CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Penyanyi Malaysia yang terus mencipta nama dipersada antarabangsa , Yuna , tbakal mengeluarkan EP terbaru beliau yang bertajuk “Sixth Street” secara digital .
EP yang bakal dilancarkan pada 7 May nanti akan diraikan dengan penuh besar-besaran iaitu melalui persembahan yang bakal dihostkan oleh stageit.com secara online , malah ia boleh ditonton oleh semua peminat beliau diseluruh dunia dengan bayaran yang minima pada pukul 8 May , 10 pagi waktu Malaysia . Tiket boleh didapati disini
Yuna memberitahu ketika bercakap mengenai EP terbaru ini “ “Sixth Street” mungkin satulembaran baru bagi saya. Semua lagu-lagu yang telah ditulis di apartmen saya di mana yang saya rasa paling selesa, dan pada ketika itu saya memahami siapa saya dan tahu apa yang saya rasa tentang kehidupan.”
Ini adalah rilisan pertama Yuna bersama sebuah label antarabangsa yang baru ditandatangai beliau ,Verve Music Groups , yang diketuai oleh producer terkenal David Foster , Verve Music Groups juga adalah label untuk artis-artis ternama dunia .
Album terakhir Yuna sebelum ini ialah “Terukir Di Bintang” yang dikeluarkan pada Januari 2012 dan seterusnya dengan sebuah album antarabangsa pada April iaitu “Yuna” , terbaru beliau telah berduet bersama-sama lagu tema untuk filem animasi yang mendapat sambutan hangat , The Croods , bersama kumpulan Owl City dengan lagu “Shine Your Ways”
Dengarkan "Kita Harus Percaya"
Penyanyi Indonesia , Yuka , yang sedang menembusi pasaran Malaysia dengan mendapat pelbagai jemputan nyanyian melalui syarikat pengurusan beliau yang berada di Malaysia iaitu Mentari Management , telah membuka lebaran yang lebih luas dalam karier beliau apabila mengeluarkan video muzik terbaru beliau dengan single “Kita Harus Percaya”
Video yang dilakukan di Indonesia ini menampilkan lagu pop balada terbaik Yuka , dengan vocal yang nyata dan melodi yang kuat apatah lagi walaupun dengan muzik pop produksi yang dihasilkan begitu terang dan sound yang mampat dengan drum bass . Lagu “Kita Harus Percaya” dihasilkan oleh composer besar Indonesia iaitu Pay dan Dewiq yang telah banyak mencipta lagu-lagu untuk penyanyi hebat Indonesia seperti Rossa, Agnes Monica dan Krisdayanti .
Buat peminat atau yang meminati lagu Yuka di Malaysia anda boleh mendapatkan caller ring tones lagu Yuka seperti dibawah .
Sempena merayakan ulangtahun ke 40 penubuhannya, Judas Priest akan meriliskan sebuah DVD konsert yang berjudul “Epitaph”. DVD ini bakal diriliskan dengan 2 format iaitu DVD dan juga Blu-ray, ianya adalah hasil usaha pihak Legacy Recording (division of Sony Music Entertainment). Ianya bakal berada di pasaran sekitar 28 Mei ini.
Rob Halford, Glenn Tipton, Ian Hill, Scott Travis dan gitaris baru Richie Faulkner, yang menggantikan K.K. Downing adalah barisan penggempur yang kini memperjuangkan panji-panji JUDAS PRIEST.
Judas Priest menganggap "Epitaph" adalah sebagai rakaman konsert live yang paling bermakna dan lengkap di sepanjang pembabitan mereka dalam arena muzik heavy metal. “Epitaph” telah dirakamkan di HMV Hammersmith Apollo London pada 26 Mei 2012.
23 lagu yang dimuatkan dalam DVD ini telah dipilih dari 14 buah album yang pernah mereka hasilkan, bermula era Rob Halford iaitu "Rocka Rolla" yang telah diriliskan pada tahun 1974 ("Never Satisfied") hingga album "Nostradamus" yang telah diriliskan pada tahun 2008 ("Prophecy").
Selepas rilisnya DVD ini, Judas Priest bakal tampil dengan album terbaru yangmana akan memperlihatkan hasil karya gitaris terbaru mereka iaitu Richie Faulkner, yang menggantikan K.K. Downing .
