CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Rebecca McBrain, isteri kepada pemain drum kumpulan Iron Maiden iaitu Nicko McBrain akhirnya bakal dipenjarakan. Beliau telah didapati bersalah gara-gara cuba untuk menikam Nicko dan melempar bongkah kayu ke arah pemain drum tersebut.
Insiden itu terjadi ketika berlaku pergaduhan kecil kepada pasangan tersebut. Kejadian berlaku di kediaman rasmi mereka yang terletak di Boca Raton, AS pada 24 Februari lalu. Akibat pergaduhan tersebut Nicko telah mengalami beberapa luka kecil manakala Rebecca telah ditahan di Palm BeachCountyJail. Rebecca telah dibicarakan dan akan menjalani hukuman bermula 3 Mei ini.
Untuk pengetahuan,Nicko McBrain telah bertemu dengan Rebecca buat pertama kalinya ialah pada tahun 1984 di Button South di Fort Lauderdale, Florida, AS. Pada tahun 2000, pasangan ini telah bekerja sama untuk melahirkan album Rebecca yang berjudul Voyager. Nicko juga turut memberikan sentuhan dari segi penulisan lirik dalam album tersebut selain bertindak selaku pemain drum.
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Umum pastinya sudah mengetahui bahawa Jamal Abdillah bakal mengadakan konsert tribute, 'Konsert Extravaganza Jamal Abdillah- P.Ramlee Dalam Kenangan” sehari selepas genap 40 tahun pemergian seniman agung, Tan Sri P.Ramlee.
Jamal ditemui pada majlis sidang media kedua, ‘Konsert Ekstravaganza Jamal Abdillah - P. Ramlee Dalam Kenangan’ di Pustaka Peringatan P. Ramlee, Setapak baru-baru ini.
Hadir sama Ketua Pengarah Istana Budaya, Mohamed Juhari Shaarani, Timbalan Ketua Pengarah Arkib Negara, Faridah Ishak dan Presiden Persatuan Seniman Malaysia (Seniman) Zed Zaidi.
Konsert yang akan menghimpunkan lagu-lagu P. Ramlee itu bakal di adakan di Istana Budaya di sini dari 30 Mei sehingga 2 Jun depan. Ia menelan kos hampir RM500,000.
Dalam konsert itu nanti Jamal Abdillah akan membahagikannya dalam 8 segmen, antaranya ialah pop yeh yeh, pancasitara, lagu-lagu duet dan lagu-lagu jenaka. Dimana setiap segmen mempunyai ertikata yang tersendiri.
Antaranya ialah segmen ‘romantis’ yang akan memaparkan lagu-lagu cinta, ‘riwayat ku’ – mengisahkan bagaimana P. Ramnee dilupakan, ‘jenaka’ – menampilkan lagu-lagu mencuit hati dan juga ‘barang yang lepas jangan di kenang’ – paparan klip video menarik dan lucu mengenai Allahyarham.
Lapan segmen yang diatur oleh Jamal bakal dimeriahkan lagi oleh Najwa Nasir, Musly Ramlee, Isma Aliff, Azlina Aziz dan Nas Adila. Manakala Leonard Yeap akan bertindak selaku Pengarah Muzik bagi konsert yang bakal diiringi 31 pemuzik profesional dan 25 pemuzik orkestra daripada pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.
“Syukur setakat ini penjualan tiket amat menggalakkan dan saya mengharapkan ia akan terus mendapat sambutan hangat daripada orang ramai yang meminati lagu-lagu P.Ramlee,” katanya yang mengakui tidak mendapat penaja bagi menjayakan persembahan berkenaan.
Ketika ditanya adakah beliau mempunyai pengalaman peribadi mengenai P.Ramlee , Jamal Abdillah mula bercerita “Ada sekali , masa tu saya tak pasti umur saya kiranya masih budak lagi , saya pernah pergi menonton konsert beliau ketika show di Kuala Selangor” sambung beliau lagi “Konsert tu beliau kena ‘boo’ dengan peminat , saya tak pasti apa yang di’boo’ masa tu , yang pastinya masa tu zaman kejatuhan beliau , ramai orang dah tak peduli lagi kepada beliau .”
