CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
SHAE atau nama sebenarnya Sheryl Gething, merupakan seorang gadis cilik yang berbakat besar dalam bidang nyanyian. Pendatang baru arena seni suara ini bukanlah calangan orang. Shae yang memiliki auranya tersendiri telah mencuri hati para peminatnya melalui lagu ‘Sayang’.
‘Sayang’ yang merupakan sebuah lagu berentak pop yang ringan dan mudah didengari yang diiringi oleh muzik ‘up-beat’ ini telah menceriakan industri muzik tempatan. Telah terbukti bahawa lagu ‘Sayang’ mendapat sambutan yang hangat daripada peminat-peminatnya di Malaysia dan impak lagu itu juga begitu hebat sehingga telah menjadi ‘viral’ di YouTube oleh peminat-peminat Shae yang membuat video ‘parody’ untuk lagu tersebut.
Gadis cilik yang mempunyai suara yang lunak dan lantang ini bakal menggegarkan Concourse, Alamanda Shopping Centre, Putrajaya pada 17 Jun 2013 ini pada jam 2.00 -5.00 petang. Kepada peminat-peminat Shae dan juga SobatShae, nantikan kemunculan dan kejutan hebat daripada beliau.
Pastinya semua peminat setia kumpulan Dream Theater sudah tidak sabar menanti karyaan terbaru dari mereka. Album yang berjudul “Dream Theater” dijangka bakal berada di pasaran antarabangsa sebelum September ini. Perkara ini telah pun dinyatakan oleh syarikat yang bertindak selaku penerbit dan pengedar album tersebut iaitu Roadrunner Records.
Album "Dream Theater" ini telah dirakamkan di Cove City Sound Studios di Glen Cove, New York, John Petrucci telah bertindak sebagai produser dan Richard Chycki selaku engineer . Album ini merupakan penanda aras buat Dream Theater apatah lagi ianya telah mendapat sentuhan Mike Mangini selaku pemain drum.
"Dream Theater" bakal diriliskan dalam pelbagai versi termasuk standard edision, double vinyl LP dan box set edisi terhad. Pre-order dijadualkan akan diumumkan oleh pihak Roadrunner Records sekitar bulan Julai nanti. Sebarang informasi lanjut bolehlah melayari laman sengsawang Roadrunner Records.
Mungkin ramai dikalangan peminat The Smashing Pumkins sudah memiliki Box set yang berjudul “The Aeroplane Flies High” yang telah diriliskan oleh mereka sekitar tahun 1996 yang lalu, namun masih ramai lagi yang masih belum memiliki malah masih tercari-cari Box set tersebut. Ini adalah berita yang paling gembira buat anda kerana Smashing Pumkins bakal merilis kembali Box set tersebut malah lebih menarik ianya akan memuatkan 90 buah lagu sebagai bonus kepada peminat. Box Set tersebut akan diriliskan pada 23 Julai ini.
Edisi asal box set tersebut didatangkan dengan limakeping CD termasuklah 5 single yang dipetik dari album Mellon Collie and the Infinite Sadness yang ddiriliskan setahun sebelumnya. Dalam edisi terbaru nanti, ianya menampilkan 90 demo yang belum pernah dirilis, versi alternatif, dan juga rakaman ‘live’ Smashing Pumkins. Selain dari itu tahap kualiti box set ini juga telah dipertingkatkan dimana ianya melalui proses mastering agar menghasilkan sistem bunyi yang lebih jitu bersesuaian dengan teknologi masakini.
Box Set ini juga turut ‘menghadiahkan’ 6 keping CD ‘live’ konsert The Smashing Pumkins ketika melakukan tour pada tahun 1996. Ianya turut didatangkan dengan sebuah DVDsewaktu mereka mengadakan konsert di Belfort, Perancis,pada 4 Julai 1997. Billy Corgan turut mengabdikan setiap karyanya dalam bentuk keterangan yang terangkum dalam buku setebal 46 muka surat.
Hari ini (10 Jun) merupakan detik yang paling gembira buat fanatika kumpulan Black Sabbath, “13” telah diriliskan secara rasminya pada hari ini. Sebelum ini mereka telah mengumumkan bahawa “13” adalah album terakhir dari mereka.
