CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Seperti yang sedia maklum, sepatutnya pada tanggal 12 Dec 2020 bertempat di Stadium Melawati akan termetri satu persembahan konsert unggul SEARCH dengan Dato Awie.
Rata-rata peminat telah menunggu konsert tersebut dan tidak sabar untuk menonton kehebatan dan aksi Search dan Dato Awie. Namun segala yang dirancang tidak dapat dilaksanakan akibat penularan Covid 19 yang telah menjejaskan pelbagai akiviti harian kehidupan, ekonomi dan sebagainya di negara kita dan seluruh dunia, maka ianya terpaksa ditunda pada 13hb Feb 2021 di Stadium Malawati.
Apa yang menarik, konsert tersebut telah diberi penjenamaan semula kepada nama “PROJEK BIKIN WILAYAH 2021”. Ia merupakan satu konsert projek band yang bakal memainkan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search. Pada tahun 1998, Awie pernah tampil bersama Search untuk album projek istimewa berjudul Bikin Wilayah.
Justeru itu, pihak penganjur telah bersetuju untuk memilih nama Projek Bikin Wilayah 2021. Bersama barisan anggota terdiri dari Dato Awie, Fauzie (bass), Kid (gitar), Din (gitar) dan Pae (drum) mereka bakal memberikan satu persembahan istimewa. Yang pasti, mereka akan membawakan lagu-lagu dari album Bikin Wilayah dan Search dengan bunyian yang lebih segar, terkini dan mantap.
Kepada peminat-peminat yang telah membeli tiket konsert Apologia dan Konsert Cinta Buatan Malaysia, ianya masih tetap sah dan boleh digunakan pada tarikh 13 Feb 2021 kelak.
Tiket untuk konsert anjuran Imaginex dan HS Shazlicious ini berharga RM399 VIP, RM299, RM199 dan Rm99. Setiap pembelian tiket VIP layak mendapat sehelai t-shirt, CD dan poster.
Maklumat mengenai tiket sila layari www.ilassotickets.com. Telefon hotline 03 2170 6333
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26202
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260

Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA

karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.