“Kalau saya nak cerita pasal P.Ramlee memang tak habis , beliau adalah fenomena . Lagu-lagu beliau selalu keluar radio masa zaman tu dan bila kita dengar hari-hari ia terus jadi siulan” sambung Jamal lagi “Lagu P.Ramlee , ‘Tidurlah Permaisuri’ adalah lagu pertama yang saya rakam masa jadi artis rakaman”
Terdahulu dalam sidang media tersebut Jamal turut menyampaikan sumbangan perbadi syarikatnya iaitu Bintang Channel Sdn Bhd sebanyak RM2,000 kepada Persatuan Seniman bagi membaik pulih kubur P.Ramlee di Jalan Ampang, yang rosak akibat dihempap pokok baru-baru ini.
Sementara itu, Zed Zaidi berkata, Jamal merupakan antara individu paling awal yang menghubunginya untuk memberi sumbangan. Dalam pada itu, pihak Arkib Negara turut menyampaikan sumbangan untuk tujuan sama kepada Zed Zaidi.
Tiket-tiket berharga RM65, RM85, RM145, RM185, RM225, RM245, RM265, RM325 dan RM455 Boleh didapati secara online di www.ticket2u.biz atau menghubungi 03-4147 8600 atau Istana Budaya Box Office di talian 03-2161 8134.
Spotify ialah laman yang menyediakan perkhidmatan streaming muzik secara online , kini telah tiba di Malaysia . Perkhidmatan Spotify yang semakin terkenal dengan kerjasama bersama syarikat rakaman antarabangsa dan independent ini tertakluk dengan undang-undang hak cipta antarabangsa , malah pengguna yang mendaftar juga boleh memainkan lagu-lagu secara percuma .
Spotify mempunyai 24 juta pengguna dan 6 juta pengguna berbayar . Pengguna Malaysia yang yang ingin memuat turun lagu dan memainkannya secara offline melalui gadget MP3 pilihan anda dan anda hanya perlu membayar RM14.90 sebulan . Malah sebelum anda menjadi pengguna premium berbayar anda boleh mencubanya selama 30 hari dengan PERCUMA !
Spotify bukan sahaja meletakkan lagu-lagu antarabangsa tapi anda boleh memilih lagu-lagu komersil dan indie tempatan yang terdapat didalam database mereka .
Pelancaran Spotify bukan sahaja memudahkan pengguna Malaysia malah ia akan mengembangkan lagi medium untuk artis-artis Malaysia untuk mendapatkan royalti melalui lagu-lagu mereka dengan cara yang baru dan mempromosi produk mereka dengan mudah dan ia seterusnya mengekang cetak rompak yang semakin bermaharajalela
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kebelakangan ini agak sukar untuk peminat menyaksikan lakonan artis kacak Hans Isaac di kaca TV berbanding dulu. Apatah lagi, sejak 2009, pemilik Tall Order Production Sdn Bhd ini sibuk dengan agenda pementasan teater Cuci The Musical 1 dan 2 serta Lat Kampung Boy, Lawak Ke Der 1 dan 2 Sebuah Muzikal di Istana Budaya (IB).
Pelakon yang mula diperkenalkan menerusi filem Amok pada tahun 1995 dan menerima Anugerah Pelakon Lelaki Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-19 pada 2006 menjelaskan, lebih senang menghasilkan skrip sendiri untuk drama dan filem.
Sebagai Produser dan Pengarah filem “Lemak Kampung Santan” yang menggabungkan pelbagai genre, Hans memilih Neelofa sebagai pelakon utama kerana wanita itu ada ciri-ciri ideal bagi watak Atiqa.
“Selain itu komitmen yang ditunjukkan Nealofa juga menyebabkan saya yakin dengan kemampuannya. Sebenarnya, pengarah filem Azura (versi baru), Aziz M Osman yang menyarankan saya mengambil Lofa berlakon. Peringkat awal saya memang tidak kenal Neelofa dan hanya pernah melihat gambarnya sekali dua di akhbar”.
“Bagaimanapun, sebaik dihubungi, dia datang untuk uji bakat. Apabila diminta membaca skrip dan mendengar lontaran suaranya itu, saya dan rakan produksi terus tertarik seolah-olah Neelofa sudah ada banyak pengalaman”.
