CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Satu sidang media telah diadakan di Singapore Expo pada 13hb April 2013 lalu untuk mempromosikan konsert satu malam “Search Unplugged 2013” yang bakal diadakan di “The Star Performing Arts Centre - The Star Theatre”. Acara istimewa ini telah diberi nama"Acoustica Malam Edan Search”. Idea untuk menggunakan “Acoustica Malam Edan Search” telah diilhamkan oleh anggota Search sendiri dan ianya telah dipersetujui oleh pihak penganjur kerana ianya sebuah jenama yang cukup eksklusif dan penuh maksud tersirat. Edan yang bermaksud “Perfect” dalam bahasa "Hebrew" atau lebih difahami dalam bahasa Ibrani, membawa suatu makna yang bermaksud “Sempurna”, jadikan ia satu era yang sempurna pada malam Edan Akustik itu nanti. Dalam bahasa Indonesia pula “Edan” juga diberi maksud “biul" atau "gila”, dijadikan suatu malam yang sama-sama menggila pada malam Sabtu akan datang. Penghormatan terlebih dahulu terhadap rakyat Singapura, acara ini adalah satu pembuka tirai bagi “Konsert Akustik” dan kemungkinan besar, konsep ini akan dibawa ke seberang Malaysia.
Kali terakhir Search mempamerkan persembahan mereka secara akustik ialah pada 18 tahun yang lalu di tanahair, Kuala Lumpur. Kini, mereka akan muncul dengan ahli-ahli kumpulan yang tidak asing lagi (Amy Search, Kid, Nordin, Nasir dan Yazid). Lebih kurang 15 pemuzik profesional akan mengiringi ahli kumpulan Search serta dengan sokongan vokal turut ikuti bersama pementasan pada malam berikut. Kepastian yang agak tegas telah diberitahu oleh Nasir kepada media dan peminat-peminat bahawasanya tiada ahli-ahli kumpulan yang pernah menganggotai Search akan turut sama di acara ini melainkan nama-nama yang disenarai di atas sahaja.
Kesemua anggota Search memberi ucapan individu untuk kesemua peminat-peminat yang masih memberi penuh kepercayaan bagi Search, sokongan yang sentiasa memberi sambutan yang luar biasa apabila Search membuat persembahan di Singapura. Search amat teruja apabila pihak Sound Check Pte Ltd telah memberi peluang sebegini dan berani membawa “Konsert Akustika” ke lokasi terbaru “The Star Theatre” yang canggih dirantauan. Suasana yang memberi nilai kepuasan sudah pasti akan menanti anda semua.
Search yang kini telah mengeluarkan 25 studio dan live album berkecimpung dalam bidang musik rock selama 32 tahun lamanya masih seakan gigih bertahan dalam persada musik “rock & roll” melayu. Mereka memberi impak yang terhebat dalam kejayaan yang berleluasa di alam musik Rock bermulanya di Singapura apabila album pertama "Cinta Buatan Malaysia(1985)”, album kedua “Langit Dan Bumi (1986) dan album ketiga “Mentari Merah Di Ufuk Timur (1987) di Merlion Studio, Singapura. Baru-baru ini juga, Search telah diiktirafkan pingat “Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat” di malam anugerah untuk“Anugerah Bintang Popular Berita Harian (2013)”. Pengumuman lebih lanjut atas penerimaan anugerah bagi kumpulan Search telah diberi penjelasan oleh Amy bahawasanya, mereka sungguh terharu atas pemberian sebegitu untuk Search. Perjalanan untuk menempuhi 32 tahun adalah janka masa yang terlalu jauh dan perjugangan untuk mengekalkan musik di negara serumpun telah banyak memberi kenangan indah bermula dengan album pertama Search bersama producer Dato’ M.Nasir yang usulnya rakyat Singapura, kini sudah menjadi penetap warga Malaysia. Amy menjanjikan yang terbaik pada 1hb Jun 2013, ianya juga merupakan satu acara perayaan bagi Search untuk bersama peminat-peminat Singapura untuk meraihkan anugerah yang telah diiktirafkan "Anugerah Sepanjang Hayat” untuk Search.
