SEARCH dan WINGS 'Bertarung' Di Kota Singapura

23 Oct 2012 00:12

Teks Oleh: Aniz Kin  Foto: Kai Nizam

Konsert “Double Trouble” Search & Wings yang telah berlangsung di Stadium Tertutup Singapura (Singapore Indoor Stadium – SIS) pada 12 Oktober 2012 dikatakan sebagai konsert penutup dan terakhir di Kota Singa, ia diberitahu sendiri oleh ahli-ahli Search & Wings semasa sidang akbar pada Rabu lalu, 10Oktober 2012 di Royal Plaza on Scotts Hotel, Singapore. Tiket-tiket sudah mula diedarkan pada 6 Ogos 2012 lalu melalui SISTIC, jangka masa dua bulan untuk promosi. Penganjur telah membuat perancangan yang bijak untuk mengadakan konsert ini di tempat yang luas dan di lokasi yang mudah untuk peminat-peminat sampai ke destinasi.

Setelah 19 tahun lamanya, baru kini ada penganjur yang membawa Search & Wings untuk mempersembahkan Konsert Double Trouble selama 3-Jam di Singapura , walhal Double Trouble telah mula diperkenalkan seawal 1993. Identiti disebalik “jenama” Double Trouble tercetus pada waktu itu apabila saat-saat Search dan Wings berhadapan dengan isu-isu “mat rock” berambut panjang. Mereka telah diharamkan untuk membuat persembahan di kaca television, radio dan tampil di media cetak termasuk lah konsert. Lagu-lagu mereka juga telah diharamkan dicorong-corong radio sedangkan mereka dikenali sebagai Rock & Roll band yang telah ditubuhkan dan dipuja pada waktu itu. Pada mulanya, mereka telah memberontak dan berdegil dengan isu-isu identiti berambut panjang iaitu yang telah menjadi identiti asli mereka semenjak awal lagi. Akan tetapi mereka telah menukar imej yang lebih kemas dan kembali aktif di atas pentas. Amy Search yang tampil dengan imej yang berambut pendek lalu membuat kolaborasi debut album duet band terkemuka antara Search dan Wings yang bertajuk “Double Trouble1(1992), dan ini juga telah mendorong mereka untuk mengadakan  konsert “Double Trouble” pada tahun 1993 bersama Wings yang ketika itu telah berada di puncak kemasyuranIni juga diikuti dengan album “Double Trouble 2 “ (1998) Kedua-dua band ini telah menggegarkan kembali arena muzik rock di Malaysia. “Isu-isu rambut panjang itu sememangnya ada hikmahnya,ujar Amy Search. Kesemua pencinta muzik rock dan peminat-peminat Search & Wings di Singapura yang tidak dapat menyaksikan Double Trouble di Malaysia , sudah tentunya berterima kasih kepada penganjur, Live! Empire yang telah berjaya melakarkan satu SEJARAH di tanahair Singapura ini yang akan dikenang buat selama-lamanya.

“Pengeluaran album muzik rock pula walaupun telah agak suram dan kurang dengan adanya genre-genre modern masa kini, kami telah dikhabarkan bahawa pengeluaran album “Double Trouble 3 – 2013” dengan nafas baru, kulit album baru dan juga design logo yang terbaru telah dirancangkan untuk tahun 2013 masih menjadi satu agenda penting dalam memartabatkan muzik rock bagi Search & Wings untuk terus berkarya. Walau bagaimanapun, penghasilan sesuatu album baru sahaja tidak cukup sekiranya ia tidak mampu menghasilkan lagu-lagu dan susunan muzik yang hebat untuk dibanggakan” ujar Amy Search semasa sidang akhbar bersempena dengan konsert tersebut

Kini, tiada kugiran rock melayu yang dapat menggantikan Search & Wings , ujar ikhlas dari Amy Search dan Joe Wings. Mungkin ada tetapi hanya meletup dengan satu lagu, dan mula kurang sambutannya bila lagu kedua dipasaran. Kemungkinan itulah kesan kesuraman penghasilan dan penjualan album adalah terhadap hasil kualiti karya muzik masa kini, di mana pada suatu masa dahulu pengeluaran album begitu rancak dan bersaing hebat hingga setiap keluaran perlu dan boleh dikatakan wajib menghasilkan sebuah lagu 'killer' atau dikatakan lagu pembunuh untuk bersaing sesama sendiri. Tetapi kini tanpa persaingan yang banyak, lagu-lagu yang dihasilkan pula hanya sekadar hanya boleh didengar sekali dan tidak sehebat untuk menjadi siulan.

