CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Jeff Killed John terlebih dahulu diguna pakai sebelum lebih di kenali sebagai Bullet For My Valentine. Band yang mendukung genre metalcore ini semakin hari semakin dikenali apatah lagi sejak mereka muncul dengan album pertama yang berjudul “The Poison” (2005). Kali ini mereka tampil dengan album ke-4 yang berjudul “Temper Temper”, dimana ianya menyaksikan perubahan atmosfera kepada sound metalcore yang dimiliki oleh mereka. Jika 3 album sebelum ini sound yang dihasilkan ternyata menyerlahkan identiti Bullet For My Valentine, namun tidak didalam album ini. “Tempe Tempe” lebih berfantasikan eksperimen mereka sendiri tanpa adanya amarah yang membelenggu vokal Matthew Tuck.
Setiap lagu yang dihasilkan memiliki kriteria tersendiri, setiap lirik yang dihasilkan bersama-sama melodi dilihat cukup sebatiannya dengan genre yang ingin mereka luahkan. Namun masih lagi berpaksikan metalcore yang menyelubungi jiwa setiap personaliti anggota Bullet For My Valentine. Biarpun hampir kesemua lagu dilihat statik dengan elemen muzik yang sama dan kadangkala menimbulkan rasa bosan untuk menghabiskan kesemua track yang terdapat dalam album ini, ianya masih lagi boleh dinikmati. Antara lagu-lagu yang cukup menarik perhatian adalah Dirty Little Secret,Saints & Sinners dan
Tears Don't Fall Part 2.
“Temper Temper” dilihat sebagai sebuah album yang lebih mensasarkan untuk lagu-lagu yang mesra radio, inilah yang di katakan ‘market value’ dimana kadangkala terpaksa mengorbankan ‘attitude’ namun kehidupan harus diteruskan. Tidak boleh disangkal sememangnya kesemua anggota ‘penggempur’ Bullet For My Valentine mempunyai tahap yang cukup tinggi dalam corak permainan. Segalanya dapat dirasakan apabila ‘riff’ gitar masih lagi berpaksikan metal.Sound drum yang tidak begitu berat ternyata membawa mereka ke satu alam baru.
Walaupun kurang menepati selera pendengar setianya namun album ini tetap membanggakan apatah lagi dengan guitar work yang ditonjolkan oleh Micheal Padget. Tidak salah seandainya mereka ingin bereksperementasi dengan genre yang baru namun biarlah ianya menjadi sebuah karya yang ditunggu-tungu oleh peminat setelah kembalinya mereka ke dalam arena muzik. Apa pun “Temper Temper” adalah karya yang tidak harus di ‘tinggal’kan oleh peminat setia Bullet For My Valentine. Antara lagu yang terdapat di dalam album ini adalah ‘Breaking Point’, ‘Truth Hurts’, ‘Temper Temper’, ‘P.O.W’, ‘Dirty Little Secret’, ‘Leech’, ‘Dead To The World’, ‘Riot’, ‘Saints & Sinners’, ‘Tears Don’t Fall Part 2’ dan ‘Livin’ Life (On The Edge Of A Knife’).
Pernah muncul dengan album ‘Love & Hate’ (1994), ‘Time Knock’ (1998), ‘Retrofungus’ (2002) dan ‘The Best of Subculture’ (2006), Subculture muncul kembali dengan wadah baru yang lebih bervisi yang cukup segar dan bertenaga. Karya terakhir sebelum ‘menyepikan’ diri adalah “Retrofungus”.
Subculture adalah antara band-band yang boleh diklasifikasikan sebagai ‘pioneer’ dalam industri muzik bawah tanah apatah lagi dalam genre punk rawk. Kini mereka kembali mengibarkan panji-panji Subculture, buktinya album terbaru mereka yang berjudul “365 Days of Punk Rock”.
Album ini yang dianggap sebagai konklusi segala perjalanan Subculture semenjak album pertama mereka pada tahun 1994 diharap dapat memberikan definisi sebenar muzik dan perjuangan yang mereka bawakan dimana nilai-nilai persahabatan, berdikari, survival dan kejujuran dijadikan sebagai ramuan utama. Mendapat tajaan Menuetto Music Malaysia, Subculture menggunakan sepenuhnya gitar-gitar jenama terkemuka Gibson disepanjang proses rakaman album ini yang dilakukan di Greenhouse Studio, Kuala Lumpur.
Menjangkau usia 40 tahun, hanya Azreen ( vokalis/gitaris ) satu-satunya ahli asal Subculture yang tinggal bagi meneruskan legasi band punk rock terawal di Malaysiaini. Biarpun tanpa ‘tulang belakang’ terdahulu Subculture, Azreen berusaha keras untuk terus menghidupkan Subculture dengan projek album terbaru sekaligus bagi menghargai sokongan peminat yang masih lagi teguh berdiri dibelakang mereka. Selain Azreen Subculture kini dibarisi oleh Fao (gitaris), Kabin (bassis) dan Meor (drum).