“Selain itu disiplin ditunjukkan juga membuatkan kami senang bekerja dengannya. Bayangkan apabila saya memberikan ‘call time’ jam 7.30 pagi dia antara orang pertama sampai di lokasi. Sikap begitu jarang ditemui pada pelakon baru sekarang,” puji Hans ketika ditemui di majlis pelancaran filem Lemak Kampung Santanbertempat di Saloma Bistro baru-baru ini.
Sementara itu Neelofa pula menjelaskan dia menerima lamaran Hans kerana tahu pelakon dan pengarah itu selalu menghasilkan filem bermutu dan tidak mengecewakan. Apatah lagi dalam filem ini dia berpeluang bergandingan dengan pelakon berpengalaman lain seperti Awie, Harun Salim Bachik dan Khir Rahman.
“Saya rasa bertuah kerana dapat bekerja dengan mereka yang ada pengalaman luas dalam dunia lakonan. Saya mengambil peluang ini untuk belajar daripada mereka.
Selain itu saya seronok kerana keserasian bukan saja wujud antara pelakon tapi juga kru terbabit”.
“Disebabkan itu juga saya setiap hari tidak sabar-sabar untuk ke lokasi Lemak Kampung Santan. Sudah lama saya tidak merasai situasi seperti itu. Kali terakhir saya merasainya sewaktu terbabit dengan penggambaran filem Azura,” katanya.
Lemak Kampung Santan mengisahkan tentang pemuda bandar, Ridzuan (Hans Isaac), yang jatuh cinta dengan gadis kampung, Tiqa (Neelofa).
Sekali imbas, filem mungkin kelihatan seperti kisah cinta tipikal si kaya bercinta dengan si miskin. Apa yang tidak tipikal, tentang filem ini adalah misteri yang menyelubunginya. Menelan belanja RM1.7 juta, filem terbitan Tall Order Productions ini dijangka ditayangkan selewat-lewatnya sewaktu musim sambutan Hari Raya Aidilfitri nanti.
Kerjasama serumpun diantara Trinity Optima Productions dan Raistar Entertainment bakal merialisasikan sebuah konsert yang digelar “Konsert Mega Bintang”dimana ianya menghimpunkan jenama- jenama yang cukup dikenali ramai samada di Malaysia, Indonesia mahupun di Singapura.
“Konsert Mega Bintang” adalah cetusan idea dari Trinity Optima Productions yangmana ianya diadakan bersempena 10 tahun penubuhannya, lantaran itu pihak syarikat telah bekerjasama dengan Raistar Entertainment untuk mengadakannya di Singapura. Sebuah platform yang cukup sesuai apatah lagi ianya di adakan di lokasi yang cukup berprestij iaitu di Compass Ballroom, Resorts World Convention Centre pada 8 Jun 2013 bermula jam 8 malam.
Jika sebelum ini Ungu dan Rossa mampu menarik ribuan peminat untuk memenuhi ruang di Esplanade Concert Hall jadi tidak hairanlah mengapa pihak penganjur mensasarkan lebih 4000 penonton akan hadir untuk menyaksikan konsert yang cukup hebat dan di jangka akan memberikan impak terhadap siri konsert yang diadakan di Singapura pada tahun 2013 ini. “Konsert Mega Bintang” bakal diserikan dengan kehadiran Rossa, Ungu, Afgan, D’Bagindas, Vivi Aldiano, Sherina Munaf, Maudy Ayunda dan Gamma1.
“Ini merupakan konsert terbesar yang pernah kami anjurkan dan menghimpunkan jenama hebat dalam industri muzik khasnya. Apa yang kami lakukan bukanlah untuk bermegah dengan apa yang kami ada tetapi kreativiti dan tatakerja yang baik merupakan resepi bagaimana Konsert Mega Bintang bakal dirialisasikan. Dapat bekerjasama dengan Trinity Optima dan Resorts World Sentosa merupakan ‘harta’ yang cukup bernilai buat Raistar Entertainment”, ujar Fahmi Rais selaku Pengarah Raistar Media Pte. Ltd.
