CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Band terkenal UK's hari ini mengumumkan bahawa showcase mereka, "UK's: Up Close and Personal," yang dijadualkan berlangsung pada 26 Oktober ini, ditunda ke satu tarikh baharu yang akan diumumkan kelak.
Dengan rasa berat hati, vokalis Amir menjelaskan bahawa keputusan ini terpaksa diambil kerana terdapat isu yang memerlukan penyelesaian segera.
"Saya, mewakili rakan-rakan UK's, dengan berat hati terpaksa menunda showcase serta majlis makan malam yang telah dirancang sejak beberapa bulan lalu.
“Kami memohon maaf kerana showcase ini sepatutnya menjadi acara pertama yang eksklusif untuk peminat setia UK's. Kami telah berlatih selama beberapa bulan untuk merealisasikan malam ini sebagai tanda penghargaan atas sokongan peminat terhadap UK's selama lebih tiga dekad.
“Sebenarnya, kami sangat teruja dan tidak sabar untuk berada lebih dekat dengan peminat setia UK's, namun setelah mempertimbangkan situasi semasa, showcase ini terpaksa dibatalkan dan akan dijadualkan semula. Tarikh baharu akan dimaklumkan nanti,” katanya dalam kenyataan media.
Sebelum ini, UK's telah mengumumkan penganjuran "UK's: Up Close and Personal" yang akan berlangsung di Hotel Ideas pada 26 Oktober, dianjurkan oleh Amir UK's Entertainment dan Laga Emas Sdn Bhd dengan kerjasama Hotel Ideas.
Bagi peminat yang telah membeli atau menempah tiket, pihak penganjur akan mengembalikan bayaran. Pembeli boleh menghubungi Encik Pashah di talian 012-4289428 untuk tuntutan bayaran balik.
Sementara itu, peminat yang telah membuat tempahan hotel melalui aplikasi yang dipilih dinasihatkan untuk segera membatalkan tempahan tersebut.
Amir sekali lagi memohon maaf atas segala kesulitan yang dihadapi dan berharap isu berbangkit dapat diselesaikan secepat mungkin agar showcase yang dirancang dapat diteruskan dalam masa terdekat.
“Kesetiaan peminat selama lebih tiga dekad sentiasa dihargai. Sokongan peminatlah yang membuatkan kami bersemangat untuk terus berkarya dalam dunia seni," tambahnya.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23665
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.