. Pegangan inilah yang dijadikan pedoman sejak dulu lagi ketika bersama Sweet Charity mahupun ketika saya bergerak secara solo. Kegiatan seninya harus ada tujuan dan arahnya. Dalam kamus seninya ada istilah tanggungjawab dan peranan yang harus dilaksanakan sebaik mungkin. la bukan sesuatu yang dibuat suka- suka dan sambil lewa”, ujarnya lagi
"Lagu-lagu yang saya sampaikan ada sentuhan peribadi atau kerohanian. la harus dikongsi sama dengan orang lain. Berseni bagi saya adalah seperti menanam benih. Misalnva sesuatu lagu tidak hanya popular sahaja tetapi harus ada satu rasa yang, menimbulkan perasaan yang dalam bagi insan menghayatinva. Seni juga umpama pokok yang ditanam, dibaja, disiram, berputik dan berbunga. la adalah satu hasil yang memberi manfaat kepada masyarakat."kata insan yang kaya dengan falsafahnya.
Konsert “45 Tahun Seniman Ramli Sarip” turut menampilkan beberapa artis undangan, antaranya ialah Aris Ariwatan, Dayang Nurfaizah dan vokalis kumpulan God Bless iaitu Achmad Albar. Semestinya rakan-rakan Sweet Charity yang sudah sebati dengan dirinya, Rahman Sarbani, Rosli Mohalim dan Ahmad Jaffar Jawahir (AJ) akan turut ditampilkan dalam konsert yang cukup bermakna ini.
“Saya cukup teruja untuk bergandingan dengan Datuk Ramli apatah lagi dalam konsert yang sudah pasti mengenai perjalanan karier beliau. Biarpun sebelum ini saya pernah berkolaborasi dengannya tetapi untuk konsert kali ini rasanya tanggungjawab saya cukup berat”,ujar Dayang Nurfaizah.
“InsyaAllah saya akan memberikan sepenuh komitmen untuk menjayakan konsert ini. Ini adalah satu penghormatan buat saya, apatah lagi Datuk Ramli Sarip merupakan salah seorang ikon buat saya”,ujar nya
Berlainan pula dengan Aris Ariwatan yang cukup mengagumi Datuk Ramli Sarip sebagai ikon rock malahan setiap lagu dan lirik yang dihasilkan oleh Ramli Sarip seakan memberi impak dan semangat untuknya agar terus berkarya tanpa ada rasa jemu.
“Sungguhpun sekarang ini saya sedang dalam persiapan untuk melahirkan album mini, InsyaAllah untuk menggalas tugas dalam menyampaikan lagu-lagu duet yang pernah di rakamkan bersama Tan Sri SM Salim akan saya bawa dengan sebaik mungkin”,ujar Aris Ariwatan.
Selain Datuk Ramli akan berdiri di atas pentas, memegang gitar dan berdendang dengan vokal berbisa, konsert tersebut akan diiringi oleh pemuzik bertaraf ‘bintang’ seperti Man Kidal dan Rizal Halim yang bermain gitar, Fauzie Zain (bass), Tom Anuar (drum), Roza Rasul (keyboard), Belle Fatah (keyboard), Kamrulbahrin Hussin (perkusi), Paang Zaman (perkusi), Boy Razli (flute/gambus) serta pemuzik jemputan iaitu Aji Samin (gitar) dan Din Safari (bass).
Konsert “45 Tahun Seniman Ramli Sarip” dibawakan secara eksklusif oleh Rasamusic Sdn Bhd dengan kerjasama Istana Budaya. Peminat Malaysiayang ingin menyaksikan persembahan ini boleh mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM83, RM133, RM203, RM263, RM323, RM383 dan RM443. Untuk pembelian secara online bolehlah membuat pembelian di www.iLassotickets.com atau agen tiket iLasso Tickets Sdn Bhd di talian 03-79576088.
Untuk peminat di Singapura pula, anda bolehlah mendapatkan tiket yang berharga $40, $60 dan $80. Sila layari www.sistic.com untuk pembelian secara online atau kaunter tiket di bawah rangkaian Sistic di talian +656348555. Tiket untuk menyaksikan persembahan di Istana Budaya dan Esplanade, Singapura akan dijual mulai 13 Ogos ini.
