CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Pertubuhan Kemanusiaan, Peduli Insan meneruskan misi bantuan musim sejuk tahun 2022 yang mensasarkan tiga negara iaitu, Syria, Palestin dan Yaman.
Pengerusi Pertubuhan Peduli Insan Malaysia (Peduli Insan) dalam kenyataan hari ini berkata melalui Ikon Kemanusiaan mereka, Inteam, berjaya mengumpulkan dana bantuan untuk Syria sebanyak RM1,025,252.75 sepanjang tahun 2022.
“Dana yang terkumpul itu telah dimanfaatkan kepada 10,000 pelarian Syria sepanjang tahun 2022 di dalam bentuk bantuan berupa kit makanan, membaik pulih khemah, pendidikan, bantuan kecemasan serta alat pemanas dan bahan bakar yang amat penting untuk mengharungi musim sejuk,” katanya.
Inteam yang ditemui ketika Majlis Pelancaran Lagu & Muzik Video Selimut Kasih menzahirkan rasa syukur di atas sokongan peminat yang turut sama menyumbang bagi membantu pelarian Syria berharap agar kerjasama yang terjalin bersama Peduli Insan ini dapat diteruskan dengan usaha yang pelbagai di masa hadapan yang mampu memberikan impak positif melalui nilai kreatif.
Konsert BARBARIK PENTAS KERAS yang bakal berlangsung pada 24 Disember, Zepp Kuala Lumpur pada pukul 8.45 Malam. Menampilkan 2 figura hebat arena muzik rock tempatan bergabung di PENTAS KERAS membentuk satu jenama, BARBARIK. Mereka adalah Jo Branko, komposer dan penerbit serta bekas gitaris kumpulan Wings, bergandingan bersama Muss, bekas vokalis kumpulan May. Jo Branko, seorang hero gitar yang terkenal dengan bunyi gitarnya yang padu dan memukau, bergabung pula dengan vokal bernada tinggi Muss adalah satu padanan yang telah lama diimpikan dan dinantikan oleh para peminat muzik rock. Mereka pernah bergabung 22 tahun dahulu bilamana Muss menjadi vokalis untuk 4 buah album studio kumpulan Wings diantara tahun 1996 hingga 2000, ketika ketiadaan vokalis utama Wings. Muss dianggap salah seorang vokalis rock terbaik tanahair. Album album yang dirakam bersama kumpulan Wings tersebut memberikan impak yang kuat kepada peminat rock yang dahagakan muzik yang lebih keras.
Mengimbau kembali mengenai idea konsert, Joe Branko memulakan cerita
“ Saya nak buat sebab Mr Barbarik ni 22 tahun lepas, saya rasa ada urusan yang tak selesai dengan Muss kerana masa tu kita tak sempat nak bagitau album ini. Tapi selepas 22 tahun budak-budak muda ramai yang mencari album ni , jadi demand yang kita tengok di sosial media ramai yang nak tengok saya dengan Muss. Dari situlah kita boleh bagi konsert yang bakal memberi kenangan kepada mereka ”
Joe terus menyambung mengenai nama konsert Barbarik, “Mr Barbarik sebab Muss ada 4 album dengan Wings dulu, album Mr. Barbarik tu tak sempat nak promote dan sekarang ni ramai yang cari kerana masa tu orang tak boleh terima sebab terlalu heavy, jadi budak-budak sekarang ni mereka dah boleh terima. Kita pun tak sangka mereka yang lahir 90an ke atas admire album ini, daripada situ kita rangkumkan konsert yang agak keras, sesuai dengan followers kita yang kebanyakkan lelaki, kami focus apa yang mereka nak, jadi itulah timbulnya konsert Barbarik Pentas Keras tajuk dia, kira heavy rock lagu-lagu dia”
Muss yang kelihatan penuh semangat pada mulanya mengiakan setiap kata Joe, terus membuka bicara
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26202
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260

Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA

karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.