Setelah melalui jelajah dibeberapa negeri , akhirnya Legendary Concert 2012 telah membuat persinggahan terakhir di Stadium Merdeka . konsert yang telah melalui promosi yang panjang dan berterusan selama berbulan-bulan akan membuktikan kepada penonton Kuala Lumpur yang membariskan 4 penyanyi hebat yang mempunyai persona masing-masing dan telahpun terbukti kehebatan mereka .
Sheila Majid , Jamal Abdillah , Zainal Abidin dan Amy , telah melalui puluhan tahun pengalaman dan tentunya detik mereka disatukan diatas pentas memberikan lagi satu pengalaman dan menunjukkan kepada para peminat mereka , ia adalah gabungan yang tidak akan dilupakan .
Lampu stadium ditutup tepat jam 9 malam , terus skrin besar menayangkan part filem Azura dan ke scene ketika Jamal menyanyi , beberapa permulaan minit ia adalah perasaan yang sangat dramatic , ketika chorus kedua Jamal terus naik ke pentas sambil menyambung lagu “Azura” , konsert bermula dengan agak klasik . Dengan muzik yang bergema kita boleh mendengar suara keterujaan para penonton . Jualan tiket lebih 10 000 ribu keping , Kuala Lumpur bakal menyaksikan sebuah konsert yang hebat , susunan lampu juga sarat dengan mainan pencahayaan ., Jamal meneruskan dengan lagu baru beliau iaitu “Aku Maafkan Kamu” dan diteruskan dengan medley “Gadis Melayu” . Jamal yang sentiasa kelihatan kemas dan segak tidak banyak bercakap bersama penonton , beliau ‘menghidangkan’ satu persembahan sebagai satu gaya interaksi , dan meneruskan lagi dengan lagu hebat beliau “Kekasih Awal Dan Akhir” dan mengakhiri lagu “Seniman Menangis” . Persembahan yang agak cepat tapi peminat agak berpuas hati dengan penampilan setengah jam kerana ada lagi beberapa yang akan menyusul.
Sebelum Datuk Shiela Majid muncul skrin besar memaparkan lagi kisah dan pengalaman yang diceritakan sendiri oleh Shiela Majid sendiri , terus suasana berubah dengan penuh ceria dengan lagu “Warna” , Ratu Jazz Negara ini sememangnya amat sukar ditandingi meneruskan dengan lagu “Pengemis Muda” membuatkan para peminat turut bergoyang bersama , dan memperlahankan dengan lagu klasik beliau “Ku Mohon” dan “Dengarkanlah” . Lagenda sebenar adalah Tan Sri P. Ramlee sebagaimana dalam lagu seterusnya oleh Shiela Majid yang turut memainkan beberapa lagu medley dalam bentuk Jazz – “Bunyi Gitar” , “Bila Larut Malam” . Dan terus beliau sambung ke lagu popular beliau iaitu “Manusia” dan “Aku Cinta Padamu” . Sheila Majid sememangnya petah berbicara diatas pentas , pelbagai perkara yang dikongsikan beliau malah sempat juga membuat lawak spontan . Persembahan Shiela Majid boleh dikategorikan sebagai penuh segar dan menawan disamping lagu-lagu mendayu beliau , para peminat Shiela Majid yang ramai turut sama menyanyi tanpa disuruh dan seterusnya lagu “Sejuta Impian” yang lebih membuatkan stadium merdeka bergema . Shiela Majid yang menyanyikan beberapa lagu Tan Sri P.Ramlee sebelum ini memberikan penghormatan kepada legenda Negara yang sebenar-benanya dengan lagu “Lagenda” , yang sememangnya ditujukan khas untuk Tan Sri P. Ramlee . Kelihatan ramai peminat belum sedia untuk Shiela Majid mengundur pada malam itu lalu beliau melontarkan lagi lagu beliau iaitu “Antara Anyer dan Jakarta”, lagu “Sinaran” sebagai lagu terakhir membuat para penonton untuk berdiri dan mengalami sendiri kerancakan lagu popular Shiela Majid tersebut . Persembahan yang terus ‘membakar’ para penonton setelah melayan kelunakan suara Jamal .
Zainal Abidin meneruskan lagi Legendary Concert , Zainal memulakan lagu rancak dan sempat beliau bermain percussion diatas pentas sebelum meneruskan dengan lagu “Prasangkamu” . Zainal banyak bercoleteh , dengan cahaya warna hijau banyak disuluhkan ia adalah simbolik kepada perjuangan beliau yang mementingkan alam sekitar dan sering dimasukkan didalam lagu-lagu beliau . Zainal meneruskan medley lagu popular beliau ketika bersama kumpulan Headwinds iaitu “Suraya” dan “Memori Luka” . Meneruskan dengan lagu-lagu seperti “Kau Dihatiku” , “Manis” , “Orak Arek” , “Kamu” dan mengakhiri persembahan dengan single terbaru beliau iaitu “Alam” dan “Hijau”.
