CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Satu sidang media telah diadakan di Singapore Expo pada 13hb April 2013 lalu untuk mempromosikan konsert satu malam “Search Unplugged 2013” yang bakal diadakan di “The Star Performing Arts Centre - The Star Theatre”. Acara istimewa ini telah diberi nama"Acoustica Malam Edan Search”. Idea untuk menggunakan “Acoustica Malam Edan Search” telah diilhamkan oleh anggota Search sendiri dan ianya telah dipersetujui oleh pihak penganjur kerana ianya sebuah jenama yang cukup eksklusif dan penuh maksud tersirat. Edan yang bermaksud “Perfect” dalam bahasa "Hebrew" atau lebih difahami dalam bahasa Ibrani, membawa suatu makna yang bermaksud “Sempurna”, jadikan ia satu era yang sempurna pada malam Edan Akustik itu nanti. Dalam bahasa Indonesia pula “Edan” juga diberi maksud “biul" atau "gila”, dijadikan suatu malam yang sama-sama menggila pada malam Sabtu akan datang. Penghormatan terlebih dahulu terhadap rakyat Singapura, acara ini adalah satu pembuka tirai bagi “Konsert Akustik” dan kemungkinan besar, konsep ini akan dibawa ke seberang Malaysia.
Kali terakhir Search mempamerkan persembahan mereka secara akustik ialah pada 18 tahun yang lalu di tanahair, Kuala Lumpur. Kini, mereka akan muncul dengan ahli-ahli kumpulan yang tidak asing lagi (Amy Search, Kid, Nordin, Nasir dan Yazid). Lebih kurang 15 pemuzik profesional akan mengiringi ahli kumpulan Search serta dengan sokongan vokal turut ikuti bersama pementasan pada malam berikut. Kepastian yang agak tegas telah diberitahu oleh Nasir kepada media dan peminat-peminat bahawasanya tiada ahli-ahli kumpulan yang pernah menganggotai Search akan turut sama di acara ini melainkan nama-nama yang disenarai di atas sahaja.
Kesemua anggota Search memberi ucapan individu untuk kesemua peminat-peminat yang masih memberi penuh kepercayaan bagi Search, sokongan yang sentiasa memberi sambutan yang luar biasa apabila Search membuat persembahan di Singapura. Search amat teruja apabila pihak Sound Check Pte Ltd telah memberi peluang sebegini dan berani membawa “Konsert Akustika” ke lokasi terbaru “The Star Theatre” yang canggih dirantauan. Suasana yang memberi nilai kepuasan sudah pasti akan menanti anda semua.
Search yang kini telah mengeluarkan 25 studio dan live album berkecimpung dalam bidang musik rock selama 32 tahun lamanya masih seakan gigih bertahan dalam persada musik “rock & roll” melayu. Mereka memberi impak yang terhebat dalam kejayaan yang berleluasa di alam musik Rock bermulanya di Singapura apabila album pertama "Cinta Buatan Malaysia(1985)”, album kedua “Langit Dan Bumi (1986) dan album ketiga “Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987) di Merlion Studio, Singapura. Baru-baru ini juga, Search telah diiktirafkan pingat “Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat” di malam anugerah untuk“Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2013)”. Pengumuman lebih lanjut atas penerimaan anugerah bagi kumpulan Search telah diberi penjelasan oleh Amy bahawasanya, mereka sungguh terharu atas pemberian sebegitu untuk Search. Perjalanan untuk menempuhi 32 tahun adalah janka masa yang terlalu jauh dan perjugangan untuk mengekalkan musik di negara serumpun telah banyak memberi kenangan indah bermula dengan album pertama Search bersama producer Dato’ M.Nasir yang usulnya rakyat Singapura, kini sudah menjadi penetap warga Malaysia. Amy menjanjikan yang terbaik pada 1hb Jun 2013, ianya juga merupakan satu acara perayaan bagi Search untuk bersama peminat-peminat Singapura untuk meraihkan anugerah yang telah diiktirafkan "Anugerah Sepanjang Hayat” untuk Search.
Nasir juga mengambil kesempatan untuk memberi suara motivasi untuk kugiran-kugiran baru atau anak-anak muda yang kini sedang memperjuangkan seni musik supaya mengambil inspirasi dari “Anugerah Sepanjang Hayat” bagi Search sebagai pembakar semangat untuk ketahap Search ataupun lebih baik lagi. Moga pengiktirafan itu memberi kesungguhan untuk band-band baru lebih fokus, agar mereka dapat kecapi anugerah yang sebegini rupa akan datang. "32 tahun adalah perjalanan yang tidak pernah diduga oleh sesiapa pun dari ahli-ahli kumpulan Search, ianya menjadi sesuatu yang sungguh bermakna untuk kami, penuh emosi dan kesedihan dalam satu sudut, satu anugerah yang bukan mudah untuk kecapi, ianya juga ketentuan Illahi", ujar Amy. Segi penyampaian musik dan persembahan keseluruhannya, mesej dalam ciptaan lagu-lagu mereka ternyata datang dari keiklasan hati. "Nilai yang tertinggi dari Search terhadap kesemua peminat yang menyokong Search selama ini", sambung Amy lagi.
