Konsert Konsert Double Trouble 2 bakal bergema di Stadium Malawati, Shah Alam pada 5 Ogos ini. Kedua-dua gergasi rock Malaysia ini telah bersedia untuk bergabung tenaga, hanya dalam beberapa hari sahaja mereka akan mengegearkan pentas Stadium Malawati. Pertemuan ekslusif antara mereka telah diadakan di Bysnc Studio sebelum 5hb Ogos nanti
Kid Search mejelaskan mereka telah mulakan latihan masing-masing , Mus yang disisi turut menyambung, lebih 2 bulan lebih juga bersama dengan Barbarik . Minggu terakhir ini hanya persiapan untuk muzik gabungan antara Search dan Barbarik
Mus menjelaskan lagi mengenai Konsert Double Trouble 2 bakal berlangsung selama 3 jam, buat masa ini tiada masalah yang besar. Hanya pada perubahan lagu yang akan dibuat, dan berharap semuanya berjalan dengan lancar
Penganjur menjangka lebih 8000 peminat rock akan banjiri Konsert Double Trouble 2 ini nanti
Search dan Barbarik yang ditemui juga berharap konsert rock ini terus berjaya dengan sokongan peminat mereka . Mus menambah "Daripada pemerhatian di media sosial dan followers kami semua, kami nampak positif, sebab apa yang berlaku ini bagi kami besar dan bagi fan kami juga besar, dan apa yang kami nak buat ini mungkin akan menjadi sejarah, kami harap ia akan berjaya dan fan kami memang akan support kmi, dari segi ini kami ada keyakinan"
Ketika ditanya adakah Konsert Double Trouble 2 akan dibawa ke tempat lain, Kid Search menjelaskan mereka memang terbuka jika ada peluang (untuk dibawa Konsert Double Trouble 2 ke negeri lain)
Tidak dinafikan kedua dua vokalis yang ditampilkan mempunyai aura mereka yang tersendiri, Dendeng yang bersama Search bagaikan memukau peminat Search ketika konsert di Roof Top , Campbell complex . Sementara Mus bukanlah nama asing, walaupun umur semakin meningkat, vokal beliau masih berbisa. Pastinya Konsert Double Trouble 2 bakal memperlihatkan paduan suara mereka berdua, berlawanan antara satu sama lain
Mus yang apabila ditanya mengenai perkara itu terus menjelaskan "Memang kami akan berlawan, bukan sahaja dengan vokal tapi dari segi gitar dan persembahan antara kami. Tapi semua tu benda yang positif, kami akan buat persembahan untuk setiap band dengan membawakan lagu masing-masing dan tentunya kita akan ada gabungan sekali, semua ni ada, kalau nak bagitau lebih lanjut takut tak surprise nanti,kita memang tau peminat akan harapkan benda tu semua, kita tunggu je laa"
Konsert Double Trouble 2 dianjurkan oleh Alpha Nation dengan pengurusan produksi oleh Laskhar Entertainment & Playmad Sdn Bhd. Urusan promosi pula dilakukan oleh Mewah Event Management (MEM).
Search, yang terdiri daripada Noordin (gitar), Kid (gitar), Yan (bass), Denden (penyanyi), dan Minn (dram), akan bersatu dengan Barbarik yang terdiri daripada Joe Branko (gitar), Muss (penyanyi), Ainol (dram), Rozaimie (bass), dan Adi (keyboard).
Tiket-tiket untuk Konsert Double Trouble 2 boleh didapati dengan harga RM129, RM139, RM159, RM169, RM179, RM199, dan RM359 (VIP) di laman web www.ilassotickets.com atau melalui WhatsApp di talian 011-13297822.
Festival 2 Hari turut diadakan pada sebelum dan semasa Konsert berlangsung, datang bersama memeriahkan suasana