Search terdiri oleh Amy – Suhaimi Bin Abdul Rahman (Vokal), Kidd – Hamzah Bin Mohammad Taib (Gitar), Din – Noordin Bin Mohammad Taib (Gitar), Nasir Daud (Bass) dan Yazid Ahmad (Drummer) telah mengekalkan music dalam arena rock melayu selama 32 tahun lamanya dan Wings pula yang terdiri oleh Awie – Ahmad Azhar Bin Othman (Vokal), Joe – Abdul Zamin Bin Abd Kadir (Gitar), Eddie – Samsaidi Bin Haji Ulung Idris (Bass) dan Black – Azmi Hashim (Drummer), telah mula bersaing pada pertengahan tahun 80’an. Kedua-dua band telah menghasilkan lebih daripada 20 album . Mereka telah mencapai kejayaan dengan mempunyai keistemewaan masing-masing dan mengumpul peminat dalam jumlah yang amat besar sekali.

Persembahan dimulakan pada Jam 8:30 malam dengan lagu intro yang sentiasa dimainkan mereka dalam Konsert Double Trouble sebelumnya , iaitu lagu “Ides Of March” (Iron Maiden cover) dan diteruskan dengan lagu klasik yang dicipta oleh Dato’ M.Nasir, lirik oleh Loloq, lagu Gemuruh” ,yang dinyanyikan bersama oleh Amy dan Awie, dari track nombor 2 yang dipetik dari album Double Trouble 1 (1992). Enam set persembahan secara keseluruhannya mengandungi lebih kurang 30 buah lagu yang dipersembahkan mereka pada malam bersejarah itu, seperti mana mereka janjikan bahawa konsert ini adalah konsert yang membawa lagu-lagu "sing a long" dan melebihi setlist mereka yang sedia ada dari mana-mana konsert Double Trouble  sebelumnya , hanya untuk peminat Singapura dan mengakhiri dengan impak hebat dan "Trouble abis" untuk semua.

Persembahan seterusnya disambung oleh WINGS sendiri dengan memilih lagu dari album pertama mereka Belenggu Irama (1997)", dengan lagu"Inspirasi Taming Sari". Wings seterusnya memepersembahkan lagu yang kebanyakkannya adalah lagu-lagu dari album Teori Domino (1990), Jerangkung Dalam Almari (1991), Hukum Karma (1998) dan Naga Kramat (2002). Ini juga kerana mereka mahukan peminat-peminat untuk turut serta "sing a long" bersama mereka dengan lagu-lagu hebat yang menjadi siulan daripada Wings.

Pentas diambil alih oleh ahli-ahli Search dengan memainkan lagu "Opera Hidup" yang dinyanyikan oleh Awie sendiri malah sebelum itu Amy telah menyanyikan lagu Balada Pemuzik Jalanan bersama muzik yang dimainkan kumpulan Wings . Ini juga menampilkan bahawa kedua-dua band memperolehi pengetahuan lagu-lagu yang mendalam diantara mereka.