Album yang diterbitkan sendiri oleh Subculture dibawah label mereka Fun Friends Entertainment dengan kerjasama Life Records Malaysia. Album ini telah pun berada dipasaran sejak 29 April 2013.
Menariknya tentang album Subculture kali ni ia menampilkan campuran 5 lagu didalam bahasa Melayu dan 5 lagu didalam bahasa Inggeris. Album ini juga merupakan hadiah daripada Subculture kepada penyokong-penyokong mereka sempena ulangtahun ke 21 mereka didalam industri muzik tanahair.
Album ini juga turut menampilkan dua orang penyanyi undangan iaitu Andy Flop Poppy dan juga Mira Tilu sebagai usaha untuk meviariasikan lagi pilihan lagu-lagu didalam album ini.
Sebelum ini, Subculture telah meriliskan single ‘Menari Di Angkasa’ dan video muzik bagi single ini sudah pun dimuat naik ke laman sosial Facebook Subculture, serta ia juga boleh ditonton melalui laman YouTube. Menariknya, ‘Menari Di Angkasa’ menampilkan kolaborasi antara Subculture dengan Mira dari kumpulan Tilu. Pemilihan Mira sebenarnya adalah untuk memberikan sedikit kelainan pada salah satu karya Subculture.
Kepada peminat-peminat muzik Punk Rawk, jangan lupa mendapatkan album terbaru Subculture “365 Days Of Punk Rock” di seluruh kedai muzik. Andainya anda adalah peminat muzik yang seringkali di alunkan oleh band-band seperti The Ramones, The Clash, Rancid, The Misfits, NOFX, Descendents, The Beach Boys, Weezer, Sex Pistols dan sebagainya pastinya anda juga akan menggemari Subculture.
‘Dua Jentera Besi’ yang sudah tidak perlu diperkenalkan lagi kepada umum, setiap satunya mempunyai pakej istimewa yang cukup untuk memenuhi selera ekstrim peminat muzik metal tempatan khususnya. Sungguhpun begitu rasanya ada minoriti yang masih ‘keliru’ dengan kehadiran 2 buah band ini iaitu Brain Dead dan juga Abhorer.
Abhorer telah diasaskan sekitar tahun 1986 di Singapura dan cukup disegani oleh penggiat muzik underground ketika itu. Mereka pernah tampil dengan demo yang berjudul ‘Rumpus Of The Undead’ yang telah dihasilkan pada tahun 1989. Berpaksikan muzik black/death ternyata membuahkan hasil apabila nama mereka turut menjadi bualan komuniti underground di Malaysia ketika itu.
Abhorer yang dibarisi oleh Crucifer (vokal), Exorcist (gitar), Imprecator (bass) dan Dagoth (drums) kemudiannya telah dilamar oleh label tempatan iaitu Ultra Hingax Production yang kemudiannya meriliskan album yang berjudul “Zygotical Sabbatory Anabapt” dalam bentuk kaset. Percaturan Ultra Hingax ternyata membuahkan hasil apabila ianya mendapat respon yang cukup postitif di kalangan para pencinta muzik berat tempatan. Album tersebut kemudiannya telah di beri ‘nafas’ selari dengan teknologi oleh beberapa label lagi.
Brain Deadadalah sebuah kumpulan yang bergenrekan death metal dan telah ditubuhkan di Taiping, Perak. Band yang ditubuhkan pada tahun 1988 ini terdiri dari penyanyi utama/pemain gitar Ein, pemain gitar Malek, pemain bass Hashim dan pemain drum ketika itu adalah Shahrin.Sejak ditubuhkan, Brain Dead telah menerbitkan 2 buah demo, iaitu “Eternal War” (1990) dan sebuah Live Demo (1992).
Pada tahun 1992 juga Brain Dead telah terlibat dalam sebuah kompilasi album yang berjudul “Dark Live Collection” (1993), sebelum itu mereka tampil dengan studio album “From The Estacy”. Brain Dead juga pernah digabungan dengan Silent Death dalam sebuah album yang berjudul “Death and Dead”. Mereka kemudiannya telah ‘hilang’ di persada arus muzik bawah tanah sebelum aktif semula pada tahun 2008 sehingga kini. Lan Bye (Infectious Maggots/Sil Khannaz) telah dipertanggungjawabkan untuk menggalas tugas selaku pemain drum sehingga kini.
“Zygotical Ecstacy” split CD yang membariskan jenama yang cukup untuk menghamburkan segala keringat yang ada. Apa yang menarik mengenai split CD ini adalah ianya memuatkan lagu-lagu yang pernah diriliskan oleh keduanya iaitu Brain Dead dan Abhorer. Di mana Brain Dead menghimpunkan lagu-lagu dari album “From The Ecstacy” (1992) - dan Abhorer melalui “Zygotical Sabattory Anabapt” (1996) -. Turut dimuatkan bonus track dari kedua-dua band iaitu 2 track untuk Brain Dead yang diambil dari “Dark Live Collection” (1993) dan 2 track lagi dari Live Demo (1991) manakala untuk Abhorer disertakan 2 bonus track diambil dari “Rumpus Of The Undead” (Demo 1989).