Namun ianya bagaikan satu dokumentasi aneh, kerana baru-baru ini Geezer Butler juga basiss Black Sabbath telah membuat kenyataan yang kemungkinan besar mereka akan tampil dengan album baru. Hal ini kemudiannya turut dipersetujui oleh Ozzy Osbourne juga merupakan vokalis Black Sabbath dalam sebuah wawancara baru-baru ini.
“13” berjaya menghimpunkan veteran Black Sabbath dengan menampilkan Ozzy Osbourne selepas beliau tampil selaku vokalis ketika album “Never Say Die” yang telah diriliskan pada tahun 1978. Biarpun tidak dapat menampilkan pemain drum asalnya iaitu Bill Ward, “13” terus mengaplikasi keadaan dimana tempat beliau digantikan oleh Brad Wilk juga merupakan pemain drum kumpulan Rage Against The Machine.
Taylor Swift telah bergandingan dengan The Rolling Stones dalam sebuah konsert yang telah diadakan di Chicago baru-baru ini. Mereka dipertemukan untuk mendendangkan lagu yang berjudul “As Tears Go By”.
Lagu ini telah dicipta oleh Mick Jagger dan Keith Richards pada tahun 1964 dan ianya didedikasikan khas untuk kekasih Mick Jagger, iaitu Marianne Faithful. Lagu tersebut juga tidak pernah dimainkan dalam mana-mana konsert The Rolling Stones sebelum ini hinggalah ia diperdengarkan buat pertama kali pada tahun 2005.
Kenyataan tentang kesahihan informasi mengenai The Rolling Stones berkolaborasi bersama Taylor Swift telah diakui melalui muatturun foto tersebut melalui akaun Twitter milik The Rolling Stones, @RollingStones@taylorswift13.
Taylor Swift merupakan antara puluhan artis yang terlibat dalam konsert “50 & Counting Tour” selain dari Lady Gaga, Dave Grohl, FlorenceWelch, Katy Perry dan Tom Waits.
Kalau sesiapa yang telah memiliki album mini Najwa Latif pastinya anda akan menyetujui untuk mengiktiraf bakat penyanyi yang terus meningkat naik ini . Dengan single terbaru sebelum ini yang bertajuk “Ada Mu” , Najwa Latif terus berkarya dengan mudahnya , semudah muzik beliau . Tapi mood dan melodi yang terus melekat dalam ingatan .
Terbaru beliau telah mengeluarkan official Muzik video terbaru yang bertajuk “I Love You” . Lagu yang diambil daripada mini album sebelum ini , diterjemahkan dalam bentuk audio visual . Lagu yang memaparkan ‘trademark’ gitar strumming Najwa dan tentunya melodi vocal beliau yang telah terbina dengan sendirinya . Tanpa perlu memperkenalkan , kita dengan mudahnya tahu ia adalah suara dan lagu Najwa Latif .
Naskhah teater Nyonya telah dipilih oleh CTRA Production dan Persatuan Penulis Wanita Malaysia (PPWM) untuk dipentaskan buat pertama kalinya di Pusat Pelancongan Malaysia(MTC), Kuala Lumpurpada 7 – 11 Oktober 2004. Di bawah arahan Siti Rohayah Attan, karya penulis Indonesia, Wisran Hadi ini dilakonkan oleh Tania Zainal, Eyzendy Aziz, Juhara Ayob, Melissa Saila, Rosman Ishak dan Ismaliza Ishak.
Kali ke-2, Nyonya arahan Siti Rohayah dipentaskan di Taman Seni Budaya Seremban, Negeri Sembilan pada 10 - 12 Disember 2004 dengan dibarisi pelakon seperti Eyzendy Aziz, Tania Zainal, Khatijah Tan, Rozie Rashid, Ismaliza Ishak dan Rosman Ishak.
Teater ini sekali lagi dipentaskan bagi kali ke-3 pada 25 - 27 Mei 2007 di Taman Budaya Pumpong Alor Setar, Kedah yang dibiayai oleh Kerajaan Negeri Kedah dan KeKKWa. Kali ini ia diarah oleh Rosminah Mohd. Tahir dengan dibarisi pelakon Juhara Ayob, Katijah Tan, Zaifri Husin, Vanidah Imran, Tania Zalina Zainal dan Farah Adila Apandi.
Kali ke-4 teater ini dipentaskan oleh produksi yang sama pada 2008 di Lambang Sari, Istana Budaya. Diarahkan oleh Rosminah, yang terlibat ialah Juhara Ayob, Zaifri Husin, Melissa Saila, Khatijah Tan, Tania Zainal dan Yani Mae (dari Bandung, Indonesia).