Amy Search adalah barisan terakhir Concert Legendary 2012 , lebih 2 jam para peminat masih teruja dengan penampilan setiap artis , Stadium Merdeka terus bergema dengan sorakan tanpa henti , apatah lagi dengan kemunculan Amy . Tanpa berlengah Amy terus memainkan medley “Tiada Lagi” dan “Saatku Idamankan” . Amy yang tampil sebagaimana penampilan beliau bersama Search meneruskan dengan lagu “Aku” . Lagu penuh rancak daripada Amy apatah lagi meneruskan dengan lagu daripada Search “Gadisku” dan diteruskan dengan lagu “Kerja Gile” . Ia adalah persembahan rock kental , sound gitar yang penuh distortion , perfection yang ditunjukkan pemuzik professional membuatkan ia begitu bergema sekali dan diterus digegar lagi dengan lagu “Isi Atau Kulit” , Amy mencuri perhatian dengan lagu yang padat dan kental . beberapa lagu turut dimainkan antaranya “Kongkang” dan bagaikan perasaan yang teruja dengan deretan lagu rancak Search , Amy meneruskan lagu hard rock yang hebat “Pawana” , ia bagaikan malam Search . Amy juga tidak banyak bercakap dan tentunya walaupun beliau bergerak secara solo lagu berhantu “Isabella” tak pernah tidak dinyanyikan , yang menariknya sebagai persembahan terakhir ia bagaikan penghargaan terakhir untuk para peminat apabila Jamal muncul menyanyikan 2nd verses lagu “Isabella” dan dituruti oleh Zainal Abidin . Shiela Majid muncul pada saat terakhir memberi penghormatan kepada para penonton sambil menyanyikan lagu “Lagenda” bersama-sama .
Setelah 3 jam , berakhirnya Legendary Concert 2012 , 4 penyanyi hebat memberikan persembahan yang memukau penuh kepelbagaian muzik , dengan setiap keunikan suara , memberikan kelebihan masing-masing dalam persembahan . Jamal kekal dengan ke’macho’an dengan suara lemak beliau . Shiela Majid tampil dengan kebijaksanaan beliau dalam interaksi dan menunjukkan kerancakan muzik jazz dengan deretan lagu popular . Zainal Abidin yang paling banyak bercakap untuk dikongsikan bersama penonton memberikan keunikan muzik ‘world’ dalam setiap lagunya tanpa berkhayal ia adalah lirik yang bermotif Amy walaupun penampilan solo , Search dan beliau tetap tidak dapat dipisahkan. Konsert berkahir dengan penuh kepuasan tahniah kepada pihak penganjur
Ulangtahun 36 Tahun Cromok: Legenda Thrash Metal Malaysia Terus Menginspirasi
SHOWCASE EKSKLUSIF UK’s UP CLOSE AND PERSONAL DITUNDA KE TARIKH BAHARU
Konsert The Real Cromok Menampilkan Hillary Ang dan Man Keedal di Pentas yang Sama
Malam Intimasi Buat Para Pecinta: Julung Kali, Eksklusif dalam UK’s: Up Close and Personal
Nostalgia Blues Mengimbau Perjalanan Ikonik Blues Gang dalam Konsert Apo Nak Di Kato
Cherry On Top Membawa Rock Progresif ke Arus Perdana dengan Lagu Ketagih
Blues Gang Merayakan Lima Dekad dalam Konsert Solo Berprestij di Zepp KL
50 Tahun Blues Gang Bakal Membawa Semangat Blues & Rock di Konsert Apo Nak Dikato Di Zepp KL 9 Ogos
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Melodi Gabungan UK's dan SLAM yang Menghadirkan Keunikan Musikal di STADIUM MALAWATI pada 3 FEBRUARI
UK’s dan Slam Bersatu Dalam Konsert Terbesar Di Stadium Malawati Pada 3 Feb 2024
Gema Nostalgia Bersama SWEET CHARITY Semalam Di Malaya Pada 26 Januari Di Zepp KL
Pelancaran Program Realiti TV Pentas Marhaban: Dakwah Melalui Seni Suara dalam Islam
Perjalanan Menuju Konsert 'Tujuh Vibrato Gitar' Pada 3 November Di Zepp KL
25 Tahun Mengukir Kenangan Dalam Konsert Istimewa Lah Ahmad di Istana Budaya
Kemuncak Konsert UK's dan SLAM Mengukir Kenangan Abadi di Stadium Malawati
Sweet Charity: Rock Dan Nostalgia di Konsert 'Semalam Di Malaya'
Kumpulan NOAH Memukau Penonton Dengan Lagu-Lagu Hebat Ketika Zaman PETERPAN
Konsert Kumpulan NOAH Di Bandung Di Hasilkan Dengan Gemilang
Pementasan Teater BAWANG PUTIH BAWANG MERAH Mengembalikan Ingatan Kisah Klasik
Hard Rock Cafe Melaka Bergegar Dengan Muzik Berat Underground SIL KHANNAZ dan BRAIN DEAD
Persembahan Hebat Konsert Kembara M. NASIR Yang Berakhir Di Stadium Malawati
WWW.RAWK.COM.MY
ME Portal is now known as RAWK Portal. Our objective still remains the same; to promote commercial, independant as well as underground music, from Rock to Metal genres; sans gossips.
With brand new looks, logo and more aspirational content for your entertainment pleasure. We appreciated your continuous support, and looking for more towards the future.
Our website can be accessed at www.meportal.net or www.rawk.com.my
MANAGEMENT
CONTACT
WEB DESIGN
Piko Fairuz [RAWK Entertainment]
PENAFIAN
Mewah Event Management (001754644-M) , RAWK Entertainment (002482799-A) dan juga para editor dilaman web ini meportal.net / rawk.com.my tidak bertanggungjawab dengan sebarang komen atau tulisan yang ditulis oleh para pengunjung dilaman web ini
HAK CIPTA TERPELIHARA
karya ini dilesenkan di bawah Lesen Pengiktirafan-BukanKomersial-PerkongsianSerupa 4.0 Antarabangsa Creative Commons.