![]() |
![]() |
Mungkin ramai di kalangan peminat ‘stand up comedy’ di Malaysia tidak begitu mengenali Kaya Yanar, namun tidak untuk peminat yang sentiasa mengikuti perkembangan ‘stand up comedy’ dari ikon-ikon yang bertaraf professional. Nama Kaya Yanar seakan sudah sebati malah sentiasa menantikan kehadirannya di Malaysia.
“Kaya Yanar Live In Kuala Lumpur”adalah hasil usaha SeatAdvisor Sdn. Bhd dalam merialisasikan impian peminat pelawak yang berasal dari Negara Jerman ke Malaysia. Kaya Yanar yang kini telah di nobatkan sebagai pelawak No 1 di Eropah setelah program ‘Was Guckst Du’ mendapat sambutan yang cukup menggalakkan.
Selain Kuala Lumpur Kaya Yanar juga akan beraksi di beberapa buah Negara lagi antaranya ialah Indonesia dan Singapura. Ini adalah merupakan jelajah “Kaya Yanar Around The World Asia Tour”.
“Kaya Yanar Live In Kuala Lumpur” bakal berlangsung pada 17 dan 22 Ogos dan ianya akan diadakan di Grand Ballroom, Renaissance Hotel, Kuala Lumpur bermula jam 8.30 malam. Persembahan pada 17 Ogos akan di adakan secara santai sambil menikmati makan malam, dimana harga bermula RM210 seorang. Tiket untuk menyaksikan persembahan pada 22 Ogos pula berharga RM60 hingga RM350. Persembahan turut diserikan oleh pendatang baru dalam dunia hiburan tempatan, Natasha Sass yang akan menjadi ‘opening act’. Untuk mendapatkan tiket anda boleh melayari www.myticket.asia. Untuk keterangan lanjut boleh hubungi 03-80808700.
“Ini adalah persembahan pertama saya di Malaysia, ianya merupakan persembahan kedua saya luar dari negara Eropah. Sudah pasti saya cukup teruja untuk memberikan sebuah persembahan yang mungkin tidak akan di lupakan oleh peminat Malaysia”,ujar Kaya Yanar ketika sesi sidang media yang diadakan di Kuala Lumpur baru-baru ini.
“Pastinya saya akan menjelajah ke seluruh Malaysia, peluang yang ada ini pastinya akan saya gunakan sebaiknya. Mungkin juga ianya sedikit sebanyak akan membantu saya ketika persembahan nanti. Saya mahu lihat budaya orang Malaysia dan rasa makanan orang Malaysia”tambahnya lagi.
Selain berlawak Kaya Yanar juga merupakan TV moderator serta pelakon dimana beliau pernah terlibat dalam filem “Adventures In Zambezia”, “Viva La France” dan “Agent Ranjid rettet die Welt”. Kaya Yanar Live In Kuala Lumpur dibawakan oleh SeatAdvisor Sdn. Bhd dan disokong oleh Malaysia Major Events yang turut menyokong kempen Tahun Melawat Malaysia 2014.
Vokalis kumpulan EVANESCENCE, Amy Lee bakal hadir dengan album terbaru, "Amy Lee Featuring Dave Eggar: Aftermath". Album ini yang akan berada dipasaran pada 25 Ogos ini bakal diedarkan oleh 110 Records, Inc. Album ini menyaksikan kolaborasi bersama diantara Amy Lee dan Dave Eggar, ianya merupakan runut bunyi untuk filem "War Story".
“ Album ini tidak seperti apa yang terdapat di dalam album-album terdahulu, ianya pasti memberi kejutan kejutan kepada peminat. Saya mengekspresi diri saya supaya benar-benar berada di dalam filem tersebut”, ujar Amy kepada MTV.
Amy Lee juga turut menulis sebuah lagu untuk dimuatkan dalam album runut bunyi filem tersebut, lagu yang berjudul ‘Push The Button’ bakal menyaksikan sisi berbeza Amy Lee ketika bersama dengan kumpulannya.