Tiket-tiket untuk menyaksikan “Konsert Mega Bintang” kini sudah boleh diperolehi, Jika anda berhasrat untuk menyaksikan kehebatan konsert ini bolehlah mendapatkan tiket- tiket yang berharga $68, $88, $118 dan $158. Tiket boleh diperolehi dengan melayari www.sistic.com.sg. Sebarang maklumat lanjut boleh layari www.raistar.com.sg atauwww.facebook.com/raistarentertainment
Calvin Harris - I Need Your Love ft. Ellie Goulding
Calvin Harris mungkin sebuah nama yang agak asing di kalangan peminat muzik tempatan, namun bagi yang sudah mengenalinya beliau adalah salah seorang DJ yang cukup disegani hingga kini beliau telah tampil dengan 2 buah album. Ternyata percaturannya telah menghasilkan sebuah lagi album yang berjudul “18 Months” terus menguatkan nama Calvin Harris di persada muzik antarabangsa.
Tidak hairanlah jika di dalam album ini terdapat nama-nama besar dalam industri muzik yang berkolabrasi dengannya. Salah seorang darinya adalah Elena Jane Goulding atau Ellie Goulding yang membawa dimensi baru apabila genre indie pop, synthpop, folktronica, indietronica, dream pop dan alternative dance membezakan dia dengan penyanyi baru yang lain.
Memiliki identiti tersendiri dan kebolehan membuat lagu membuktikan Ellie tahu hala tujunya serta bagaimana mahu menakluk pendengar masa kini. Keunikan penyanyi berambut perang ini pantas mencuri perhatian pengikut muzik sedunia apatah lagi vokal dan cara nyanyiannya berbeza dengan penyanyi sedia ada.
Terbaru Calvin telah tampil dengan klip video terbaru yang berjudul “I Need Your Love” yang menampilkan Ellie Goulding. Ternyata kehadiran Goulding yang manis dan lembut dalam klip video tersebut memberikan impak kepada lagu ini selain menampilkan transkripsi genre dalam bentuk yang cukup romantis bersesuaian dengan melodi dan judul lagu tersebut.
M Ridho Sedang Di Uji Bakat Di Indonesian Idol 2012
M. Ridho yang berasal dari Babakanciparay, Bandung, Indonesia adalah merupakan seorang jejaka biasa yang hanya bekerja sebagai penjual roti dan datang untuk uji bakat Indonesian Idol 2012. Beliau tampil dengan mendendangkan karya ciptaannya sendiri yang berjudul “Neng Neng Nong” , ianya membawa maksud Ku Ingin Lama Pacaran Disini. Beliau bukanlah seorang insan yang dianugerahkan bakat untuk menjadi penyanyi, M Ridho sekadar insan yang memiliki kreativiti dalam bentuk penulisan. Ternyata lirik ciptaannya telah menarik perhatian Ahmad Dhani yang ketika itu merupakan salah seorang juri yang mengadili pertandingan tersebut.
Ahmad Dhani cukup teruja dengan lirik yang di hasilkan oleh M. Ridho biarpun sekadar “Neng neng nong neng neng neng nong neng neng nong neng”. Beliau telah memberikan nafas yang lebih segar dengan melodi yang lebih catchy, buktinya lagu tersebut mula menjadi siulan dan menjadi hit di Indonesia malah fenonema Neng Neng Nong kini mula menular ke Malaysia. Ternyata ‘pelaburan’ beliau untuk mendapatkan lagu tersebut cukup berbaloi apatah lagi ianya turut dimuatkan dalam album kumpulan yang dianunginya iaitu T.R.I.A.D.
Lagu Neng Neng Nong (Ku Ingin Lama Pacaran Di Sini) yang bergenre pop rock merupakan sebuah lagu yang berkisarkan tentang seorang kekasih yang hanya mahu hidup dengan pasangannya tidak kira apa yang melanda.
Video Rasmi Kumpulan T.R.I.A.D. Untuk Lagu Neng Neng Nong (Ku Ingin Lama Pacaran Di Sini
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Kejayaan beliau memenangi rancangan pencarian bakat Twisties Superstarz pada tahun lalu adalah sesuatu yang tak diduga buat Cheryl K atau nama sebenar beliau Cheryl Koh Shao May . Ia bagaikan permulaan kerjaya nyanyian buat remaja yang baru berumur 17 tahun ini .
