CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
TIDAK keterlaluan dikatakan 2021 tahun rezeki buat Datuk Awie atau nama sebenarnya Ahmad Azhar Othman. Permulaan Januari lalu, penyanyi utama kumpulan Wings ini tampil dengan filem pertama dibawah penerbitan miliknya Rumah Produksi Merah. Filem berjudul 10 Tips Tipu Bini yang ditayangkan pada 7 Januari menerusi saluran Astro First yang berjaya mengutip kutipan lebih RM1 juta.
Pada 18 Januari pula, penyanyi, pelakon dan penerbit berusia 56 tahun ini menimang cahaya mata keenam hasil perkahwinan dengan Datin Sharifah Ladyana Syed Samsuddin pada 7 Oktober 2016. Terbaru, Awie akan mengeluarkan produk sambal, kambing perap dan ayam perap yang akan dilancarkan secara rasmi hari ini (31 Mac 2021).
Seakan sukar dipercayai kerana Awie seringkali tampil dengan gaya macho dalam lakonan dan konsert yang dijayakan bersama Wings.
Namun tidak ramai yang tahu Awie sebenarnya mempunyai kebolehan memasak yang tersendiri. Justeru tidak menghairankan apabila dia memanfaatkan kelebihan yang ada padanya ini dengan mengeluarkan produk sambal sendiri di bawah jenama R-WE.
Dibawah jenama ini, dia mengeluarkan empat jenis sambal iaitu Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Merah dan Sambal Ikan Masin Kembong serta Kambing Perap dan Ayam Perap.
Sambal Paru, Sambal Ikan Sepat Masin, Sambal Ikan Masin Kembung dijual pada harga RM25 sebotol. Manakala Sambal Merah berharga RM18. Harga jualan untuk Sabah dan Sarawak pula RM30. Sementara Kambing Perap 500 gram dijual pada harga RM38 (Sabah & Sarawak RM43) dan Ayam Perap 1 kilogram berharga RM25 (Sabah & Sarawak RM30).
Resepi sambal ini dihasilkan dari air tangan Awie sepenuhnya dan cetusan ideanya 100 peratus.
"Saya buat produk ini selepas melihat pelbagai sebab antaranya kesibukan kita pada era sekarang. Sambal ini memudahkan kerana apabila balik rumah dari bekerja hanya perlu buka dan makan saja. Syukur, walaupun tanpa promosi dan pelancaran rasmi, sudah 3,000 botol terjual dan sudah ada yang jadi dealer," katanya.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26202
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260

Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA

karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.