Split CD ini dikeluarkan oleh 3 buah label iaitu Thrashingfist Productions, Blackwinds Production dan Metalzone Distro. Ianya hanya dikeluarkan sebanyak 1000 copies worldwide. Paling menarik berkenaan split CD ini ialah ianya di datangkan dengan pakej booklet beserta gambar klasik kedua-dua band diawal pembabitan dalam industri muzik berat tempatan. Juga istimewa turut diselitkan lirik2 lagu dari Brain Dead yang tidak terdapat dari mana2 rilisan mereka sebelum ini.
BRAIN DEAD
ABHORER
Ini adalah berita paling bermakna bagi penggemar boyband yang dikenali dengan nama Big Time Rush, mereka bakal meriliskan album terbaru juga merupakan album ketiga pada bulan Jun nanti. Boyband yang terdiri dari Kendall Schimdt, LoganHenderson, James Maslowdan Carlos Pena ini juga telah memilih “24/Seven” sebagai judul untuk album tersebut.
Big Time Rush telah memulakan proses rakaman album “24/Seven” sejak awal tahun 2012, biarpun ketika itu mereka juga sibuk mengadakan ‘tour’ serta terlibat dalam penghasilan filem dokumentari yang berkisarkan mengenai kehidupan mereka, “Big Time Movie”.
Album ketiga ini akan diriliskan pada 11 Jun ini dan ianya akan memuatkan 10 buah lagu, antaranya ialah ‘Crazy For You’ dan ‘Like Nobody’s Around’. Apa yang menarik mengenai album “24/Seven” adalah hampir kesemua lagu telah dihasilkan oleh mereka sendiri.
Berikut adalah senarai lagu yang terdapat dalam album “24/Seven”:
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Konsert kali kedua kumpulan Wings di Istana Budaya pastinya amat ditunggu oleh peminat mereka . Apatah lagi Wings meneruskan konsep yang sama seperti sebelum ini yang berlangsung pada tahun 2011 dengan muzik iringan orkestra . Ia adalah jelas untuk gergasi rock tanahair ini meneruskan fenomena dan mengekalkan legasi yang telah dibina mereka semenjak 25 tahun lalu . Lagu-lagu lama mereka akan terus kekal segar dalam ingatan dan takkan hilang ditelan zaman .
Sebagaimana yang dikata Wings sebelum ini , mereka benar-benar memberikan setlist yang berbeza . Jika tahun 2011 , lagu-lagu yang dimainkan mereka ialah lagu yang popular dan biasa kita dengar . Tapi untuk kali ini , setlist mereka agak berbeza , memainkan lagu-lagu yang jarang atau tidak pernah dimainkan di konsert ataupun radio .
Sangat menarik , buat peminat Wings ia bukanlah sukar untuk mengetahui lagu-lagu Wings , yang menjadi lebih menarik ialah teka-teki untuk mengingati mengenai lagu tersebut didalam album mana ? , ia akan terus menjadi topic perbualan selepas show .
“Konsert Wing Rockestra” yang diadakan di Istana Budaya , telah dimulakan tepat jam 9 malam , intro orkestra dengan note yang tinggi dan dramatic , memulakan konsert pada malam itu . Wings yang menampilkan Awie , Joe , Eddie dan Black tampil dengan setiap mereka bersut kemas telah memulakan dengan lagu “Amok” , tentunya ramai yang perasan perubahan atau improvised yang dilakukan dengan lagu tersebut , ia semakin nyata apabila lagu-lagu seperti “Bujang Senang” , “Pengabdian Kekasih” dan “Suara Kita” dialunkan .
Dengan beberapa lagu ini telah dirumuskan bahwa Wings , bukan sahaja menambah elemen orkestra tapi memberi tenaga setiap lagu mereka , bayangkanlah lagu-lagu Wings dibantai dengan kepantasan pukulan drum , mainan double paddle yang lebih meletup dan tentunya tumpuan ramai ialah kepada gitar distortion Joe yang menjadi lebih ‘garang’ , ‘nyaring’ serta pertambahan solo-solo yang lebih panjang mahupun solo yang di improvised untuk memberikan setiap lagu penuh energy . Walaupun kebanyakkan lagu bukanlah popular tapi ia menjadi ‘panas’ pada malam itu . Jika bukan di Istana Budaya pastinya ada peminat yang telah melonjak sakan .
Meneruskan lagi lagu “Hikayat Penuh Ranjau” , “Anugerah” , “Sayap Illusi” , “Alam Barzakh” dan “Awang Thrasher” telah membuktikan kenyataan diatas , ditambah lagi dengan mainan orkestra yang penuh semangat , hinggakan riffing Joe menjadi lebih melodik untuk menyamakan dengan alunan violin .