Senarai lagu yang terdapat dalam album "Amy Lee Featuring Dave Eggar: Aftermath"
Mungkin ramai dikalangan peminat muzik ekstrim di Malaysia sudah lama mengetahui berita kemunculan semula band Suffercation malah kehadiran mereka di beberapa siri gig menambahkan lagi keyakinan penggemar muzik berat terhadap mereka.
Desas desus mengenai buah tangan terbaru dambaan mereka juga kini sudah terjawab. “Ancient Visions Disappear Then Rise Cryptic Existence” bukanlah album terbaru tetapi ianya adalah monumen yang di adaptasi daripada album ke dua “Cryptic Existence” yang telah diriliskan pada tahun 1993, menariknya ianya di tambah dengan 2 buah lagu baru yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘spirit’ untuk peminat serta penggiat Suffercation untuk terus bernadi.
Selain itu, “Ancient Visions Disappear Then Rise Cryptic Existence” turut memberi suntingan kepada semua lagu sejajar dengan peredaran zaman yang mementingkan kualiti bunyi yang dipersembahkan. penggunaan artwork dan design yang baru serta dikeluarkan dalam pakej Digipak CD.
Sebagai informasi, kerja-kerja rakaman bagi lagu ‘Dubious Sin’, dan ‘Perpetual Flame’ dan mastering telah dijalankan di Maggot Tune Studio, Putrajaya. Berbanding lagu-lagu dari rilisan asal yang dinyanyikan oleh Jeff Illias, vokal untuk dua lagu baru adalah oleh Ijall. Digipak CD ini dikeluarkan / diedarkan oleh CoolRecords.
Harga CD ini adalah RM40 (Semenanjung Malaysia) / RM50 (Sabah & Sarawak). Suffercation juga turut mengeluarkan poster eksklusif bersaiz A3 sempena pengeluaran album ini di mana anda perlu menambah RM10 sekiranya pesanan dibuat bersekali dengan CD. Harga poster jika dipesan secara berasingan bernilai RM26. T-shirt juga tersedia. Sebarang pertanyaan bolehlah menghubungi
facebook.com/pages/Suffercation/430569877077368 atau facebook.com/suffercation.page
Berikut adalah senarai lagu yang terdapat dalam album ini:
‘Rock Never Die’ itulah antara kata-kata yang cukup meninggalkan impak di hati para peminat serta penggemar irama rock yang terus di pertahankan dari dulu sehingga sekarang. Malah kata-kata tersebut seumpama peniup semangat kepada penggemarnya. Apatah lagi mania genre rock yang telah melanda industri muzik di Malaysia sejak tahun 1980an telah berjaya melahirkan ratusan kumpulan rock yang mewarnai muzik di Malaysia.
Biarpun ada di antara kumpulan-kumpulan rock dekad 80an dan 90an yang telah terkubur namun masih ada lagi yang kembali ‘bernafas’, semuanya adalah atas permintaan serta sokongan kuat di kalangan peminat yang tidak mahu mereka terus terkubur begitu sahaja. Salah satu usaha yang dilakukan adalah dengan menganjurkan kembali konsert-konsert rock. Lantaran itu Gegau FM bakal menganjurkan konsert “Rockers Kasi Gegau” yang akan diadakan pada 16 Ogos ini.
“Rockers Kasi Gegau” bakal menampilkan kumpulan rock seperti Lela yang cukup dikenali melalui lagu ‘Bidadari’, kumpulan Putra yang popular dengan lagu ‘Nazira, Kain Cinta Putih dan sebagainya’ serta jentera rock yang cukup hebat dizaman kegemilangannya iaitu Sofea, sudah pasti lagu-lagu seperti ‘Orang Timur, Bunga Padang Pasir dan sebagainya akan mengembalikan nostalgia.
Konsert “Rockers Kasi Gegau” akan diadakan pada 16 Ogos ini bertempat di Dewan Hang Tuah, Melaka. Selain daripada menikmati persembahan yang bermula sekitar jam 8.30 malam, pengunjung juga bakal disajikan dengan pelbagai acara yang telah di susun bermula jam 10.00 pagi sehingga 7.00 malam, antaranya ialah pertandingan ‘Battle Of The Bands’ dan ‘Drum Busking’ serta beberapa acara lagi.
