CLICK FOR MORE SHOW REVIEW ARCHIVE
Penyatuan dua jenis instrumental yang tetap membawa nuansa bahagia dalam setiap karya atau lagu menjadi ‘senjata’ buat pemuzik legenda tanah air, Man Kidal untuk bergabung dengan gadis manis yang jemarinya ligat mengesek violin, Rania Imtiaz.
Bukan sebuah paduan biasa biasa, bayangkan bagaimana kelak bunyi petikan gitar Man Kidal bergabung dengan gesekan violin Rania yang cukup mengasyikkan.
Sementelah Rania baru berusia 14 tahun akan ‘bersanding’ bakat dengan salah seorang pemain gitar terbaik yang dilahirkan di Malaysia yang kini mencecah usia 58 tahun.
Menurut Man Kidal kolaborasi yang dilakukan bersama Rania bersifat unik kerana paduan bunyi instrumen berbeza iaitu petikan gitar rock dan gesekan violin Melayu Tradisional yang dimainkan oleh mereka akan menghasilkan sesuatu yang jarang diketengahkan di negara kita.
“Saya melihat bakat besar yang dimiliki Rania harus diketengahkan. Untuk seorang gadis berusia 14 tahun dan menekuni kecintaannya bermain violin dan mengangkat martabat lagu Melayu Tradisional yang sudah semakin berkurangan dalam generasi masa kini, industri seni kita harus menyambut dan meraikannya dengan baik,” ujar Man Kidal
Apa lagi gadis manis ini juga bukan sembarangan gadis. Dia merupakan penerima anugerah dari Kementerian Perpaduan Negara sebagai Ikon Merakyatkan Perpaduan Keluarga Malaysia. Lantas bakat yang sudah pun diiktiraf tidak menimbulkan keraguan bagaimana gabungan epik ini akan terlahir kelak.
“Ini macam satu kebetulan , the rocking 70s” Dato Ramli membuka bicara mengenai Konsert jelajah untuk Album terbaru beliau ‘Rasa’ , umum mengetahui bagaimana minatnya beliau dengan dengan muzik rock awal 70an antaranya Led Zeppelin, dan bagaimana pengaruhnya dibentuk dalam setiap lagu beliau terutama yang diimprovise dalam setiap konsert.
“70 tahun sebenarnya umur saya tapi saya rasa untuk berjalan dalam industry muzik tempatan, perjalanan kami dah matang juga. Kalau dibandingkan dengan Mat Salleh macam Rolling Stones, The Beatles, Led Zeppelin, Pink Floyd. Adik kepada saya Lefthanded, Man Kidal, Nash yang hampir 45 tahun. Jadi saya rasa kita bekerjasama dari dulu dan mereka juga peminat Sweet Charity. Rata-rata mereka lebih kenal kepada Sweet Charity punya lagu
Lefthanded Bersama Man Kidal , Nash bakal Bersama dalam persembahan Dato Ramli di Zepp Kuala Lumpur pada 29 Oktober nanti, berkongsi pentas dalam membawakan beberapa buah lagu.
“Untuk mereka (Lefthanded) ada dekat Zepp ini adalah satu benda yang istimewa dan saya rasa banyak kenangan yang kita lalui Bersama daripada Lefthanded dulu sampai sekarang dan kita Nampak sangat perjalanan yang indah masih berjalan dan itu banyak tinggalkan kita satu kenangan yang indah seperti Arwah Samad mereka dewasa di depan mata saya, sama juga Arwah Abdul Rahman Osman , Dato Ramli sambung bicara
Menceburi perniagaan di usia yang lewat tanpa ada pengalaman selalunya agak berisiko, apatah lagi jika perniagaan yang dijalankan itu sesuatu yang di luar kepakarannya.
Namun berbekalkan semangat yang tinggi membuatkan penyanyi legenda Datuk Jamal Abdillah tekad untuk memulakan perniagaan berkaitan kosmetik walaupun sebelum ini beliau memiliki bisnes ikan arowana.
Jamal, 63, berkata, dia memilih untuk menjadi rakan bisnes kepada Zarania Beauty memandangkan syarikat itu memiliki reputasi tinggi apabila mempunyai pengalaman dalam memasarkan produk jenama Natasya yang mampu bertahan di pasaran sehingga lebih 15 tahun.
Jelas bapa kepada lima anak itu, idea kerjasama itu tercetus apabila dia melihat hobi isterinya, Datin Zai Izzati Khiruddin yang gemar berhias cantik dan bersolek setiap masa serta minat berniaga.
Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang serta makan malam esklusif di Manhhatan Ballroom , Berjaya times square Hotel Kuala Lumpur pada 27 Ogos , mendapat sambutan hangat dari peminat peminat Bunda. Setakat ini tiket telah terjual sebanyak 85%.