Lagu yang wajib dimainkan tentunya “Misteri Mimpi Syakila” yang meneruskan persembahan Wings pada malam itu . Dengan persembahan solo 3 gitarist iaitu Joe , Ian Antono dan Hillary Ang dalam “Ilusi Intonasi” menyaksikan ketiga-tiga mereka berselang seli solo antara mereka . Ian Antono juga memainkan gitar dalam persembahan seterusnya iaitu lagu “Dari Tuhan” . Wings meneruskan lagi dengan lagu-lagu agresif mereka iaitu “Ameringgo” dan “Julang Timur Tengah” , ia adalah susunan agresif yang berganda pada malam itu , ia tentunya ‘moment’ tak dapat dilupakan apabila Wings memberikan sentuhan yang lebih berbisa .
Satu lagi lagu wajib ‘TamanRashidah Utama’ cuba menenangkan suasana , tapi ia masih lagi ‘berat’ dengan gitar distortion Joe dan orkestra yang memerikan impak kepada lagu tersebut , berbeza daripada susunan lagu asal . Kelihatan Black masih begitu bersemangat dengan pukulan drum beliau , malah Joe yang sejak mula sangat asyik dengan gitar beliau kelihatan masih banyak tenaga walaupun telah lebih 2 jam setengah mereka diatas pentas . Konsert Wings Rockestra menutup dengan lagu-lagu “Ranjang Mawar” , “Kota Kemusnahan” , “Harapan” , “Opera Hidup” dan “Sejati” .
Semestinya ini adalah konsert yang ‘berat’ daripada Wings , mungkin ramai akan merasakan ianya bersahaja tapi tidak , dengan iringan orkestra ,Wings tampil dengan muzik yang lebih laju , yang mana kita boleh lihat orkestra , dan mainan drum serta gitar memaparkan permainan yang pantas dan penuh dramatic .
Tiket konsert Wings Rockestra masih boleh dibeli dengan melayari http://www.ticket2u.biz pada harga RM499, RM399, RM299, RM249, RM199, RM149, RM99 dan RM69.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Tanggal 29 Mei merupakan tarikh yang cukup bermakna buat seluruh insan seni dan rakyat Malaysia umumnya, dimana pada tarikh tersebut industri hiburan tempatan kehilangan seorang insan seni berjiwa besar, Allahyarham Tan Sri P Ramlee yang meninggal dunia pada 1973 kerana penyakit jantung.
Biarpun sudah lama arwah pulang ke Rahmatullah, khazanah seni peninggalannya bukan saja cukup bernilai pada saat ini, malah sentiasa mendapat perhatian kerana kualiti jalan cerita di samping pelakonnya menggamit sesiapa saja yang menonton.
Baru-baru ini pusara seniman negara Tan Sri P Ramlee, Puan Sri Saloma dan AR Tompel musnah akibat ditimpa pokok yang tumbang di Tanah Perkuburan Islam Ampang. Turut musnah ialah beberapa makam lain yang berdekatan.
Perkara ini turut menarik perhatian Raja Pop, Jamal Abdillah yang turut melahirkan rasa simpati dan baru-baru ini beliau telah melihat sendiri situasi yang berlaku kepada pusara berkenaan.
"Saya guna lagu-lagu P.Ramlee untuk konsert dan rakaman, jadi saya terfikir apa yang saya boleh buat untuk beliau? Kebetulan musibah itu berlaku, maka saya bagi apa yang termampu untuk bantu,"
Menurut Jamal, sumbangan kecil itu sebagai tanda penghargaan terhadap seniman agung tersebut ekoran menggunakan lagu-lagu beliau selama ini.
Jamal telah bermurah hati dengan menyumbangkan RM2,000 untuk membaik pulih pusara Seniman Negara, Allahyarham Tan Sri P. Ramlee yang musnah akibat cuaca, dalam satu majlis yang berasingan baru-baru ini.
The Winery Dogs, merupakan salah satu band projek yang dicetuskan oleh Mike Portnoy,selain Mike ianya juga turut dibarisi oleh Billy Sheehan dan Richie Kotzen. Setelah beberapa tahun ditubuhkan, The Winery Dogs bakal menjelajah ke seluruh dunia. Mereka juga dijadualkan akan beraksi di Jepun pada 16 Julai di Osaka dan 17 Julai di Tokyo.
Album studio pertama mereka dijadualkan akan dirilis pada 15 ini di bawah label Victor Entertainment, debut album The Winery Dogs di mixingoleh Jay Ruston (individu yang pernah menghasilkan album Anthrax, Adrenaline Mob, Stone Sour dan Steel Panther.
The Winery Dogs memilih untuk tampil dengan muzik klasik rock yang setaraf dengan band- band yang pernah membawakan jalur muzik sebegini antaranya Led Zeppelin, Cream, Jimi Hendrix, Grand Funkdan sebagainya. Namun begitu The Winery Dogs juga turut memasukkan elemen sound yang lebih moden bersesuaian sepertimana yang telah dimelodikan oleh Soundgarden, AliceIn Chains, Black Crowes dan Lenny Kravitz.
Lagu terbaru dari band yang bergenrekan elektronika, Daft Punk, yang bertajuk “Get Lucky” diberitakan telah mendominasi streaming di laman Spotify dalam masa 24 jam setelah ianya diriliskan pada 19 April lalu.