The Heroin Diaries : A Year In The Life Of A Shattered Rock Star adalah merupakan judul diari peribadi milik Nikki Sixx yang juga bassis kumpulan rock n roll dunia, Motley Crue. Menariknya apa yang terkandung di dalam diari tersebut bakal diterjemahkan dalam bentuk drama Broadway.
Umum sendiri tahu akan kisah suka duka yang melanda Nikki Sixx termasuklah penyalahgunaan dadah yang menyebabkan beliau overdose dan hampir meragut nyawanya. The Heroin Diaries : A Year In The Life Of A Shattered Rock Star telah dirilis sendiri oleh beliau pada tahun 2007 dan apa yang membanggakan ianya berjaya berada di kedudukan ketujuh dalam daftar buku terlaris bagi kategori non fiksyen yang seperti yang di rekodkan oleh New York Times Book Review.
25 peratus hasil keuntungan buku tersebut telah disalurkan ke yayasan gelandangan “ Running Wild In The Night” yang diusahakan oleh Nikki.
Mungkin ramai dikalangan peminat muzik antarabangsa cukup mengenali siapakah Rena Sands. Bagi yang kurang arif pula, Rena Sands adalah merupakan isteri kepada gitaris kumpulan Dream Theater iaitu John Petrucci. Malah beliau juga adalah bekas gitaris band Meanstreak. Baru-baru ini heboh diperkatakan mengenai kemasukan Rena ke dalam band Judas Priestess. (band yang dipelopori oleh wanita yang hanya memainkan lagu-lagu dari kumpulan Judas Priest).
Judas Priestess telah ditubuhkan pada tahun 2009, hingga kini mereka telah menerima banyak persembahan pentas malahan turut mempunyai peminat tersendiri. Paling menarik kehadiran mereka turut mendapat sokongan dikalangan anggota Judas Priest khasnya Rob Halford, K.K. Downing dan Al Atkins (individu yang bertanggungjawab dalam penubuhan Judas Priest).
Selain Rena Sands (gitaris), Judas Priestess turut dibarisi oleh JoSette (gitaris), Gyda Gash (bassis), Militia (vokalis) dan Hillary Blaze (drum). Ternyata kehadiran Judas Priestess bukan hanya sebagai ‘tribute band’ malah mereka mempunyai tempat yang cukup eksklusif dalam dunia rock n roll dengan interpretasi repertoar klasik metal milik lagenda metal yang cukup hebat iaitu Judas Priest.
Dengarkan lagu sample 90 saat "We're The Greatest" yang sangat menarik
Hip hop legenda , LL Cool J yang bakal mengeluarkan album terbaru pada 30 April dan bertajuk “Authentic” , Ia adalah album ke-13 beliau dan membuat kejutan apabila 2 lagu beliau telah menampilkan ikon guitarist rock , Eddie Van Halen . Mainan gitar Eddie Van Halen boleh didengar di lagu "We're The Greatest" dan "Not Leaving You Tonight".
LL Cool J . Dalam temuramah bersama guitarworld.com , telah memberitahu ketika ditanya mengenai kenapa beliau memilih pemain gitar ikonik Eddie Van Halen “Album ini dilahirkan daripada cinta sejati saya untuk muzik dan saya tahu Eddie berkongsi visi yang sama untuk muzik yang authentic . Saya mendekati lagu ini dengan penuh hormat untuk Eddie dan peminat beliau, dan menjadi rakan beliau dalam melalui semua proses. Saya rasa rendah diri melihat genius bekerja dan bekerjasama dengan artis legenda dan berwawasan seperti Eddie Van Halen, dan untuk membawa kedua-dua dunia kami bersama adalah satu peluang yang menarik. Saya teruja beliau setuju untuk bersama”
Eddie Van Halen juga telah memberi komen mengenai komitmen yang telah diberi beliau didalam kalobrasi ini “Pemikiran saya bermain gitar kepada hip hop sesuatu yang keluar daripada bulatan , tetapi saya tertarik dan saya bersetuju untuk bertemu dan mendengar apa yang beliau ada. Saya bukan sahaja diilhamkan oleh itu lagu-lagu yang saya dengar, tetapi semangat LL , personaliti rendah diri beliau, kebebasan yang beliau berikan saya untuk bersama mencipta dan kesediaannya untuk julung-julung kalinya, menyanyi korus pada 'We're The Greatest'.. Ia adalah seperti nafas udara segar yang saya perlukan sebagai seorang artis dan individu. "