Tawaran untuk barangan Search yang direka bentuk oleh ahli-ahli individu dari kumpulan Search berjalan dengan lancar untuk sekmen lelong di pentas Singapore Expo bagi tujuan kebajikan. Jaket dan skaf kepunyaan Kid mampu menjejaki harga lelongan yang dijual sehingga SGD$200. Baju lengan panjang Nordin berwarna coklat dengan sulaman logo Search dijual hingga menjejaki harga SGD$350. Seterusnya, jaket koleksi peribadi Nasir dari Scotlandbermula dengan tawaran SGD$100 telah mendapati harga SGD$350, dijual kepada seorang wanita yang meletakkan harga tertinggi pada masa itu. T-shirt direka oleh Yazid juga dapat sambutan sehingga menjejaki SGD$350. Amy melelongkan akustik guitar berjenama Cort yang ditandatanganinya bermula dengan tawaran SGD$400, telah dijual sehingga menjejaki SGD$1K.
Logo Search yang disulam atau dicetak di setiap barangan juga telah diberi penjelasan bahawa ianya bukan menonjolkan atau memberi simbol yang melambangkan "illuminati” atau “freemanson". Ramai masih tertanya-tanya perkara rumit ini. Amy ujar dengan penuh jelas pada sidang akhbar hari itu bahawa logo mata melambangkan mata hati, mata yang sentiasa "Mencari" dalam bahasa Inggeris iaitu “Search” hingga ketemui apa yang kami mahukan dan logo tiga segi bermaksud menuju ke puncak, mencari segala-galanya, mencari akhlak, mencari ilmu, mencari cinta dan pelbagai mata pencarian. Penjelasan agak lebih bermakna dari apa yang dijangkakan oleh sesetengah individu atau prasangka terhadap logo Search yang telah digunakan selama 32 tahun itu.
Bagi peminat-peminat Search yang masih belum ada kesempatan untuk mendapati tiket-tiket "Konsert Malam Edan Search” Live in Singapore, tiket boleh didapati di tingkat 3 di “The Star Theatre” pada malam konsert tersebut. Harga-harga dari Categori 5 berharga serendah SGD$78 sehinggalah Categori 1 yang berharga setinggi SGD$168. Tiket konsert termasuk makan malam berharga SGD$150 seorang akan diadakan di Royal Plaza on Scotts pada 30hb May 2013, Khamis ini. Majlis khas selepas konsert juga diadakan, berharga SGD$50 seorang untuk sidang penerimaan khas di belakang pentas. Untuk keterangan lebih lanjut, sila “LIKE” Sound Check Pte Ltd di Facebook supaya anda boleh mendapati maklumat terkini di laman pengajur. Barangan Search seperti (T-shirt / MP3 Players / Bags / dan lain-lain) juga boleh didapati di lokasi konsert pada malam itu. Dengan pengalaman mereka yang luas dalam pelbagai acara termasuk lah beberapa acara yang sudah lepas seperti "SingFest, Kylie Minogue’s Concert dan National Day Parade Carnivals", sudah tentunya mereka sediakan yang terunggul untuk "Konsert Akustik" ini. Misi penganjur adalah untuk memberi yang terbaik untuk merangkumi visi yang khas untuk semua.
Adakah anda seorang yang cukup “Gentlemen”atau anda hanyalah seorang lelaki yang nampak ‘gentle’ tetapi apa yang tersirat adalah sebaliknya. Apapun definasi yang diunjurkan kepada diri anda ianya hanyalah sekadar sebuah manifestasi serta anggapan orang-orang yang berada disekeliling anda.
Apa yang ingin diketengahkan adalah mengenai album kompilasi yang memuatkan 27 buah lagu yang cukup ‘panas’ dan disampaikan oleh penyanyi yang cukup gah namanya di persada seni hiburan antarabangsa. “Gentlemen” telah diriliskan oleh pihak Warner Music Malaysia dan menghimpunkan lagu-lagu mengikut era dan peredaran zaman. Bukan sekadar itu, ianya turut didatangkan dengan 2 keping cakera padat yang pastinya ‘menambat’ anda untuk terus mengikuti dari track ke track seterusnya. Antara nama-nama hebat yang dihimpunkan adalah seperti Nat King Cole, Dean Martin. Bobby Darin, Cliff Richard, Tony Bennett, Johnny Mathis, Julio Iglesias dan sebagainya.
Seandainya anda seorang lelaki yang cukup ‘Gentlemen’ saranan saya anda harus memiliki album kompilasi ini yang hanya dijual dengan harga RM45.90.