Pementasan ke-5, Nyonya digabungkan dengan kisah Mak Dara. Teater Mak Dara Nyonya arahan Rosminah dipentaskan pada 6 - 12 Julai 2011 di MATIC, Kuala Lumpur. Pelakon yang terlibat ialah Misha Omar, Sarimah Ibrahim, Juhara Ayob, Sherry Abdullah, Fara Fauzana, Norzizi Zulkifi dan Zaifri Husin.
NYONYA & The Gang adalah sebuah persembahan teater yang menggabungkan dua cerita dalam satu persembahan. Naskhah Nyonya ditulis oleh Wisran Hadi akan diarahkan oleh Dekan Fakulti Teater ASWARA, Rosminah Mohd Tahir.
The Gang adalah sebuah karya baru yang ditulis dan diarahkan oleh Siti Rohayah Attan yang berkisarkan satu kumpulan karyawan seni yang mempromosi gayahidup sihat melalui kegiatan seni. Mereka terdiri daripada pelbagai peringkat usia yang mampu menari, berlakon dan menyanyi. Mereka mengetengahkan konsep lakonan, tarian dan nyanyian dalam usaha berkempen, memberi teguran dan mempromosikan produk yang memberi faedah kepada masyarakat.
Contohnya, mereka menegur cara hidup rakyat Malaysiayang tidak sihat dari segi pemakanan sehingga menjadi obes dan tidak mempunyai perancangan untuk mengurangkan berat badan. Di samping itu, sikap tidak mahu mengeluarkan sebahagian wang untuk membeli produk kesihatan (supplements)juga ditegur, sebaliknya lebih menyukai kepada perkara-perkara yang tidak sihat dalam hidup seperti ke disko, makan lewat malam dan mengamalkan sex bebas.
Dalam masa yang sama, The Gang juga menasihatkan kaum wanita dan mereka yang sukakan kecantikan supaya tidak terpengaruh dengan produk yang membahayakan hanya kerana mahu menjadi cantik. Sebaliknya, mereka dinasihatkan memilih produk yang diakui keberkesanannya dan tidak mendatangkan kesan negatif.
Konsep persembahan secara muzikal ini menampilkan limalagu yang dicipta oleh Datuk Suhaimi Mohd Zaid manakala liriknya oleh Siti Rohayah Attan. Mereka akan tampil dalam pelbagai gayaiaitu retro, bersukan dan santai.
Apa yang menarik adalah penglibatanAnuar Zain buat julung kalinya akan muncul dalam pementasan teater, beliau akan membuat penampilan khas hanya pada 19 dan 20 Jun untuk persembahan pada jam 8.30 malam. Selain Anuar, kumpulan Zeppo Youngsterz Crew, Secrets Crew dan Don Dang Crew juga turut terlibat dalam persembahan ini.
Ia dipentaskan dengan kerjasama Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) dan Jatimas Sdn. Bhd. Teater Nyonya & The Gang bakal dipentaskan bermula 14 hingga 20 Jun depan. Bagi anda yang ingin menyaksikan persembahan ini bolehlah mendapatkan tiket yang berharga RM35, RM55, RM85 dan RM155 boleh ditempah menerusi ejen tiket www.AirAsiaRedTix.com atau hubungi 017-8716060 dan 012-2977220 untuk keterangan lanjut.
Dave Mustaine salah seorang anggota kumpulan Megadeth dan Jason Newsted sebelum ini telah membuat pernyataan bahawa beliau tidak akan membawakan lagu-lagu yang pernah dimainkan ketika menyertai Metallica.
Mustaine beranggapan bahawa alangkah baiknya jika tidak membawa lagu-lagu lama (iaitu lagu Metallica). Beliau membuat pernyataan tersebut ketika diajak Jason untuk beraksi bersama band Newsted yang turut diberi peluang untuk beraksi di konsert “Gigatour 2013”. Namun begitu Dave Mustaine cukup selesa jika dapat bergandingan dengan Jason dan melahirkan karya yang lebih bermutu.
Bekas vokalis Van Halen, Sammy Hagar, baru-baru ini mendapat kehormatan dari penduduk Fontana, California, kerana namanya telah diabadikan menjadi sebuah nama jalan di Fontana.