Search meneruskanmempersembahkan dengan lagu-lagu dari album Cinta Buatan Malaysia – 1985, Langit Dan Bumi 1986, Mentari Merah Diufuk Timur 1987, Rock & Rolll Pie 1996 dan Gothik Malam Edan 2006. Lagu yang menjadi siulan suatu masa dahulu diSentosa Island”, bertajukIsabella” yang dibawakan mereka sungguh menyentuh dan sayu

Jutaan terima kasih kepada penganjur iaitu Live! Empire yang diurus oleh Mr De Rozario Rudy dan pengarah Aziz Ali, juga dibantu oleh perhubungan awam, Nirwan Noran dan Shahrin Latif. Konsert ini juga ditaja oleh Studio 41, Eyeris Studios , The Show Company dan official media iaitu Ria 89.7, Mediacorp Suria & Singtel Keluarga AJ. Penganjur juga mempunyai pengalaman yang luas dalam penganjuran konsert telah membuat beberapa konsert termasuklah sidang akhbar dan konsert Lady Gaga pada tahun lepas, Greyson Chance Introduction Tour 2011, pameran swasta khas lll Volo , pameran swasta  khas(Private Showcase) untuk Nelly Furtado Febuari 2012 dan akhir-akhir ini "The Wanted" pada 16th September 2012. Sesiapa yang ingin melunsuri Live! Empire sila ke lelaman www.liveempire.com.sg untuk keterangan lebih lanjut. Kami nantikan acara seterusnya dari Live! Empire.

Awie & Amy 4 Awie & Amy 3
Extras 15 Extras 14
Wings & Search 1 Awesome Shot 1
Awie & Amy 2 Awie & Amy 1
Extras 13 Joe & Kid Solo
Joe Wings Awesome Shot 2 Joe Wings Awesome Shot 1
Extras 11 Kid Search Awesome pic 4
Kid Search Awesome Pic 3 Kid Search Awesome Pic 2
Kid Search Awesome Pic 1 Crazy Crowd
Crowd With Neez 3 Crowds 2
Search 12 Finale Pyro Shot
Search 11 Search 10
Extras 9 Nasir Search 12
Nasir Search 11 Nasir Search 10
Extras 8 Search 9
Kid Search Solo 2 Extras 6
Extras 5 Extras 4
Extras 3 Search 8
Nasir Search 9 Nasir Search 8
Amysearch Solo 4 Double Trouble 12 (Wings)
Double Trouble 11 (Wings) Double Trouble 10 (Wings)</




TERBARU

Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi

SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU

Malam Amal Legends di Sabah 11 Legenda dan Bintang Bergabung untuk Kutipan Dana Kebajikan Persatuan Karyawan Malaysia

Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama

Malam Ikonik BCL Di Konsert Farmasi Soundzation Dihangatkan Dengan Penampilan Sulung Ghea Indrawari Dan Elly Mazlein 30 November Ini!

Cromok Hangatkan Festival Muzik, Soulfest 2024 Dengan Persembahan Secara Unplugged, Buat Julung Kalinya

Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal

Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato

Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih

Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL

50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

Bergabung dalam Nostalgia 'CONCERT UK’SLAM MUSICAL'

Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI

UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024

Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL

Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam

Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL

25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya

KONSERT/TEATER/GIG

Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati

Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'

JAMAL ABDILLAH Dan M. NASIR Memaparkan Penghibur Sebenar

Persembahan Hebat Dalam The Best Of Joe

Persembahan Unik Oleh PITAHATI Di DPAC

Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN

Superstar ANGELA ZHANG Memukau Peminat

Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang

Semangat RAMLI SARIP Dalam Konsert Gala Pelarian

Lagu Terbaik Dan Persembahan Hebat Di Konsert 3 Suara

Konsert Cinta NADIRA ADNAN Mempesona Peminat

Konsert Ulangtahun Yang Penuh Kenangan Daripada SHEILA ON 7

Gema Wirama Wings Menerjah Padang B Plaza Angsana

Malam Kalimah Cinta Yang Persona Daripada OPICK

Lebih 2000 Peminat Banjiri Konsert "Retrofest Asia 2015"

Ritma SEARCH Menerawang Di Hard Rock Cafe Melaka

Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik

Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD

"Konsert Wings 30 Tahun", Johor Bakal Di Jajah

Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati

WWW.RAWK.COM.MY

ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.

With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.

Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my

MANAGEMENT

rawklogoo

mewahlogo

CONTACT

piko

avy

WEB DESIGN

Piko Fairuz [RAWK Entertainment]

PENAFIAN

Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini

HAK CIPTA TERPELIHARA

Lesen Creative Commons
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.