‘Get Lucky’ merupakan lagu pertama dari album Random Access Memories yang telah dimuatkan di laman web tersebut. Sementara itu, pada hari yang sama Williams juga membawakan “Get Lucky” untuk pertama kalinya di hadapan khalayak. Personal juga merupakan anggota kumpulan NERD mempersembahkan lagu itu sempena majlis pelancaran single tersebut yang telah di adakan di HTC One, New York, AS.
Williams merupakan salah satu artis yang turut berkolaborasi dalam album “Random Access Memories”. Selain beliau terdapat beberapa lagi ‘jenama hebat’ dalam album tersebut antaranya ialah Giorgio Moroder, Julian Casablancas, Todd Edwards, Panda Bear, dan Chilly Gonzales.
Ini merupakan tahun kedua KL International Jazz Festival (KLIJF) di adakan di Malaysia, kali pertama ianya telah diadakan pada tahun lalu. KL International Jazz Festival (KLIJF) adalah sebuah festival yang menghimpunkan para pemuzik serta penghibur muzik jazz.l
Festival Jazz Antarabangsa KL 2013kali ini bakal berlangsung di Universiti Malaya. Bakal berlangsung selama 4 hari bermula 27 April hingga 30 April ini, festival muzik jazz dijangkakan mengumpul seramai 35 orang pemuzik antarabangsa dan 40 pemuzik tempatan serta menjangkakan kehadiran 10 ribu pengunjung ke festival berkenaan.
Penganjur KLIJF 2013, KL International Jazz Sdn Bhd telah mendapat sokongan sepenuhnya daripada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan turut mendapat pelbagai sokongan antaranya Malaysia Airlines, Starbucks, Etiqa, Capital FM dan ramai lagi bagi menjayakan siri kedua festival berkenaan.
Jika sebelum ini, para peminat tegar muzik jazz harus terbang keluar negara bagi bertemu pemuzik serta penyanyi jazz kegemaran mereka, namun kini Kuala Lumpur telah membuktikan kejayaan mereka untuk menjayakan festival jazz setelah memasuki tahun kedua.
Antara nama besar yang bakal membuat persembahan, terdiri daripada pemuzik seperti gitaris Lee Retenour dan Chuck Loeb, peniup saksofon Jessy J, pemain piano dari Jepun iaitu Keiko Matsuia dan penyanyi hebat Nicole Henry serta anak kepada diva jazz Nina Simone, Simone Kelly.
Malaysia pula bakal diwakili oleh pemain percussion, Steve Thornton juga Patrick Terbrack, The Vasement Syndicate, John Thomas Trio, John Dip Silas dan pemuzik dari Universiti Malaya, The UM Band.
Untuk maklumat lanjut mengenai pas masuk untuk KL International Jazz Festival, anda boleh mendapatkan informasi mengenainya di www.klinternationaljazz.com. Tiket-tiket presale kini boleh didapati dengan harga RM 45 untuk pas satu hari di Festival Village dan RM 98-168 untuk akses sepanjang satu hari bagi semua pentas.
Twenty One Pilots mungkin jenama yang cukup asing bagi penggemar muzik yang sentiasa mengikuti perkembangan kemodenan arus muzik antarabangsa. Apatah lagi ianya adalah pertama kali menjadi sebutan bagi anda.
Sebagai pengenalan bagi anda yang baru berkenalan dengan Twenty One Pilots. Ianya dianggotai oleh dua pemuda iaitu Tyler Joseph dan Josh Dun yang sama-sama belajar di sebuah kolej dan mula ditubuhkan pada tahun 2009.
Kehadiran mereka sebagai ‘duo pop’ mula tersebar melalui laman media sosial. Umum semakin menyedari kewujudan Twenty One Pilots setelah mereka tampil dengan 2 buah album (keduanya menggunakan jenama mereka sendiri) yang lebih berorentasikan genre rap elektronika yang menggabungkan unsur-unsur pop dalam melodi yang dihasilkan.
Sebagai langkah untuk mempromosi ‘jenama’ baru ini rakan mereka iaitu Mark Eshelaman telah menghasilkan beberapa klip video. Hasilnya pada tahun 2012 Twenty One Pilots telah dilamar oleh Atlantic Records (sebahagian dari Fueled by Ramen). Mereka telah melahirkan sebuah EP yang mengandungi 3 buah lagu, Ep tersebut turut mendapat sentuhan daripada Greg Wells (Penerbit Adele).
Awal tahun 2013, album pertama mereka yang berjudul “Vessel” telah diriliskan. Album ini memuatkan 12 buah lagu antaranya Ode to Sleep, Holding On To You, Migraine, House of Gold, Car Radio, Semi-Automatic, Screen, The Run and Go, Fake You Out, Guns for Hands,Trees dan Truce. Bagi mengembangkan lagi empayar Twenty One Pilots, klip video yang berjudul ‘Car Radio’ telah dihasilkan dan ianya boleh di tonton di YouTube.
One Direction, baru saja dinobatkan sebagai boyband terkaya versi The Sunday Times dengan kekayaan sekitar 25 juta poundsterling.
