CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Festival muzik yang dikenali sebagai SoulFest telah mengesahkan penyertaan band legenda Cromok dalam konsert yang akan berlangsung secara fizikal dan juga melalui Live Streaming, sebagai usaha untuk mengantarabangsakan bakat dan karya tempatan. Dianjurkan oleh Stagemaker Sdn Bhd, festival yang mengusung tema “Inspirasi artistik. Kreativiti tanpa batas” ini akan menampilkan rock alternatif dan metal sebagai tema utama acara sulungnya. Festival ini dijadualkan berlangsung di pentas Metal Dreamscape, Studio Mantin, Negeri Sembilan pada 8 September ini.
Sebagai acara tahunan, Penerbit dan Pengarah Teknikal, Nazrul Embia Nazarudin, menyatakan bahawa SoulFest dibangunkan untuk menjadi jenama yang membina perspektif baharu dalam usaha pengembangan seni dan budaya tanah air. Festival ini dibahagikan kepada lima segmen: Arts Meet Tech, Rising Stars, Icon Lounge, Arts Bazaar, dan Music Haven, yang akan menampilkan konsert di pentas canggih dengan gabungan animasi dan teknologi.
Festival yang berdurasi selama tiga jam ini akan bermula pada jam 8.30 malam. Bertema rock alternatif dan metal, konsert utama akan menampilkan persembahan unplugged pertama Cromok di segmen Music Haven. Turut memeriahkan festival ini adalah Nrocinu dan Tebabo!. SoulFest 2024 boleh dihadiri secara fizikal dengan kapasiti terhad kepada 300 peminat di Metal Dreamscape, Studio Mantin, atau secara Live Streaming.
“Sejarah akan tercipta melalui SoulFest, yang menawarkan perjalanan ke dalam dunia ekspresi artistik, melodi penuh jiwa, inovasi seni teknologi, dan inspirasi. Ia juga menjadi platform untuk menampilkan bakat-bakat muda dalam muzik, teater, dan ukiran,” kata Nazrul Embia.
Tiket fizikal kini boleh didapati pada harga RM159, manakala tiket untuk tontonan dalam talian berharga RM69. Untuk pembelian tiket, sila layari www.soulfest.my.
Nazrul Embia juga menambah bahawa festival ini akan diselang-seli dengan penampilan dua pemain gitar muda dalam segmen Rising Stars, iaitu Nur Irfana Mohd Ibrahim, 17, yang terkenal menerusi akaun TikTok @fan4aa, dan Harris Ikmal Mohd Saifulnazim, 12, yang dikenali sebagai @whynotharris.
<ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26194
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23665
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20380
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18261
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18254
Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.