Jalan bernama Hagar Way tersebut berada di Fontana, tempat dimana Hagar lahir dan dibesarkan di daerah tersebut. Perasmian jalan tersebut telah diadakan ketika berlangsungnya “Fontana Days Parade” dimana Sammy Hagar dan keluarganya menjadi tetamu terhormat.
Selain diabadikan menjadi nama jalan, beliau juga merupakan vokalis Chickenfoot tersebut diberi penghargaan sebagai “Honorary Grand Marshal” pada tahun ini.
Filem yang tampil dengan pelakon kurang popular , Tokak , yang bergenre seram komedi bakal menemui peminat filem pada 20 Jun ini . Menurut Datuk Marina Mahammad pemilik MARenergenic Industries Sdn Bhd berkata filem sulung beliau telah menggunakan perbelanjaan yang tidak banyak , dan menurut beliau , pelakon yang tidak terkenal ini tetap akan bersinar satu hari nanti , dan inilah peluang mereka untuk menunjukkan bakat .
Menurut Marina “Saya juga beranggapan tidak timbul isu barisan pelakon yang membintangi filem Tokak bukan terdiri daripada nama-nama popular . Sama ada seseorang itu popular atau tidak itu bukanlah penentu kejayaan sesebuah filem . Lakonan berkesan , disokong dengan plot yang menarik merupakan intipati kejayaan sesebuah filem”
Beliau juga menepis mengenai masalah filem sulung beliau ini ,menurut beliau ia adalah masalah teknikal semata-mata “Tidak ada masalah produksi , ianya hanya berkaitan teknikal iaitu CGI, filem ini telah dibawa ke Mekah dan dihabiskan di Mekah oleh pihak CGI disana”
Datuk Marina Mahammad menceritakan ketika pembikinan flem sulung produksi beliau , yang ketika itu beliau bagaikan sudah berputus asa dan tidak mahu membuat filem lagi , tapi lepas segala masalah yang dihadapi beliau terasa lebih semangat dan seronok untuk membuat filem lagi.
Filem Tokak yang merupakan filem komedi seram yang ringan , filem ini mengambil masa sebulan pengambaraan dengan kos sebanyak 1.5 juta . Mengisahkan mengenai pengurus hotal yang telah menjumpai kotak misteri ketika berjoging ditepi pantai , dan apabila beliau membuka kotak tersebut beliau diresapi roh jahat . Untuk memulihkan rupa beliau seperti sediakala beliau perlu membunuh dan menghirup enam darah wanita dalam satu malam .
Filem yang bakal ditayangkan pada 20 Jun ini menampilkan pelakon seperti Airis Yasmin, Diana Johor, Faiz Raja Lawak, Julia Ziegler, Abon, Kazar , Lana Nordin dan Sabree Fadzil yang juga bertindak sebagai Pengarah .
“Rocking For The Rising Sun” merupakan live DVDdan Blu-ray yang akan diriliskan oleh kumpulan Aerosmith. DVDini memuatkan 16 buah lagu yang cukup ‘mesra’ dikalangan peminat Aerosmith sendiri dan ianya bakal berada di pasaran dunia sekitar 22 Julai ini.
“Rocking For The Rising Sun” memaparkan sebahagian daripada siri jelajah mereka di Jepun yang telah diadakan pada tahun 2011. Selain memaparkan suasana pentas dan ‘backstage’ ianya juga turut mengimplimentasikan pembangunan kembali Jepun setelah negara itu di landa gempa bumi, tsunami serta musibah nuclear. DVDLive ini telah mendapat sentuhan Casey Patrick Tebo.
Berikut adalah daftar lagu yang terdapat dalam DVD‘Rocking For The Rising Sun’
1. Draw the Line
2. Love in an Elevator
3. Livin’ on the Edge
4. Hangman Jury
5. No More No More
6. Mama Kin
7. Monkey on My Back
8. Toys in the Attic
9. Sweet Emotion
10. Boogie Man
11. Rats in the Cellar
12. Movin’ Out
13. Last Child
14. S.O.S. (Too Bad)
15. Walk This Way
16. Train Kept A Rollin’
Before You Exit mungkin sebuah nama yang agak janggal bagi peminat industri muzik tempatan, yang dimonopoli oleh 3 remaja ini telah ditubuhkan di Orlando dan dibarisi oleh Connor McDonough, 19, (Vocals/Guitar), Riley McDonough, 17, (Vocals) dan Toby McDonough, 15, juga bertindak selaku vokalis. Mereka yang baru sahaja tampil dengan klip video terbaru yang berjudul “I Like That”. Klip video ini boleh ditonton di seventeen.com dan ianya telah dipertontonkan secara rasmi pada 29 Mei lalu.