Menurut laporan NME, mereka mengalahkan boyband lain yang terhasil daripada program The X Factor iaitu JLS, yang mana kekayaannya berada di kedudukan kedua dengan kekayaan berjumlah 24 Juta poundsterling.
Paul McCartney juga dinobatkan sebagai pemuzik terkaya di AS dengan kekayaan sekitar 680 juta poundsterling. McCartney sendiri telah menduduki antara pemuzik terkaya sejak 1989, dengan kekayaan 80 juta poundsterling ketika itu.
Untuk daftar artis terkaya di bawah usia 30 tahun, Adele berada di kedudukan pertama dengan kekayaan sekitar 30 juta poundsterling.
Berikut adalah 10 daftar artis versi The Sunday Times :
1. Sir Paul McCartney – 680 juta poundsterling
2. Andrew Lloyd Webber - 620 juta poundsterling
3. U2 – 520 juta poundsterling
4. Sir Elton John - 240 juta poundsterling
5. David dan Victoria Beckham – 200 juta poundsterling
6. Mick Jagger – 200 juta poundsterling
7. Michael Flatley – 191 juta poundsterling
8. Keith Richards – 185 juta poundsterling
9. Olivia dan Dhani Harrison – 180 juta poundsterling
10. Sting – 180 juta poundsterling
Berikut adalah daftar artis terkaya di bawah usia 30 tahun versi The Sunday Times:
1. Adele - 30 juta Pound
2. Cheryl Cole - 14 juta Pound
3. Leona Lewis dan Katie Melua - 12 juta Pound
4. Florence Welch - 9 juta Pound
5. Charlotte Church, Jessie J, dan Lily Allen - 8 juta Pound
6. Nadine Coyle, Duffy, dan Jonathan 'JB' Gill - 6 juta Pound
Mungkin ini merupakan perkhabaran paling gembira buat semua penggemar muzik ekstrim metal di Malaysia, apatah lagi ianya melibatkan band otai yang wujud ketika era Bay Area. Autopsy bakal tampil dengan album studio ke enam mereka pada bulan Julai nanti. Album yang berjudul “The Headless Ritual” akan diriliskan oleh Peaceville Records, manakala hiasan kulit hadapan album ini telah mendapat sentuhan Joe Petagno (individu yang turut mencurahkan ideanya untuk kulit album band Marduk dan Motorhead).
Autopsy kembali diperkukuhkan dengan kehadiran Christ Reifert, Eric Cutler, Danny Coralles dan Joe Trevisano. Album "The Headless Ritual" telah menjalani proses rakaman dan mixing pada bulan April dan ianya telah dilakukan di Fantasy Studios di Berkeley California, manakala Adam Munoz telah bertindak selaku penerbit bagi album ini.
Sebelum ini Autopsy telahpun meriliskan DVD "Born Undead" melalui Peaceville Records. DVD ini lebih tertumpu kepada bagaimana tertubuhnya Autopsy, kematian dan kelahiran kembali mereka yang diceritakan oleh mereka sendiri. DVD ini juga mendokumentasikan kembalinya mereka ke studio konsert dan juga sesi latihan.
Sebelum ini Autopsy memutuskan untuk kembali aktif setelah bekerjasama dalam dua lagu sempena edisi ulangtahun ke 20 tahun debut album mereka "Severed Survival" di akhir 2008, setelah mereka bubar selepas tampil dengan album keempat iaitu "Shitfun" yang telah diriliskan pada tahun 1995.
Berikut adalah lagu-lagu yang terdapat dalam album "The Headless Ritual"
Ia bukan sesuatu yang mudah untuk memadamkan segala kisah lama , tapi menerimanya sebagai satu kesilapan yang tak harus diulang adalah satu pengajaran hidup yang bermakna . Ketika membuka perbualan ini, Salwa Razak atau lebih dikenali sebagai Aurora Salwa sebelum ini mengatakan perubahan yang dilalui beliau ada sangat positif , imej sekarang lebih teratur dan “kenapa saya tak mulakan dari awalnya” tanya beliau sendiri .
“Mungkin dulu saya masih mencari identity , apa yang saya nak , penampilan dan cara pembawaan . Sekarang saya rasa lebih tenang ” . Beliau yang tak menafikan perkara yang berlaku “Dulu mungkin ada kesilapan saya sendiri . saya tak kata diri saya betul . “Management sekarang banyak lecture saya dan membimbing saya dari segi imej dan semua sekali”
Salwa Razak yang kini dibawah pengurusan JJS Partners Solution Sdn Bhd telah menerima tunjuk ajar dari segi imej dan cara berhadapan dengan public dari syarikat pengurusan dan label baru beliau. Malah syarikat pengurusan juga telah memberikan latihan dan bimbingan vocal kepada beliau .
Beliau yang baru sahaja mengeluarkan single “Hidup Baru” telah merumuskan “Itulah kematangan , dari segi pemikiran dan juga menguji kemampuan saya dengan lagu ini” . Lagu ballad terbaru beliau lebih menyerlahkan apa yang dingini oleh Salwa , dengan kematangan lirik , vocal beliau sebenarnya boleh digunakan lebih jauh lagi .