Berlangsung di Hotel Berjaya Times Square majlis makan malam yang membariskan barisan pemuzik pemuzik professional , sebanyak 15 buah lagu akan diperdengarkan ,turut mendapat sentuhan pengarah muzik berpegalaman , Datuk Ramli MS.
Sepenjang dua jam beraksi , Hetty akan memastikan setiap penonton akan terhibur dengan lagu lagu yang pernah hits Antaranya Kasih, Berdiri Bulu Romaku, Tak ingin sendiri dan banyak lagi.
Gandingan bersama Dato Ramli MS yang bertindak sebagai pengarah Muzik untuk konsert ini pasti akan menjadikan konsert ini luar biasa. Malah menurut Bunda muzik Tok Ram sangat hidup dan sentiasa yang terbaik.
Konsert ini dibawa khas oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd . Berkongsi mengenai acara kelolaan Mahajaya Empire menurut Hetty peluang meraikan sambutan 52 tahun sebagai penghibur di Malaysia adalah satu hadiah yang paling manis buatnya.
Bertempat di Dataran Boulevard Majlis Perbandaran Petaling Jaya, bakal berlangsungnya ‘Sembang@PJ Art Lane’ . Lokasi yang strategik ditengah pusat bandar Petaling Jaya, akan disaksikan dengan kehadiran lebih 20 buah Food Truck pelbagai menu viral serta kehadiran busking yang pasti memecah kesunyian dan riuh dengan ketenangan untuk menghiburkan anda semua, ini adalah pesta makanan dan sesuai untuk sekeluarga dan rakan-rakan
Bermula 15 Ogos, iaitu Isnin hingga Ahad , pada jam 5 petang hingga 12 malam. Selain pelbagai Food Truck, Kawasan Dataran dimeriahkan dengan lampu berwarna warni. Kerusi meja juga banyak disediakan, disamping menikmati pelbagai menu viral , boleh juga melepak bersama rakan atau keluarga. Pelbagai menu minuman dan makanan halal disajikan
Pihak penganjur menjanjikan Kawasan yang bersih dan seronok untuk beriadah sambil menikmati pelbagai makanan dan juga tandas mudah didapati dan ruang solat untuk Muslim.
Tidak ketinggalah juga keseronokkan untuk kanak-kanak dengan menyediakan kereta mainan dan juga hiasan murtal dan sesuai untuk mereka yang suka berfoto . Ia bagaikan malam pesta untuk beriadah Bersama keluarga dan rakan, tenang dan mendamaikan
AKTIVITI DISEDIAKAN:
a data-flickr-embed="true" href="https://www.flickr.com/photos/39203206@N05/52256202601/in/dateposted-public/" title="rasa">
Industri seni dan hiburan di Melaka akan bertambah meriah dengan pembukaan rasmi Malacca Music Hall (MMH) pada hari ini.
Pembukaan rasmi Malacca Music Hall diserikan dengan penganjuran konsert artis ternama Dato Ramli Sarip yang bertemakan “Concert Ramli Sarip – Up Close & Persona”. Konsert yang berlangsung selama 2 malam, iaitu pada 29 dan 30 Julai 2022 ini adalah khusus untuk para peminat beliau untuk berhibur secara eksklusif di samping berpeluang untuk berinteraksi secara dekat dan santai bersama Dato Ramli Sarip.
Dato Ramli merupakan artis pertama yang diberi penghormatan untuk membuat konsert sulung di Malacca Music Hall, terhad kepada 150 orang peminat sahaja, persembahan Dato Ramli kalini diadakan sambil makan malam, pakej berhibur yang eksklusif.
Paparock yang bersuara emas ini tidak sedikitpun mengambil mudah dan tampil dengan 16 buah lagu untuk peminat beliau pada malam itu, ia bukan persembahan yang bersahaja. Dato Ramli tidak mengambil mudah beliau memberikan sepenuh tenaga buat para penonton.
Apa yang kita lihat adalah semangat Dato Ramli yang terus menyanyikan lagu-lagu popular beliau.
Menariknya Dato Ramli bakal melakukan konsert jelajah dibeberapa buah negeri seperti Johor , Melaka , Perak , Kuala Lumpur , Kelantan , Sabah , Sarawak dan menutup di Singapura . Konsert untuk mempromosikan album terbaru beliau yang bertajuk RASA
Malacca Music Hall merupakan adalah tempat terbaru dengan yang dilengkapi pelbagai kemudahan acara, khususnya bagi penganjuran konsert atau persembahan hiburan yang bersifat eksklusif. Ruang utama Malacca Music Hall telah dilengkapi dengan peralatan audio visual termoden berserta dengan system peralatan bunyi dan cahaya. Malacca Music Hall juga dilengkapi dan kemudahan ruang pelbagai guna dan juga kemudahan tempat letak kereta.
