CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Biarpun dalam suasana Pilihan Raya Umum ke-13 konsert “The World Most Beloved Tenor Andrea Bocelli Live In Kuala Lumpur” tetap diteruskan. Buktinya lebih 5000 peminat yang memenuhi ruang di Stadium Putra, Bukit Jalil telah terhibur dengan persembahan penyanyi tenor terkenal dunia, Andrea Bocelli.
Kedatangan penyanyi tenor yang berasal dari Itali ini adalah sebuah penantian yang cukup berbaloi dirasakan ketika beliau mula melontarkan vokalnya buat pertama kali di Malaysia, apatah lagi ianya di lontarkan di dalam sebuah dewan yang cukup berprestij yang menyimpan beribu memori buat industri hiburan negara.
Keharmonian muzik Andrea Bocelli di lihat cukup artistic apabila beliau mewujudkan keistimewaan muzik pilihan masyarakat Eropah dengan cara yang cukup berbeza. Biarpun seorang yang cacat penglihatan akibat kemalangan yang dialaminya ketika bersukan, bagi Andrea Angel Bocelli,54 tiada apa yang mustahil.
Dengan usia kariernya kini menjangkau 20 tahun, namanya kini meniti di bibir setiap peminat muzik opera. Sebelumnya Konsert Andrea Bocelli, AsiaTour.. With Passione telah bermula di Shanghai, Chinadisusuli Hong Kong, Taiwandan berakhir di Kuala Lumpur.
Persembahan selama 2 jam setengah itu turut mendapat khidmat Marcello Rota iaitu konduktor muzik yang ternyata berjaya menghidupkan lagi suasana konsert pada malam tersebut. Dengan iringan muzik daripada 60 pemuzik profesional Malaysian Philharmonic Orchersta (MPO) dan suara latar dari 60 penyanyi koir tempatan, Dithyrambic Singers telah memberikan suasana yang cukup tenang dengan keharmonian muzik klasikal yang ternyata membuatkan para hadirin seakan terpaku pada kedudukan masing-masing.
Slot pertama, Andrea Bocelli telah membawa minda para penonton dengan lagu-lagu klasik antaranya ialah Overture, Donna Non Vidi Mai, Di Quella Pira , Ah, he veux vivre dan Ange Adorable. Beliau seterusnya tampil dengan lagu-lagu yang bergenrekan pop antaranya Overture , O Surdato 'Nnammurato , Mamma , Funiculì Funiculà dan Che Interminabili Andirivieni.
Biarpun tanpa komunikasi yang nyata dengan penonton, namun segalanya telah diterjemahkan dalam bait-bait lirik dan muzik yang cukup untuk mendeklamasikan segalanya. Setiap kali selesai persembahan penonton tidak pernah ‘kedekut’ untuk memberikan tepukan gemuruh kepada penyanyi yang tampil dengan sut hitam putih itu.
Konsert tersebut turut menampilkan penyanyi kuartet Div4s, penyanyi soprano Sabina Cvilak dan pemain gitar duo, Carisma. Dimana setiap personal mempunyai tarikan yang tersendiri. Persembahan diakhiri dengan lagu La Vie En Rose, Time To Say Goodbye dan Nessun Dorma. Kuala Lumpur merupakan destinasi terakhir siri jelajah Andrea Bocelli ke Asia, sebelum pulang ke Itali untuk merakamkan album terbaharunya.
Penghargaan wajar diberikan kepada pihak penganjur iaitu JS Concert Promotions dan Fat Boys kerana mampu memberikan sebuah konsert yang cukup berprestij disamping kehebatan audio dan visual yang ternyata cukup selari dengan konsep dan konsert yang dianjurkan.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.