Beliau menambah: "Kepelbagaian lagu-lagu di album ini dan artis lain yang telah beliau bekerjasama dengan cemerlang, menampakkan kepada pelbagai genre muzik dan mungkin juga mencipta citarasa kami sendiri , saya berasa diberkati bukan sahaja mempunyai peluang untuk. bekerja dengan LL, tetapi juga untuk memanggil beliau seorang kawan "
Album “Authentic” adalah album pertama beliau dalam jangkamasa 5 tahun ini . Album terakhir beliau adaalh pada thun 2008 yang bertajuk “Exit 13”
Dengarkan "Little Wing"
Sebagai menyokong dan mempromosi album terbaru Jimmy Hendrix yang bertajuk “People , Hell And Angel” yang pernah ditulis kami sebelum ini . Rancangan TV America iaitu “Late Night With Jimmy Fallon” pada 1 April lalu , telah menampilkan penyanyi R&B terkenal Janelle Monáe bersama iringan kumpulan neo soul yang pernah memenangi anugerah Grammy , The Roots . Tampil bersama-sama dalam rancangan tersebut membawakan lagu Jimi Hendrix yang bertajuk “Little Wing”
Dengan pantas ia adalah persembahan yang hebat dan memukau , bersama vocal Janelle Monáe dan petikan gitar daripada The Roots , ia bagaikan membangkitkan semula semangat Jimi Hendrix yang diletakkan didalam lagu-lagu beliau . The “Little Wing” oleh Jimi Hendrix sebelum ini telah dinyanyikan dan dimainkan semula oleh pelbagai artis-artis ternama . Sebuah lagu klasik daripada tahun 1967 .
Video Log Najwa Latif Ketika Di Genting Highland
Kalau sesiapa masih ingat lagi Najwa Latif pernah cover lagu ini di dalam Youtube sewaktu ketika dahulu , ketika beliau masih belum dikenali , Lagu yang dinyanyikan oleh Leehom Wang , “Ni Bu Zhi Dao De Shi” (bermaksud - All The Things You Never Knew ) yang dipetik daripada album “The 18 Martial Arts”.Ia adalah perasaan yang bercampur baur mendengar suara tinggi Leehom wang dan vocal Najwa Latif .
Ia lebih menarik lagi apabila pada hujung minggu lalu , Najwa Latif telah dijemput untuk menyanyi bersama pelakon dan pengarah bertaraf antarabangsa ini untuk sama-sama menyanyikan lagu yang turut menjadi lagu tema dalam filem “Love In Disguise” . Najwa Latif dan Leehom Wang telah berduet bersama-sama dengan lagu “Ni Bu Zhi Dao De Shi” dan juga lagu “Getaran Jiwa” .
Leehom Wang yang datang untuk konsert “Leehom Music Man II Round II Live in Malaysia 2013” yang diadakan di Arena Of Stars Genting Highlands , telah berlangsung selama 3 hari iaitu 28 , 29 dan 30 Mac dan ketiga-tiga hari tersebut semua tiket telah sold out !
Dengarkan Nyanyian Duet Najwa Latif Dan Leehom Wang
Dengarkan "Live It Up"
Salah sebuah kumpulan hard rock yang popular daripada Autralia ialah Airbourne , kumpulan yang wujud semenjak 2003 ini telah memberi impak kepada muzik rock Australia dengan kemunculan mereka dipentas rock antarabangsa dan berjaya membawa panji-panji rock Australia keserata dunia , kejayaan yang besar buat kumpulan muda ini .
Di bahagian vocal ialah Joel O'Keeffe serta sebagai gitar utama dengan bahagian drum dikawal oleh adik beliau , Ryan O'Keeffe . Melengkapkan kumpulan ini ialah David Roads di gitar rhythm dan bassist oleh Justin Street .
Album ketiga mereka yang bertajuk “Black Dog Barking” akan dikeluarkan pada 21 May ini , sebagai menyambut kedatangan album terbaru , Airbourne telah mengeluarkan lirik video terbaru mereka yang bertajuk “Live It Up” , ia adalah kekal dengan muzik hard rock dan rock n roll , apatah lagi muzik hard rock mereka telah digunakan sebagai adreline untuk 20 video games , dimasukkan didalam pelbagai filem , trailers dan pelbagai lagi .