Beliau yang sentiasa tenang dan tidak ragu-ragu untuk bercakap mengenai kisah apa yang berlaku sebelum ini , mula menjelaskan “Sebenarnya saya bertuah sebab menjadi anggota Polis sebelum ini , yang lebih mengajar saya dari ketahanan Mental” . Salwa mula membuka kisah beliau ketika memasuki pusat latihan Polis iaitu PULAPAH (Pusat Latihan Polis Ayer Hitam Negeri Sembilan) di Jempol . Menurut beliau latihan disana lebih teruk berbanding di PULAPOL , “Mungkin setiap tempat jurulatih tu berbeza” jelasnya
Sambung Salwa yang cuba merumuskan segala gossip dan kisah yang berlaku sebenarnya adalah perkara yang agak mudah untuk dihadapi beliau sendiri “Saya mendapat latihan yang teruk , setakat pukul tampar dan kena maki tu dah menjadi perkara biasa , saya tahan dan tak tahan jee . Namun Alhamdulillah saya berjaya tahan semuanya dan habiskan latihan saya disana” lalu beliau menegaskan “Macam tu yang saya buat mengenai perkara ini (Kisah silam beliau) sebab PULAPAH lagi teruk daripada perkara yang saya hadapi ini ”
“ Sebab saya berhenti menjadi Polis ialah semasa saya terpilih dalam kumpulan muzik PDRM , saya dihantar ke muzium Polis sebagai penyanyi . Dalam pada itu saya juga fakir , kenapa saya tak pergi dengan lebih jauh lagi ? . Saya pun suruh kawan saya buat lagu , dia pun tulis lagu tu yang bertajuk “Buaian Rindu” . Saya buat demo dan hantar lagu tu ke syarikat rakaman dan dari situ ,Sony Music sign saya ” Cerita Salwa ketika ditaya mengenai kisah beliau sebelum bergelar penyanyi .
Salwa menjelaskan lagi untuk menjadi penyanyi ini bukan mudah , beliau sendiri ketika didalam PDRM telah menjadi penyanyi selepas itu , dengan jarak 5 tahun beliau berusaha ke setiap syarikat rakaman sebelum bernaung dibawah Sony Music .
Ketika ditanya mengenai rakaman single “Hidup Baru” , Salwa mengatakan mereka merakamkan beberapa kali lagu tersebut “Memang akan buat macam tu dan ia telah dirakamkan 3 kali dan dari situ kami akan pilih mana satu yang lebih baik” sambung beliau lagi “Kami telah memilih rakaman yang ke-3 , sebabnya setiap rakaman mempunyai mood dan feeling yang berbeza dan rakaman yang ke-3 adalah yang terbaik dari segi perasaan saya ketika itu”
Apabila ditanya tidakkah Salwa menyesal menjadi penyanyi , beliau yang tergelak mengatakan “Tidak saya tak menyesal” sambung Salwa lagi bila ditanya mengenai karier sebagai penyanyi ini “Saya sememangnya enjoy dengan apa yang saya lakukan “
“Belum lagi” jawab Salwa ketika ditanya adakah beliau puas hati dengan sekarang , beliau yang masih belum merakamkan album penuh mengatakan “Apa yang ada belum capai target lagi dan kami masih berusaha lagi” dan beliau menyambung “Memang kami ada rancangan untuk menghasilkan lagu-lagu yang ada penceritaan (Konsep Album) , rancangan dah ada saya tak nak cerita lagi dan tak berani nak cakap “
“Pihak pengurusan saya memang ada perancangan , setiap target kami ada dateline , semuanya masih menunggu masa yang sesuai” jelas Salwa , walaupun begitu single “Hidup Baru” ini lebih khusus mengenai perubahan imej Salwa . “Boleh dikatakan juga” jelas beliau “Kejayaan sesuatu produk bergantung kepada penampilan , mungkin single kedua nanti akan digunakan untuk terus menaikkan nama beliau” Puan Junita Jaafar mencelah dalam memberikan gambaran perancangan oleh syarikat beliau . Terus soalan dibuka kepada Puan Junita Jaafar mengenai Salwa Razak ketika bersama syarikat pengurusan beliau , “Saya lihat dia dah banyak berubah , degil pun dah berkurang” beliau berseloroh .