Kepada rockers dan peminat yang ingin menyaksikan kehebatan ‘otai’ rock beraksi di pentas Dewan Hang Tuah, Melaka bolehlah mendapatkan tiket-tiket yang berharga RM19.00 sahaja (Terhad kepada 300 pembeli) yang kini telah mula dijual dan ianya boleh didapati di beberapa lokasi terpilih di seluruh negeri Melaka.
Impian Ziana Zain untuk membuat konsert solo beliau dikampung halamannya akhir terpaksa ditangguhkan sekali lagi apabila penganjur Gold Earth Pictures Sdn Bhd terpaksa membatalkannya .
Konsert “I Am Ziana” yang sepatutnya berlangsung pada 27 september di Melaka International Trade Centre (MITC) telah dibatalkan akibat pengurusan yang tidak sempurna dan ini adalah kali pertama Gold Earth Pictures Sdn Bhd menganjurkan konsert .
Ziana Zain walaupun begitu akur dengan pembatalan ini , setidak-tidaknya pihak penganjur sendiri telah memberitahu beliau mengenai perkara ini sebelum di umumkan .
Duo kumpulan A Great Big World yang dianggotai oleh penyanyi dan penulis lagu Ian Axel dan Chad Vaccarino mula dikenali selepas lagu "Say Something" mendapat perhatian ramai termasuk penyanyi hebat Christina Aguilera yang akhirnya merakamkan semula lagu tersebut bersama mereka sehingga ia berjaya menduduki tempat pertama dalam carta muzik.
Lagu 'Say Something' membuatkan mereka dikenali di seluruh dunia. Lagu duet bersama Christina Aguilera ini berjaya meletakkan mereka antara artis baru yang harus diberi perhatian. Kini, A Great Big World tidak menunggu lama untuk bertemu peminat di Malaysiaapabila bakal mengadakan persembahan sulung di negara ini pada 7 Ogos depan.
“A Great Big World Live in Malaysia 2014”akan berlangsung di KL Live, Kuala Lumpurpada jam 8.30 malam. Kehadiran mereka yang dalam rangka mempromosikan album terbaru, 'Is There Anybody Out There' tentunya begitu dinantikan oleh peminat setia mereka.
Tiket 'early bird' (dari 30 Jun - 30 Julai) sudah mula dijual sejak 30 Jun lalu dengan harga RM68 (world zone) RM158 (big zone) dan RM198 (great zone). Seterusnya tiket biasa dijual pada harga RM98, RM198 dan RM248 mengikut kategori masing-masing.
Tiket-tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.my atau hubungi +603-78807999 dan untuk sebarang maklumat lanjut, 'like Facebook The Wonderland+ di www.facebook.com/TheWonderLandPlus
Sempena kelahiran album terbaru LinkinPark yang berjudul “The Hunting Party”, pihak Warner Music Malaysia telah menganjurkan peraduan. “Linkin Park Is Hunting For The Best Spotify Playlist” bakal memberi anda peluang mudah untuk memenangi hadiah yang ditawarkan.
Caranya cukup mudah, anda hanya perlu memilih lagu kesukaan anda samada anda boleh memiliki album tersebut atau anda boleh dapatkannya di Spotify. Setelah mendengar kesemua lagu yang dimuatkan dalam album “The Hunting Party”, anda bolehlah menyenaraikan lagu tersebut.
Siapa tahu mungkin tuah anda untuk memiliki hadiah wang tunai sebanyak RM1000. Peraduan ini telah pun bermula sejak 17 Jun lalu dan akan berakhir pada 17 Julai ini, mungkin anda adalah orang yang cukup bertuah.