Ini turut diakui beliau “ Memenangi Twisties Superstarz menandakan bermulanya kerjaya saya dalam bidang seni dan pada hari ini saya berada di showcase saya sendiri. Saya teruja untuk melihat kemana langkah saya seterusnya. Kepada semua peserta Supertarz X tahun ini , saya ucapkan selamat berjaya dan saya harap mereka akan seronok dengan pengalaman ini ”
Pada petang khamis 11 April bertempat di Hard Rock Café , telah diadakan pelancaran single terbaru beliau yang bertajuk “The Moment” dan Cheryl sempat menyampaikan 4 buah lagu pada petang itu .
Single “The Moment” yang dicipta bersama JD Pop Shuvit yang juga juri Twisties Superstarz dan Prema Yin , menampilkan sebuah lagu yang benar-benar menguji kemampuan vocal untuk penyanyi yang cilik ini , walaupun kelihatan kecil tubuh badannya tapi dari segi kemampuan vocal beliau cukup besar dan meyakinkan .
Cheryl K yang telah menyanyi seawal umur 8 tahun dan telahpun mencipta pelbagai kejayaan peribadi dalam dalam pelbagai pertandingan seni dan nyanyian sebelum memenangi Twisties Superstarz . Antaranya mewakili Malaysia untuk pertandingan “World Championship Of Performing Art (WCOPA) 2010” di Hollywood , USA . Beliau memenangi 4 pingat emas , termasuk “Hollywood Industry Award” 2 “Champion Of The World Senior Division Awards” , 2 pingat perak dan 2 pingat gangsa .
Rilisan pertama beliau single “The Moment” yang lebih dilihat lebih kepada muzik pop rock dengan beberapa elemen elektronik . Ketika ditanya mengenai minat sebenar beliau , Cheryl K lebih meminati muzik pop dan R&B . Malah di channel Youtube beliau ada banyak lagu cover yang telah dibawakan beliau , “Ia sebenarnya adalah satu cara untuk dikenali sekarang” ujar beliau .
Single ini telah diedarkan oleh Warner music dan anda boleh mendapatkannya dikedai-kedai muzik berhampiran anda .
Vokalis Paramore, Hayley Williams, telah mengeluarkan produk kosmetik dengan menggunakan jenamanya sendiri, beliau telah bekerjasama dengan produk kosmetik terkenal iaitu Mac. Sesuai dengan warna rambutnya yang ikonik, produk kosmetik tersebut juga berwarna jingga.
Produk-produk kosmetik tersebut terdiri daripada cat kuku, bedak, pemulas mata, dan lipstik yang diberi nama Sounds Like Noise.
Produk-produk tersebut sudah mula dijual di secara online sejak Mac lalu, sebelum Williams, vokalis band indie rock yang dikenali dengan nama Gossip, Beth Ditto, juga telah bekerjasama dengan Mac dalam produk kosmetiknya.
Paramore yang baru sahaja meluncurkan klip video single pertamanya, “Still Into You,” dari album terbarunya, Paramore. Album keempat itu mendapat sentuhan Justin Meldal-Johnson yang bertindak selaku Penerbit, beliau pernah bekerja sama dengan Beck dan Nine Inch Nails.
Avril Lavigne, baru saja meluncurkan single yang berjudul ‘Here’s To Never Growing Up’, single ini merupakan salah sebuah lagu yang turut dimuatkan didalam album terbarunya. Ini merupakan album kelima daripada penyanyi yang cukup dikenali ramai dan khabarnya album tersebut bakal menemui peminat pada penghujung tahun ini.
Chad Kroegerselaku vokalis Nickelback turut bekerjasama dengan Avril dalam penghasilan lagu tersebut. Chadjuga merupakan tunangan kepada Avril. Apa yang menarik mengenai single ‘Here’s To never Growing Up’ adalah kerana terdapatnya nama Radiohead di dalam lirik yang dihasilkan, antaranya ialah “Singing Radiohead at the top of our lungs/With the boombox blaring as we’re falling in love.”
Akhir tahun lalu, Avril membawakan lagu ‘How You Remind Me’ dari band Nickelback. Lagu itu akan menjadi soundtrack filem animasi terbaru, One Piece Film Z.
