Najwa Latiff Pamer Persembahan Konsisten Di Singapura

Oleh : Aniz Kin
28 Dec 2012 03:31

Foto:  Kai Nizam

Penyanyi dan pencipta lagu seorang remaja berusia 17 tahun, Najwa Latif telah beraksi di Singapura buat kali kedua, pertama kali di “APM 2012” di Max Pavilliion pada 15hb Disember 2012 dan seterusnya di “The Joyden Hall” di Bugis pada 21hb Disember 2012 yang dianjur oleh Reconstrux Bookings.

 Kebangkitan penyanyi bebas seperti Najwa Latif bermula dengan lagu-lagu ciptaannya sendiri yang disampaikan, direkod dan dipasarkan dilelaman “Youtube”. Cara sebegini seakan semakin popular dikalangan penyanyi-penyanyi muda di merata nusantara sebagai satu cara alternatif daripada bernaung dengan kontrak syarikat rakaman. Kini Najwa berada dinaungan NAR RECORDS SDN BHD telah berjaya memasarkan karyanya dan melahirkan sebuah mini album “Najwa Latif”.

Setelah mencapai kejayaan, Najwa juga dicalonkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) 2011 untuk lagunya “Cinta Muka Buku” , dan Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011 sebagai “Artis Baru Wanita Popular, Artis Wanita Paling Popular Online dan Penyanyi Wanita Popular”. Penghujung tahun ini, buat pertama kalinya Najwa telah dicalonkan sebagai “Ikon Media Baru” dan “Vokal Terbaik untuk Artist Baru Wanita” di Anugerah Planet Muzik (APM) 2012.

Persembahan pada malam itu di Joyden Hall bermula dengan memaparkan seorang penyanyi gadis muda dari Malaysia, dikenali sebagai Iamneeta bersama band beliau untuk persembahan mereka yang pertama di Singapura.

Satu lagi kugiran dari Singapura, Aryan Band turut diberi ruang bagi set kedua yang kini mula terkenal di Malaysia menyampaikan lagu baru mereka yang akan dikeluarkan dan kemungkinan pada awal tahun 2013 berjudul “Tanpamu” yang ditulis oleh Dato’ M.Nasir . Setiap set hanya 30 minit sahaja bagi kedua tetamu sampingan untuk persembahan mereka di pentas.

Setelah berlalunya persembahan dari Iamneeta dan Aryan Band, kini tibalah giliran Najwa Latif yang tampil untuk persembahan selama 2 jam, bermula dari 8.35malam dengan lagu-lagu Inggeris termasuk “I Love You” dan “Baby It’s Back”, “Secrets”, “Only Yours”. Lagu-Lagu popular dikalangan pendengar-pendengar radio “Sahabat”, “Carta Hati”, “Cinta Muka Buku”, “Adamu”, dan diakhiri dengan “Kosong”.

Biarpun ada beberapa kelemahan dari sudut teknikal namun itu bukanlah bererti Najwa gagal dalam persembahan eksklusif miliknya.  Namun kerjasama pihak penganjur dan juga Najwa telah membuahkan hasil yang cukup memberangsangkan hinggakan penonton yang hadir seakan teruja dengan kewibaan Najwa Latiff.  Ternyata jelas terpapar wajah kegirangan dikalangan peminat yang hadir selepas menyaksikan persembahan Najwa Latiff di Joyden Hall, Singapura.

Selepas persembahan satu sesi soal jawab bersama media telah diadakan. Walaupun letih selepas mengadakan persembahan, Najwa dilihat cukup mesra malah cubamenyembunyikan situasi tersebut.

Walaupun beliau sibuk dengan kerjayanya sebagai penyanyi, saya masih ingin menyambung pelajaran setelah menerima keputusan peperiksaannya SPM nanti”, ujar Najwa.

Najwa juga memberitahu peminat-peminat bahawa beliau hanya mamputweet atau balas komen-komen peminat mana yang sempat sahaja sebab masa yang beliau ada begitu singkat sekali.”

Bila ditanya bagaimanakah Najwa menjalani kehidupan sebagai seorang remaja yang agak berjaya di industri musik masa kini, Najwa mengaku dengan tenang bahawa beliau masih seakan menjalani sehariannya seperti remaja normal sahaja dengan keluarganya. Ternyata gadis ini sungguh berdisiplin, teratur dengan jadual seharian untuk bergelut antara musik dan pelajaran.

najwa13 najwa12
najwa11 najwa4
najwa3 Aryan Band
Aryan Band (20) Aryan Band (19)
Aryan Band (18) Aryan Band (13)
Aryan Band (11) Aryan Band (6)
Aryan Band (2) 10
iamneeta (7) iamneeta (6)
iamneeta (5) iamneeta (4)
iamneeta (3) iamneeta (8)




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.