CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Sejak pembabitan dalam bidang seni pada 1979, nama Jamal Abdillah tidak pernah lekang disebut oleh peminat muzik tanah air. Bintang pujaan ramai yang pernah menjuarai Anugerah Juara Lagu dengan lagu dendangan beliau, “Ghazal Untuk Rabiah” dan “Kekasih Awal & Akhir”, kini muncul dengan kompilasi terbaru berjudul “Raja Pop 2”. Album kompilasi ini merupakan lanjutan daripada album terdahulu beliau bertajuk “Raja Pop”, yang telahpun mencapai jualan sebanyak 150,000 unit. Album bekas juara Bintang RTM yang bakal diriliskan menjelang September ini tentunya sesuatu yang tidak akan menghampakan anda…
“Raja Pop 2” menampilkan lagu-lagu daripada seniman tahun 50an dan 60an seperti S Effendy , Yopie Latul dan Rahim Maarof. Selain bertindak sebagai penerbit executive bagi album ini, Jamal juga telah bekerjasama dengan Razman, (penerbit lagu yang terkenal dengan lagu “Kalau Mencari Teman” dedangan Ziana Zain), dalam pembikinan lagu “Bahagia Sementara”.
Turut dimuatkan dalam album ini juga adalah sebuah lagu kolaborasi sulung Jamal bersama ikon rap, Malique. Lagu bertajuk “Aku Maafkan Kamu” yang berentak ‘dance’ ini merupakan sebuah lagi lagu segar daripada Jamal Abdillah. Hasil kolaborasi sulung ini tentunya sebuah lagu yang menarik, suatu kelainan yang dinantikan oleh peminat beliau daripada golongan muda khasnya..
Single pertama beliau daripada album ini adalah sebuah lagu klasik bertajuk “Secupak dua Cupak” yang telah digubah semula. Dengan susunan lagu yang berentak pop ditambah dengan salingan instrument brass pada sepanjang lagu ini, lagu klasik ini bagaikan dilahirkan semula. Elemen jazz yang dimasukkan nyata sesuatu yang segar, khas buat peminat Jamal Abdillah yang tentunya menantikan kejutan dan kelainan daripada bintang pujaan mereka ini.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20384
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18258
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.