Disc 1
Jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi, apatah lagi suara jantan beliau sentiasa menjadi ikon buat para peminatnya. Sohaimi Mior Hassan merupakan anak jati negeri Perak yang mula merakamkan album pertamanya pada 1982 bertajuk “Prolog” yang menampilkan lagu ‘Epilog Cinta Dari Bromley’ sebagai “killer song”. Lagu tersebut masih bertahan dan terus diminati sehingga sekarang. Lagu-lagu Sohaimi kebanyakannya dicipta sendiri. Selain dari mempunyai suara jantan sehingga digelar “Broery Marantika Malaysia”, beliau juga mempunyai kebolehan mencipta lagu yang hebat dan lirik yang cukup puitis.
Beliau juga merupakan penyanyi tempatan yang banyak berbicara tentang jati diri, memberi nasihat dan perjuangan bangsa menerusi lagu-lagu yang dicipta dan dinyanyikannya. Sejak menjadi penyanyi pada awal tahun 1980-an, beliau tidak pernah lekang daripada meluahkan kerisauan tentang nasib dan masa depan anak bangsa menerusi karya-karyanya. Album kompilasi SOHAIMI MIOR HASSAN 1 adalah hasil susunan oleh pihak Warner Music Malaysia dan ianya memuatkan lagu-lagu popular yang dinyanyikan oleh beliau antaranya ialah ‘Kalau Berpacaran’, ‘Epilog Cinta Dari Bromley’, ‘Kau Kepunyaanku’, ‘Ros’, ‘Misteri Cinta’, ‘Serunai Malam’, ‘Ini Bukan Demokrasi Kita’, dan ‘Apabila Isteriku Tertawa’.
Tidak dinafikan gandingan Sohaimi Mior Hassan, Ana Rafali dan Altimet cukup serasi. ‘Kalau Berpacaran’ cukup diminati dan sering kali diputarkan di corong-corong radio. ‘Epilog Cinta Dari Bromley’ pula merupakan sebuah lagu cinta merdu tentang luahan kasih seorang lelaki Melayu terhadap gadis pujaan berbangsa Inggeris bernama Kathy. Lagu ini dipetik daripada album pertama Sohaimi, “Prolog” yang secara tiba-tiba meletup dan terus meletakkan nama artis itu sebaris dengan penyanyi popular yang lain. Begitulah hebatnya Sohaimi, populariti lelaki bersuara jantan itu tidak boleh lari dari lagu-lagu popularnya. Kepada peminat tegar Sohaimi Mior Hassan jangan lupa untuk mendapatkan album ini dengan harga RM 27.90 sahaja.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Malaysia adalah satu-satunya destinasi yang paling dingati kumpulan Loudness ketika jelajah asia mereka pada tahun 2011 lalu . Sorakan peminat dan kualiti dentuman sound system benar-benar memberi impak dan semangat kepada Loudness .
Kembalinya mereka semula ke Malaysia buat kali ke 2 pada 30 Jun nanti sebenarnya adalah atas permintaan kumpulan Loudness sendiri , itulah seperti yang dikatakan oleh Saudara Iman Tang daripada Clockwork Events , beliau juga yang bertanggungjawab membawa gergasi Heavy metal Jepun ini buat pertama kalinya ke Malaysia pada 2011 lalu .
Dengan kejayaan dalam konsert sebelum ini , gergasi Heavy Metal asia ini akan ditemani dengan kumpulan penting rock asia tenggara . Daripada Singapura , kumpulan Rusty Blade akan tampil dengan lagu-lagu klasik mereka . Indonesia pula dengan kumpulan yang tidak asing lagi buat peminat Indonesia dan Malaysia , iaitu kumpulan Slank . Malaysia tidak ketinggalan , dengan meletakkan gergasi rock Melayu iaitu kumpulan Search .
Gabungan 4 buah kumpulan ini akan bersatu dalam konsert yang digelar “Panahan Halilintar” . Amy Search yang ditemui dalam sidang media konsert ini mengatakan “Kami dari dulu amat meminati Loudness . Dari dulu lagi kami main lagu-lagu mereka di kelab-kelab seperti Hardrock Café dan Roadster Club” . Ketika Loudness singgah di Malaysia pada 2011 , Amy juga telah berduet bersama vokali Loudness , Minoru Niihara .Amy sambil berseloroh “Jika Loudness ada lagu ‘Thunder In The East’ , kami pun ada lagu ‘Gema Di Timur Jauh’ ” .
Konsert ‘Panahan Halilintar’ akan berlangsung di Stadium Merdeka pada 30 Jun . Pintu akan dibuka pada pukul 3 Petang , dengan 2 kumpulan akan bermula awal . Search dan Loudness akan bermula selepas rehat waktu Maghrib .
Dibawah adalah maklumat mengenai harga tiket dan kelebihan setiap tiket .