Dengarkan Mono - "Legend: A Journey Through Iceland"
Kumpulan instrumental post rock Jepun ,Mono akan membuat persembahan di Bentley Music Auditorium , 4 April ini pada pukul 8 malam . Ia adalah konsert jelajah mereka untuk album terbaru yang bertajuk “For My Parents” dan ke-6 mereka , yang telah dikeluarkan pada bulan September lalu .
Mono adalah sebuah kumpulan yang unik , membuka laluan dengan gaya mereka yang tersendiri , dengan muzik instrumental yang panjang penuh menggambarkan perjalanan yang tenang , penuh emosi , dramatic dan epic .
Kedatangan ini pasti menggemberikan peminat mereka kerana ini bukanlah pertama kali kedatangan Mono ke Malaysia . Album-album mereka sebelum ini juga telah diiktiraf diantarabangsa dengan keunikan yang ditampilkan , memberikan gambaran muzik atmospheric yang semakin tenggelam .
Tiket-tiket berharga RM98 sebelum 3 April dan RM880 (untuk 10 keping tiket) boleh didapati di semua outlets Rock Corners atau Soundscape Records
KL MetalCamp merupakan antara festival muzik metal tempatan yang terus mendapat sambutan di kalangan pencinta serta para peminat muzik metal itu sendiri. Kini usia festival tersebut sudah menjangkau 6 tahun, jadi tidak hairanlah mengapa festival ini sentiasa di nantikan saban tahun.
Sejak dimulakan pada 4 Mei 2008 di MCPA Hall, Kuala Lumpur, populariti KL Metal Campterusberkembang dan mendapat sambutan baik daripada peminat muzik rock dan metal. Penganjur juga berhasrat dan sudah menjalankan pelbagai usaha secara berperingkat untuk menjadikan
KL MetalCamp sebagaiacara tahunan.Dengan menjadikan festival muzik di Eropah sebagai sumber rujukan, KL MetalCamp mengambil pendekatan menerapkan nilai tempatan secara positif dan ingin memperkenalkan kumpulan muzik tempatan kepada pelbagai peringkat usia.
Kali ini festival anjuran Thy Syndicate dan Nebiula Production akan diadakan di Stadium Chin Woo, Kuala Lumpurpada 4 Mei ini. Setiap tahun lebih 10 kumpulan pemuzik tempatan dan luar negara mengadakan persembahan di festival tersebut. Tahun ini kumpulan lagenda thrash metal dunia, Destruction akan memenuhi slot KL MetalCamp edisi ke 6. Sementara kumpulan tempatan yang akan terbabit pula antaranya adalah Humilation, Sil Khannaz, Stompin Ground, Nekrad, Storming Steel, Hereafter dan Tool Of The Trade.
Festival kali ini berbeza dengan tahun sebelumnya kerana tidak menampilkan ikon rock namun ianya tetap menjadi penanda aras buat penggemar muzik ekstrim metal tempatan. Malahan penganjur terus menjangkakan bilangan peminat yang hadir semakin bertambah ramai. Malah, KL MetalCamp yang diadakan di merata-rata tempat di sekitar Kuala Lumpur turut dikenali di luar negara hingga menarik minat banyak kumpulan dari luar negara.
Festival yang biasanya diadakan dari pukul 3 petang hingga 12 malam dengan purata hampir 1,000 penonton itu merupakan antara festival yang terbaik pernah diadakan di Malaysia.Ini kerana KL MetalCamp berjaya mengekalkan etikanya yang tersendiri.
KL Metal Camp 6 akan berlangsung di Stadium Chin Woo, Jalan Hang Jebat, Kuala Lumpurdan tiket untuk menyaksikannya dijual dengan harga RM80 (earlybird), dan RM90 (door). Peminat boleh membeli tiket di Nebiula Heavy Metal Shop, Kuala Lumpur(013-2193383), Masumi Di Giorgio, Kuala Lumpur(012 9199628), Rdl Distro, Johor Baharu(012 7814198), Deadbeat Shop, Penang(012 4460316), Thrashingfist Prods, Alor Setar (019 5486035), Alil Nekrad, Ipoh
(017 5153070) dan Ravager Inc, Singapura (+65 8159 4929). Untuk maklumat bolehlah berhubung menerusi facebook dengan menaip Kuala Lumpur Metalcamp 6.
