Tentunya ramai peminat Malaysia yang kurang mengetahui dengan album kompilasi “Sadaqa” oleh penyanyi yang dikenali sebagai Papa Rock dengan suara serak-serak basah iaitu Ramli Sarip . Album ini yang hanya dilancarkan di Singapura pada pertengahan tahun ini adalah sebagai mengutip derma untuk Masjid Hasanah di Singapura . Secara keseluruhan album ini adalah sangat menarik , mempunyai lagu-lagu yang tentunya jarang kita semua dapat mendengar selalu , ianya lagu yang kekal unik dengan sentuhan vocal Ramli Sarip ditambah lirik-lirik yang penuh bermakna . Menonjolkan hasil kerja yang terbaik yang membariskan lagu-lagu religi beliau .
Memuatkan 14 buah lagu dengan 4 lagu baru turut dimuatkan iaitu “Ku Cari Damai Abadi” , “Ramadan” , “Kekasihku” dan “Ziarah”
Ketika pertemuan terbaru kami bersama beliau , Ramli Sarip sempat menyatakan hasrat beliau yang ingin melancarkan semula album tersebut untuk pasaran Malaysia , dengan hasrat beliau yang ingin mencari rumah anak-anak yatim agar setiap jualan album “Sadaqa” ini akan dapat disalurkan disana“Saya rasa album Sadaqa ni perlu dilancarkan semula di Malaysia , sebab kalau nak bawak masuk dari Singapura harga akan naik ke 3 kali ganda dalam lebih RM70 rasanya , ia tak berbaloi” Abang Ramli terus bercerita mengenai hasrat beliau “Dana keuntungan 80% akan disalur kebadan-badan kebajikan yang dipilih , apa yang kami ambil hanyalah kos untuk buat album dan membayar pekerja lain”
Beliau mula bercerita mengenai perkataan “Sadaqa” yang menjadi inspirasi untuk tajuk album tersebut , “Saya dapat inspirasi ni daripada majlis-majlis agama , malah dalam kejadian Israk dan Mikraj ayat pertama yang terpampang ialah Sadaqa”
Dalam menceritakan mengenai album “Sadaqa” yang telah diriliskan di Singapura kepada Masjid Hassanah di Kampung Java Teban , Singapura . Abang Ramli mula bercerita mengenai sebab beliau memilih Masjid Hassanah di kampug tersebut , “Dulu semasa muda saya selalu pergi kat situ , saya ramai kawan-kawan disana , kami bermain sepaktakraw bersama dan kami selalu pergi juga ke Masjid tersebut , banyak kenangan masa muda saya ada kat situ ”
Ianya tentunya menarik jika dapat diriliskan untuk pasaran Malaysia , apatah lagi ketika melihat layout dan packaging CD ini yang diriliskan di Singapura adalah sangat memuaskan dari segi kualiti . CD “Sadaqa” ini juga telah diriliskan semasa konsert “Sadaqa” beliau di Singapura , ia adalah konsert yang penuh dengan kerohanian , buat yang tidak menonton anda boleh membaca ulasan menyeluruh yang telah kami buat disini
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Dari Busking ke Pentas Konsert, Perjalanan Seni Bob Sentuhan
Melodi dan Getaran: Menelusuri Kehebatan 7 Gitaris di Konsert TUJUH VIBRATO GITAR Pada 3 Nov Di Zepp
Gema Rock Di Konsert Double Trouble 2 Di Stadium Malawati 5 Ogos Ini
3 Dekad Perjalanan SLAM Dalam Konsert NurKasih 6 Ogos di Zepp KL
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.