RM888 (VIPPlatinum)
- Menonton dari ruang Rock Zone berhadapan pentas.
- Mengikuti bengkel gitar bersama Akira Takasaki di Bentley Music Auditorium, Kota
Damansara.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013jam 12 tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.
RM398 (VIPGold)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.
- Sesi 'meet and greet' bersama Loudness di Stadium Merdeka pada 30 Jun 2013jam 12
tengah hari.
- Kemeja-T eksklusif percuma
- Poster percuma.
RM258 (VIPSilver)
- Menonton dari ruang Rock Zone di hadapan pentas.
RM138 (Ticket Biasa)
- Hanya ticket biasa berdiri.
- Tiket bagi dua kategori ini hanya dicetak terhad iaitu tiket VIP Platinum sebanyak 400 keping manakala VIPGold sebanyak 1,000 keping.
- Bagi pembelian awal (early bird) bermula 18 Mei hingga 31 Mei ini, pembeli layak mendapat diskaun sebanyak 10 peratus untuk semua tiket.
- Tiket boleh dibeli di www.ticketpro.com.myatau hubungi 03-78807999.
![]() |
![]() |
Cosry adalah satu jenama yang terkenal dengan busana rekaan sendiri , sering menjadi perhatian selebirit tempatan . Pengalaman mereka dengan pasaran pakaian yang sedia dipakai di butik terbaru mereka di The Curve Mutiara Damansara membuka lebih ruang untuk pembeli membeli terus jenama pakaian Cosry , yang terdapat dalam banyak pilihan terutama untuk Muslimah .
Cosry juga telah menapak lebih jauh lagi dengan pembukaan butik di kota Mekah , malah telah diberitahu penjualan busana butik Cosry di Mekah telah habis dijual . Jenama Cosry adalah satu-satunya jenama Asia yang mendapat perhatian yang sangat menggalakkan disana .
Berbekalkan pengalaman yang meluas dalam dunia fesyen , Cosry kini telah melancarkan lagi satu produk untuk kesihatan iaitu Cosry Skin Therapy , produk makanan kesihatan menggunakan ekstrak anggur dan epal yang mengandungi pelbagai vitamin dan khasiat .
Bertepatan dengan pelancaran produk kesihatan ini ,Cosry juga telah melantik actress terkenal tempatan , Siti Shahrizah atau lebih dikenali sebagai Eja . Beliau yang kini ayu bertudung selepas pulang daripada umrah , menyatakan sebelum menjadi duta untuk produk Cosry Skin Therapy , beliau sendiri telah mencubanya terlebih dahulu
Pengarah Urusan ,Ariff Quasri menjelaskan mengenai pemilihan Eja sebagai duta produk kesihatan mereka “Saya pertamanya melihat kepada personality dan agak tertarik dengan beliau , beliau juga telah mencuba produk ini terlebih dahulu dan ianya benar-benar memberi kesan , Malah imej terbaru beliau amat sesuai dengan butik kami dan beliau juga tiada kontroversi”
Sekadar mengembalikan memori dan berkongsi pengetahuan mengenai kumpulan Kotak. Ianya telah ditubuhkan pada tahun 2004 di mana mereka menjadi juara di pertandingan Dream Band dan tahun ini merupakan tahun kesembilan Kotak berada di persada muzik Indonesia. Kini, kelantangan suara Tantri, kehebatan ‘strum’ gitar daripada Cella dan bass daripada Chua boleh didapati di album terbaru mereka yang berjudul “Terbaik”. Kotak telah popular di Indonesia dan telah mengeluarkan 4 album studio dengan beberapa pencapaian dan anugerah daripada Industri Muzik Indonesia dan Anugerah Planet Muzik. “Terbaik” merupakan album yang harus dimiliki kerana ia merupakan kompilasi pertama yang merangkumi kesemua lagu-lagu hit daripada album Kotak yang terdahulu dan juga beberapa buah lagu baru. Band yang berasal dari Jakarta ini memilih untuk memperjuangkan lagu-lagu berkonsepkan modern rock.
Album ini memuatkan 17 buah lagu-lagu hit dari empat album terdahulu, 3 buah lagu baru, dan dua trek bonus. Tiga lagu baru tersebut adalah ‘Hijaukan Bumi’, ‘I Love You’, dan ‘Kecuali Kamu’ dan dua trek bonus adalah ‘JetLag’ merupakan kolaborasi bersama kumpulan punk rock daripada Kanada iaitu SIMPLE PLANdan ‘Aku Yang Tersakiti’ nyanyian bersama Judika. Untuk lagu terbaru Kotak, mereka telah bekerjasama dengan komposer ternama Indonesia, Pay dan Dewiq yang pernah menghasilkan lagu untuk penyanyi terkenal Indonesia seperti Rossa, Krisdayanti dan Agnes Monica. Ini menandakan bahawa Pay dan Dewiq nampak akan kehebatan kumpulan Kotak untuk meletakkan dan menaikkan nama mereka di Industri Muzik Indonesia.