Jika anda berminat, anda bolehlah hantarkan penyertaan di contest.warner@gmail.com dengan menaip “My linkin Park Playlist Rocks”. Sertakan sekali Nama Penuh, Akaun Spotify, No Talifon dan Senarai Lagu. Sebarang maklumat bolehlah melayari bit.ly/LinkinParkHuntingPartyOnSpotify
Buat pertama kali lagu ini telah diperdengarkan kepada umum sewaktu Metallica mengadakan persembahan di Bogota, Colombiaminggu lepas. Ternyata lagu ’Lords Of Summer’ telah mendapat reaksi positif di kalangan penonton yang hadir.
Berititik tolak dari itu, Metallica telah kembali ke studio untuk merakamkan ‘Lords Of Summer’. Lagu ini telah dipersetujui oleh setiap barisan penggempur Metallica untuk dimasukkan dalam album mereka yang belum dinyatakan judulnya.
Biarpun ‘Lords Of Summer’ dirakamkan dalam studio namun kualitinya masih belum mencapai tahap yang membanggakan, ianya lebih kepada ‘garage demo version’ sahaja. Pastinya jentera Metallica akan memberikan sentuhan magisnya terhadap lagu ini mahupun album terbaru mereka nanti. Apa yang pasti ‘Lords Of Summer’ telah boleh dibeli melalui iTunes.
‘Kehidupan semula’ Accept seakan memberi nafas buat penggemar band lagenda yang masih lagi mengekalkan heavy metal sebagai tunjang perjuangan mereka. “Blind Rage” seumpama nyawa buat mereka, album ini akan menemui peminat ekstrim metal dunia pada 18 Ogos nanti. “Blind Rage” akan diriliskan oleh Nuclear Blast Records.
Bagi melengkapi kehadiran mereka dalam dunia heavy metal, Accept telah menghasilkan sebuah video klip yang berjudul 'Stampede'. “Blind Rage” telah diterbitkan oleh Andy Sneap (Megadeth, Exodus, Five Finger Death Punch) manakala ‘cover artwork’ mendapat sentuhan kreativiti daripada Daniel Goldsworthy .
Stampede, Dying Breed, Dark Side Of My Heart, Fall Of The Empire, Trail Of Tears, Wanna Be Free, 200 Years, Bloodbath Mastermind, From Ashes We Rise, The Curse dan Final Journey adalah lagu-lagu yang akan dimuatkan dalam album format ‘standard’. Sekiranya anda membeli edisi terhad dalam bentuk Digipack, anda bakal memperolehi bonus disc yangmana ianya mengandungi DVDlive shows Accept yang telah dirakamkan di Chilepada tahun 2013.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dengan segala susunan muzik dan lirik di lakukan sendiri oleh mereka , kumpulan Fly1ng Pan telah melancarkan debut album mereka yang bertajuk “Breakaway” , jualan debut album mereka boleh didapati di kedai muzik berhampiran anda bermula 7 Julai nanti .
Sebagai kumpulan yang boleh dikatakan baru bermula , Fly1ing Pan muncul dengan penuh semangat , kumpulan yang ditubuhkan pada tahun 2011 membawa konsep J-rock (Japanese Rock) , apatah lagi penubuhan kumpulan Fly1ng Pan bermula dalam satu Konvention Anime , Comic & Games (ACG ) . Menjelaskan perkara tersebut mereka memberitahu , “Kami semua adalah rakan-rakan yang mempunyai minat dan hobi yang sama , semuanya bermula dalam konvention tersebut , dan apabila kami datang dengan idea untuk menubuhkan sebuah kumpulan dan kami semua setuju , ia berlaku macam tu je”
Kumpulan yang dianggotai oleh 6 anak muda terdiri daripada Vocals - Selina Anne , Rhythm Guitar – Jastin , Lead Guitar - Syahir Johri , Keyboard - Jyorin , Drums - Kimie dan Bass – Sennin , yang rata-rata mereka adalah berada diumur 20an , menegaskan walaupun mereka banyak dipengaruhi oleh kumpulan-kumpulan J-rock tapi Fly1ng Pan adalah kumpulan daripada Malaysia dan akan cuba mempamerkan gabungan rock Malaysia mahupun J-rock . Jika majoriti kumpulan Jrock banyak menggabungkan bahasa jepun dan english dalam lirik mereka , Flying Pan tampil dengan gabungan lirik 3 bahasa iaitu jepun , english dan melayu .