Apa yang menarik mengenai Before You Exit adalah mereka telah menjadi ‘opening act’ untuk konsert Cody Simpson yang telah diadakan di The Moran Theatre di Jacksonville, FL pada 30 Mei yang lalu. Album ‘I Like That’ bakal berada di pasaran pada 4 Jun (Singapura) manakala di Malaysiaianya akan dijual pada 11 Jun. Trio adik beradik ini memperjuangkan muzik pop sebagai jalur muzik mereka.
Jika anda ada kemuskilan mengenai mereka, anda bolehlah melayari
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Perjalanan muzik raja Pop Malaysia , Jamal Abdillah penuh dengan likunya . Beliau yang sebelum ini begitu bersemangat untuk bercerita mengenai “Konsert Extravaganza P.Ramlee Dalam Kenangan” Di Istana Budaya , menepati apa yang dikatakan . Ia adalah konsert daripada usaha syarikat Beliau sendiri iaitu Bintang Channel .
Pada malam media preview jelas Jamal Abdillah adalah lain daripada yang kita lihat sebelum ini , beliau lebih ceria diatas pentas dan cuba untuk berkomunikasi dengan penonton . Sayangnya persembahan pada malam preview media tersebut adalah satu-satunya persembahan pertama kali yang dilakukan oleh beliau dan orkestra RTM dan beberapa pelajar daripada UiTM , media jelas melihat betapa goyangnya setiap lagu dengan pelbagai masalah terutama teknikal dan juga susunan muzik yang masih tidak lengkap dan kadang-kadang tidak berapa betul .
Ini jelas ketika pertemuan bersama Jamal Abdillah selepas konsert preview tersebut , “Sebenarnya persembahan pada malam ini belum lengkap , selepas selesai akan ada perbincangan dengan pengarah”
Malah ada beberapa lagu popular dendangan Tan Sri P. Ramlee juga tidak dinyanyikan Jamal Abdillah pada malam tersebut .
Jamal Abdillah ketika diatas pentas juga kelihatan meyakinkan , bersama-sama artis jemputan seperti Musly Ramli , cucu Allahyarham P.Ramlee , Najua Nasir , Nas Adilla , Isma Aliff dan juga Azlina Aziz yang memberikan sedikit perspektif dan seri konsert .
Daripada segi vocal masing-masing tidak perlu dipertikaikan , Raja Pop Jamal Abdillah kekal dengan suara emasnya , suara Isma Halil tetap sesuai dengan lagu-lagu P.Ramlee , Musly Ramli yang terkenal dengan gimik P.Ramlee tetap memberikan persembahan meyakinkan , cucu Allahyarham P.Ramlee , Najua Nasir pula terus kekal dengan darah seorang penghibur dalam diri beliau , penyanyi baru Nas Adilla turut memberikan persembahan terbaik pada malam itu , manakala Azlina Aziz pastinya kita tidak dapat menolak kemerduan suara beliau .
Masalah timbul sepanjang konsert yang mana konsentrasi penonton terganggu dengan pelbagai masalah teknikal , manakala arrangement muzik pada malam itu tidak berapa mantap , ia bagaikan muzik tipikal orkestra RTM .
Apapun tahniah buat Jamal Abdillah atas cita-cita dan usaha beliau selama ini untuk mengadakan konsert dengan menyanyikan lagu-lagu terkenal nyanyian Allahyarham Tan Sri P. Ramlee . Antara lagu-lagu yang dinyanyikan ialah “Mawarku” , “Ku Rindu Pada Mu” . “Entah Di Mana” , “Saat Yang Bahagia” , “Dalam Air Terpandang Wajah” , ” Hanucr Badan Di Kandung Tanah ” , “ Istulah Sayang ” , “ Kalau Kaca enjadi Intan ” , “ Tolong Kami Bantu Kami ” , “ Sepanjang Riwayatku ” , “ Airmata Di Kuala Lumpur ”
Kumpulan yang menonjol ketika pertandingan Rentak Juara , The Carbolics telahpun melancarkan album terbaru mereka yang bertajuk “Episode I & II”. Rakaman album ini telah bermula selepas sahaja mereka mengakhiri pertandingan Rentak Juara pada tahun 2008 dan mendapat tempat ke-3 sebagai kumpulan Paling popular . Dilihat ia satu proses rakaman yang panjang yang dikatakan bermula semenjak tahun 2010 lagi, namun bagi The Carbolics , yang dianggotai oleh Ayep, Lawrence, Jai, Siva dan Taufiq , rakaman yang panjang ini adalah kerana mereka merakamkan setiap lagu distudio yang berlainan untuk mencari kualiti terbaik .