Sementara itu, Radiohead telah mengesahkan bahawa mereka akan kembali dan bakal tampil dengan album baru. Perkara ini telah disahkan oleh Colin Greenwood juga bassis kumpulan Radiohead, manakala vokalisnya iaitu Thom Yorke baru sahaja meriliskan album yang berjudul “Amok” pada bulan Februari yang lalu. Tom tampil bersama band projeknya iaitu Atom For Peace.
Walaupun permulaannya single ini hanya diriliskan untuk peminat beliau di Korea Selatan sahaja, namun apa yang berlaku adalah sebaliknya malah PSY memutuskan single "Gentleman" akan diriliskan secara digital diseluruh dunia.
Keputusan untuk dirilis secara global ini telah diumumkan melalui lamanresmi YG Entertainment, YG-Life, dengan memuat turun sebuah poster berkenaan rilisan tersebut.
"Gentleman" akan dirilis pada 12 April 2013 waktu tengah malam. YG Entertainment sebelumnya merencanakan untuk merilis single tersebut hanya untuk penggemar di Korea Selatan sebagai hadiah dan ucapan terima kasih dari PSY atas sokongan berterusan oleh peminatnya.
PSY yang baru sahaja selesai menjalani proses pembikinan klip video "Gentleman". Klip video tersebut turut menampilkan artis undangan Yoo Jae Suk, Noh Hong Chul dan HaHa dari program variety Infinite Challenge dan Gain dari Brown Eyed Girls.
Single "Gentleman" untuk pertama kalinya akan disiarkan secara langsung oleh PSY dalam konsert Happening yang akan berlangsung di Sangam World Cup Stadium pada 13 April 2013 dengan menampilkan G-Dragon dan Lee Hi sebagai artis undangan. Konsert tersebut akan disiarkan secara langsung melalui YouTube, Naver dan Mnet.
Kumpulan dari Britain yang dianggotai Andy Brown (vokal, gitar), Ryan Fletcher (bass), Joel Peat (gitar) dan Adam Pitts (dram) kini mula menjadi sebutan apabila populariti mereka mula setanding dengan ‘boy band’ popular sebelum ini seperti One Direction dan The Wanted.
Band yang ditubuhkan pada tahun 2009 ini mula memperlihatkan taringnya pada tahun 2011 setelah mereka menjadi ‘opening band’ untuk persembahan The Wanted pada konsert jelajahnya. Bermula dari situlah perhatian mula tertumpu kepada mereka berikutan persembahan ditunjukkan berjaya memikat dan mengagumkan penonton.
Tidak mensia-siakan pendedahan demikian untuk mengukuhkan lagi nama mereka, Lawson juga turut diberi penghormatan menjadi artis pembuka buat penyanyi rock fenomena Avril Lavigne, Will Young dan juga Westlife.
Pada 2012, mereka yang bernaung di bawah label Polydor Records berpangkalan di Londonmelancarkan album sulung berjudul “Chapman Square”. Ternyata pertaruhan single pertama When She Was Mine tidak mengecewakan apabila berjaya berada di kedudukan keempat carta UK Singles Chart.
Lagu popular mereka ‘Standing In The Dark’ dan ‘Taking Over Me’ yang kerap berkumandang di stesen radio tempatan kini mula menerobosi minda peminat yang rata-rata terdiri daripada generasi Y. Lantaran sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan para peminat maka pihak penganjur iaitu Universal Music Malaysia telah berbesar hati untuk menampilkan mereka dalam sebuah showcase eksklusif untuk para peminatnya.
Berita gembira buat peminat Lawson di sini apabila mereka bakal berkunjung buat pertama kali ke Malaysia bermula esok hingga Ahad ini dalam rangka mempromosikan album mereka.Selain berkunjung ke beberapa stesen radio untuk sesi temu bual, bagi peminat yang mahu menonton persembahan mereka, sebuah showcase juga bakal diadakan pada jam 7 malam, Sabtu ini (13 April) bertempat di Stage Club, Avenue K, Kuala Lumpur.
Sebelum Lawson menjejakkan kaki ke Malaysia, terlebih dahulu mereka telah ‘beramah mesra’ dengan para peminat di Bangkok, Thailand. Kehadiran mereka disana telah mendapat sambutan yang cukup menggalakkan di kalangan para peminat kerana ini merupakan kali pertama mereka turun ke Thailand. Bukan setakat di lapangan terbang, ketika menghadiri sesi temubual bersama radio juga kumpulan ini turut menarik ramai peminat hadir berjumpa mereka.