Kumpulan glam rock yang cukup dikenali ramai, Kiss diberitakan bakal berkolaborasi dengan Hello Kitty bagi menghasilkan sebuah rancangan animasi yang bertajuk “Kiss Hello Kitty”. Rancangan ini bakal ditayangkan di saluran Hub Network.
Gen Simmons juga merangkap Produser untuk rancangan ini telah memberikan kenyataan terhadap projek tersebut. Beliau merasakan bahawa Hub Network merupakan sebuah saluran yang cukup sesuai bagi program “Kiss Hello Kitty”, malah beliau yang cukup bersemangat untuk menghasilkan karya sebegini melahirkan rasa seronok kerana dapat membuat seluruh penggemar Kiss dan Hello Kitty di seluruh dunia dapat menontonnya bersama keluarga.
Sanrio, Roberto Lanzi selaku usahasama bersama Kiss juga turut mengakui bahawa ini adalah idea yang cukup boombastik dan mengangkap ianya satu idea yang gila sewaktu diunkapkan oleh Gene dan juga Paul namun disebalik kegilaan tersebut tersirat kreativiti di kalangan anggota Kiss yang ternyata memiliki jutaan penggemar di seluruh dunia.
Kerjasama jitu antara Kiss catalogue Ltd dan syarikat pengeluar Hello Kitty telah terjalin sekian lama iaitu sekitar tahun 2010 lagi. Ianya telah menghasilkan pelbagai produk yang menggunakan jenama Kiss dan juga Hello Kitty antatanya ialah pakaian, mainan, alat tulis, peralatan persekolahan dan sebagainya.
Sean John Combs atau lebih dikenali dengan nama Puff Diddy telah dinobatkan antara artis hip hop terkaya bagi tahun 2013, beliau telah dinominasi oleh majalah Forbes. Beliau telah mengalahkan 4 individu lain dengan mengumpul kekayaan sebanyak 580 juta dollar AS.
Sebagian besar kekayaan tersebut diperolehi rapper yang berusia 43 tahun ini melalui berbagai bisnes yang diusahakan selain menceburkan diri dalam bidang muzik antaranya ialah penghasilan vodka Ciroc yang dilakukan bersama syarikat minuman Diageo.
Majalah Forbes juga telah mengiktiraf Jay-Z juga seorang rapper sebagai individu kedua terkaya selepas Diddy. Beliau yang mempunyai aset berjumlah 475 juta dollar AS, dimana sebahagiannya adalah hasil dari label beliau sendiri iaitu Roc Nation dan juga pengurusan artis.
Dr. Dre juga artis hip hop berada di kedudukan ketiga dengan jumlah pendapatan bernilai 350 juta dollar AS dengan penghasilan produk aksesori audio muzik jenama Beats by Dre. Di kedudukan keempat pula dimiliki oleh Birdman juga pengasas Cash Money Records yang memiliki asset berjumlah 150 juta dollar AS. 50 Cent juga turut tersenarai biarpun sekadar berada di kedudukan ke 5 tahta, beliau memperolehi pendapatan berjumlah 125 juta dollar AS.
Livescape buat pertama kalinya telah bekerjasama bersama LAMC Production daripada Singapura untuk mengadakan Rockawayfest Showcase . Rockaway Showcase adalah semua persembahan yang berskala kecil dan diadakan berterusan sepanjang masa oleh Livescape sebelum menghampiri persembahan yang lebih grand daripada mereka iaitu Rockaway Festival yang sebelum ini telah membariskan kumpulan-kumpulan rock antarabangsa dan tempatan dengan kehadiran lebih 15000 peminat .
Kerjasama Livescape dan LAMC Production untuk Rockawayfest Showcase akan membawa semula kumpulan moden rock Amerika , Coheed & Cambria, yang telah datang ke Malaysiasebelum ini pada tahun lepas . Kedatangan untuk kali kedua ini tentunya untuk mempromosikan album terbaru mereka yang bertajuk “The Afterman: Descension”.
