Pesona YUNA Berjaya Memukau Ribuan Peminat Di Kallang Theater Singapura

Oleh : nazghoul
12 Nov 2012 00:37

m_Yuna (8)

Teks:  Aniz Kin
Foto: Kai Nizam

Yunalis Zarai, seorang penyanyi dan juga pencipta lagu yang kini berada dalam linkungan 20'an itu telah menyambut ulangtahun kelahirannya pada 14hb November lalu, beliau juga lebih dikenali dengan nama ringkasnya "YUNA", berasal dari Alor Star, Kedah, Malaysia telah beraksi di Singapore Kallang Theater pada 7hb November 2012lalu. Ini bukan kali pertama Yuna membuat persembahan di Singapura, malah sebelum ini beliau telah membuat beberapa penampilan di Kota Singa, salah satu acara adalah MOSAIC Music Festival di Esplanade Outdoor Theater, Singapore (2009) danThe Arts House Playden, Singapore pada tahun 2010.

YUNA merupanya salah satunya penyanyi dan penulis lagu yang mula mempamerkan bakatnya di media sosial “Myspace” dan “Youtube”. Gadis berwajah lembut ini mula menulis lagu ciptaannya sejak remaja lagi. Dengan bakatnya yang terserlah, Yuna telah mencuba membuat beberapa persembahan dengan hasil ciptaan lagu-lagu original beliau dan melaksanakan titik permulaannya sejak 6 tahun yang lepas. Yuna juga mempunyai minat dalam bermain gitar dan dia telah membuktikan bahawa beliau mampu menyampaikan prestasi yang baik, bernyanyi sambil bermain gitar. Lebih menakjubkan lagi, Yuna kini telah meningkat ketahap kemasyhuran melalui kaedah media sosial untuk mendekatkan diri dengan para peminat-peminatnya yang kini telah menjejaki 1,279,012 juta peminat di“Facebook”.

Konsert satu malam ini telah dianjur oleh Live! Empire yang kini terus berjalan lancar di industri hiburan. Live! Empire telah dirasmikan sejak pertengahan tahun ini, melanjutkan perkhidmatan pengurusannya dari satu acara ke satu acara berterusan. Ternyata penganjur telah berjaya memikat orang ramai untuk menyaksikan konsert“Yuna”. Selain dari itu, penganjur juga telah menjemput Artis undangan “The Stone Revivals”, sebuah band Indie yang berasal dari Singapura yangditubuhkan dari awal 90’an dan “Diandra Arjunaidi”, seorang penyanyi wanita berasal dari Malaysia, beliau adalah Artis pertama yang ditandatangani oleh Yuna Room Records.

The Stone Revivalsdengan penampilan yang agak formal dalam segi imej mereka telah membuka tirai sekitar jam 8 malam dengan lagu-lagu berentak Jazz, blues dan funk. Lagu-lagu mereka disampaikan dalam bahasa Inggeris dan melayu. Band yang dipimpin oleh Esam Salleh aka “Slowjaxx” itu telah memberi persembahan yang sungguh luar biasa, dengan adanya peralatan musik seperti Trombone, Trumpet dan Saxaphone, melodi mereka bertambah rancak dan mempersonakan bagi para penonton. 8 buah lagu disajikan termasuk “Kata Kau”, “Stomping Down The Cat” berlangsung hingga jam 8.47 malam, diambil alih oleh seorang seni lukisan arang secara langsung. Sekmen “Charcoal Drawing” mengambil masa sepuluh minit sementara peralihan alat-alat musik di pentas dipindahkan, ini adalah satu perancangan yang bijak oleh pihak penganjur agar penonton tetap dihiburkan sementara menanti acara seterusnya.

Jam 9 malam, Diandra Arjunaidiyang mempunyai wajah yang menenangkan, kini berusia sembilan belas tahun, salah satu gadis yang bertuah telah berada dinaungan Yuna Room Records. Suara yang agak lembut tetapi kurang memberi ekspresi yang secukupnya walaupun rupanya agak menyentuh dipandangan. Masih ada lagi kelonggaran dalam segi persembahan secara penuhnya, namun masa depan yang cerah menanti gadis muda ini. 5 buah lagu berlangsung dengan pantas tanpa adanya interaksi bersama penonton. Lagu terakhir ditamatkan pada jam 9.24pmdiakhiri tanpa adanya kesan kepuasan.