Walaupun mereka masih baru didalam arena muzik tapi Fly1ng Pan telah bermain banyak persembahan live disekitar Kuala Lumpur . Yuri Aizawa yang merupakan produser mereka memberitahu walaupun mereka masih baru tapi mereka mempunyai semangat dan pandangan yang jauh , Yuri Aizawa juga bertanggungjawab dalam mengajar dan membetulkan sebutan bahasa Jepun mereka .
Tidak berhenti disitu sahaja , semasa penjualan album mereka pada 7 Julai nanti , Fly1ng Pan akan terus terbang ke Jepun untuk membuat persembahan sebanyak 4 tarikh disana .
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Selepas lebih 4 tahun menantikan kehadiran ‘buah tangan’ sendiri, akhirnya “Dewi Cinta” berjaya menemui para peminat industri muzik tempatan. Album sulung penyanyi kelahiran Akedemi Fantasia telah dilancarkan dalam suasana yang cukup eksklusif di Saloma Bistro baru-baru ini.
Adira ketika ditemui melahirkan rasa syukur kerana mempunyai pihak pengurusan yang banyak membantu dan gembira walaupun album tersebut lambat keluar tetapi tetap berpuas hati.
Menurut Adira, album ini mengambil masa yang agak lama untuk dilancarkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk mengumpul bahan dan mencari lagu yang sesuai. Bukan mudah untuk mencari lagu yang sesuai dan boleh diterima dan disukai oleh orang ramai khususnya peminat beliau sendiri.
Album sulung Adira sepatutnya dilancarkan bulan lalu, tetapi terpaksa ditangguhkan di atas sebab-sebab tertentu.
Menurutnya, pemilihan nama Dewi adalah merujuk kepada dirinya, manakala Cinta merujuk kepada maksud cinta secara umum. “Dewi Cinta” adalah sebuah album yang bernuansakan balada ini telah menggabungkan pelbagai komposer dan penulis lirik terkenal.
"Kesemua lagu di album ini mengisahkan lagu cinta. Dewi Cinta adalah kisah percintaan seorang wanita yang mati dan tidak ditemui," katanya.
Album 'Adira - Dewi Cinta' memuatkan 10 buah lagu kesemuanya. Limabuah lagu adalah single-single yang pernah dipopularkan sebelum ini, manakala selebihnya merupakan lagu-lagu baru. Antaranya ialah Dewi Cinta, Hilang, Ku Bawa Cintamu, Ombak Rindu dan Ku Ada Kamu.
Konsert ‘open air’ , Good Vibes Festival mucul lagi buat kali kedua pada tahun ini , menggabungkan artis antarabangsa dan tempatan, festival muzik ini bukan sahaja membawakan muzik sahaja tapi digabungkan dengan paparan seni dan festival makanan . Ia bakal memberikan sentuhan festival muzik yang pelbagai .
Konsert yang bakal berlangsung pada 23 Ogos di Sepang Go Kurt Circuit ini akan menampilkan empat artis antarabangsa iaitu penyanyi Ellie Goulding . Empire of the Sun, Jillian Banks atau dikenali sebagaiBanks dan!!!
Tidak ketinggalan juga aksi-aksi daripada negara kita sendiri dan negara jiran iaitu Electrico (Singapore), Da Vagabonds, Bittersweet, Kyoto Protocol (DJ Set), Froya, +2DB, Dangerdisko, Narmi, Faiq and the Manja Mob, The Cotton Field Scarecrowes, tidak lupa juga sensasi terbaru daripada Youtube iaitu Elizabeth Tan, Lapsap, Indiego & Co dan Guibooo
Tiket-tiket hanya akan dijual secara online di www.goodvibesfestival.com dan www.boxtix.asia.
Kehadiran Hunter Hayes dalam industri muzik dilihat sebagai satu anugerah yang cukup bernilai, dia bukan sahaja mampu menyampaikan sesebuah lagu dengan baik malah kehadirannya seakan pakej yang lengkap kerana mampu memainkan lebih 30 buah alat muzik, bakat dalam penulisan lirik serta mencipta melodi dan juga personaliti yang cukup menarik.