Lagu “Aku Yang Tersakiti” merupakan salah satu single daripada album Judika. Oleh kerana Judika dan Kotak sering dijemput untuk melakukan duet untuk lagu tersebut, mereka telah bercadang untuk merakamkan dan menyanyikan semula lagu ini. ‘Kecuali Kamu’ pula merupakan single kedua daripada album TERBAIK. Muzik video ini juga boleh di dapati di YouTube ‘channel’ mereka iaitu di KOTAKBandOfficial.
Bersempena dengan pengrilisan album “Terbaik” di Indonesia, kumpulan KOTAK telah melakukan konsert di 8 tempat dalam masa 8 hari. Ini membuktikan betapa tinggi semangat mereka dalam memperjuangkan lagu dan muzik untuk peminat-peminat mereka. Kepada peminat setia Kotak, jangan lupa untuk mendapatkan album ini sekiranya anda benar-benar Kerabat KOTAK. Harga bagi album ini adalah RM 27.90. Album TERBAIK daripada KOTAK ini merupakan satu lagi edaran daripada Warner Music (M) Sdn Bhd.
Lagu-lagu yang dimuatkan di dalam album “TERBAIK’ adalah:
Anda hanya perlu ke facebook kami dan menjawab beberapa soalan mudah dan anda berpeluang untuk memenangi sepasang tiket ke "Konsert Extravaganza Jamal Abdillah" yang bakal berlangsung di Istana Budaya pada 30hb Mei nanti .
Zamani dan Shamrin merupakan vokalis bagi kumpulan yang cukup terkenal iaitu Slam dan juga Fotograf yang cukup sinonim dengan peminat yang membesar dengan lagu-lagu mereka yang cukup popular sekitar penghujung tahun 80-an dan 1990-an. Sehingga kini Zamani dan Shamrin mempunyai peminat yang masih setia dengan lagu-lagu mereka. Lantaran itu pihak Warner Music Malaysia telah mengeluarkan album kompilasi yang memuatkan lagu-lagu ‘berhantu’ seperti Nur Kasih, Gerimis Mengundang, Maria Mariana, Nafas kasih, Jangan Kau Ucap Selamat Tinggal dan Di Alam Fana Cinta yang sehingga kini masih menjadi siulan orang ramai. Biarpun sudah pelbagai ‘jenama’ bagi album kompilasi yang menggandingkan mereka berdua, namun itu bukanlah halangan untuk Warner Music.
Slam merupakan salah sebuah kumpulan yang telah meniti populariti dalam dunia muzik tanah air di mana mereka pernah menuju ke puncak kejayaan sebagai penyanyi berkumpulan. Nama Zamani, Shah, Man, Eddie, Lili dan Ajak tidak perlu diperkenalkan lagi kepada peminat seni suara tanahair, khususnya selepas kejayaan album kedua mereka yang berjudul `Kesan Terbukti`. Hingga kini Slam kekal sebagai kumpulan muzik paling berpengaruh di Malaysia dengan jualan keseluruhan album di seluruh Malaysia melebihi 1 juta unit.
Kumpulan Fotograf yang ditubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang anak muda iaitu Shamrin (penyanyi), Amran (pemain gitar dan bass), Abol (pemain gitar utama), dan Ringo (pemain drum). Mereka menghasilkan album pertama yang bertajuk ‘Iramanya Bergetar’ pada tahun 1989. Selepas kejayaan album itu, kumpulan Fotograf menghasilkan lima buah album penuh iaitu 7:30Psikosis (1990), Fotograf 92 (1992), Fantasi (1994), Fokus (1995) dan Juara Mimpi (1997). Antara lagu yang mempopularkan mereka ialah Nafas Kekasih, AsmaraGerhana, dan Luka Seribu Rindu. Kumpulan Fotograf juga pernah memenangi Lagu Pop Terbaik di pertandingan Juara Lagu 1992 untuk lagu Di Alam Fana Cintamu.
Bagi peminat yang ingin memiliki album ini, harga yang ditawarkan adalah cukup berbaloi iaitu hanya RM 27.90.
![]() |
![]() |
Foto:Nik Evil
Sebelum ini Dato M.Nasir pernah mengadakan beberapa siri konsert solo yang besar bermula dengan Konsert Gong, Canggung, Akar, Andalusia dan Konsert Alam Muzik, juga di Istana Budaya. Kini beliau sekali lagi di beri kepercayaan untuk tampil di lokasi yang cukup berprestij ini dalam konsert “M.Nasir Sang Pencinta”
Sebelum ini konsert yang dianjurkan oleh Bombay Worldwide bakal di adakan pada 7 hingga 9 Jun 2013, namun ianya telah di tunda pada 28, 29 dan 30 Jun 2013. Tarikh tersebut di tunda bukanlah atas faktor kelembapan jualan tiket atau tiket tidak laku tetapi atas faktor isu pilihanraya yang masih belum reda dan masih hangat diperkatakan hingga ke hari ini, biarpun umum sudah mengetahui keputusan Pilihanraya Umum Ke 13.