Acara yang dinanti-nantikan, penonton mula menyorak diikuti dengan tepukan khayalak ramai. Dalam sorakkan itu, Mr Adil selaku pengetuk drum bermula, Mr Efry selaku bass gitar mula tampilkan diri, diikuti pula dengan Mr Pa’an pemain gitar lalu Mr Adam selaku keyboard, selepas itu gitar utama Mr Shafiq, akhir sekali genap 9.30 malam Yuna melangkah masuk di pentas untuk memiliki kedudukannya di hadapan. Suasana di Kallang Theater semangkin hangat, Yuna menyampaikan lagu pertamanya“Gadis Semasa” lagu dipetik dari album “Decorate”(2010), sebuah lagu berunsulkan jazz disampaikan dalam bahasa Melayu, lagu tentang jarak jauh pasangan itu dalam hubungan, mencapai daya tarikan yang banyak apabilaVideo Musik Gadis Semasa, diarah oleh Ikanpaos Collective dan Luey Motion Lab disiarkan di Youtube. Lagu seterusnya “Island” adalah sebuah lagu Inggeris, juga pernah dipersembahkan di WFUV 90.7FM New York’s Rock & Roots Public Radio,S.O.B’s di New York City, akustik di News National Geographic World Music dan di Music Hall of Williamsburg pada hari Yuna melancarkan album “Yuna” (2012). Lagu ketiga merupanya lagu Inggeris juga, “Favourite Thing”. Lagu seterusnya adalah lagu yang pernah di persembahkan di Anugerah Juara Lagu (AJL) dan ianya juga sebagai lagu tema Drama Bersiri “Cinta Sempurna” di Astro Oasis terbitan Cerna Media Sdn Bhd diarah oleh Saiful Bahri Othman. Lagu kelima, lagu hitz single“Lullabies” dipersembahkan di US – “CBS This Morning: Saturday dan pembuka untuk Allen Stone at The Fonda Theater, Hollywood. “After Midnight” sebelum ini pernah dimainkan di Mosaic Music Festival 2009 di Esplanade Outdoor Theatre, Singapore, Bale13 Shah Alam, Malaysia, dan di Art House Playden Singapore dan di Malaysia Largest Youth Festival pada 2009. Lagu seterusnya, "Come As You Are” adalah lagu asli Nirvana, Musik Video Rasmi boleh disaksikan diYoutube, dimuatkan dengan rakaman semasa di New York City bersama penampilan khas Pharell Williams di rakaman studio.

Beralih dengan set akustik, bersama Mr Ayam, ahli band yg ke-7,pemain Kahun, Yuna bermula dengan bermain Ukelele, pernah dimainkan secara Akustik Live @ Amoeba, Hollywood dimana itu adalah kali pertama Yuna mencuba persembahannya dengan Ukelele. Lagu rancak seterusnya dicipta dengan tepukan, bertajuk “Remember My Name” dipersembahkan di Great American Music Hall San Francisco pada 22hb Oktober, 2012 Live di SF menyokong Allen Stone dan di S.O.B’s NYC @ El Rey Theater 2hb Ogos, 2012. Senarai lagu disambung dengan EP“Decorate” yang dikeluarkan pada 15hb Mar 2011, pernah dimainkan khas di "Live In Chicago”di Iman Community Café, KINK Live di Bing Lounge untuk KINK.FM101.9 Portland, OR, juga di WFUV 90.7FM New York’s Rock & Roots Public Radio.

Tour Yuna bersama Qi Razali di Rome dan Vernice telah memberi inspirasi untuk mereka merakam beberapa pengambaran untuk video lagu “Tourist” secara tidak rasmi, dinyanyikan di konsert malam itu. Kolaborasi lagu Inggeris seterusnya bersama pemain gitar Guns & Roses,SLASH lagu bertajuk “Sparkle” pernah dimainkan di Delicious, Marc Residency Jalan Pinang, di Samsung Galaxy Note Event in Plaza Lowyat dan di KLPac feat Estranged. Penghormatan untuk Dato Tan Sri P.Ramlee dengan lagu popular beliau“Gelora Jiwa” terutama sekali hadiah untuk pencinta lagu klasik dan disaji untuk jiwa senja yang meminati arwahnya.“Terukir Di Bintang” melanda di corong-corong radio antarabangsa, dengan alunan gitar seperti ghazal pada permulaan lagu itu menenangkan suasana di panggung Kallang Theather, ini juga memberi sentuhan lama sambil mengekalkan barang-barangan antik seperti ditonjolkan didalam Musik Video Rasmi Terukir Di Bintang yang telah diatur olehAG COCO, disunting dan diarah oleh Zul Luey dari Luey Motion Lab.