Terletak di Masjid Tanah Melaka, pembangunan Malacca Music Hall adalah merupakan suatu inisiatif pihak persendirian yang mendukung visi sebagai pemangkin dan penyumbang kepada perkembangan dan penggalakkan pembangunan industry muzik tanah air, khususnya di Melaka. Pelbagai acara dan aktiviti senis hiburan telah dirangka dan akan dilancarkan secara berperingkat oleh pihak pengurusan Malacca Music Hall, bertujuan untuk mengembalikan kemeriahan industry seni dan hiburan yang telah terjejas akibat dari impak pandemic Covid-19.
Pic Credit : Pa Pa Din
Perjalanan seni Dato Hattan terlalu panjang , 35 tahun disimpulkan hanya pada 2 malam sahaja . Konsert solo julung kali oleh Dato Hattan selama bergelumang sebagai penyanyi, pada usia yang meningkat 57 tahun , beliau membuktikan segalanya . Pada tarikh 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre dapat kita melihat keupayaan sebenar beliau , pada usia emas , suara beliau masih berbisa . Semangat ‘rock’ beliau diluahkan segalanya . 2 malam yang hebat, bukan sahaja buat peminat beliau tapi untuk Dato Hattan sendiri.
Konsert yang bermulakan pada jam 9 malam, dimulakan intro oleh kumpulan Matra Delima , penampilan khas daripada Jabatan Kebudayaan Dan Kesenian Negara Negeri Sembilan (JKKN) . Intro yang panjang memukau dengan muzik tradisi Negeri Sembilan , Caklempong dan seterusnya alunan gitar, drum bergabung terus membuka dengan lagu hit beliau “Biso Bonar” , Dato Hattan tampak begitu bertenaga, meluahkan segalanya diatas pentas pada malam itu .
Dato Hattan yang kuat loghat Negeri Sembilan nya, bukan sahaja menghiburkan penonton dengan lagu-lagu beliau tapi dengan celotehnya , Peminat dapat melihat perjalanan seni Dato Hattan daripada seorang anak muda kampung, dengan hanya berbekalkan minat dan usaha serta bantuan ahli keluarga , terutama Ibu beliau yang banyak membantu dalam meneruskan perjalanan sebagai penyanyi sehingga berjaya ke hari ini .
Antara lagu-lagu yang dimainkan ialah “Gerhana” , “Duit” , “Satu Malaya Dah Tahu” , “Samba Apa Sahaja” , “Kelentong Dol Hancing” .Ia adalah konsert yang padat , tidak semata dengan lagu balada, tapi konsert ini seharusnya diberi kredit kepada semua pemuzik di atas pentas , Aznan Alias (Guitar-I) , Ritz Metalasia (Guitar-II) , Fly Halizor (Bass) , Ujang (Drummer), Pa'ang Zaman (perkusi) Firdaus (keyboard) dan Mohar (seruling)
Konsert 35 Tahun Dato Hattan bakal berlangsung selama 2 hari pada hujung minggu ini, ini adalah kesempatan yang perlu diambil oleh para peminat beliau, yang selama ni amat jarang tampil diatas pentas konsert. Pada tarikh 4 dan 5 Jun 2022 di Plenary Hall, Kuala Lumpur Convention Centre bermula jam 8 malam.
Ia adalah kisah perjalanan Dato Hattan sebagai seorang penyanyi yang bermula sebagai penyanyi rock , membuka laluan dengan munculnya album solo pertama beliau pada tahun 1991 yang bertajuk “Hattan” dan terus meletup dengan lagu “Memburu Rindu” dan seterusnya adalah sejarah , dengan setiap album dan lagu-lagu beliau terus menjadi siulan dan klasik sehingga ke hari ini , perjalanan yang panjang dan penuh kegemilangan.
Konsert 35 Tahun Dato Hattan bakal menjadi satu kenangan yang panjang dengan 28 buah lagu bakal dipersembahkan dengan penampilan istimewa anak beliau , Adam Eiman.
Tanggal 27 Ogos 2022, bertempat di Manhattan Ballroom, Berjaya Times Square Hotel Kuala Lumpur.
Hetty Koes Endang bakal menjayakan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang. Konsert yang berkonsepkan makan malam ini dianjurkan sepenuhnya oleh Mahajaya Empire Sdn Bhd.
Konsert ini begitu bermakna buat bunda kerana ia merupakan perayaan Jubli Emas, 50 tahun bunda berkarya dalam industri muzik sebagai penyanyi dan penghibur.
ARTIKEL SHOW
Artikel Pilihan
Ulasan Album
Popular
22 Lagu Pilihan DJ LIN Suria Cinta
whatshot
26202
Rempuhan Rock 80an Dan 90an Pastinya Mengembalikan Nostalgia
whatshot
23672
Hidangan Barakah - Suka Suka Hati
whatshot
20386
Lagu Terbaru JAMAL ABDILLAH Bersama MALIQUE dan Konsert Amal Di Singapura
whatshot
18269
Konsert Ning Baizura Di KL Live
whatshot
18260

Event
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA

karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.