Di hari konsert kumpulan Lawson berlangsung, lebih seribu orang peminat telah hadir dan ada yang sanggup menunggu seawal jam 2 petang sedangkan pintu dibuka pada jam 4.30 petang. Parapeminat yang ingin menyaksikan persembahan eksklusif ini bolehlah mendapatkan pas persembahan dengan hanya membeli album Chapman Squareversi ‘deluxe’ di semua kedai muzik terpilih sekitar Lembah Klang. Peminat yang mempunyai pas terbabit juga bakal berpeluang beramah-ramah mesra dengan kumpulan berkenaan pada sesi autograf.
Chris Cornell, selaku vokalis dan gitaris daripada band Soundgarden telah bekerjasama dengan syarikat pengeluar gitar terkemuka dunia iaitu Gibson untuk menghasilkan dua rekebentuk gitar edisi khas yang bakal dikeluarkan pada bulan April ini.
“saya merasa cukup terharu kerana di beri peluang oleh Gibson untuk mengeluarkan gitar edisi terhad yang tertera nama saya, saya juga berharap agar gitar ini dapat diguna ketika Soundgarden melakukan ‘tour’ sekitar Mei ini”,ujar Chris Cornell.
Model yang pertama adalah ES 335 dengan pickup Lollar Tron dan Bigsby berwarna ‘army green’. Yang kedua juga model ES 335 dengan pickup Lollar Tron, namun bahagian belakangnya tampak datar sahaja. Gitar-gitar ini bakal dijual dalam hardcase Gibson dengan tandatangan Cornell, hanya 250 gitar untuk setiap model.
Band yang berkonsepkan pop punk dan cukup dikenali ramai, Fall Out Boy kini telah ‘bersatu’ semula setelah hampir 3 tahun ‘menghilangkan’ diri dari dunia muzik malah kehadiran mereka kali ini bakal diserikan dengan kehadiran album baru yang berjudul “Save Rock and Roll”, disamping itu mereka dijadualkan bakal mengadakan konsert di seluruh US.
Sehingga kini Fall Out Boy telah meriliskan 5 buah album antaranya ialah “Fall Out Boy's Evening Out with Your Girlfriend (2003)”, “Take This to Your Grave (2003)”, “From Under the Cork Tree (2005)”, “Infinity on High (2007)” dan “Folie à Deux (2008)”.
Sebelum ini Fall Out Boy telah merencanakan album tersebut bakal di riliskan pada 7 Mei ini, namun atas beberapa fakta yang patut diketahui oleh para peminat, mereka telah menukar tarikh tersebut.
“Save Rock And Rolladalah merupakan album terbaik yang pernah kami buat walaupun ianya tidak mungkin sama sepertimana album terdahulu namun inilah acuan sebenar Fall Out Boy di tahun 2013. Jadi tidak patut rasanya kami membiarkan ianya menjadi persoalan hingga 7 Mei ini, lantaran itu kami memutuskan untuk mengeluarkannya pada 14 April ini”,ujar Pete Wentz.
Sebelum ini mereka telah menampilkan 2 buah klip video, ‘The Phoenix’ dan ‘My Songs Know What You Did In The Dark (Light ‘Em Up)’. Kini mereka tampil lagi dengan klip video yang terbaru juga merupakan sebahagian daripada lagu yang terdapat dalam album “Save Rock And Roll”. ‘Young Volcanos’ kini boleh di tonton di YouTube
Kumpulan indie rock , Ohio , The National yang sering tampil dengan lagu yang penuh melancholy disulam dengan vocal dan strumming gitar yang lebih dark , ia adalah muzik yang suram tapi dalam kenyataannya mereka menghasilkan muzik yang cukup berkesan , ia boleh dilihat dalam setiap album , kejayaan The National mengemudi muzik mereka dan menghasilkan sesuatu yang unik dan enjoyable .
Mereka yang sebelum ini telah mengumumkan mengenai rancangan album terbaru dan keenam mereka yang bertajuk “Trouble Will Find Me” dan dijangka keluar pada bulan May nanti , telahpun memberi sebuah lagu untuk tatapan para peminat yang bertajuk “Demons” .
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20384
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18258
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.