Dentuman Jentera Rock 'Otai' Bergema di Stadium MBJB

Oleh : Aniz Kin
18 Feb 2013 23:35

rockarisma4

Photos: Ernie Eng

Gegaran dapat dirasakan sejam sebelum pintu dibuka bagi penonton yang menghadiri Konsert 3 Lagenda Rock - Sweet Charity, Lefthanded dan May. Acara yang berlangsung pada Sabtu lalu 9hb Februari 2013 di Stadium MBJB adalah salah satu acara yang menjadi satu lagi sejarah dalam Industri Seni Muzik Rock di Malaysia.

Tirai pentas telah dibuka seawal jam 8 malam oleh kumpulan yang berlandaskan irama Progresif Melodik Metal dari Singapura yang dikenali sebagai Raven dengan lagu pertama mereka 'Epic Sang Putra" dipetik dari album "Pentas Lakonan" dan lagu kedua adalah lagu "Single" terbaru mereka bertajuk "Kebangkitan". Band seterusnya, Massive Concise adalah band Modern Rock yang tidak asing lagi dan kini mula dikenali ramai, menerima anugerah sebagai Juara di setiap pertandingan yang diadakan di Malaysia. Massive Concise membawa dua buah lagu "Salahkah Aku" dan "Arjuna". Persembahan kedua-dua band ini telah terbukti memberi nafas kepuasan bagi penonton-penonton untuk merasakan kehangatan sementara menanti acara utama yang seterusnya. Pengacara, Bob Ringgo dari Suria FM mengambil ruang sedikit masa untuk mempromosi Filem "Rock Oo! Rimba Bara Kembali" yang disambung semula dari sedutan Filem "Rock", kini dengan lanjutan skrip bersama kehadiran pelakon utama Que Haidar dan Sofi Jikan. Filem ini akan mula ditayangkan di pawagan pada 28hb Februari ini adalah cerita yang berkisar tentang zaman rock kapak 80'an. Bagi setiap peminat seni dan pencinta muzik Rock, filem ini pasti memikat hati semua untuk menyaksikan kesinambungannya.

Kumpulan MAY, dari era 80'an telah mengegarkan dunia musik Rock di Malaysia lebih dari 26 tahun, Mus masih bertahan lagi meneruskan persembahannya dengan lagu-lagu wajib seperti "Hakikat", "Strategi", "Sketsa Sebuah Cinta" dan "Pelayaran". Lagu "Derita Bangsa" yang dimuatkan dalam album "May - Otai Jamm 2" seperti mengimbas kembali pada tahun 2006 semasa mereka memenangi "Album Hard Rock Terbaik" di Anugerah Industri Muzik 2006 dan merangkul anugerah tersebut untuk tiga kali berturut-turut. Lagu terakhir May, "Wira Cyborg" yang pernah dinyanyikan oleh Yantzen (Rusty Blade), disampaikan oleh Mus dengan lebih baik lagi pada malam itu. Penonton di Stadium MBJB yang memenuhi kerusi dibahagian atas juga turut bertindak balas terhadap persembahan hebat dari May walaupun mereka berkedudukan agak jauh dari pentas.

Tepat jam 10 malam, kemunculan kumpulan yang dihormati ramai dianggap sebagai Ikon Lagenda Rock Nusantara yang bergelumang dalam perjalanan seni pada zaman 70'an, tiga dekad lamanya, sememangnya masih aktif untuk beri kanyang terunggul untuk peminat setia LEFTHANDED. Dedikasi yang mantap khas untuk penonton, Nash membuka tirai dengan lagu "Debunga Wangi" bagi seruan untuk semua ikuti bernyanyi bersama. Orang ramai di stadium MBJB semangkin "panas" menyaksikan kemantapan Lefthanded dengan lagu mereka seterusnya "Tiada Lagi Kidungmu", 'Seruan" dan "Ku Dihalaman Rindu". Yan menyambung senarai lagu seterusnya, "Ringan dan Berat". Ternyata sorakan dari penonton membuktikan mereka masih setia meminati kesemua ahli-ahli kumpulan Lefthanded yang serba berpengalaman, terutama sekali terhadap Yan, Man Keedal dan Man Dayak. Seorang lagi anggota yang harus ditampilkan kehadapan, memperkenalkan Elly Kidal, persembahan dari anak lelaki Man Keedal juga tidak menghampakan. Elly seorang pemain gitar yang kini mengikuti jejak langkah bapanya. Pentas kemudian disinari dengan alunan petikan gitar persembahan solo "Sentuhan Kidal" oleh Man Keedal dengan aura dan tarikan yang menakjubkan buat seketika. Lagu diakhiri dengan hasil karya Ramli Sarip yang sering menghargai alam semesta dan laungan keindahan milik Si Pencipta, bertajuk "Alam dan Pencipta" turut menghayati suasana dengan lagu keseluruhan yang sungguh bernilai.

Angka jam kini menunjukkan sebelas malam , penonton masih tidak letih lagi untuk menyorak sambil menanti penampilan Papa Rock "Ramli Sarip" yang sudah berusia 61 dan Sweet Charity yang kini bertahan lebih kurang 46 tahun usia kumpulan itu. Mereka lebih kepada visi yang mengeksplorasi muzik lebih kepada keindahan alam, kesyukuran, perjalanan hidup dan seni. Penghasilan album-album Sweet Charity mula menempah nama pada era 60'an dimerata Malaysia, Singapura dan serantau. Ramli Sarip masih mengekalkan prestasi yang mantap melalui persembahannya bersama Sweet Charity dengan lagu-lagu seperti "Penunggu", "Sejuta Wajah", "Tahun 2000" yang dimain bersama Harmonika. Lagu-lagu hits "Teratai", "Hilang Gelap Terbitlah Terang", "Musibah", "Zakiah" dan "Jangan Tunggu Lama-Lama". Pukulan gendang diadakan dipertengahan acara memberi irama klasik. Betapa besarnya sambutan dari penonton apabila nyalahan api di pentas menambahkan kemeriahan bagi penutup acara tersebut dengan persembahan akhir dengan lagu "Kamelia" oleh trio lagenda Ramli Sarip, Nash dan Mus.

Ketiga-tiga kumpulan itu adalah penyatuan yang amat bijak sekali oleh penganjur untuk menampilkan Sweet Charity, Lefthanded dan May di Konsert Dimensi Rockarisma dihadapan lebih 3000 penonton yang memenuhi setengah Stadium Bandaraya Johor Bahru, menerusi aksi acara lebih kurang 3 jam berturut-turut durasinya. Kematangan setiap kumpulan itu terserlah dan dapat dilihat dalam segi persembahan dan pemahaman masing-masing. Terbitan oleh Rockarisma Capital Sdn Bhd dan Penerbit Eksekutif, Man Keedal, konsert ini terbukti telah memperolehi kejayaan yang cukup eksklusif untuk semua.

rockarisma10 rockarisma7
rockarisma11 rockarisma12
rockarisma4 rockarisma5
rockarisma6 rockarisma2
rockarisma9 rockarisma8
Lefthanded2 Lefthanded1
rockarisma3 Lefthanded
rockarisma1 rockarisma
Raven&Massive Concise2 Raven&Massive Concise1
Raven&Massive Concise Lefthanded3
Raven&Massive Concise3 Raven&Massive Concise4




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.