Nasir juga mengambil kesempatan untuk memberi suara motivasi untuk kugiran-kugiran baru atau anak-anak muda yang kini sedang memperjuangkan seni musik supaya mengambil inspirasi dari “Anugerah Sepanjang Hayat” bagi Search sebagai pembakar semangat untuk ketahap Search ataupun lebih baik lagi. Moga pengiktirafan itu memberi kesungguhan untuk band-band baru lebih fokus, agar mereka dapat kecapi anugerah yang sebegini rupa akan datang. "32 tahun adalah perjalanan yang tidak pernah diduga oleh sesiapa pun dari ahli-ahli kumpulan Search, ianya menjadi sesuatu yang sungguh bermakna untuk kami, penuh emosi dan kesedihan dalam satu sudut, satu anugerah yang bukan mudah untuk kecapi, ianya juga ketentuan Illahi", ujar Amy. Segi penyampaian musik dan persembahan keseluruhannya, mesej dalam ciptaan lagu-lagu mereka ternyata datang dari keiklasan hati. "Nilai yang tertinggi dari Search terhadap kesemua peminat yang menyokong Search selama ini", sambung Amy lagi.
Tawaran untuk barangan Search yang direka bentuk oleh ahli-ahli individu dari kumpulan Search berjalan dengan lancar untuk sekmen lelong di pentas Singapore Expo bagi tujuan kebajikan. Jaket dan skaf kepunyaan Kid mampu menjejaki harga lelongan yang dijual sehingga SGD$200. Baju lengan panjang Nordin berwarna coklat dengan sulaman logo Search dijual hingga menjejaki harga SGD$350. Seterusnya, jaket koleksi peribadi Nasir dari Scotlandbermula dengan tawaran SGD$100 telah mendapati harga SGD$350, dijual kepada seorang wanita yang meletakkan harga tertinggi pada masa itu. T-shirt direka oleh Yazid juga dapat sambutan sehingga menjejaki SGD$350. Amy melelongkan akustik guitar berjenama Cort yang ditandatanganinya bermula dengan tawaran SGD$400, telah dijual sehingga menjejaki SGD$1K.
Logo Search yang disulam atau dicetak di setiap barangan juga telah diberi penjelasan bahawa ianya bukan menonjolkan atau memberi simbol yang melambangkan "illuminati” atau “freemanson". Ramai masih tertanya-tanya perkara rumit ini. Amy ujar dengan penuh jelas pada sidang akhbar hari itu bahawa logo mata melambangkan mata hati, mata yang sentiasa "Mencari" dalam bahasa Inggeris iaitu “Search” hingga ketemui apa yang kami mahukan dan logo tiga segi bermaksud menuju ke puncak, mencari segala-galanya, mencari akhlak, mencari ilmu, mencari cinta dan pelbagai mata pencarian. Penjelasan agak lebih bermakna dari apa yang dijangkakan oleh sesetengah individu atau prasangka terhadap logo Search yang telah digunakan selama 32 tahun itu.
Bagi peminat-peminat Search yang masih belum ada kesempatan untuk mendapati tiket-tiket "Konsert Malam Edan Search” Live in Singapore, tiket boleh didapati di tingkat 3 di “The Star Theatre” pada malam konsert tersebut. Harga-harga dari Categori 5 berharga serendah SGD$78 sehinggalah Categori 1 yang berharga setinggi SGD$168. Tiket konsert termasuk makan malam berharga SGD$150 seorang akan diadakan di Royal Plaza on Scotts pada 30hb May 2013, Khamis ini. Majlis khas selepas konsert juga diadakan, berharga SGD$50 seorang untuk sidang penerimaan khas di belakang pentas. Untuk keterangan lebih lanjut, sila “LIKE” Sound Check Pte Ltd di Facebook supaya anda boleh mendapati maklumat terkini di laman pengajur. Barangan Search seperti (T-shirt / MP3 Players / Bags / dan lain-lain) juga boleh didapati di lokasi konsert pada malam itu. Dengan pengalaman mereka yang luas dalam pelbagai acara termasuk lah beberapa acara yang sudah lepas seperti "SingFest, Kylie Minogue’s Concert dan National Day Parade Carnivals", sudah tentunya mereka sediakan yang terunggul untuk "Konsert Akustik" ini. Misi penganjur adalah untuk memberi yang terbaik untuk merangkumi visi yang khas untuk semua.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26200
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.