Bagi membuktikan segala keistimewaan tersebut, Hunter Hayes hadir dengan album yang berjudul “Storyline”. Ternyata apa yang digembar gemburkan oleh media antarabangsa mengenai penyanyi yang cukup berbakat ini sememangnya benar. ‘Storyline’ dan ‘Wild Card’ sedikit sebanyak mengupas perjalanan album ini. Rencah muzik yang digarapi ternyata cukup catchy bersesuaian dengan jiwa remaja masa kini.
‘Invisible’ kedengarannya cuba diterjemahkan dalam bentuk ballad, apa yang cuba dilakukan terhadap lagu ini ternyata berjaya membawa perasaan pendengar berlegar-legar bersama melodi dan lirik yang ditampilkan, malah lagu ini juga turut menawan jutaan pendengar untuk menghayati apa yang cuba diselongkar oleh Hayes.
“Storyline” bukan hanya bersandarkan kepada muzik ballad yang menyentuh jiwa tetapi ianya meliputi pelbagai genre muzik yang di rencahkan mengikut jalan cerita Hayes sendiri. Jika anda sukakan muzik modern rock yang di lengkapi dengan bunyian gitar yang lebih kehadapan saranan saya anda haruslah mendengar lagu yang berjudul ‘If It Just Me’ dan ‘You Thing You Know Somebody’.
‘When Did You Stop Loving Me’ merupakan sebuah lagu yang cukup untuk menarik perhatian serta keintiman gegendang deria dengar, melodi yang cukup catchy seolah-olah memerangkap pendengar baru untuk terus melengkapi trek seterusnya dalam memenuhi tuntutan album ini. Namun disebalik kemeriahan lagu serta warna melodi yang melengkapi album ini mungkin ada beberapa kesilapan yang secara tidak sengaja dilakukan, antaranya ialah Hayes seolah-olah cuba untuk membawa unsur blues dalam lagu ini namun riff blues yang diketengahkan agak kurang jelas kedengaran.
Jika anda cuba untuk mengenali Hunter Hayes dengan pakej yang dimiliki serta ingin mendamaikan jiwa yang resah, “Storyline” adalah jawapan yang tepat. Muzik yang cukup santai dilengkapi dengan keistimewaan yang dimilikinya.
Mega Ultimate Sdn Bhd dan Shila Amzah Entertainment Berhad akan bekerjasama untuk mengadakan konsert sulung Shila Amzah. Konsert yang dijadual bakal berlangsung pada 13 Septrember akan diadakan di Mega Star Arena. Justeru itu para peminat Shila Amzah boleh mendapatkan tiket yang akan mula dijual secara rasminya pada 28 Jun ini. Harga tiket untuk menyaksikan “Shila Amzah Love Konsert Di Malaysia” adalah RM268 (VIP), RM138 (PS1) dan RM98 (PS 2).
Bersempena dengan pelancaran jualan tiket tersebut Shila Amzah akan mengadakan sesi bertemu peminat dan autograph, majlis tersebut dijadualkan akan berlangsung di Paradigm Mall pada 19 Julai nanti. Shila akan bertemu dengan para peminatnya pada jam 4.30 petang, peminat juga boleh mendapatkan tiket semasa acara tersebut berlangsung. Peminat yang hadir pada hari tersebut juga berpeluang untuk mendapatkan poster edisi terhad konsert “Shila Amzah Love Konsert Di Malaysia”.
Untuk informasi lanjut mengenai konsert tersebut anda bolehlah menghubungi Redtix Hotline: +603 - 8775 4666 (Waktu Operasi 9am-5pm, Isnin - Jummat) / atau melayari http://redtix.airasia.com/ atau
Ticket Charge Hotline:03-92228811 / atau melayari www.ticketcharge.com.my selain itu anda juga boleh menghubungi Mega Ultimate Hotline: 03-91077223 (Waktu Operasi 9am-5pm,Isnin - Jummat)/ atau melayari Mega Ultimate Facebook
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23663
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.