Biarpun tarikh konsert telah di ubah, peminat yang telah mendapatkan tiket tidak perlu bimbang dengan penukaran tersebut kerana ianya masih sah digunakan. Kesempatan ini turut memberi ruang kepada Dato M.Nasir untuk membuat persediaan yang lebih rapi bagi memberikan ‘sesuatu’ yang cukup istimewa kahs buat peminat yang hadir menyaksikan persembahan itu nanti.
Apa yang pasti, persembahan malam itu nanti akan mencuri perhatian pencinta muzik tanah air melalui elemen fantasi yang dipersembahkan secara audio dan juga visual. Menariknya mengenai konsert “M.Nasir Sang Pencinta” ini, ia bakal diserlahkan dengan gabungan pemuzik pemuzik handalan tanah air serta iringan String dari OSK (Orkestra Simfoni Kebangsaan) dan cantuman hebat dari gamelan OTM (Orkestra Tradisional Malaysia).
Konsert “M.Nasir Sang Pencinta” ini merupakan anjuran Bombay Worldwide dengan kerjasama Red On Black dan Belbis serta sokongan Istana Budaya sendiri bakal menjadi seperti semi-muzikal yang mana akan menggunakan elemen visual dan audio untuk menyelam dan menjiwai karya M. Nasir yang akan dipersembahkan oleh beliau.
Sebanyak lebih 20 buah lagu yang bakal didendangkan oleh komposer, penulis lirik dan penyanyi terkenal ini yang dianggarkan berdurasi selama lebih dua jam.
Tiket konsert M.Nasir Sang Pencinta dijual pada harga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455 dan untuk mendapatkan tiket boleh melayari www.ticket2u.biz atau menghubungi ticket2u di talian 03-41478600. Peminat juga boleh mendapatkan tiket dengan menghubungi Istana Budaya Box Office di talian 03-20618134.
Sebelum hadir solo sebagai seorang artis Mizz Nina terlebih dahulu mencipta revolusi muziknya bersama-sama dengan Teh Tarik Crew yang memperjuangkan irama hip hop, langkah demi langkah terus dilalui beliau untuk tampil selesa dengan identitinya yang tersendiri. Kini Mizz Nina bakal memahat sebuah memori bagi melengkapi perjalanan seninya, apabila beliau bakal tampil dengan konsert solonya pada 18 Mei ini.
Mizz Nina juga isteri kepada vokalis kumpulan Hujan, Noh Salleh bakal tampil dengan konsert sulungnya yang akan membawakan beberapa kejutan yang pasti akan memuaskan hati peminat Mizz Nina. Melangkah dengan selesa sebagai seorang artis pop yang dikenali di Malaysia, Singapura, Filipina dan juga sehingga ke Amerika Syarikat, Mizz Nina telah tampil dengan albumnya yang berjudul “Takeover” pada tahun lalu memberitahu yang sekarang adalah masa yang sesuai untuk konsert pertamanya.
Mizz Nina akan berkolaberasi dengan Noh dan kemunculan semula Teh Tarik Crew yang akan membawa semula penyatuan Mizz Nina, Altimet, Fiquetional dan DJ Fuzz. Kemunculan artis K-Pop, Jay Park pastinya akan memberi kelainan kepada konsert “Around The World” yang akan diadakan pada 18 Mei ini di KL Life, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur.
Konsert ini turut membawa peminat mengimbas kembali zaman kegemilangan Mizz Nina ketika masih bersama The Tarik Crew dan sehingga kini, dia menjadi antara artis yang mampu terbang ke peringkat antarabangsa. Konsert istimewa ini akan bermula sekitar jam 8.30 malam dan tiket-tiket untuk menyaksikan konsert ini boleh didapati di http://redtix.airasia.com/Events/mizznina/ dan di semua cawangan Rock Corner dan juga Victoria Music.
Paul Stanley dan Gene Simmons bukanlah nama asing buat penggemar kumpulan KISS, malah ramai yang mengetahui “Rock & Brew” adalah restoran hasil usahasama gitaris dan bassis ini. Baru-baru ini mereka telah membuka cawangan ketiga “Rock & Brew” di Los Angeles.
Malah lebih 100 cawangan bakal dibuka dalam masa lima tahun akan datang, dimana kesemuanya akan dibuka di wilayah Amerika Utara, Hawaii dan Kansas City. Pada tahun 2012, mereka telah membuka padang golf mini yang terletak di Las Vegas, AS. Padang Gof yang diberi nama “Kiss By Monster Mini Golf Site” turut dilengkapi dengan ruang untuk di adakan acara pesta dan ruang untuk pakej perkahwinan yang dikenali dengan ‘Kiss Hotter Than Hell Wedding Chapel’.