Mereka yang dalam rangka tour akan membawa juga rakan mereka daripada Amerika iaitu kumpulan Circa Survive, yang pertama kali menjejakkan kaki ke Malaysia , kumpulan yang meningkat naik ini telah mengeluarkan album keempat mereka yang bertajuk “Violent Waves“ pada akhir tahun lalu
Rockawayfest Showcaseyang menurut Livescape , Ini adalah yang keempat Rockawayfest Showcase dengan persembahan skala kecil dan kali ini mereka persembahkan Coheed & Cambria yang turut menampilkan Circa Survive di KL Live pada 24 April ini . Tiket-tiket berharga RM120 (presale) dan RM170 (At the door) boleh didapati di AirAsia Redtix
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
![]() |
Dua penyanyi yang dilihat penuh beza , Jamal Abdillah dan Saleem (Iklim) telah membina reputasi mereka yang tersendiri , mereka adalah penyanyi yang menampilkan keunikan masing-masing .
Bersama Jamal Abdillah telah mempamerkan betapa berkesannya vocal beliau dengan album sulung pada tahun 1980 iaitu “Perpisahan Tanpa Relamu” , album-album seterusnya membuktikan beliau adalah Raja Pop Malaysia , dengan vocal yang tiada tandingnya dan sifat macho beliau ketika diatas pentas mahupun ketika didalam filem .
Saleem yang naik bersama kumpulan rock Iklim juga telah mendayukan sekian lama peminat muzik pop rock diawal tahun 90an . Kumpulan Iklim dan Saleem adalah satu sinonim yang takkan dapat dilupakan , lagu-lagu popular mereka terlalu banyak hingga menguasai carta radio dan TV pada waktu itu . Saleem membina reputasi dengan suara beliau yang serak basah bersama kumpulan Iklim dan bergerak secara solo .
Hasilnya kedua penyanyi ini akan bergabung tenaga dalam memberi persembahan dalam Konsert Eksklusif dan Makan Malam di Ri Yaz Heritage Marina Resort And Spa , Pulau Duyong , Terengganu pada 26 April , pada pukul 8 malam .
Konsert ini adalah gabungan antara Ri Yaz Heritage Marina Resort And Spa dan juga syarikat milik Jamal sendiri iaitu Bintang Channel .
Menceritakan mengenai persembahan eksklusif mereka nanti , Jamal memberitahu “Akhirnya hasrat saya tercapai” lalu sambung beliau “Saya telah utarakan idea kepada pihak hotel dan mereka pun terima . Idea ini timbul pada tahun lepas ketika persembahan saya di Kuala Terengganu yang sampai tidak cukup tempat”
Menceritakan mengenai pemilihan Saleem , Jamal mengatakan “Ia dari segi bisnes , Saleem sendiri ramai peminat tempatan . Agak sayang kalau sesiapa tak tonjolkan beliau diatas pentas . Saya dah bayangkan suasana persembahan kami berdua disana nanti”
Jamal yang sekarang agak senang menganjurkan konsert dengan syarikat beliau sendiri telah menjelaskan “Saya syukur Saleem sudi , ini bukan yang terakhir , saya akan bawa beliau ke Kota Bahru pulak nanti ” Jamal Abdillah menyambung impian beliau “Saya sekarang lebih senang buat konsert sendiri ,panggil kawan-kawan yang ramai peminat . Sama-sama kami kongsi rezeki”
Jamal Abdillah memberitahu dalam konsert itu beliau dan Saleem akan bertukar lagu masing-masing . Saleem akan menyampaikan lagu “Ghazal Untuk Rabiah” manakala Jamal akan menyanyikan lagu “Gerhana Cinta Luka” . Malah artis jemputan seperti Farouq akan berduet bersama Jamal dalam lagu “Maafkan Aku” dan juga penyanyi veteran Elias Syah
Konsert yang bakal berlangsung selama 2 jam setengah ini akan lebih eksklusif , apabila para peminat akan menikmati makan malam daripada hidangan popular masakan Melayu oleh Ri Yaz Heritage Marina Resort And Spa , selepas makan malam pula mereka akan dihiburkan oleh 2 penyanyi ini dengan persembahan yang lebih peribadi .
Harga setiap meja (10 orang) agak berbeza bergantung kepada lokasi meja . Peminat boleh mendapatkan tempat pada harga RM5000 (10 orang semeja) , RM3500 (10 orang semeja) dan RM2000 (10 orang semeja) . Tempahan boleh dilakukan dengan menghubungi pihak Hotel 09 6277888 , Ali Razak – 013 6646 246 , Sarah - 019 2393 780 , Junaidi – 010 2102 141 dan Harun 012 3423 116 .
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26198
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20384
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18267
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18258
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.