Sememangnya kumpulan roc k/pop rock ini telah meletakkan The Carbolics pada tahap yang tersendiri membezakan jauh daripada kumpulan opo rock kebanyakkan . Mereka yang telah ditubuhkan sejak tahun 2005 telah bermain di gig tempatab sekitar Kuala Lumpur , memberikan pengalaman yang bermakna buat mereka . Muzik rock dan pop rock yang dimainkan mereka adalah daripada minat yang sama antara setiap ahli kumpulan .
Album yang baru sahaja dilancarkan iaitu “Episode I & II” telah mendapat bantuan daripada produser, penerbit, dan komposer yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanah air iaitu Encik Amiruddin Syawal.
Kesemua lagu-lagu dalam Bahasa Malaysiaini dinyanyikan oleh Ayep manakala lagu-lagu dalam Bahasa Inggeris dinyanyikan oleh Alex. The Carbolics juga turut berkolaborasi dengan Ratu Rock Ella, Simon OIAM 3, dan Balan Kashmir. Kebanyakan lagu-lagu dalam album ini dicipta oleh Amir, Lawrence, Ayep dan Jai. Manakala lirik ditulis oleh Krang, Shan, Jai, Amir, Abot dan Alex.
Antara lagu-lagu yang dimuatkan dalam The Carbolics Episode I & II adalah Gigil, Di Langit Cinta, Ceritera Cinta, Tiada Lagi Benci, Baseman, Dreams, danVoices feat Ella. Untuk mengenali band ini dengan lebih lanjut sila layari laman facebook : www.facebook.com/TheCarbolics.
Informasi mengenai album terbaru Carcass yang berjudul "Surgical Steel" sudah lama diketahui umum, Cuma syarikat rakaman manakah yang bakal meriliskan album tersebut sahaja yang menjadi persoalan. Namun kini teka teki tersebut telahpun menemui jawapannya, apabila Carcass telah menandatangani kontrak dengan Nuclear Blast Records pada 23 Mei yang lalu. Carcass telah memberi kebebasan penuh kepada pihak Nuclear Blast untuk mengedarkannya ke seluruh dunia kecuali Jepun (atas alasan peribadi daripada Carcass).
“Surgical Steel” pada awalnya telah mendapat sentuhan daripada Colin Richardson selaku Penerbit namun beliau telah memutuskan untuk menarik diri dan memilih untuk bekerjasama dengan Trivium untuk album terbarunya. Tempat Colin telah diambil alih oleh Andy Sneap untuk meneruskan kerja-kerja yang tergendala.
“Kami berterima kasih kepada Markus Staiger kerana memberi kepercayaan penuh kepada Carcass dan sudi mendengar keseluruhan album “Surgical Steel” yang masih dalam proses mixing”, ujar Carcass setelah selesai menandatangani kontrak bersama Nuclear Blast Records.
“ Jeff Walker telah memberikan album ini untuk pihak kami meneliti dan mendengar hasil kerja Carcass, namun setelah acapkali mendengarnya ternyata ianya adalah hasil kerja yang bermutu dan terbaik dari Carcass. Album ini menggabungkan elemen muzik dari album "Heartwork" dan "Necroticism…"ianya berupaya menawan kembali fanatika Carcass dan pastinya “Surgical Steel” sebuah album yang dinantikan oleh para peminat Carcass”,ujar Markus Staiger selaku pemilik Nuclear Blast Records.
Sebelum ini Carcass telah bernaung di bawah label Earache Records bermula dari album Reek of Putrefaction (1988), Symphonies of Sickness (1989), Necroticism – Descanting the Insalubrious (1991),Heartwork (1993) dan Swansong (1996).
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20384
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18258
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.