Deftones, tetap akan merilis album Eros, album mereka yang sebelumnya batal dirilis kerana Chi Cheng ketika itu berada dalam keadaan koma dan akhirnya meninggal dunia. Semuanya berlaku ketika mereka sedang menjalani proses rakaman album tersebut. Perkara ini telah di hebahkan oleh Chino Moreno selaku vokalis Deftones di acara penghargaan Revolver Golden Gods yang diadakan sebelum ini.
Deftones menghentikan proses rekaman Erosakibat kecelakaan parah yang dialami oleh bassis, Chi Cheng. Kini mereka telahpun menemui pengganti Chi Cheng iaitu Sergio Vega (x bassis Quicksand). Kini mereka sedang berusaha untuk meneruskan proses rakaman album yang telah tergendala malah akan memuatkan beberapa buah lagu yang di ambil dari album “Diamond Eyes” untuk dimuatkan dalam “Eros”.
Namun Moreno pernah menyatakan bahawa kondisi Cheng bukan alasan utama mereka menghentikan “Eros”, tetapi kerana mereka ingin memberikan peminat sesuatu yang hebat yang akan di tampilkan dalam “Eros” nanti.
Ini bukanlah kali pertama kumpulan yang berorentasikan genre rock post-hardcore The Used mengadakan persembahan di Malaysia, malah kunjungan pertama mereka sewaktu tampil dalam acara “Rockaway Festival”. Ini merupakan kali kedua mereka akan mengadakan persembahan di KL Live, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 19 Mei 2013. Kumpulan yang terdiri daripada Bert McCracken, Jepha Howard, Quinn Allman dan Dan Whitesides cukup dikenali melalui lagu-lagu seperti ‘Box Full of Sharp Objects’, ‘The Taste of Ink’ ‘, The Bird and The Worm” dan ‘Buried Myself Alive’. The Used baru sahaja tampil dengan studio album ke lima mereka yang bertajuk ” VULNERABLE (II)” yang telah diriliskan pada Januari 2013 lalu. Ianya hadir selepas album The Used (2002), In Love & Death (2004), Lies For The Liars (2007) dan Artwork (2009)
Persembahan pada malam tersebut juga bakal menampilkan beberapa band tempatan sebagai ‘opening act’ antaranya Oh Chentaku, Busco, Caravel dan Scarlet Heroes. Konsert ini dibawakan oleh promoter VANTAGE QUBE sdn Bhd & PAC MANEntertainment dengan kerjasama SKESH Entertainment. Tiket tiket boleh didapati melalui ticketpro.com dan juga cawangan – cawangan DOLLS STORE dan ROCKCORNER.
Sebarang pertanyaan bolehlah dilakukan di:
Email: tabby@pacman-asia.com
FB: http://www.facebook.com/pages/Pacman-Entertainment/169685836522041
TW: https://twitter.com/pacmanasia
http://www.theused.net
http://theused.net/shop
http://facebook.com/theused
http://twitter.com/wearetheused
http://www.facebook.com/TheUsed
Nama Butterfingers mungkin sudah sebati dengan jiwa peminat wirama bergenrekan grunge, apatah lagi kehadiran mereka selari dengan band lagenda dunia, Nirvana. Dimana kehadiran Butterfingers boleh diinspirasikan kepada mereka yang menggilai irama grunge ketika itu. Band yang ditubuhkan pada akhir tahun 1993 ini dimiliki oleh empat remaja yang ketika itu sedang menuntut di MCKK atau lebih dikenali sebagai Kolej Melayu Kuala Kangsar. Loque (penulis lagu, pemain gitar), Emmet (vokalis, pemain gitar, dan penulis lirik), Kadak (pemain bass) dan Kalai (pemain drum), telah mencipta revolusi tersendiri untuk menempa nama dalam industri muzik tempatan. Kehadiran mereka dalam arus muzik bawah tanah ketika itu mendapat sambutan yang cukup menggalakkan hingga mereka di gelar sebagai ‘the stuff of underground legends’ oleh peminat-peminat muzik bawah tanah.
Demo tape yang diberi judul "1 goat, 2 apples and 16 oranges" telah menjadi titik mula kepada Butterfinggers dimana ia telah menaikkan nama mereka di kalangan peminat muzik ‘underground’ Malaysia pada suatu ketika dahulu. Demo ini menampilkan persembahan dan tenaga mereka yang banyak dipengaruhi oleh era grunge pada ketika itu yang dipelopori dan diterajui oleh band-band ternama antarabangsa seperti Pearl Jam dan Nirvana.