Kembali kepada eletrik set, lagu yang menggunakan"VoiceLive”, alatkesan vokal untuk lagu ‘Thinking Bout You” pernah dipopularkan oleh Frank Ocean, Musik Video Rasmi dirakam di LA. Lagu ke 16, lagu bertajuk“Stay” adalah lagu untuk kali pertamanya Yuna mempersembahkan di Singapura. Hampir 20 buah lagu telah dirancang untuk konsert ini, lagu-lagu seperti“Fears & Frustration, lagu hitz single “Live Your Life” yang dipetik dari album terbaru "YUNA" yang dihasilkan oleh Pharell Williams, “Penakut” dan “Loud Noises” mengakhiri dengan impak hebat. Bintang muda ini sentiasa menjadi penghibur untuk kesemua umur dan pelbagai bangsa. Suaranya yang memukau pasti dapat menjiwai setiap insan yang berminat dalam seni musik. Walaupun aktif dalam scenario muzik, beliau juga bersama-memiliki sebuah butik pakaian wanita IAMJETFUEL di Subang Jaya, Selangor sebagai projek sampingannya dan Yuna juga telah lulus dengan Sarjana Muda Pengajian Undang-Undang (Kepujian) semasa umurnya menjejaki 23 di University Teknologi MARA di Shah Alam, Malaysia. Kami sungguh berbangga mempunyai seorang diva yang bersinar dengan cemerlang.

Yuna baru sahaja menerima "Video Musik Terbaik" di Anugerah Industri (AIM ke 19) pada 17hb November 2012 kelmarin. Beliau juga telah menerima 6 anugerah daripada 16 pencalonan untuk Anugerah Industri Muzik (AIM ke 17) pada 2009 untuk kategori "Artis Baru Terbaik", "Lagu Pop Terbaik", "Lagu Tempatan Inggeris Terbaik", "Persembahan Vokal Terbaik untuk Kategori Wanita" dan "Anugerah Kembara". Di Anugerah Planet Muzik (APM), anugerah untuk artis-artis yang terlibat dalam dunia muzik, Yuna telah menerima 7 pencalonan, anugerah ini termasuk penyanyi dari negara-negara bersekutu iaitu Singapura, Malaysia dan Indonesa. Dalam pertandingan tahunan muzik popular di Malaysia, anjuran TV3, Anugerah Juara Lagu (AJL), satu anugerah yang lebih khas kepada komposer dan penulis lirik, Yuna telah mempunyai 4 buah lagu "Dan Sebenarnya 2009", "Cinta Yang Sempurna 2010", "Gadis Semasa" dan "Penakut 2011" yang telah layak untuk bertanding bagi penyertaannya sepanjang 3 tahun. Yuna juga dianugerahkan satu penghormatan tertinggi dalam industri hiburan Malaysiasebagai "Penyanyi Wanita Terbaru", "Penyanyi Wanita Paling Popular" di Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) untuk tahun 2009, 2010 dan 2011. Ini merupakan anugerah yang dibentangkan setiap tahun oleh Berita Harian Malaysia untuk mengiktirafkan kecemerlangan profesional seseorang Artis dalam industri hiburan, termasuklah anugerah bagi industri filem serta industri rekod. Anjuran 8TV Malaysia, di dalam SHOUT! Awards, Yuna telah memegang tajuk "Popstar Award", "Break Out Award" dan "Ultimate Shout! Award". Di luar negara pula, Yuna telah dicalonkan untuk MACP Awards, MTVlggy, Nickelodeon Kids Choice Award dan "Best Asian Act" di "MTV EuropeMusic Award".

 Kesemua pencapaian Yuna adalah satu kebanggaan untuk kami semua, raut wajah gadis bertudung yang menawan ini dengan bakatnya yang menyerlah akan sentiasa menambat hati setiap peminat. Anda boleh ke http://www.facebook.com/yunamusic untuk menyukai lelaman facebook Yuna dan http://www.facebook.com/LiveEmpireSingapore untuk lelaman facebook penganjur Live! Empire untuk susulan selanjutnya.

m_Yuna (9) m_Yuna (8)
m_Yuna (7) m_Yuna (6)
m_Yuna (5) m_Yuna (3)
m_Yuna (2) m_Stone Revival (9)
m_Stone Revival (8) m_Stone Revival (7)
m_Stone Revival (6) m_Stone Revival (5)
m_Stone Revival (4) m_Stone Revival (3)
m_Stone Revival (2) m_Stone Revival (10)
m_Stone Revival (1) Diandra
m_Diandra (5) m_Diandra (4)




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.