Kerjaya Salwa Razak yang pada waktu sekarang dilihat bagaikan baru sahaja bermula , namun disamping menyanyi beliau juga telah terlibat dalam bidang lakonan . “Saya ada berlakon dalam sebuah drama yang bertajuk Operasi D6, di TV2 setiap jumaat pukul 9 malam , ia adalah drama yang berkisah mengenai SPRM , saya sebagai Elena watak utama . Dan shooting drama ni telah dilakukan pada tahun lepas”
“Dan satu lagi jam 7 malam di TV1 saya sebagai pelakon tambahan dalam drama bertajuk “Talak Bukan Pilihan” , kalau sesiapa ingat saya juga ada berlakon dalam filem Kerat 14 , itupun sebagai pelakon tambahan juga”
Beliau mula menceritakan mengenai bidang lakonan yang diceburi ini “Watak yang saya dapat tu memang diri saya iaitu badan beruniform , Macam filem Kerat 14 tu agak sukar sedikit , saya bawakkan watak yang agak real PDRM seperti mainan psikologi dalam menyoal siasat seseorang . Dan berlainan pula dengan drama Operasi D6, dalam drama tersebut saya banyak membuat penyamaran
Menutup temuramah ini , Salwa membuka cerita mengenai minat beliau mengenai muzik, Salwa memberitahu “Saya sememangnya amat meminati lagu-lagu Dato Siti, ya saya serius , kalau ada peluang kat rumah memang saya akan dengar lagu-lagu beliau ” dan sambung beliau lagi“Saya memang minat muzik yang romantic , macam lagu Mariah Carey , Agnes Monica, Kris Dayanti . Lagu-lagu ballad macam inila yang akan saya dengar dirumah, ia agak menenangkan dan saya romantic orangnya”
AC/DC adalah sebuah band berprofil tinggi yang sudah tidak perlu di pertikaikan lagi kewibaan mereka. Kehebatan mereka menguasai pentas, idea yang ditampilkan dalam setiap album dan apa sahaja yang dilakukan oleh mereka sentiasa menjadi perhatian peminat khasnya mereka yang menggilai wirama rock n roll.
“AC/DC Live At River Plate” adalah merupakan album live ketiga yang telah di adaptasi dari konsert mereka. Sebelum ini mereka telah tampil dengan “Live At River Plate” yang telah diriliskan pada tahun 1978, “If You Want Blood You’ve Got It” dan “Live” yang telah diriliskan pada tahun 1992.
"Live At River Plate" telah mencatatkan sejarah peribadi buat kumpulan AC/DC, apatah lagi ianya diumumkan mereka sebagai world tour terakhir buat AC/DC. Dimana ianya merangkumi tour yang dihadiri lebih 5 juta penonton yang terdapat di 108 bandar dan diadakan di lebih 28 buah negara. Inilah keistimewaan AC/DC. Manakala pemilihan lagu pula adalah berdasarkan kepada setlist yang dilakukan ketika mereka mengadakan konsert di Buenos Aires, Argentina pada bulan Disember 2009 yang telah diadakan selama 3 malam dan dihadiri lebih 200,000 peminat. Ini adalah trilogi yang diadaptasi dari DVD /Blu Ray yang telah diriliskan pada bulan Mei 2011.
“AC/DC Live At River Plate” ini mengandungi 2 keping cakera padat yang memuatkan 19 buah lagu. Tour tersebut dilakukan adalah sebagai promosi untuk album studio mereka yang ke 15 iaitu “Black Ice”. Sebagai membuktikannya mereka telah memilih single pertama yang berjudul “Rock and Roll Train”.
Album ini turut melengkapi sejarah awal penubuhan AC/DC hingga kini dimana ianya memuatkan lagu-lagu klasik era Bon Scott iaitu “Hell Ain’t a Bad Place To Be”, “Shot Down In Flames”, “The Jack”, “T.N.T.”, “Let There Be Rock”, “Dog Eat Dog”, “Dirty Deeds Done Dirt Cheap”, “Whole Lotta Rosie” dan “Highway To Hell”.
Manakala untuk era Brian Johnson pula ianya memuatkan lagu-lagu seperti “Back in Black”, “Thunderstruck”, “Hells Bells”, “Shoot To Thrill” dan “For Those About to Rock”. Seandainya anda adalah peminat kental AC/DC semestinya anda memiliki album ini sebagai salah satu koleksi peribadi milik anda, bukan hanya tahu menyarung t-shirt AC/DC tetapi tidak melengkapinya. ROCK TERUS ROCK!!
Nama Phil Anselmo seakan sudah sebati buat penggemar muzik ekstrim, beliau merupakan vokalis kumpulan Pantera /Down dan juga Superjoint Ritual. Phil diberitakan bakal tampil dengan album solo pertamanya yang berjudul “Walk Through Exits Only” dan dijadualkan akan diriliskan pada 16 Julai nanti.
Phil Anselmo bukan hanya bertindak selaku vokalis sahaja, tetapi menjadi Penolong Penerbit di samping Micheal Thomson yang bertindak sebagai Penerbit untuk album tersebut. “Walk Through Exits Only” akan diriliskan melalui labelnya iaitu Housecore Records yang kini sering bekerjasama dengan MRI dan Megaforce.
WTEO telah menjalani proses rakaman di studionya yang terletak di New Orleansbersama-sama dengan pemuzik yang dikenali sebagai The Illegals. Terdapat 8 buah lagu, antaranya ialah 'Batallion Of Zero', 'Usurper's Bastard Rant' dan 'Walk Through Exits Only'.
Menurut Phil Anselmo, ini bukanlah senuah album yang meletakkan genre thrash atau heavy metal tetapi ia adalah sebaliknya. Seandainya anda ingin tahu apakah genre yang diperjuangkan oleh Phil dalam album ini, dapatkan bila ianya diriliskan nanti.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.