Kini, Butterfingers tampil dengan sebuah album kompilasi yang bertajuk “Kronologikal” yang memuatkan karya-karya hebat mereka. Album ini memuatkan lagu-lagu hit daripada mereka seperti ‘The Chemistry (Between Us)’, ‘Epitome’, ‘Mati Hidup Kembali’, ‘Bebas’ dan banyak lagi. Album ini telah diriliskan dalam bentuk cakera padat dimana untuk CD satu, ia mengandungi lagu-lagu daripada album “1.2 Miligrams” dan “Butter Worth Pushful” serta dua buah lagu versi ‘live’ dari Peristiwa di Batu Keras yang bertajuk ‘Stolen’ dan ‘Faculties of The Minds’. CD dua pula mengemukakan lagu-lagu daripada album “Transendence” dan “Malayneum” serta sebuah single ‘rare’ yang bertajuk ‘Inhale’. CD ketiga pula merangkumi lagu-lagu daripada dua album berbahasa Melayu mereka iaitu “Selamat Tinggal Dunia” dan “Kembali”.
Album “Kronologikal” ini boleh didapati dengan harga RM 39.90, ianya telah di edarkan oleh Warner Music (M) Sdn Bhd dan kini boleh didapati di semua kedai cakera padat yang berhampiran.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Biarpun dalam suasana Pilihan Raya Umum ke-13 konsert “The World Most Beloved Tenor Andrea Bocelli Live In Kuala Lumpur” tetap diteruskan. Buktinya lebih 5000 peminat yang memenuhi ruang di Stadium Putra, Bukit Jalil telah terhibur dengan persembahan penyanyi tenor terkenal dunia, Andrea Bocelli.
Kedatangan penyanyi tenor yang berasal dari Itali ini adalah sebuah penantian yang cukup berbaloi dirasakan ketika beliau mula melontarkan vokalnya buat pertama kali di Malaysia, apatah lagi ianya di lontarkan di dalam sebuah dewan yang cukup berprestij yang menyimpan beribu memori buat industri hiburan negara.
Keharmonian muzik Andrea Bocelli di lihat cukup artistic apabila beliau mewujudkan keistimewaan muzik pilihan masyarakat Eropah dengan cara yang cukup berbeza. Biarpun seorang yang cacat penglihatan akibat kemalangan yang dialaminya ketika bersukan, bagi Andrea Angel Bocelli,54 tiada apa yang mustahil.
Dengan usia kariernya kini menjangkau 20 tahun, namanya kini meniti di bibir setiap peminat muzik opera. Sebelumnya Konsert Andrea Bocelli, AsiaTour.. With Passione telah bermula di Shanghai, Chinadisusuli Hong Kong, Taiwandan berakhir di Kuala Lumpur.
Persembahan selama 2 jam setengah itu turut mendapat khidmat Marcello Rota iaitu konduktor muzik yang ternyata berjaya menghidupkan lagi suasana konsert pada malam tersebut. Dengan iringan muzik daripada 60 pemuzik profesional Malaysian Philharmonic Orchersta (MPO) dan suara latar dari 60 penyanyi koir tempatan, Dithyrambic Singers telah memberikan suasana yang cukup tenang dengan keharmonian muzik klasikal yang ternyata membuatkan para hadirin seakan terpaku pada kedudukan masing-masing.
Slot pertama, Andrea Bocelli telah membawa minda para penonton dengan lagu-lagu klasik antaranya ialah Overture, Donna Non Vidi Mai, Di Quella Pira , Ah, he veux vivre dan Ange Adorable. Beliau seterusnya tampil dengan lagu-lagu yang bergenrekan pop antaranya Overture , O Surdato 'Nnammurato , Mamma , Funiculì Funiculà dan Che Interminabili Andirivieni.
Biarpun tanpa komunikasi yang nyata dengan penonton, namun segalanya telah diterjemahkan dalam bait-bait lirik dan muzik yang cukup untuk mendeklamasikan segalanya. Setiap kali selesai persembahan penonton tidak pernah ‘kedekut’ untuk memberikan tepukan gemuruh kepada penyanyi yang tampil dengan sut hitam putih itu.
Konsert tersebut turut menampilkan penyanyi kuartet Div4s, penyanyi soprano Sabina Cvilak dan pemain gitar duo, Carisma. Dimana setiap personal mempunyai tarikan yang tersendiri. Persembahan diakhiri dengan lagu La Vie En Rose, Time To Say Goodbye dan Nessun Dorma. Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhir siri jelajah Andrea Bocelli ke Asia, sebelum pulang ke Itali untuk merakamkan album terbaharunya.
Penghargaan wajar diberikan kepada pihak penganjur iaitu JS Concert Promotions dan Fat Boys kerana mampu memberikan sebuah konsert yang cukup berprestij disamping kehebatan audio dan visual yang ternyata cukup selari dengan konsep dan konsert yang dianjurkan.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23670
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20384
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18267
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18258
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.